Showing posts with label Kitchenware. Show all posts
Showing posts with label Kitchenware. Show all posts

Friday, July 7, 2023

New Toys in the Kitchen


sapa seperti aku
rasa cabinet kat dapur
tak pernah cukup tuk simpan barang?
bah angkat tangan!
hahahaaa


itulah aku
ada sebuah kitchen kabinet
tapi disebabkan hati
dah berkurun lama
mengidam dan menginginkan
rak storage 
[yg color grey]





ada 4 layer
bawah sekali tuk guni kibble
dan pasir kucing

pastu tuk guni beras
dan makanan manusia
hehehe

tingkat ke 3
tuk letak sayur2 or buah2an
yang pending tuk dimasak
yang tak perlu masuk aisbox

tingkat ke 4 tuk segala macam rempah
kari2, santan
kekacang dan macam2 lagi

pastu beli lak another cabinet
yang merah tu
khas tuk letak botol2
dan container
stok telur padi
telur masin
memana yg mudah tuk dilihat
seboleh nya boleh lah 
menghindari dari barang2 tu expired
sebab if dalam cupboard 
ada yg jarang dibuka




 


bila dah dikumpul semua camni
baru perasaan
aku ada 5 bungkus kari daging baba's!!!
beli2 tapi tak guna
sebab dlm cupboard kan
banyak benda dalamnya
tak nampak

lagipun ni eye length
senang nak lihat





sangat seronok
salah satu impian tercapai
heheheheee 
perempuan kan
senang je tuk di gembirakan



Wednesday, June 14, 2023

Project DIY Hanging Cabinet


bagi peminat Tupperware
beli- beli
pastu takda tempat nak letak mana kan 

tu juga masalah aku
nak beli cupboard
rumah limited space
takda ruang nak letak kat mana lagi

hari tu pergi kedai hardware beli cat
tengok papan ni
terus dapat idea nak buat apa






papan ni sapu dengan varnish kayu dulu
supaya dia halus dan cantik


boleh customised
lagipun size tupperware tu berbeza2
aku suka beli yg agak besar
[sering beli waktu ada sales]
[or masa ada buy 1 free 1]
share dgn kawan




nah happy sangat tengok
tersusun kat situ
ni semua yg belum guna
yang dah guna aku simpan kat cupboard
yg senangnya DIY sendiri
size cupboard tu sukati kita buat
saja buat ruang besar
so boleh simpan pelbagai size kat situ

total loss



Wednesday, February 8, 2023

Terjebak LIVE di TikTok


terjebak dengan racun live kat tiktok

memula tengok je
pastu mak kata nak beli periuk pressure cooker electric
cari yang kat sini
tak banyak choice
tapi bila tengok yang dessini ni
terus jatuh cinta
so order lah sebijik







tengok2 lah
ehh cam cantik lak periuk dessini 5 biji ni
harga pun murah
terus add to cart
aku beli color gold






tengah tengok2
terberkenan lak dgn sebiji periuk ni
tu pun beli color gold







bila dah barang dah sampai
fuhh sangat suka
malam tu juga terus try pressure cooker
masak sup tulang
yummy!!!!
40min je siap!


periuk yang single lak
terus beri kat bff, Pris
hadiah valentine day tuk dia
happy sangat 
biasa lah jiwa mak2 kan
mudah terhibur dengan accessories dapur

periuk2 yang 5 biji tu pun dah guna
tuk masak harian
memang plan gitu
periuk lama dah eksport pii kampung
semangat sikit tuk masak
semua periuk non stick dan comel


pastu belikan dak ava bag juga
tuk guna march nanti
tak terasakan
dak tu dah nak masuk tingkatan 1
rasa seperti belum lama 
berdukung dia sebagai baby
begitu cepat masa berlalu


 




tertengok org live jual perfume
terus membeli
not bad juga bau dia
tahan seharian






yang ni belum test try lagi
masih dalam box dia




pastu masih extra ordinary jatuh cinta
dengan self stirring mug
haritu beli 6 kat shopee
2 spoilt dan refund
so kat tiktok lagi murah
terus beli another 3 tuk hadiah new year buat kawan





kat tiktok ni aku suka
sebab postage dia jauh lebih murah dari lazada or shopee
lagipun org yg jual tu
boleh review on the spot
kita tanya dan suruh dia confirmkan
boleh buat on the spot


ni hopely esok sampai lah barang tu
aku beli another 3 set periuk yg 5 item tu
yg single ada 6 or 7
buat hadiah tuk SIL
dan juga buat cikgu sekolah dak ava

more to come.......
jejeng2
hahahaa






 

Sunday, July 18, 2021

Peti Ais oohh Peti Ais

 

kisah malam jumaat
tengah hari aku call lah orang tuk repair fridge
sebab dah takmau sejuk lagi

mulanya sekejap sejuk sekejap tak
beberapa bulan juga camtu
adalah suruh org repair ekon tolong tengokkan
tapi dia tak pakar repair fridge
suruh dia carikan yang pakar
dia yea kan tapi takda lak
yang aku pula
sebab tak serius sangat
bahagian frozen dia masih boleh guna
lagipun ada freezer
tu yang tak gelabah cari tukang repair
fridge tuk simpan sayur dan air sejuk saja

pastu since dua minggu lepas
bahagian frozen dia sejuk sampai air membeku
bahagian simpan sayur langsung tidak
nak panggil tukang repair SIL selalu guna
dia cam dari hujung dunia ke hujung dunia lak
masih pkp
tak boleh nak lalu sekatan roadblock sebarang
tunggu punya tunggu
akhirnya
bahagian frozen pun mati terus
kipas dah tak boleh berpusing
peti sejuk jadi peti panas
sayur mayur layu

arrhhhh!!!!
tak boleh dibiarkan ni
harapnya boleh repair lah
kang last month ekon rosak
takkanlah bulan ni fridge lak rosak

maka jumaat tu teringat kawan kata
dia ada kenal tukang repair barang2 electric
yang pandai dan bagus
terus msg dia yang sedang WFH
dapat no phone terus call orang tu

janji dalam 4pm lebih gitu dia datang
ok fine
rumah memang sentiasa ada orang
lagipun jumaat aku balik awal 4.30pm
tunggu punya tunggu
tak juga datang2

then by 9.45pm baru dia datang
buka je fridge dia dah dapat agak masalahnya
dia buka suis yang kat belakang tu
tah apa nama aku taktau
tapi kat situ lah terletaknya 
benda yang jalankan system defrost ais
tu punca masalah nya
benda tu hangus!!!!!
so dia tak dapat defrost lagi

 



fridge penuh dengan ais!!!
kipas pun disaluti ais
semua disaluti ais
tak dapat berfungsi lagi


ni bahagian frozen
ais menutupi semua wayar n kipas



masak 2 kettle air panas
tuk menyiram ais tu
then dia guna hair dryer juga
tuk hancurkan ais2 tebal tu

next day dia datang lagi dengan alat baru defrost 
dan dia cuci bahagian tuk simpan sayur lak
ada ais juga meskipun tak setebal semalam
so far so good
harapnya dapat beroperasi seperti biasa
total damage RM150 for alat defrost
RM30 for manpower
worth juga kan
sangat2 bersyukur sebab fridge masih elok
masih boleh guna
aku dah start susah hati
arrrhhhhh duit lagi
ni boleh mengurut dada lega
alhamdulilah


zzzyy

Monday, June 14, 2021

My New Toys





 assalamualaikum
happy monday semua
hari ni aku keja shift pagi
balik kul 1pm
esok pun sama
masih shift pagi
masa pkp ni 
dept aku buat half2 day each
yg bahagian operation
diorang take turn satu hari each

hari ni lak hati manyak sinang
even duit melayang
new toys in da house!!



semua beli masa offer

2L tumbler ni RM18 each
2 each bersama SIL




2.5 litre snack and stack RM15 each
beli 2 sets, dapat dalam RM110
1 set for me
1 set for SIL
sangat suka color dia
pekat n so sharp
green
blue
purple
red
]





lunch box 560ml 
dan ada anak kecik 120ml
so cute!!
RM18 each
kekunun nak bagi semangat bawa bekal
mana lak tau keja half2 day ni
mana ada lunch break





500ml saver RM39 for 4 pieces
juga so cute
sesuai tuk letak biskut bawa pi office
[tho aku ada container 2.5L 
yang penuh biskut kat office 🤣🤣]





nah puas hati dah terapi hati
terapi minda
terapi keinginan
actually dah agak banyak juga collection tupperware
tapi bila tengok yang baru
lebih2 lagi bila rega agak murah
tak tahan lah 
nak! nak! nak!
lebih2 lagi masa mengorder
ni nak itu nak
masa order sampai 
berkerut dahi membayar 🤣🤣



ni last week pun sampai juga barang ni
tempat letak bawang
mengada kan
letak je kat apa2 bakul tu
tapi tu lah dah namanya keinginan
layan kan je lah perasaan sendiri
hehehheee





actually lama dah teringin nak benda ni
tapi asyik takda stok je
bila tak rancang nak beli
dia ada stok pula
so grab je lah

nanti dah renovate dapur tu
baru susun atur lagi barang2
ni banyak barang mak
tau2 lah orang tua ni
semua nak disimpannya
pastu biar camtu je

aku selalu bebel kat mak
bila nak buang botol minyak masak 5kg
dia kata nak buat tanam sayur lah
tanam bunga lah
kang nanti tengok2 dah 3 4 botol
masih juga takda sayur/bunga nya

dulu segala cup magi
bekas axion
bekas apa je lah
dia simpan
cakap tuk apa?
kata tuk senang bawa makanan
bila beri dgn orang
wtfish!!!
bagi makanan  dengan bekas axion
beli gelas, cup kat giacoma
tup2! guna cup magi sebagai cup
🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

pastu keep on telling her
ada maknanya orang buat benda tu
tuk pakai buang
sebab bahan yang digunakan
hanya bertahan tuk certain2 masa je
pas abis tempoh
boleh memudaratkan kesihatan
boleh jadi racun
berbaloi ke camtu??

sekarang dah okay sikit
lagipun aku jenis yang
bila beli sesuatu kitchenware tu
bagi aku harus guna
kecuali periuk lah
takkanlah nak guna semua kan
ada yang khas guna masa hari raya je



zzzyy




Tuesday, September 29, 2020

My first Air Fryer


selama ni dengar kawan cakap
senang je masak bekal
cepat dan takyah susah
tak bau2 baju, rambut
dengan hanya guna air fryer

emm aku ni outdated sikit
org dah berzaman guna
baru terhegeh2 nak guna
so cari kat pasaran sini
mostly mahal RM500++
takda yang 200-300 ratus

nak beli yang mahal sayang lak dengan duit
afterall aku dah ada oven biasa
dan halogen oven
if ada yang murah why not
nak juga beli kan

walau dah berniat2 nak membeli
tetap tak juga 
so 9/9 kan lazada, shoppee
semua dok kempen free postage
as usual sabah sarawak sering terkecuali

gatal lah tangan tengok2 airfryer
yang jadi panduan
 if aku membeli brg electric online ni:-

review yang dah membeli

sesuai ke tak dengan system electric kita
sesuai ke tak plug yang disediakan

size dia
kesesuaian dengan cara biasa masak kat rumah aku

then terpaut dengan brand Monda ni




5.5litre
rasanya beli dalam rm160-180 
[lupa sebab byk mkn semut 😁]
plus postage charges RM25+
and here it is
dah selamat sampai di rumah
function simple and easy
saya suka sebab ada org tua di rumah
senang tuk dorang faham





puas hati dengan pembelian ini
recommended bagi yang nak try guna air fryer
senang nak masak chicken wing
senang nak masak nugget, sausage
kira senang lah nak masak
all those makanan dak ava




cuci pun senang
tarik yang bawah tu
cuci cam biasa
dalam dia lak
lap dengan kain lembab
tuk buang bekas serta bau makanan



zzzyy