Showing posts with label Ustad Hadi. Show all posts
Showing posts with label Ustad Hadi. Show all posts

01 February 2012

DILEMA AYAH CHIK

(PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e melahirkan PoLut @ Politik Luar Tabi'e! Berapa lama Ayah Chik boleh bersabar dengan KaLut @ Keadaan Luar Tabi'e ini?)

Salam 2 all.

Kenyataan terbuka Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang baru-baru ini yang menawarkan diri tidak mahu bertanding dalam PRU 13 mengundang pelbagai persoalan dan persepsi.

Adakah beliau benar-benar serius? Atau adakah ianya sekadar gimik politik? Atau adakah ianya sindirian kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih tidak mahu berhenti walaupun sudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan? Atau adakah beliau sudah merajuk dengan dunia politik?

Ayah Chik! Itulah nama timangan dan panggilan “manja” untuk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS. Siapa yang mengenali Ayah Chik pasti tahu bahawa beliau seorang pendiam. Ya, pendiam! Nampak garang dan tegas diluar, malah ada yang rasa gerun dengan beliau. Ceramahnya berapi, suaranya bak halalintar membelah bumi.

Tapi disebalik kehebatan dipentas ceramah, wataknya sangat berbeza bila bersendirian. Kalau berbual dan bersembang, jarang benar nak dengar suara keluar daripada Ayah Chik kecuali ayat yang perlu. Beliau lebih banyak tersenyum disebalik sumbing dibibir akibat jatuh semasa kecil dahulu. Beliau lebih gemar bersendirian, dan menjala ikan adalah satu kegemaran!

DUA AMANAT YANG BERBEZA

Tetapi disebalik peribadi pendiam itu, Ayah Chik pernah pada suatu ketika menggemparkan negara dengan “Amanat Hadi 1981” yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.

Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.

JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR

Cuba bandingkan “Amanat Hadi 1981” ini dengan “Amanat Hadi 2003”, iaitu ucapan Ayah Chik (pada masa itu adalah YAB Menteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.

Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!

Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.

JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!

POLITIK DUALAM?

Dalam tempoh 30 tahun, Ayah Chik bercakap tentang dua pendirian yang bukan sahaja berbeza, tetapi bertentangan dan bercanggah satu sama lain dari segi prinsip dan perjuangan. Kalau ikut bahasa pasar, dua kenyataan diatas menggambarkan seseorang yang double talk”, seseorang yang “sudah terbalik kot”? Dalam bahasa politik, dipanggil sebagai “politik dualam”!!!

“Amanat Hadi 1981” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan “KAFIR”!

“Amanat Hadi 2003” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong!

Akibat daripada “Amanat Hadi 1981” ini, berlakulah peristiwa kafir mengkafir! Keluarga berpecah. Adik beradik berpisah! Rumahtangga berkecai! Suami isteri bercerai berai! Solat dua imam menjadi-jadi! Hubungan keluarga terputus! Kenduri diboikot! Sembelihan orang UMNO jadi haram!

Kemuncak kepada “Amanat Hadi 1981” ini ialah peristiwa Kg. Memali, Baling yang berlaku pada 19 November 1985. Bila mana Allahyarham Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, (yang mahu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud) bersama 13 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan. Turut terbunuh ialah 4 orang pegawai dan anggota FRU 5 dari Ipoh.

Setelah 30 tahun berlalu, Ayah Chik kini menjadi Presiden PAS, setelah mengambil alih jawatan daripada Allahyarham Ustadz Fadzil Noor pada 14 Sept 2003.

Sudah tentu ramai yang beranggapan sebagai Presiden PAS, sudah tentu Ayah Chik akan melaksanakan “Amanat Hadi 1981”, akan berjuangan menolak Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan”, dan sebaliknya berjuang menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud dan laon-lain!

Tetapi sebaliknya yang berlaku. “Amanat Hadi 2003” menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai “cukup Islamik dan boleh didukongi”! Dan kesan “Amanat Hadi 2003” membawa implikasi yang sangat memeranjatkan ramai pengikut setia dan taqsub Ayah Chik sendiri!

Bersuaian dengan Amanat Hadi 2003 ini, maka lahirlah Dokumen Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkan BiaDAP-PKR-PAS pada 18 Dis 2009 yang bersetuju tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda bersama.

Ini diikuti dengan kelahiran Kitab Jinggay yang langsung tidak menyebut soal Negara Islam dan perlaksanaan hudud. Kemuncaknya ialah perisytiharan Manifesto Bersama Pakatan BiaDAP-PKR-PAS 2011 yang jelas tidak menjadikan penubuhan Negara Islam sebagai agenda dan menolak perlaksanaan hudud sekiranya mereka diberi peluang memerintah Malaysia (na’uzubillah).

DILEMA AYAH CHIK

Ini semua berlaku setelah PAS dibawah pimpinan Ayah Chik memilih untuk bersekongkol dengan DAP dan menjadikan Anwar sebagai bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan BiaDAP-PKR-PAS dalam PRU 11!

Ini semua terjadi bila parti PAS pimpinan Ayah Chik diresapi oleh “parasit Anwarinas” yang sudah bersarang ditempat-tempat strategik didalam PAS. Sehingga sampai ke peringkat ulama’ muda dan tokoh Islam saperti Ustadz Nasharudin Mat Isa boleh tumbang dalam pemilihan Timbalan Presiden kepada tokoh yang kontroversi Mohd. Sabu dalam Muktamar Agong 2011!

Jadi cuba bayangkan perasaan Ayah Chik sekarang?

Daripada pejuang tegar sebuah Negara Islam yang mahu melaksanakan hudud dengan menolak Perlembagaan Persekutuan sebagai kafir, tiba-tiba menjadi orang yang menukar perjuangan Negara Islam kononnya atas alasan “tidak disebut dalam Quran”, dan menerima penolakan hudud oleh pakatan BiaDAP-PKR-PAS. Dan akhirnya kini menerima dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan” dahulu sebagai “cukup Islamik”!

Tidak cukup dengan itu, pakatan sokongan dan dokongan parti pimpinan Ayah Chik menjadikan Islam sebagai "alat mainan politik", hingga Islam dilacurkan sehina yang teman percaya tidak pernah Ayah Chik terfikir!

Kalimah ALLAH digadaikan kepada kristian walaupun Timbalan Mursyidul Am PAS membantah dengan tegas dan keras, bai’ah talaq tiga kepada isteri dihalalkan demi menjaga kerusi dan jawatan, himpunan bersama umat Islam jadi 'haram', himpunan bersama kafir menjadi 'halal'.

Kafir harbi mengagihkan daging qurban sembelihan penyokong Ayah Chik! Kafir harbi berjoget robek disurau masjid naungan pendokong Ayah Chik! Komunis atheist di idolakan, pejuang kemerdekaan dibangsatkan! Malah sehingga ahli parti Ayah Chik ada yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi la’natullah! Semua itu berlaku dihadapan mata Ayah Chik, yang kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa!

Kemuncaknya ialah apabila Ayah Chik terpaksa membaca teks kenyataan yang disediakan untuk memecat pejuang yang sangat dia kasih dan sayangi, YB Datuk Dr. Hasan Ali. Tokoh pemimpin dan ikon gerakan Islam itu dikorbankan akibat mainan politik kotor dan sempit para parasit Anwarinas yang rakus mahu ke Putrajaya, yang melihat Hasan Ali sebagai batu penghalang kepada nafsu besar mereka!

Ayah Chik terpaksa memecat seorang ikon, tokoh dan aktivis Islam yang berjuang untuk memartabat, menobat, memuliakan, mempertahan dan membela Islam dan syariat Islam. Satu perjuangan yang sangat dekat dihati Ayah Chik! Hasan Ali menjadi mangsa rakus parasit Anwarinas yang sudah bersarang enak didalam PAS pimpinan Ayah Chik.

Melihat apa yang berlaku kepada Hasan Ali, Ayah Chik tahu ia boleh berlaku kepada Ayah Chik sendiri! Ia tidak mustahil!

Melihat airmuka Ayah Chik sewaktu membaca teks pemecatan Hasan Ali, jelas terbayang diraut wajahnya kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan!

Sebab itu teman tidak terkejut dengan kenyataan Ayah Chik baru-baru ini yang menyatakan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Pada teman, itu hanyalah kesan semulajadi yang sewajibnya berlaku kepada Ayah Chik. Mungkin itu sebagai penebus kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan yang telah berlaku.

Cuma teman berpendapat pada peringkat ini Ayah Chik mempunyai tiga pilihan.

Pertama, Ayah Chik boleh terus bersama dengan para parasit Anwarinas didalam pakatan BiaDAP-PKR-PAS dan menelan sahaja segala maruah dan harga diri, dan persetankan segala perjuangan. Yang penting Putrajaya! Yang penting dapat kuasa! Yang penting dapat jawatan, habuan & kedudukan!

Tetapi teman yakin Ayah Chik tidak akan ambil pilihan itu. Kerana berbuat sebegitu sama saperti dia “kencing” diatas kubor para pejuang Islam sebelum ini, yang antara mereka mati terkorban kerana perjuangan yang diyakini! Ayah Chik tidak akan sanggup melihat darah Ustadz Ibrahim mengalir sia-sia! Ayah Chik tidak akan sanggup membiarkan airmata Ustadz Fadzil Noor menitis tanpa pembelaan!

Maka Ayah Chik punya pilihan kedua! Iaitu menjadi Saidina ‘Umar dengan memancung semua para parasitus Anwarinas dan bermufaraqah daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, yang telah merosakkan perjuangan murni Ayah Chik selama ini! Ini adalah tindakan yang akan menebus semua maruah dan harga diri Ayah Chik yang sudah tercalar-balar akibat persekongkolan dengan para parasit ini. Teman yakin kalau ini berjaya dilakukan, nama Ayah Chik pasti akan dicatat dalam sejarah sebagai Singa ALLAH!

Jika Ayah Chik tidak ada keberanian itu, maka pilihan ketiga yang ada kepada Ayah Chik ialah untuk mengundur diri secara senyap sunyi, membawa diri ke perkampungan Rusila, dan meneruskan kehidupan sebagai imam Masjid, dengan kuliah agama diselang-seli dengan khutbah di mimbar. Mungkin Ayah Chik boleh meneruskan hobi menjala yang menjadi kegemaran sekian lama!

Apa pun, sebagai orang yang pernah mendampingi Ayah Chik, pernah bersama dipentas ceramah, teman sedih melihat penghujung perjuangan Ayah Chik yang tidak kesampaian. Malah menjadi terbalik kong!

Addeneul naseehah – agama itu nasihat, sabda Rasulullah saw.

Sebab itu nasihat teman kepada Ayah Chik, sebelum mengambil sebarang keputusan, perbanyakkanlah solat istikharah, mintalah ALLAH memberikan pilihan yang terbaik untuk kesinambungan perjuangan. Pohonlah kepada ALLAH dengan doa saperti berikut, “Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepada ku dalam membuat keputusan yang boleh membawa kebaikan kepada kehidupan ku, kematian ku, dunia ku, akhirat ku, ‘amalan ku dan ‘ibadah ku”.

Dan teman nasihatkan juga kepada Ayah Chik, dirikanlah solat hajat, mohon ALLAH memberi petunjuk adakah persekongkolan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ini sesuatu yang dirahmati ALLAH. Pohonlah kepada ALLAH supaya menunjukkan kebenaran, terutama berkenaan salahlaku seks & liwat Anwar Ibrahim.

Jika benar dialah manusia didalam videoklip rakan baiknya Datuk Eskay itu, jika benarlah Anwar telah meliwat Saiful, maka pohonlah kepada ALLAH supaya melaknat Anwar Ibrahim, menghancurkan persekongkolan dengan Anwar & BiaDAP, dan memberi jalan keluar yang terbaik buat Ayah Chik dan wadah perjuangan yang dibawa.

Dan Ayah Chik janganlah risau berdoa saperti itu, kerana contoh sudah ada bila Datuk Nik Aziz berdoa memohon supaya YAB Dato’ Sri Najib pecah perut!

Marilah kita berdoa semoga ALLAH memberikan Ayah Chik petunjuk dan kekuatan - ammantu billah summastaqeem!

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Persaksikanlah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu; dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul utusan ALLAH!

Wallahua’lam & Wassalam!

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

09 Rabi’ul Awal 1433

12 Jan 2012

10 January 2011

TAHNIAH TUAN GURU!

(Bersama Tuan Guru Haji Hadi selepas kami menyampaikan ceramah umum)

Salam 2 all.

Alhamdulillah teman memanjat syukur kepada ALLAH kerana ketegasan Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang yang menyatakan bahawa PAS dibawah kepimpinan beliau akan terus dengan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Tuan Guru Haji Hadi mencabar kenyataan Karpal Singh dalam ucapan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang mendesak PAS supaya mengkaji semula pendirian mengenai penubuhan sebuah Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Walaupun dalam konvensyen itu ada ahli PAS yang membuat ucapan "sanggup mati untuk Karpal Singh", namun alhamdulillah Tuan Guru Haji Hadi tidaklah bermain kompang yang sama!

Teman faham isi hati seorang Tuan Guru saperti Ustad Hadi. Beliau tahu sangat Karpal Singh adalah orang yang tidak akan menerima perjuangan PAS. Ustad Hadi tidak saperti pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Ustad Hadi tahu Karpal Singh telah membuat kenyataan kalau mahukan Islam "over my dead body". Sampai mampus Karpal Singh dan Kitsiang serta Anak lakinya tidak akan menerima Daulah Islamiyyah & perlaksanaan syariat Islam (walaupun teman, sebagaimana umat beriman yang lain tidak menafikan ketentuan ALLAH untuk memberikan hidayah dan iman kepada mereka - semoga ALLAH membuka hati & jiwa mereka kepada iman & Islam!).

Dan Ustad Hadi tahu Karpal Singh lah "politikus poo-Singh". Antaranya dia orang yang mendedahkan manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan itu sebagai pengamal kegiatan homoseks & liwat. Ustad Hadi bukan jenis pak jangoat yang pelupa. Beliau tahu Karpal Singh lah orang yang memaklumkan kepada kepimpinan PAS tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga ada diantara mereka melabel "Anwar Al-Juburi". Ustad Hadi pun tahu Karpal Singh lah orang yang mengherdik Anwar supaya bertaubat dan berundur apabila pembohongan rancangan 16 Sept terbongkar. Ustad Hadi tahu isi perut Karpal Singh! Sebagaimana ulama' dan 'ilmuan Islam lainj sudah tentu akan tertanya-tanya kenapa Karpal Singh dan DAP mahu menjadi peguam Anwar walaupun mereka yang mendedahkannya pada tahun 1997 dahulu!

Berdasarkan ketegasan Tuan Guru Haji Hadi itu, teman mencadangkan kepada ulama', 'ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS supaya enam perkara besar ini diselesaikan dahulu, once and for all, tiada dolak dalik lagi. Get the truth! Antaranya teman cadangkan saperti berikut:

1. Dapatkan pengesahan secara terbuka daripada Anwar dan Kitsiang samada benar Perjanjian Persefahaman Pakatan bertarikh 18.12.2009 mempersetujui bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya dan memerintah. Jangan termakan kelentong Anwar nanti bahawa Perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, PAS dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah tuhannya sebagai Perdana Menteri. Itu semua putarbelit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar & Kitsiang (termasuk beberapa orang pak jangoat) telah secara terbuka menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan pembangkang jika memerintah

2. Dapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Anwar & Kitsiang bahawa jika PR memerintah Kitsiang tidak akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (kecuali dia masuk Islam sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Tok Guru Nik Aziz). Jangan biarkan Anwar & Kitsiang berdolak-dalik dan memutar kata perlantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihanraya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong Anwar sahaja. Pastikan Anwar & Kitsiang secara terbuka diatas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu. Biar satu dunia dengar, sebab memang trick Anwar dia akan bisik lain pada kita, dan cakapm lain pada orang lain. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kitsiang!

3. Dapatkan pengesahan secara terbuka & komitmen jelas Anwar dan Kitsiang bahawa dinegeri-negeri yang PAS perintah (saperti Kedah & Kelantan) undang-undang Islam akan dibenarkan dilaksanakan. Kerajaan negeri PAS akan dibenarkan mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Ingat apa yang berlaku di Selangor apabila PAS Negeri Selangor hendak mengharamkan arak dijual secara terbuka, DAP telah membantah menyatakan ianya tidak termasuk dalam persefahaman pembangkang yang telah dipersetujui. Akhirnya PAS Negeri Selangor terpaksa mengalah dan arak dan kilangnya masih tertegak dibumi Selangor sampai hari ini, sedangkan dulu kita rembok meja mengisytiharkan "malam ni menang pilihanraya, esok kilang dan kedai arak semua tutup!!". Jangan ulangi sejarah hitam Selangor, dimana akhirnya PAS Negeri Selangor yang dimalukan oleh DAP dengan kerjasama rakan sekutunya PKR;

4. Dapatkan pengesahan dan komitmen Anwar secara terbuka bahawa kes pertuduhan dia meliwat kaikitangannya Saiful Bukhori Azlan akan dipercepatkan. Jangan ditangguh-tangguh lagi. Kalau dia benar, maka apa yang perlu ditakutkan. Hadis Melayu sebut , "berani kerana benar, takut kerana salah". Kenapa asyik main tangguh aje. Jalankan kes itu segera supaya tidak menganggu persediaan PAS untuk menghadapi pilihanraya nanti;

5. Juga dapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal Singh, adakah dia benar-benar percayakan Anwar tidak bersalah? Sebab dialah orangnya didalam Parlimen empat belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat kaikitangannya (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya menyiasat Anwar segera. Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat Azizan. Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan dan menjadi peguam menasihati mereka. Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya, tambahan dengan pengangguhan kes Anwar yang berulang-ulang sehingga dah nak masuk tiga tahun. Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar didalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak "selagi dapat picit teloq Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!". Jadi sebenarnya penangguhan berpanjangan dan berulang-ulang kes Anwar menguntungkan DAP, bukannya PAS. Kerana PAS sebagai parti Islam sudah tentu tidak mahu ada diantara pemimpin mereka terpalit dengan pertuduhan jijik saperti itu;

6. Dapatkan pengesahan dan penjelasan jelas daripada Datuk Seri Wan Azizah, maskot dan Presiden hiasan PKR apa rasional dan alasan dia mengiystiharkan dan menabalkan laki dia sendiri sebagai "pemimpin anugerah tuhan". Apa kriteria perisytiharan itu? Apa kelebihan Anwar berbanding Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi untuk Anwar mengatasi ulama'-ulama' hebat ini sebagai pemimpin anugerah tuhan. Apa maksud pemimpin anugerah tuhan itu? Adakah ia bermaksud Anwar maksum dari sebarang kesalahan, termasuk boleh kelentong dan temberang isu 16 Sept, yang sampai hari ini Anwar tidak pernah memberikan penjelasan kepada kepimpinan PAS, apatah lagi meminta maaf? Atau apakah keputusan Anwar (saperti melantik Kitsiang sebagai TPM) adalah wahyu yang tidak boleh dipersoal atau dipertikai?

Teman banyak menyebut "dapatkan pengakuan dan pengesahan secara terbuka" kerana teman dah masak dan mangli dengan trick manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. Bila timbul isu dia akan cari jalan untuk poosingh dan putar, apatah lagi kalau orang lain tak tahu menahu, mau ditemberang dan dikelentongnya. Ingat balik cerita macam mane Anwar cuba nak kelentong Almarhum Pak Ghafar (lihat tajuk "Pakat Dulu Balah Kemudian" dalam blog ini).

Apabila beliau membuat komitmen dan pendirian yang diumum secara terbuka dan didengar rakyat, maka rakyat kelak akan berpeluang untuk menilai dan menghakimi sendiri sikap dan tindak-tanduk Anwar. Tapi jangan ingat dia tidak boleh cari jalan nak kelentong juga. Tengoklah apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, banyaklah story dan kelentong yang Anwar buat untuk melepaskan diri. Tapi yang penting umat dan rakyat dengar dan tahu, insyallah akan terbongkar juga akhirnya. Sebab itu jangan sekali-kali terpeangkap dengan mainan bisik-bisik cerita kat dalam bilik sahaja, tetapi dapatkan ia secara terbuka!

Pepatah Melayu pernah menyebut, "terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Addeenul nasihah - agama itu nasihat. Teman sekadar boleh menegur dan memberi nasihat. Sesuai dengan firman ALLAH "demi masa, sesingguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian; melainkan mereka yang beriman, dan beramal soleh, dan tegur-menegur, dan yang sabar". Janganlah kelak nanti kita melakukan kesilapan umat dan kaum terdahulu, yang enggan menerima kebenaran walaupun kebenaran sudah duduk didepan mata. Jangalah berselindung disebalik segala teori dan konsep; matlamat tidak menghalalkan cara. Siasah syara'iyyah atau maqasid syari'ah adalah konsep politik Islam dalam hendak mencapai syariat Islam, menegakkan negara Islam. Ia tidak boleh digunakan sebagai topeng untuk menyerbankan semua tindak-tanduk politik kita walaupun yang jelas bertentangan dengan Islam - saperti bersekongkol dengan kafir harbi yang jelas menolak Islam.

Semoga ALLAH menganugerahkan kita dengan petunjuk, hidayah, kekuatan dan yang paling penting istiqomah - aamantu billah summastaqeem!!

Yang baik itu daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.


Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
05 Safar 1432
10 Januari 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran media hari ini tentang kenyataan Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang)

PAS won't bow to pressure from any quarter, says Hadi
By SIRA HABIBU
sira@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: PAS will uphold its Islamic state agenda and will not bow to pressure from any quarter, including its Pakatan Rakyat partners.

Expressing shock over DAP chairman Karpal Singh’s call to compel PAS to review its stand over the Islamic state issue, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said the party would not compromise on its principles.

“We will bow to no one,” he said when launching Sua Kasih logo and H13 Squad to promote the spirit of brotherhood among various races and religions here yesterday.

Hadi was responding to Karpal’s call to Pakatan to tackle the issue of PAS pursuing its Islamic state agenda in view of the next general election.

Karpal had made the call during the second Pakatan convention in Kepala Batas recently.

Karpal had said that PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Hadi and DAP leaders should confront the issue and frankly consider the required solution.

Hadi said PAS could tolerate and be patient with DAP.

“We have extended co-operation to DAP although in the past, Karpal was adamant that Islamic state could only be implemented over his dead body.

“Our Mursyidul Am had retorted to Karpal’s comment that drew flak from many quarters,” he said, adding that PAS would still uphold its promises.

“When we make promises, we do not merely provide lip service. As Muslims, we will stand by promises made to non-Muslims,” he said.

Hadi said PAS was pursuing an Islamic state to create a system to ensure truth, justice and the protection of rights for everyone.

“Through Islamic governance, we will break all the walls that divide us,” he said, adding that the Western system subscribed to such barriers that divided a nation.