Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

28 November 2014

CAUVINIS KEPANASAN!

Petikan intipati daripada Lapuran Mageran 06 Oktober 1969 mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969: Mereka memaki hamun bangsa Melayu dengan kata-kata hasutan, mencarut, lucah dan melampau seperti "Melayu sakai, pigi masuk hutan, Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa, sekarang kita cina kontrol, kita hentam lu sekarang kita ada kuasa, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau, buang sama polis Melayu, KL sekarang cina punya, semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis, butoh Melayu, ini negeri bukan Melayu punya, kita mau halau semua melayu, Melayu sudah jatuh MARA boleh keluar, Melayu balik kampung MARA kasi habis, apa polis Melayu boleh buat kita raja" dan pelbagai lagi maki hamun terhadap bangsa Melayu!
Salam 2 all.

Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam seperti cacing kepanasan apabila Dato' Sri Najib mengumumkan semalam dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agong UMNO bahawa Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan, malah akan diberi penambah-baikan dalam bentuk melindungi agama Islam dan kedaulatan Malaysia!

Mereka mendakwa Dato' Sri Najib mungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan!

Benar, Dato' Sri Najib ada memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan sebelum PRU-13 dahulu. Namun perlu diingat, Dato' Sri Najib membuat jaminan tersebut atas premis:


1. TIADA MANDAT MENGHAPUSKAN AKTA HASUTAN 

Dato' Sri Najib memberi jaminan tersebut atas premis kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam termasuk pengundi kaum Cina akan memberi mandat jelas kepada beliau untuk memimpin Malaysia selepas PRU-13 demi membangunkan negara untuk mencapai wawasan negara maju menjelang 2020.

Ternyata kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti Islam dan pengundi Cina menolak jaminan tersebut kerana mereka gagal memberi undi kepada BN, hingga menyebabkan akhbar Utusan Malaysia menempelak mereka dimuka hadapan sebaik keputusan PRU-13 diumumkan dengan tajuk - 'Apa lagi Cina mahu'! Malah Dato' Sri Najib menyatakan kehilangan undi popular BN adalah kerana 'tsunami politik Cina'.

Oleh itu sekarang kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam tidak ada hak untuk mempertikai penarikan balik jaminan menghapuskan Akta Hasutan yang diberi oleh PM kerana mereka sendiri tidak memberi mandat untuk beliau berbuat sedemikian;


2. CAUVINIS BELUM MATANG

Dato' Sri Najib memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan (dan ISA & Ordinan Darurat yang sudah pun dimansuhkan) atas kepercayaan rakyat Malaysia, khususnya kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam sudah matang dan boleh berfikiran dan berkelakuan waras dan rasional jika Akta Hasutan dihapuskan.

Ternyata kepercayaan Dato' Sri Najib meleset. Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam mengambil kesempatan daripada penghapusan ISA dan Ordinan Darurat dengan melakukan dan membuat pelbagai kenyataan dan tindakan yang jelas membuktikan bahawa mereka masih belum matang dan masih tidak rasioanl, dan terlalu tebal dengan sikap cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam.

Antara perbuatan, perlakuan dan kenyataan melampau mereka dalam menghina Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan institusi teras negara adalah seperti menuntut penyalahgunaan kalimah Allah, menghina hukum-hakam dan syariat Islam, memperlekeh institusi Mufti dan fatwa, memandang rendah Mahkamah Syariah, menghina institusi, kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, memperlekeh kedudukan bahasa Melayu, menghina sistem kehakiman negara & sistem pilihanraya, menghina pasukan keselamatan polis dan tentera, mempengaruhi agen-agen asing untuk mencabar kedaulatan negara, malah sampai ke peringkat melakukan penderhakaan dengan menghasut rakyat Sabah & Sarawak keluar daripada Malaysia!

Jelas daripada ini bahawa sememangnya kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti Islam ini masih belum matang dan masih berfikiran tidak rasional untuk membolehkan Akta Hasutan dimansuhkan;


3. SIKAP HIPOKRIT CAUVINIS 

Saya percaya Dato' Sri Najib dan majoriti rakyat Malaysia akan terkeliru dengan sikap double-standard dan hipokrit kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam ini. Ini adalah kerana dalam mereka melalak menuntut Akta Hasutan dihapuskan konon kerana tidak demokratik dan ketinggalan zaman, namun bila menguntungkan mereka, Akta Hasutan mahu digunakan.

Contohnya mereka mendesak Kerajaan mendakwa Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa yang mereka fitnah dan tohmah konon mahu membakar bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah (nota: Datuk Ibrahim Ali sudah mengemukakan surat tuntutan guaman terhadap Wong Chun Wai daripada akhbar The Star yang didakwa memfitnah beliau).

Persoalannya apa yang kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam ini mahu?

Mereka melalak desak Akta Hasutan dihapuskan, diwaktu yang sama mereka desak Akta Hasutan digunakan dan dikuatkuasakan terhadap Datuk Ibrahim Ali?

Kalau ini bukan hipokrit dan cakap tak serupa bikin, saya tidak nak label apa sikap dualam ini!!!


RUMUSAN

Apa yang penting ialah Akta Hasutan, terutama Seksyen 3 (1) (f), adalah terjemahan 7 Wasiat Raja Melayu yang dipersetujui melalui kontrak sosial antara bangsa Melayu dengan kaum Cina dan India! Dan keperluan adanya Akta Hasutan terutama Seksyen 3 (1) (f) terbukti bila berlakunya peristiwa berdarah  rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 akibat mainan politik perkauman sempit kaum cauvinis dan pelampau perkauman anti-Melayu!

Oleh itu, tindakan Dato' Sri Najib bukan sahaja bijak dan betul, malahan adalah perlu untuk memastikan kedaulatan, keamanan dan keharmonian antara kaum & agama di negara ini terjamin, malah kesinambungan warisan teras sendi negara terus mekar dan dipelihara untuk memastikan Malaysia terus maju kehadapan demi mencapai wawasan negara maju menjelang 2020!

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada Dato' Sri Najib yang mendengar suara hati majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Safar 1436
28 Nov 2014

24 November 2014

CABARAN ANAK 11 TAHUN!

Pemimpin pemuda parti Melayu desak supaya kepemimpinan parti Melayu jangan beri perhatian kepada kumpulan politik Melayu kerana ini tidak memberi tenaga tambahan kepada parti Melayu dan akan memberi impak ahli parti Melayu akan ketinggalan dari segi kemajuan minda?! Isyk...isyk Bang Non..fenin Jah...fenin!!!
Salam 2 all.

Saudara Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia meminta kepimpinan UMNO supaya 'tidak memberi lebih perhatian kepada mana-mana kumpulan politik berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepada kepentingan kaum Melayu.'

Malah beliau dipetik sebagai berkata, 'pemimpin UMNO harus bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan pendekatan kesederhanaan selain mengakui pendekatan berhaluan kanan tidak memberi tenaga tambahan kepada parti'.

Beliau dipetik menambah 'UMNO tidak boleh terlampau mengikut suara pendesak Melayu yang boleh memudaratkan parti selain memberi impak ditinggalkan dari segi kemajuan minda ahli-ahli'.

Sila rujuk www.astroawani.com/news/show/pemimpin-umno-jangan-beri-muka-kumpulan-haluan-kanan-azwan-bro-48881.

Apabila membaca kenyataan saudara Khairul ini, saya mulanya ingat saya tersalah baca!

Pemimpin parti Melayu desak supaya kepemimpinan parti Melayu jangan beri perhatian kepada kumpulan politik Melayu kerana ini tidak memberi tenaga tambahan kepada parti Melayu dan akan memberi impak kepada ahli-ahli parti Melayu akan ketinggalan dari segi kemajuan minda dan pemikiran?!

Biar betul yop!

Saya ingatkan pemimpin parti Melayu akan desak kepimpinan parti Melayu supaya jangan tunduk dan beri perhatian kepada kumpulan politik cauvinis, rasis dan ekstremis berhaluan kiri seperti Dong Zhong atau Hindraf kerana menyedari survival dan kekuatan parti Melayu terletak kepada sokongan kumpulan politik Melayu?

Sebenarnya saya sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan oleh saudara Khairul dengan kumpulan politik Melayu berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.

Jika beliau merujuk kepada perjuangan pertubuhan-pertubuhan dan NGO-NGO Melayu seperti Perkasa, ISMA, Muafakat, GPMS dan lain-lain sebagai berhaluan kanan yang tidak memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan akan membantutkan kemajuan minda ahli UMNO, saya minta saudara Khairul Azwan supaya membuktikan dimana dan bagaimana perjuangan pertubuhan Melayu berhaluan kanan ini tidak akan memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan akan membantutkan kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Adakah saudara Khairul bermaksud perjuangan memperkasa, membela dan mempertahankan kedudukan dan hak istimewa Islam, Melayu dan Raja-Raja seperti yang terkandung didalam Perlembagaan sebagai perjuangan berhaluan kanan yang tidak akan memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan membantutkan kemajuan minda ahli UMNO?

Jika begitu, saya mohon pencerahan daripada saudara Khairul apakah maksud perjuangan berhaluan sederhana yang mahu diperjuangkan oleh beliau dan Pemuda UMNO?

Adakah perjuangan gagasan pemikiran dan amalan liberalisma dan pluralisma   seperti yang cuba dibawa oleh Ulil Abshor Abdalla yang dijemput oleh Gerakan Moderat Global dibawah pimpinan tokoh UMNO Saifudin Abdullah yang beliau maksudkan sebagai perjuangan berhaluan sederhana yang akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan membantu kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Adakah tindakan Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu Pak Lah Badawi melancarkan buku tulisan tokoh pro pembangkang yang menyokong Comango didalam Gereja DUMC yang disiasat oleh JAIS atas dakwaan cuba memurtadkan umat Melayu-Islam yang beliau maksudkan sebagai perjuangan berhaluan sederhana yang akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan membantu kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Adakah penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini ura-ura mahu menghapuskan Akta Hasutan yang saudara Khairul maksudkan sebagai perjuangan berhaluan sederhana yang akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan membantu kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Adakah saudara Khairul Azwan lupa bahawa melalui sumbangan dan sokongan tidak berbelah bahagi kumpulan yang beliau dakwa berhaluan kanan Melayu ini pada PRU-13 yang membolehkan orang Melayu kekal menyokong dan mengundi UMNO-BN menyebabkan UMNO dapat menambah kerusi daripada 81 kepada 88?

Adakah saudara Khairul bermaksud UMNO tidak lagi memerlukan sokongan dan dokongan pertubuhan-pertubuhan dan NGO-NGO Melayu kerana khuatir ia tidak akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan akan membantutkan kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Saya mengambil sikap bahawa kenyataan saudara Khairul ini adalah pendapat peribadi beliau dan tidak mewakili Pergerakan Pemuda UMNO. Saya bercakap sedemikian kerana saya telah bertanya sendiri beberapa rakan didalam Pergerakan Pemuda UMNO dan mereka menegaskan pendirian saudara Khairul ini tidak pernah dibincangkan mahupun diputuskan didalam mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO.

Ata prinsip husnul dhan saya mengambil sikap bersangka baik bahawa pendirian saudara Khairul adalah pendapat peribadinya sendiri.

Dan perlu saya perjelaskan saya tidak ada masalah peribadi dengan saudara Khairul. Apa yang saya perkatakan disini ialah semata-mata atas prinsip dan kepercayaan saya bahawa UMNO memerlukan bantuan dan sokongan pertubuhan dan NGO-NGO Melayu dalam menghadapi PRU-14, bahawa UMNO masih memperjuangkan kepentingan dan kebajikan Melayu-Islam, dan UMNO masih belum lupa yang membawa UMNO kejayaan dalam PRU-13 sehingga masih kekal memerintah ialah orang Melayu!

Akhir sekali, sebelum menutup penulisan ini, saya minta saudara Khairul untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh adik Ahmad Ali Bin Abdul Karim, seorang anak Melayu berumur 11 tahun yang mempunyai kemajuan minda yang hebat yang bertanya satu soalan dilaman sesawangnya seperti berikut:

"Ahmad Ali Abdul Karim

https://ahmadalikarim.wordpress.com/?s=denison+jayasooria

There is a leader who hold three important posts in the government of Malaysia as well as in his party.

His name is Khairy Jamaluddin, and he is the Sports and Youth Minister, the UMNO Youth Chief and the Member of Parliament of Rembau.

As a youth leader of his party, he must understand which party he is representing and who are the members of his political party.

On September 3, 2014, he launched Proham secretary-general, Datuk Dr. Denision Jayasooria’s biography at the DUMC.

There are three things I must say about this:

1.      Dr Denison is one of COMANGO‘s activists.
So why must Khairy launch a biography of an activist who is fighting against the Federal Constitution and the policies of Khairy’s political party, especially ‘ketuanan Melayu’ and Islam as in the 2011 DUMC case, kalimah Allah issue, bible issue, Article 3(1), Article 121(1A), Article 153, Article 160 and others? Khairy COMANGO has lots of agendas against the government and is fighting for the opposition party to take over the Malaysian government.

2.      DUMC is a church.
Why in the world a Muslim leader like Khairy Jamaluddin must go inside a church, just to launch such a book? If Khairy does not bother about the sensitivity and feelings of the Malays who are represented by UMNO and who voted for Khairy’s party in the GE13, why can’t Khairy, as a Muslim ask for the book launch to be held in another place instead of a church?

3.      And why DUMC?
Has Khairy forgotten the DUMC case where on the 4th day of Ramadhan 1432/2011, JAIS received a report that there were Muslims attending a church program at DUMC and they were having dinner even before Maghrib? So JAIS went there to investigate, but were stopped by the church’s people. JAIS, UMNO and the government were badly condemned and blamed by the Christians, opposition parties’ leaders and also activists who are now involved in COMANGO, when according to the law JAIS did the right thing.

Is Khairy an UMNO leader who really does not care about the dignity of Islam, the feelings and the sensitivity of the Muslims who voted for UMNO which made it possible for him to become a minister?

Please do not hurt the feelings of those who support UMNO in order to be popular among those who hate UMNO.

I hope his boss’ll remind him to remember, understand and uphold the 7 Wasiat Raja-Raja Melayu".


Selamat bersidang kepada saudara Khairul.

Semoga saudara Khairul dapat merangka suatu strategi hebat bertaraf sederhana demi untuk tidak membantutkan kemajuan pemikiran saudara semua, dan supaya ianya membawa impak positif kepada UMNO.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
01 Safar 1436
24 November 2014

12 August 2014

KERAJAAN PAS SELANGOR!

Langkah Kajang dah jadi Langkah Kejang bang Non oooiii...Jah dah fenin ni...fenin!!!
Salam 2 all.

Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allahu hu Akbar!!!
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Yang Maha Besar dengan kebesaranNya,
Kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Maha Suci Allah pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, tidak kami sembah melainkan Allah,
Dengan tulus ikhlas kami beragama Islam keranaNya,
Sekali pun dibenci oleh kafirun, musyrikun dan munafikun! 

Begitulah besarnya kuasa Maha Suci Allah, melakukan sesuatu diluar dugaan manusia!

Siapa sangka tiba-tiba PAS akan menjadi Kerajaan memerintah negeri Selangor?

Apa yang bermula sebagai Langkah Kajang, berakhir dengan Kuburan Kajang! 

Angan-angan dan nafsu PKR yang mahukan Anwar, dan kemudiannya bininya sendiri Wan Azizah, menjadi MB Selangor dengan mengkhianati rakan sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim berakhir dengan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB tetapi Kerajaan PKR bertukar menjadi Kerajaan PAS dengan sokongan UMNO?

Dan pada hemat saya Langkah Kajang akan menguburkan pakatan songsang DAP-PKR bersama PAS! Ia hanya menunggu masa sahaja insya Allah.

Allah huakbar, walillah hilhamd! 

Perkiraan PKR bahawa Tan Sri Khalid adalah kucing kurap yang boleh disepak terajang berubah menjadi igauan ngeri!

PKR mengira dengan majoriti 2/3 gabungan songsang DAP-PKR-PAS dengan 15 + 15 + 14 kerusi maka mereka boleh berbuat apa sahaja termasuk mengkhianati kawan sendiri.

PKR menjangka UMNO & BN yang hanya mempunyai 12 kerusi akan hanya mampu menjadi pemerhati sambil mereka menyembelih dan melapah rakan mereka sendiri.

Allah hu akbar, walillah hilhamd! 

Wamakaru wamakarallah, wallah hu khoirul maakiriin - mereka menipu daya, Allah merancang, dan rancangan Allah lebih hebat daripada tipu daya mereka!

Tiba-tiba Allah membutakan jiwa, hati dan mata mereka untuk memilih Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor dengan menendang Tan Sri Khalid.

Sudah pasti PAS tidak boleh menerima Wan Azizah sebagai MB!

Bukan kerana Wan Azizah wanita sebagaimana yang cuba ditohmahkan oleh PKR.

Tetapi kerana Wan Azizah diselaputi pelbagai masalah akhlak, kredibiliti dan kewibawaan!

PAS tentu masih ingat bagaimana Wan Azizah secara terang-terang memberitahu dunia bahawa jam Omega dalam skandal China-Doll ada dalam simpanannya!

Sedangkan pembongkar videoklip China-Doll, Datuk Eskay telah membuktikan jam itu ada pada beliau dan telah pun diserahkan kepada pihak polis!

Ini bermakna samada Eskay berbohong atau Wan Azizah yang berbohong.

Isu jam Omega ini penting kerana ianya bukan sahaja membabitkan persoalan integriti, kredibiliti dan kewibawaan, ianya juga melibatkan isu akhlak yang sangat serius!

Pokok pangkalnya bagaimana PKR mahu memaksa PAS menerima seorang MB dan suaminya yang tercemar akhlak, integriti dan kewibawaannya?

Saya percaya atas petimbangan itulah membuatkan pimpinan PAS termasuk Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang serta Majlis Syura' Ulama PAS menolak cadangan menggantikan Tan Sri Khalid dengan Wan Azizah.

Allah hu akbar, walillah hilhamd! 

Apa pun, rancangan Allah berjalan dengan baik. Bukan sahaja PAS memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid, malahan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan UMNO/BN akan menolak sebarang usaha untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid dalam DUN Selangor.

Bermakna dengan 15 ADUN PAS, 12 ADUN UMNO/BN dan Tan Sri Khalid menjadikan 28 kerusi. Sedangkan DAP dan PKR hanya ada 27 setelah ditolak Speaker yang tidak boleh mengundi.

Bermakna Tan Sri Khalid memang mempunyai majoriti ADUN yang menyokong beliau untuk terus menjadi MB.

Ini sekaligus memberikan kuasa dan bidangkuasa kepada Tuanku Sultan Selangor menurut Artikel 53 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk terus mengekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB.

Allah huakbar, walillah hilhamd! 

Saya cukup yakin bahawa UMNO/BN tidak akan menuntut sebarang jawatan Exco dalam pentadbiran baru Kerajaan Selangor.

UMNO/ BN sedar bahawa mandat PRU-13 adalah mandat rakyat Selangor kepada Tan Sri Khalid untuk terus menjadi MB, bukannya mandat kepada UMNO/BN.

Saya mengambil kesempatan disini untuk menasihatkan pimpinan UMNO/ BN Selangor supaya tidak menuntut sebarang jawatan Exco didalam Kerajaan Tan Sri Khalid. Sebarang cubaan membuat tuntutan sedemikian akan membuatkan rakyat mempersoalkan keikhlasan UMNO/ BN menyokong Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor.

Saya percaya akan ada pihak yang akan cuba menakut-nakutkan dikalangan bukan Melayu dan ahli PAS kononnya jika Tan Sri Khalid kekal menjadi MB dengan sokongan UMNO maka beliau akan terpaksa membentuk Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO.

Alhamdulillah TS Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa UMNO/BN memberikan sokongan kepada Tan Sri Khalid untuk terus kekal sebagai MB tanpa mengenakan sebarang syarat.

Ini bermakna UMNO bersedia untuk Tan Sri Khalid terus menjadi MB Selangor dengan hanya ADUN PAS menjadi Exco.

Pada saya ini satu keputusan politik yang bijak.

Dan siapa sangka, tiba-tiba PAS menjadi Kerajaan Negeri Selangor!

Allah huakbar, walillah hilhamd! 

Apabila datang bantuan Allah, dan kemenangan,
Dan manusia berbondong-bondong menyertai kamu,
Maka bertasbihlah, dan bertahmidlah, dan mohonlah keampunan kepada Alllah,
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat!


NASIHAT KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN PAS

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid supaya melakukan segera perkara-perkara berikut:

1. memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan mengarahkan Anwar mengosongkan serta-merta pejabat PENS dan membawa bersamanya kesemua kakitangan yang ada;

2. memecat serta-merta kesemua anggota Exco Kerajaan Negeri daripada PKR-DAP;

3. memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR dan mengarahkan beliau mengosongkan pejabat dengan serta-merta;

4. memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;

5. melantik sekurang-kurangnya tambahan 6 orang lagi ADUN PAS menjadi Exco Kerajaan Selangor, ini akan menjadikan Exco Selangor mantap dan kuat dengan 10 anggota Exco;

6. apabila Dewan bersidang nanti, memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau yang setaraf dengannya sebagai Speaker DUN yang baru,

7. memberi surat tunjuk sebab kepada semua Ahli Majlis PBT daripada DAP-PKR menyatakan mengapa mereka tidak harus dipecat kerana menyokong pendirian parti mereka DAP-PKR memecat Tan Sri Khalid. Jika mereka masih menyokong DAP-PKR, maka kesemua Ahli Majlis PBT tersebut wajib dipecat serta-merta;

8. Kesemua jawatan Ahli Majlis PBT yang dikosongkan itu hendaklah diisi oleh ahli-ahli PAS atau aktivitis masyarakat yang bersesuaian;

9. mengadakan pertemuan segera dengan kesemua ADUN PAS Selangor dan pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

10. mendedahkan kepada rakyat, jika ada, kesemua projek atau habuan kewangan yang telah, sedang dan dalam proses diperolehi dan atau diberikan kepada Anwar Ibrahim, kroni atau ahli keluarganya, atau pimpinan dan ahli PKR-DAP serta kaum keluarga mereka.

Kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi Awang, dan kepimpinan PAS, saya mendoakan supaya istiqomah dalam keputusan menyokong Tan Sri Khalid. Saya mendoakan supaya mereka dihindari dan dijauhi daripada fitnah, tipudaya, pembohongan dan putarbelit daripada PKR-DAP dalam keputusan mereka mempertahankan Tan Sri Khalid.

Manakala kepada PAS pula, saya nasihatkan supaya mengambil kesempatan daripada peluang pembentukan Kerajaan Selangor ini dengan menunjukkan kehebatan dan kebaikan pemerintahan Islam. Fahami prinsip Fiqh Awlawiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan.

Jangan lakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pertahan dan perkasakan Islam dan syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw; dan jagalah kepentingan dan kebajikan orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tanpa menafikan hak atau menzalimi kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

Ingatlah, Allah yang memberikan kuasa, dan Allah yang menarik balik kuasa!

Peganglah amanah yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya. Jangan jadikan jawatan dan pemerintahan sebagai medan membuat habuan, tetapi jadikan ianya sebagai suatu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti!

Allah hu akbar, walillah hilhamd!
Wallahhua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Syawal 1435
12 Ogos 2014

06 June 2014

PRK TELUK INTAN: ANTARA KACA DAN PERMATA


Salam 2 all.

Saya merujuk kenyataan Gobind Singh Deo anak lelaki mendiang Karpal Singh yang mendakwa kekalahan DAP di Teluk Intan adalah kerana isu hudud PAS.

Ternyata Gobind mengambil sikap selektif menyalahkan hudud PAS hanya untuk menyembunyikan hakikat rakyat sebenarnya menolak keegoan dan keangkuhan politik DAP untuk memperkaldaikan orang Melayu.

Adakah Gobind lupa adik beliau sendiri Ramkarpal baru sahaja memenangi PRK Bkt Gelugor dengan majoriti yang besar walaupun ditentang oleh calon bebas ahli PAS Mohamed Nabi Bux yang membawa perjuangan hudud?

Sekiranya benar dakwaan Gobind kekalahan di Teluk Intan adalah kerana hudud PAS, mana mungkin adiknya boleh mendapat undi yang besar menentang calon ahli PAS yang membawa isu hudud! Itupun dengan Ramkarpal mendapat bantuan dan sokongan jentera dan kepimpinan PAS!

Hakikatnya ialah rakyat menolak keangkuhan politik perkauman dan cauvinisma yang dibawa oleh DAP terutamanya dibawah kepimpinan Dinasti Lim.

Cubaan menggunakan calon Melayu yang menentang hukum agama sendiri dan memperlekeh institusi bangsa sendiri menyebabkan pengundi menolak DAP. Melayu, Cina dan India mempunyai alasan tersendiri masing-masing untuk menolak DAP di Teluk Intan seperti berikut:

1. Bagi  pengundi Melayu yang menyokong pembangkang, terutama dikalangan ahli PAS, kenyataan pertama Dyana yang menegaskan akan menentang pembentangan RUU Hudud PAS Kelantan sekiranya dipilih menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan dilihat sebagai anti-Islam dan memusuhi PAS!

2. Ini ditambah dengan kenyataan Dyana mahukan sebuah universiti khas untuk kaum Cina seperti UiTM, dan sikap beliau memperlekeh UiTM sebagai institusi pengajian tinggi anak-anak Melayu dilihat sebagai si-tanggang yang lupa daratan. Ini kerana Dyana sendiri adalah seorang graduan lulusan UiTM. Sikap sebegini dilihat seperti kencing atas bangsa sendiri.

3. Bagi masyarakat Cina pula, mereka melihat Dyana sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai kerana ibunya Yammy Samat bukan sahaja seorang ahli UMNO, malah merupakan Ketua Wanita Perkasa yang pertama. Mereka melihat kepimpinan DAP dibawah Dinasti Lim sebagai cakap tak serupa bikin, disatu sudut menghentam dan mengutuk Perkasa sebagai sebuah pertubuhan rasis dan perkauman, tetapi diwaktu yang sama meletakkan anak pimpinan Perkasa sebagai calon!

4. Mereka juga melihat Dyana sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai kerana Dyana Sofya adalah seorang berbangsa Melayu beragama Islam tetapi menentang hukum agamanya sendiri! Kalau agama dia pun dia berani tentang, apatah lagi kepentingan kaum Cina?

Semangat mendiang Karpal  masih tebal dalam DAP!
5. Begitu juga kredibiliti Dyana tercalar dikalangan masyarakat Cina kerana mereka melihat Dyana sebagai tidak tahu mengenang budi. Setelah menikmati kehidupan dan kejayaan hasil pengorbanan dan sumbangan institusi Melayu seperti UiTM, Dyana sanggup memperlekeh tempat cari makan sendiri. Ini satu pantang besar  kaum Cina yang telah dilanggar oleh Dyana.

6. Bagi ahli akar umbi dan kepimpinan DAP yang lain terutama di Teluk Intan, mereka melihat pemilihan Dyana, seorang bukan anak tempatan yang baru seputik jagung didalam DAP tetapi mendapat tempat hanya kerana menjadi pegawai khas Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah. Sedangkan lebih ramai lagi ahli yang berkelayakan dan telah lama berjuang didalam DAP diketepikan;

7. Bagi kaum India pula, mereka tidak nampak calon DAP ini berminat untuk membantu mereka. Kenyataan Dyana mencadangkan sebuah IPTA untuk kaum Cina dibina seperti UiTM langsung tidak membantu kerana dilihat terlalu memperjuangkan nasib kaum Cina, sedangkan nasib kaum India juga perlukan pembelaan!

Kesemua faktor ini menyumbang kepada kekalahan mengejut DAP di kubu kuat mereka!

Malahan kalau dilihat dari segi undi, DAP hanya mendapat 19,919 undi sedangkan dalam PRU-13 (Mei 2013), mereka mendapat 27,399 undi. Maknanya DAP kehilangan 7,480 undi dalam tempoh setahun!

Dan kebetulan jumlah pengundi yang tidak turun mengundi dalam PRK ini ialah 7,409 berbanding PRU-13!

Jumlah kehilangan undi dan pengundi tidak turun yang hampir sama ini memberi gambaran bahawa terdapat undi protes secara pukal (enbloc protest voting) terhadap calon DAP!

Sebab itu dakwaan Gobind Singh Deo bahawa hudud PAS punca kekalahan mereka adalah tidak berasas.

Apatah lagi kepimpinan dan jentera PAS sendiri termasuk Presiden Datuk Seri Hadi Awang turun membantu sepenuhnya Dyana Sofya walaupun mereka tahu Dyana akan menentang RUU Hudud PAS bila dibentangkan di Parlimen nanti.

Walaupun dilihat seperti satu tindakan bodoh dan mempunyai ciri-ciri 'bahalul siasi', namun kepimpinan PAS terus menerus mengenepikan prinsip perjuangan parti dan tuntutan agama mereka dengan membantu dan menyokong calon DAP yang secara terang-terang menentang hudud PAS!

Sehubungan dengan itu, PAS sewajarnya membuka mata dan jiwa mereka kepada hakikat bahawa DAP memang langsung tidak menghormati dan menghargai PAS. Walaupun PAS bertungkus lumus membantu dan menyokong Dyana Sofya sehingga terpaksa mengenepikan prinsip perjuangan parti dan tuntutan agama Islam, namun ianya umpama papatah habis madu sepah dibuang.

Kenyataan Gobind Singh Deo menyalahkan hudud PAS sebagai punca kekalahan Dyana di Teluk Intan sekadar membuktikan sikap cauvinistik, angkuh dan ego DAP memperlekeh dan memandang rendah kepada PAS!

Pada saya, kekalahan DAP di kubu kuat mereka walaupun berjaya mengemukakan calon Melayu yang menentang hukum agama dan institusi bangsanya sendiri adalah satu 'undi tidak percaya' kepada kepimpinan Dinasti Lim dalam DAP.

Sebab itu saya mencabar Kitsiang dan anaknya Guaneng mengambil tanggungjawab akan kekalahan ini dengan meletakkan semua jawatan dalam parti.

Itu sahaja 'kamikaze politik' yang bermaruah untuk Kitsiang dan anaknya Guaneng untuk menebus keaiban yang ditanggung oleh DAP kerana kehilangan kerusi kubu kuat mereka di Teluk Intan!

Diwaktu yang sama, BN juga tidak wajar meraikan kemenangan Datuk Mah Siew Keong sebagai tanda bukti konon pengundi Cina sudah kembali kepada BN.

Ini kerana Datuk Mah hanya mendapat tambahan undi sebanyak 71 sahaja. Dalam PRU-13, beliau tewas dengan memperolehi undi sebanyak 20,086, manakala dalam PRK ini beliau memperolehi 20,157 undi sahaja.

Ini hanyalah penambahan 71 undi.

Cuba perhatikan tabulasi undi perbandingan PRU-13 dan PRK dibawah ini:

PARTI
PRU-13
PRK 2014
PENAMBAHAN /
PENGURANGAN
BN
20,086
20,157
+ 71
DAP
27,399
19,919
- 7,480
MAJORITI
7,313 - DAP
238 - BN
- 7,075
UNDI ROSAK

543

PENGUNDI TURUN
47,485
40,619
- 7,409

Kita jangan lupa kerusi Parlimen Teluk Intan pernah dimenangi oleh Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti sebanyak 2,783 (PRU-10 1999) dan 10,041 (PRU-11 2004), sebelum tewas kepada calon DAP M.Manogaran yang mendapat majoriti sebanyak 1,470 (PRU-12 2008) dan 7,313 (PRU-13 2013).

Tanpa menafikan komitmen dan dedikasi Datuk Mah Siew Keong sebagai Presiden Gerakan dan pemimpin akar umbi yang hebat, namun pada saya Datuk Mah sangat bernasib baik dalam pertandingan di PRK Teluk Intan ini kerana Dinasti Lim telah tersilap memilih calon DAP bagi PRK ini.

Saya cukup yakin suasana akan jadi berbeza andai kata DAP meletakkan calon bukan Melayu didalam PRK ini.

Jadi sebarang kenyataan konon kemenangan di Teluk Intan satu bukti kembalinya pengundi Cina kepada BN dan satu kebangkitan bagi Parti Gerakan dan MCA adalah satu ilusi politik dan angan-angan yang tidak berasas sama sekali. Saya berharap kepimpinan BN terutamanya UMNO tidak terbuai-buai dialam mimpi dengan kemenangan ini.

Apa yang jelas bagi PRK Teluk Intan, orang Melayu membuktikan mereka tidak rela dan tidak redha diperkaldaikan oleh DAP. Ini satu mesej kepada UMNO bahawa orang Melayu masih mempunyai semangat nasionalisma dan keagamaan yang kuat – satu sikap yang sepatutnya diberi fokus oleh UMNO untuk memastikan kesinambungan talian hayat politik UMNO terus kukuh untuk menghadapi PRU-14.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
08 Sya'ban 1435
06 Jun 2014

26 May 2014

FITNAH HUDUD PAS?

Akan datang kelak suatu zaman dimana kamu akan terkena satu fitnah yang tidak kamu nampak, kerana datangnya seperti kepingan malam, seperti seekor semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap gelita. Iaitu kamu Islam waktu pagi, tetapi kamu kafir waktu petang; kamu Islam waktu petang, tetapi kamu kafir waktu pagi. Kamu mahu hudud bersama UMNO, tetapi kamu bersama DAP menolak hudud. Kamu terkena suatu penyakit dipanggil 'wahan' - hubbud duniya wakaro hiyatul maut, kamu terlalu cintakan dunia, jawatan, kedudukan dan habuan, dan kamu terlalu takut mati dan kehilangan jawatan, kedudukan dan habuan duniawi itu.
Salam 2 all.

Tahniah kepada kepimpinan PAS kerana berjaya membantu calon DAP Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan undi sebanyak 41,242 mengalahkan calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan yang mendapat 3,583 undi, dan dua calon bebas Mohamed Nabi Bux Bin Mohd. Nabi Sathar (ahli PAS) yang mendapat 799 undi dan Abu Backer Sidek Mohd. Zan yang mendapat 225 undi*.

Ini bermakna PAS berjaya memenangkan calon DAP menjadi Ahli Parlimen yang telah berjanji akan menolak dan menentang cadangan pembentangan RUU Hudud PAS Kelantan.

Eh...macam pelik pulak bunyinya. PAS membantu memenangkan calon yang akan menentang PAS untuk laksanakan hudud?

Dan itulah hakikat sebenarnya. PAS yang kononnya mahu membentang Rang Undang-Undang Perlaksanaan Hudud PAS Kelantan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang telah memenangkan musuh hudud PAS!

Ceritanya mudah sahaja. Untuk membolehkan RUU itu diluluskan, PAS memerlukan majoriti mudah iaitu 112 Ahli Parlimen menyokongnya.

PAS ada 21 Ahli Parlimen. Bermakna PAS memerlukan sokongan 91 lagi Ahli Parlimen.

Daripada mana PAS nak dapatkan 91 Ahli Parlimen ini?

Rakan sebantal PAS iaitu DAP telah mengisytiharkan penentangan, over my dead body kata mendiang Karpal Singh, bekas Pengerusi DAP. Kata-kata penentangan yang masih dipegang oleh DAP.

Rakan sekatil PAS iaitu PKR telah menyatakan penolakan jelas. Kata pimpinan PKR yang sebangsa dan seagama dengan PAS, kami tetapi mengangkat Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda pembangkang.

Dalam keadaan penentangan dan penolakan rakan sekatil dan sebantal mereka, PAS menadah tangan mohon sokongan UMNO - parti Melayu-Islam yang mempunyai 88 Ahli Parlimen.

Alhamdulillah, kepimpinan UMNO termasuk Presidennya Dato' Sri Najib Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin menyatakan UMNO tidak menolak hudud Islam sebagai hukum Allah, dan bersedia bekerjasama dengan PAS.

Bermakna PAS campur UMNO menjadi 109 Ahli Parlimen - kurang 3 untuk majoriti mudah.

Mana mahu cari 3 Ahli Parlimen ini?

Tiba-tiba Allah mengosongkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan Parlimen Teluk Intan. Dua kerusi Parlimen sudah terbentang depan mata PAS untuk ditambah sokongan.

Bermakna dengan 21 MP PAS, tambah 88 MP UMNO, ditambah 2 kerusi lagi menjadikan 111 kerusi. Hanya tinggal satu kerusi sahaja lagi untuk mendapat majoriti mudah, sesuatu yang hampir pasti boleh dicapai dengan izin Allah.

Dalam keadaan itu, sudah pasti akal waras manusia akan menjangkakan PAS akan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen itu, atau sekurang-kurangnya memastikan calon yang menang ialah calon yang akan sokong RUU Hudud PAS Kelantan.

Dan dalam keadaan itu, sudah pasti mana-mana umat Islam yang masih punya sekelumit iman akan menjangkakan PAS akan mengisytiharkan jihad untuk bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan!

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Rakan sekongkol PAS iaitu DAP meletakkan Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh sebagai calon Bukit Gelugor, dan Dyana Sofya Daud sebagai calon Teluk Intan.

DAN KEDUA-DUA CALON DENGAN JELAS, TERANG DAN NYATA MENGISYTIHARKAN MENOLAK HUDUD DAN AKAN MENENTANG PEMBENTANGAN RUU HUDUD PAS KELANTAN!

Dalam keadaan itu, akal waras manusia akan menjangkakan PAS bukan sahaja akan meletakkan calon sendiri, malah akan mengisytihar jihad menentang calon-calon DAP ini.

Tetapi sebaliknya yang berlaku!

Di Bukit Gelugor, PAS bukan sahaja menyokong dan membantu calon DAP yang menentang hudud, malah menentang dan mencemuh ahli PAS sendiri Mohamad Nabi Bux yang bertanding untuk menyokong RUU Hudud PAS Kelantan!

Di Teluk Intan, PAS bukan sahaja menyokong dan membantu calon DAP yang menentang hudud, malah pimpinan PAS turun berkempen untuk memenangkan calon DAP tersebut yang bukan sahaja menentang hudud, malah tidak bertudung pun!

MANA-MANA MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL WARAS AKAN KATA INI POLITIK TIGA-SUKU!

MANA-MANA UMAT ISLAM YANG BERIMAN AKAN BERKATA INI SIKAP HIPOKRIT POLITIK YANG SANGAT MEMUALKAN!

Tetapi hairan, masih ada penyokong dan pendokong PAS yang terus menerus taksub dengan retorik hudud yang dibawa PAS - mereka menjadi kaum yang Allah sebut sebagai PBB - Pekak, Bisa & Buta - summum bukmum 'umyum fahuum.

Mereka membaca Al-Quran, mereka tahu Allah telah memberi amaran tentang perkara ini. Tetapi mereka umpama kaldai yang memikul kitab yang banyak dibelakang tetapi tidak membawa sebarang menafaat kitab-kitab itu selain bebanan kepada mereka. 

Persoalannya, dalam suasana sebegini, adakah PAS masih mempunyai hak agama, moral dan politik untuk mendesak UMNO terus menyokong dan membantu mereka kononnya mahu membentangkan RUU Hudud PAS Kelantan?

Hanya orang bodoh dan jahil sahaja yang akan mengikut rentak politik tiga-suku PAS ini yang hanya mempermainkan agama untuk kepentingan politik kepartian mereka!

Apa pun yang jelas ialah impian mendiang Karpal Singh sudah tercapai.

PAS bukan sahaja tidak berani 'melangkah mayat Karpal' untuk melaksanakan hudud, malah Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh yang turun berkempen dengan prinsip menentang hudud PAS berjaya 'melangkah mayat PAS' dengan memenangi kerusi Parlimen Gelugor dengan bantuan PAS.

Ya Allah, peliharalah aqidah dan keimanan kami, dan jauhkanlah kami daripada fitnah aqidah yang melanda umat ini, dan berilah kami kekuatan dan istiqomah, ameen!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 Rejab 1435
26 Mei 2014

* Nota: kesemua calon iaitu Datuk Huang Cheng Guan (PCM), Mohamed Nabi Bux & Abu Backer hilang deposit. Ramkarpal memperolehi majoriti sebanyak 36,659 (89%) undi. Tetapi peratus turun pengundi terlalu sedikit iaitu 46,099 iaitu sebanyak 56.04% daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 82,431. Pecahan pengundi mengikut etnik di Parlimen Bukit Gelugor ialah 61,267 Cina (74.33%), Melayu 11,913 (14.45%), India 8,848 (10.73%) dan lain-lain kaum 403 (0.3%). Dalam PRU 13 pada 05.05.2013, mendiang Karpal Singh mendapat sebanyak 55,839 undi (iaitu majoriti 41,778 undi) daripada 82,042 (86%) pengundi yang turun. Calon BN masa itu Teh Beng Yeam (MCA) mendapat 14,061 undi. Bagaimanapun peratus majoriti yang diperolehi Ramkarpal adalah 89%, sedangkan mendiang Karpal ialah 79.1%.

11 May 2014

MCA TARIK DIRI?

MCA sepatutnya menggunakan medan PRK Bukit Gelugor untuk mendesak DAP supaya menasihatkan PAS melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap Anwar untuk membuktikan keikhlasan PAS mahu melaksanakan kanun jenayah syariah di negara ini!
Salam 2 all.

Saya tertarik dengan kenyataan Setiausaha Agong MCA Ong Ka Chuan semalam yang mengumumkan bahawa MCA tidak akan meletakkan calon menentang Ramkarpal Singh dalam PRK Bkt Gelugor.

MCA memberikan alasan mahu menumpu kepada isu perlaksanaan hudud yang mahu dibentangkan oleh PAS sebagai krisis nasional yang perlu ditangani.

Pada saya alasan MCA itu hanyalah satu gimik dan retorik politik semata-mata, kerana mereka tahu calon MCA tidak boleh memenangi sebarang pertandingan menentang DAP.

Dan pada saya, MCA tidak mahu membuka pekong bahawa kaum pengundi Cina telah menolak mereka; dan mendedahkan sebarang ungkapan konon pengundi Cina sudah kembali kepada MCA adalah retorik politik semata-mata.

Ini terbukti didalam PRK Kajang baru-baru ini dimana calon hebat MCA, Naib Presidennya sendiri Chew Mei Fun tumbang ditangan calon PKR. Malahan jumlah undi yang diperolehi MCA semasa PRU-13 di Kajang semakin menurun didalam PRK Kajang!

Jadi meletakkan calon di kubu kuat DAP di Bkt Gelugor akan sekadar menjadi medan pembantaian kepada survival politik MCA. Silap-silap mahu hilang deposit calon MCA!

Pada saya adalah hak MCA untuk tidak mahu meletakkan calon dalam PRK Bkt Gelugor.

Tetapi MCA tidak ada hak untuk berselindung disebalik isu perlaksanaan hudud oleh PAS sebagai alasan tidak mahu bertanding!

Pada saya ini kenyataan paradox politik yang self-contradictory.

Sepatutnya DAP yang wajar khuatir dan risau dengan cadangan perlaksanaan hudud oleh PAS, kerana PAS adalah rakan sekongkol mereka.

Kalau menggunakan logik MCA, sepatutnya DAP lah yang tidak meletakkan calon dalam PRK Bkt Gelugor. Sepatutnya DAP lah yang sepatutnya menarik diri dan membuat kenyataan mahu menumpu dan fokus kepada menghalang PAS daripada melaksanakan hudud.

Malah MCA sepatutnya menggunakan sepenuhnya peluang didalam PRK Bkt Gelugor untuk menyerang DAP yang kelihatan tidak mampu mengekang rakan sekongkolnya PAS daripada melaksanakan hudud.

Kalau benar MCA mahu menentang perlaksanaan hudud oleh PAS, PRK Bkt Gelugor adalah medan tempur terbaik untuk MCA membelasah DAP; bukan dengan menarik diri daripada bertanding. MCA sepatutnya meyakinkan pengundi Cina bahawa kredibiliti dan kewibawaan DAP tercalar dan tercabar kerana membiarkan PAS melaksanakan hudud.

Malah tag-line politik yang terbaik bagi MCA di Bkt Gelugor ialah "DAP membiarkan PAS melangkah mayat Karpal!".

Jadi tidak masuk akal bagi MCA tidak mahu meletakkan calon dalam PRK Bkt Gelugor kononnya kerana mahu fokus kepada isu perlaksanaan hudud oleh PAS!

Adakah MCA takut dengan bayang-bayang sendiri?

Atau adakah MCA mempunyai agenda politik lain?

Apa pun, bagi saya MCA tidak ada hak untuk menuding jari kepada YAB Perdana Menteri dan kepimpinan Barisan Nasional dan menghalang BN daripada meletakkan calon bagi PRK Bkt Gelugor, kononnya itu adalah kerusi tradisi MCA!

Kalau MCA sendiri memungkiri tradisi BN dengan enggan mahu bertanding dalam satu PRK, maka MCA tidak ada hak untuk menghalang BN daripada memungkiri tradisi dengan meletakkan calon daripada parti komponen lain atau BN-Friendly untuk bertanding dalam PRK Bkt Gelugor - kerana adalah menjadi tradisi BN untuk meletakkan calon dalam mana-mana pilihanraya!

Dan dengan keadaan kesahihan pencalonan Ramkarpal Singh sebagai calon mewakili DAP boleh dicabar kerana kasahihan CEC DAP tidak diiktiraf oleh ROS, ada kemungkinan calon BN boleh menang tanpa bertanding dan merampas semula kerusi Bkt Gelugor.

Ini peluang BN memecah kerusi tradisi DAP; dan MCA tidak patut menghalang hanya kerana kononnya Bkt Gelugor adalah kerusi tradisi MCA.

Apapun, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke 68 kepada UMNO yang menyambut ulangtahun penubuhannya sejak 11 Mei 1946 hari ini.

Sempena ulangtahun ini, mungkin UMNO perlu mempertimbangkan untuk keluar daripada kepompong politik tradisi dengan meletakkan calon menentang Ramkarpal Singh.

Mana tahu berkat ulangtahun ke 68 ini, dan dengan niat jelas mahu bersama umat Islam melaksanakan hudud Islam sebagai mencari keredhaan Allah, mungkin kubu kuat DAP di Bkt Gelugor boleh bertukar menjadi kerusi UMNO, insya Allah!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

ZulkIfli bIN Noordin
Ahad
11 Rejab 1435
11 Mei 2014

03 May 2014

POLITIK LABA-LABU



Kata Datuk Nik Aziz, PAS bukan sahaja bersedia bekerjasama dengan DAP, kalau dengan syaitan pun PAS sanggup asalkan UMNO dijatuhkan dari pemerintahan negara!
Salam 2 all.

Saya telah berkali-kali mengulangi pendirian bahawa tiada mana-mana orang Islam yang mempunyai walau sedikit keimanan akan menolak perlaksanaan syariat Islam termasuk undang-undang jenayah seperti hudud. Saya istiqomah dalam isu ini.

Malahan YAB Dato' Sri Najib sendiri telah menegaskan bahawa UMNO tidak menolak hudud, dan bersedia bekerjasama dengan PAS untuk perlaksanaannya supaya matlamat keadilan Islam itu tercapai - tetapi hudud Islam, bukan hudud ciptaan manusia!

Berdasarkan itulah apabila PAS memainkan senitmen perlaksanaan hudud, umat Melayu-Islam senang termakan. Dan sesiapa yang mempertikai akan mudah dilabel sebagai penentang Islam, malah sampai dikafirkan!

Bagaimanapun, apa yang kita mahu persoalkan ialah nawaitu dan tujuan sebenar PAS dalam mempelopori isu hudud ini? Adakah mereka benar-benar ikhlas, atau sekadar pemanis mulut politiking sahaja? 

Dalam konteks itu, saya merujuk kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan keikhlasan PAS untuk melaksanakan hudud berikutan daripada pendedahan oleh Teresa Kok bahawa pimpinan PAS memaklumkan kepada DAP tujuan PAS nak bentangkan usul persendirian perlaksanaan hudud di Kelantan adalah untuk meraih sokongan orang Melayu.

Saya menyokong kenyataan Datuk Seri Zahid tersebut dan mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas samada benar atau tidak dakwaan Teresa Kok itu?

Apabila menghadapi bantahan dan tentangan keras daripada rakan sekongkol mereka DAP-PKR dalam usaha nak membentangkan usul persendirian bagi perlaksanaan hudud di Kelantan, PAS menadah tangan mohon simpati dan sokongan UMNO yang mereka jadikan musuh dan pernah dikafirkan.

Dalam keadaan itu, yang peliknya PAS masih bersekongkol dgn DAP-PKR untuk menyerang UMNO. Bukti terbaru ialah himpunan haram Khamis lepas dimana hampir 90% yang hadir ialah ahli dan penyokong PAS.

Malah kawalan keselamatan disediakan oleh Unit Amal PAS. Bukan itu sahaja, pimpinan tertinggi PAS termasuk Timb Pres Mat Sabu, Hatta Ramli dan lain-lain turut hadir dalam himpunan tersebut.

Himpunan yang dijubahkan dengan slogan anti-GST telah diputar-belitkan oleh pembangkang sebagai medan 'UMNO-bashing' dan 'balun-Najib', termasuk mempertikai sabitan kes liwat Anwar terhadap pemabntunya Saiful dan memaki hamun Kerajaan UMNO termasuk YAB Dato' Sri Najib sendiri, dimana ada insiden gambar PM dipijak penyokong himpunan tersebut.

Tangan kanan meminta, tangan kanan menikam!
Yang lebih menyedihkan, ada penyokong himpunan ini tidak tahu apa benda pun pasal GST. Bila ditanya apa mereka faham mengenai GST yang konon dibantah, mereka jawab 'wa tak tau, wa tau nak datang berhimpun'. Dan ada antara mereka penuh bangga menunjukkan resit seperti McDonald atau Parking yang tertera perkataan GST. Nampak sangat mereka benar-benar buta tidak tahu beza GST - Goods & Sales Tax dan GST - Government Service Tax (yang telah lama dilaksanakan oleh Jabatan Kastam DiRaja).

Apa pun, pada saya kelakuan PAS menyertai, malah meramaikan himpunan haram ini satu sikap hipokrit politik yang tidak sepatutnya berlaku.

Diwaktu tangan kanan PAS menagih simpati dan sokongan UMNO, tetapi tangan kiri pula cuba menikam UMNO dari belakang. 

Kalau begini sikap PAS yang penuh dengan politik kepura-puraan, saya menyarankan kepada UMNO supaya menggantung dan mengkaji semula sebarang cadangan mengadakan apa juga kerjasama politik dengan PAS dalam apa juga perkara termasuk perlaksanaan hudud PAS yang konon nak dilaksanakan di Kelantan.

Mungkinkah ada kebenaran pendedahan Teresa Kok itu, bahawa retorik hudud ini hanya sekadar sandiwara politik PAS bertujuan meraih sokongan dan undi orang Melayu yang sudah muak dan meluat dengan politiking melampau mereka dan menghukum PAS dalam PRU-13 lepas?

Saya khuatir UMNO akan terperangkap dengan mainan politik PAS ini, dan lebih parah akan menyebabkan rakan komponen UMNO terutamanya MCA, Gerakan dan rakan-rakan komponen Sabah & Sarawak berasa sangsi dan mempunyai persepsi yang salah terhadap UMNO.

Dalam apa keadaan pun, terbukti MCA, Gerakan dan lain-lain komponen lebih setia kepada UMNO dan boleh dipercayai berbanding dengan PAS yang sentiasa sahaja memusuhi dan seronok mendalangi apa jua usaha untuk menjatuhkan pimpinan Kerajaan UMNO.

Bak kata pepatah barat, 'better the devil you know, then the angel that you don't know'. Bak kata Datuk Nik Aziz, 'berkawan dengan syaitan pun kawe sanggup'.

Apa pun pendirian UMNO sangat jelas - UMNO tidak menolak hudud. Dan yang penting ialah UMNO wajib memastikan hudud yang diperintahkan Allah yang dilaksanakan, bukan hudud ciptaan manusia!

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Noordin
Sabtu
3 Rejab 1435
3 Mei 2014

29 April 2014

MADAH HUDUD BERHELAH?

Adakah PAS akan terus dibayangi dengan ketakutan kehilangan kerusi duniawi atau adakah PAS bersedia meletakkan perintah Allah menolak pakatan bersama DAP-PKR yang terang-terang menolak dan menentang perlaksanaan hudud dan meletakkan Perjanjian Persefahaman Pembangkang mengatasi Al-Quran?
Salam 2 all.

Sebelum meneruskan penulisan ini, satu perkara yang perlu saya perjelaskan ialah tidak ada orang Islam yang ada walau sedikit keimanan akan menolak perlaksanaan syariat Islam termasuk hudud. Dan saya konsisten tentang usaha perlaksanaan undang-undang jenayah Islam ini samada hudud, qisas mahupun ta'zir.

Malah saya antara satu-satunya Ahli Parlimen dalam Sidang Parlimen Penggal Ke 12 yang konsisten mengemukakan Usul Persendirian untuk perlaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud, qisas & ta'zir.. Rekod Parlimen membuktikan perkara ini.

Bagaimanapun, saya hairan melihat gelagat PAS yang mendesak supaya UMNO menyokong mereka dalam pembentangan usul persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Dalam isu hudud, pendirian UMNO sangat jelas seperti yang dinyatakan oleh Dato' Sri Najib pada 24 April 2014 lepas dalam Ijtima' Pondok Malaysia di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah, iaitu Kerajaan Persekutuan tidak menolak hudud dan bersedia berbincang dengan PAS untuk memperhalusi deraf hudud dan kerangka perlaksanaannya supaya matlamat untuk melaksanakan sistem keadilan Islam itu tercapai.

Bagaimanapun dari segi siasah, adalah tidak adil bagi PAS mendesak UMNO yang pernah dikafirkan untuk menyokongnya sedangkan parti sekutu PAS dalam pakatan pembangkang iaitu DAP-PKR bukan sahaja tidak bersetuju, malah menentang keras cadangan itu.

PAS mungkin lupa bahawa UMNO adalah tunjang Barisan Nasional manakala PAS adalah tunggangan DAP-PKR.

Oleh itu, sebelum mendesak UMNO, PAS wajib menyelesaikan masalah dalaman sesama mereka dahulu.

Pendirian DAP dalam isu ini sangat jelas. Mereka bukan sahaja menentang keras agenda PAS mahu melaksanakan hudud di Kelantan, malah mereka bersedia 'berperang' dengan PAS jika terus berdegil. Malahan sudah ada pimpinan DAP yang mendesak PAS supaya keluar daripada Pakatan Pembangkang jika berdegil mahu terus dengan usaha membentangkan Usul Persendirian bagi Perlaksanaan Hudud di Kelantan!

Kenyataan oleh pimpinan PKR juga sangat jelas. Walaupun ada antara mereka yang beragama Islam, tetapi mereka meletakkan Memorandum Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani semasa Konvensyen Pertama Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS pada 19 Disember 2009 di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam yang tidak meletakkan negara Islam dan hudud sebagai agenda sebagai keutamaan mengatasi agenda PAS.

Mereka menegaskan bahawa Memorandum Perjanjian ini telah diterjemahkan dalam bentuk Buku Jingga dan Manifesto PRU-13 dan dipersetujui oleh PAS!

Pendirian PKR dan DAP jelas; hudud bukan dan tidak pernah menjadi sebahagian daripada perjanjian pakatan mereka dengan PAS. Dan mereka mahu PAS menghormati dan menunaikan Perjanjian itu.

Dalam keadaan itu, sebelum mahu mendesak UMNO menyokong mereka, PAS wajib mendapatkan sokongan daripada rakan sekongkolan mereka DAP-PKR dahulu.

Tambahan pula pimpinan PAS sendiri bercelaru didalam komitmen mereka didalam soal perlaksanaan hudud.

1. Datuk Seri Hadi Awang sendiri pd 18.01.2003 semasa memegang jawatan MB Terengganu menyampaikan Amanat Pemangku Presiden PAS bertajuk 'PRU-11: Formula Kemenangan' menyatakan bahawa PAS perlu mengorbankan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud demi untuk menjaga maslahah siasah dan kerjasama politik dengan DAP-PKR.

2. Malah Datuk Seri Hadi dengan jelas menyebut peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini diperingkat Federal. Seandainya menang didalam pilihanraya akan datang, Barisan Alternatif akan menubuhkan Kerajaan demokratik dan adil diperingkat Federal yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada;

3. Ini ditambah dengan kenyataan Datuk Seri Hadi sendiri dalam Muktamar Agong PAS 2011 yang telah menggugurkan perjuangan Negara Islam (yang didalamnya sudah pasti termasuk perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir) kerana kononnya perjuangan Negara Islam tiada didalam Al-Quran;

4. Malah Datuk Seri Hadi, sewaktu menjadi MB Terengganu, apabila ditanya bilakah Kerajaan PAS Terengganu akan  melaksanakan hudud, telah menyatakan bahawa hudud walaupun satu kewajipan tetapi bukanlah suatu keutamaan, malah hudud katanya hanyalah 0.001% sahaja daripada Islam;

5. Datuk Seri Hadi sendiri pada 08 Mei 2008 menandatangani Deklarasi Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS yang antara lain menjunjung kedudukan Islam sebagaimana didalam Perlembagaan Persekutuan, dan Deklarasi itu tidak meletakkan penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas dan ta'zir sebagai agenda pembangkang sebaliknya cukup Islam sekadar yang diperuntukkan didalam Perlembagaan;

6. Selanjutnya, MB Kedah bagi PAS, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak apabila ditanya adakah Kerajaan PAS Kedah akan melaksanakan hudud menegaskan bahawa 'PAS Kedah bukan macam PAS Kelantan. PAS Kedah ada DAP, ada PKR'.

7. Malahan beberapa pimpinan kanan PAS pernah menegaskan bahawa PAS tidak boleh melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP-PKR.

8. Bukankah pimpinan PAS sendiri yang bersetuju dengan Buku Jingga dan Manifesto PRU-13 Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS yang tidak memasukkan penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda mereka?

Jadi didalam konteks itu, apa hak PAS untuk memaksa dan mendesak UMNO untuk menyokongnya dalam melaksanakan hudud di Kelantan sekiranya PAS sendiri bercelaru dan diwaktu yang sama menerima bantahan dan tentangan keras daripada rakan sekongkolnya sendiri!

Seperti yang saya sebut, pendirian UMNO jelas iaitu ia tidak menolak hudud.

Lagipun UMNO sebagai Kerajaan Pusat menyedari bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan diperingkat Persekutuan kerana perkara berkaitan Islam adalah hak DUN Negeri menurut Artikel 74(2) Perlembagaan dibaca dengan Jadual 9 Senarai II.

PAS sewajarnya mencerminkan diri mereka sendiri dan bertanya dengan ikhlas; adakah PAS benar-benar serius mahu melaksanakan hudud.

Jika PAS serius, mereka perlu mendapatkan sokongan rakan sekongkol mereka DAP-PKR mereka terlebih dahulu.

Jika sudah dapat persetujuan itu, barulah PAS boleh mendekati UMNO dan BN untuk mendapatkan sokongan tambahan; dan saya pasti akan UMNO akan membantu sedaya mungkin.

Malahan pimpinan UMNO termasuk Dato' Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin telah dengan terbuka menyatakan kesediaan UMNO berbincang dengan PAS. Menteri bagi Hal-Ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir didalam jawapan dalam penggulungan Bahas Titah DiRaja di Dewan Rakyat baru-baru ini menyatakan Kerajaan Persekutuan tidak menolak usaha perlaksanaan hudud, tetapi PAS perlu mendapatkan sokongan rakan sekongkolan mereka DAP-PKR terlebih dahulu sebelum ianya boleh dilaksanakan.

Cubaan PAS mahu mendapatkan sokongan UMNO yang dijadikan 'musuh politik yang pernah dikafirkan', tetapi diwaktu yang sama masih mahu berselimut sebantal dengan rakan sekongkolan DAP-PKR yang menolak dan menentang agenda hudud PAS adalah satu sikap politiking luar tabi'e! 

PAS perlu membuat pilihan. Kalau rakan sekongkolan mereka DAP-PKR masih menolak, PAS mempunyai dua pilihan iaitu:

1. Jika PAS masih sayangkan kerjasama politik dengan DAP-PKR, maka PAS eloklah menggugurkan agenda mahu melaksanakan hudud.

2. Tetapi jika PAS ikhlas mahu melaksanakan hudud, maka PAS tiada pilihan kecuali keluar dan bermufarakah daripada pakatan bersama DAP dan PKR.

Hanya setelah itu dibuat baru PAS boleh mendekati UMNO untuk berkerjasama dan menggembeling usaha untuk membentangkan Usul Persendirian melaksanakan hudud di Kelantan.

Dan hanya dalam keadaan PAS sudah keluar daripada persekongkolan dengan DAP-PKR barulah wajar untuk UMNO menimbang bekerjasama dengan PAS untuk membantu melaksanakan hudud di Kelantan.

Jika tidak, kita tidak mahu nanti PAS menyalahkan UMNO sebagai punca permasalahan mereka dengan DAP-PKR, dan timbul pula nanti tohmahan UMNO memerangkap PAS.

Sebenarnya PAS yang sedang cuba memerangkap UMNO dengan agenda hudud yang mereka gagal laksanakan walaupun telah memerintah Kelantan selama 24 tahun.

Kita tidak mahu UMNO terperangkap dengan sentimen agenda hudud PAS yang rakan sekongkol mereka sendiri DAP-PKR menolak dan menentangnya.

Adakah agenda hudud ini satu helah politik PAS untuk memastikan umat Melayu-Islam menyalahkan UMNO jika ianya gagal dilaksanakan dalam keadaan PAS tahu ianya tidak mendapat sokongan, malah ditentang keras oleh rakan sekongkol mereka DAP-PKR?

Kita tidak mahu PAS dilihat sebagai parti yang yang mengamalkan politik makan keliling dengan memaksa UMNO menyokong melaksanakan hudud, tetapi diwaktu masa yang sama masih mahu bersekongkol dengan DAP-PKR yang menentang hudud!

Oleh itu, saya mencadangkan UMNO supaya memastikan PAS mendapat sokongan daripada rakan sekongkol mereka dahulu sebelum membantu dan bekerjasama dengan PAS untuk membolehkan mereka memfailkan Usul Persendirian Perlaksanaan Hudud di Parlimen.

UMNO memang sedar bahawa perlaksanaan hudud adalah sebahagian daripada tuntutan Islam. Sebab itu pendirian UMNO ialah tidak menolak hudud. Namun dari segi politik dan siasah, UMNO sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional perlu mengambil kira dan memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakan komponennya.

Diwaktu yang sama, sebelum Usul Persendirian untuk Perlaksanaan Hudud di Kelantan dibentangkan di Dewan Rakyat, saya menyarankan PAS supaya jangan terlalu gopoh, tetapi hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilakukan terlebih dahulu:

1. PAS sepatutnya mengambil kesempatan daripada pendirian UMNO dibawah pimpinan Dato' Sri Najib yang bersedia mengadakan kerjasama dan membantu PAS dalam membentangkan Usul Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam di Kelantan;

2. bagi maksud itu, PAS harus mengadakan satu Muktamar Agong Khas untuk pertamanya memperjelaskan kepada ahli dan perwakilan tentang pendirian sebenar kepimpinan PAS dan parti PAS dalam isu perlaksanaan hudud yang agak bercelaru pada masa ini, dan diwaktu yang sama mendapatkan mandat daripada ahli dan perwakilan untuk membentangkan Usul Persendirian di Dewan Rakyat bagi Perlaksanaan Hudud, Qisas &; Ta'zir di Kelantan;

3. Mukatamar Agong Khas itu juga harus memberi mandat jelas kepada kepimpinan PAS untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang bersama DAP-PKR dan memutuskan segala bentuk kerjasama politik sekiranya kedua-dua sekutu PAS itu masih menolak dan menentang perlaksanaan hudud di Kelantan;

4. Muktamar Khas itu juga wajar memberi mandat kepada kepimpinan PAS untuk mengadakan kerjasama politik dengan UMNO untuk membolehkan Usul Persendirian Perlaksanaan Hudud dibentangkan di Dewan Rakyat. Kita tidak mahu apa yang terjadi kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa terjadi bilamana Dialog Perpaduan yang dilaksanakan oleh beliau mewakili PAS dengan UMNO dijadikan alasan mengenakan tindakan terhadap beliau walaupun ianya dibuat atas ketetapan Majlis Syura' PAS sendiri;

5. Setelah mendapat mandat sewajarnya daripada perwakilan Mukatamar Khas, PAS wajar membentuk satu Jawatankuasa Induk Perlaksanaan Hudud, Qisas & Ta'zir untuk mengadakan perbincangan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional. Dan diwaktu ini bolehlah UMNO juga menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk untuk duduk berbincang dengan PAS;

6. Setelah Jawatankuasa Induk UMNO-PAS mencapai kata sepakat tentang bentuk kerjasama yang diperlukan dan bersetuju dengan deraf Undang-Undang Hudud, Qisas & Ta'zir yang mahu dilaksanakan, barulah wajar kedua-dua pihak menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Hudud, Qisas & Ta'zir untuk memperhalusi deraf Undang-Undang Hudud itu untuk tujuan pembentangan supaya ianya benar-benar menepati dan mematuhi Al-Quran dan syariat Islam;

7. Diwaktu yang sama, sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan Hudud, Qisas & Ta'zir hendaklah ditubuhkan oleh kedua-dua pihak yang dianggotai oleh pakar-pakar yang berkaitan seperti Kehakiman & Perundangan, Jabatan Peguam Negara, Polis, Penjara, PBT, KDN, dan lain-lain untuk memastikan bilamana Hudud dilaksanakan di Kelantan ianya tidak terbantut. Kita tidak mahu apa yang berlaku di sebuah negara jiran berlaku kepada Hudud Kelantan, bilamana setelah pengumunan penggubalan hudud dibuat, bagaimanapun perlaksanaannya terpaksa digantung kerana beberapa masalah perlaksanaan dan penguatkuasaan;

Semoga usaha untuk melaksanakan syariat Islam dipermudahkan oleh Allah, dan diberi keberkatan. Moga juga semua pihak diberi kekuatan dan istiqomah dalam usaha mencari keredhaan Allah ini, insyallah. Amin.

Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
29 Jamadil Akhir 1435
29 April 2014