Showing posts with label Tok Guru Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Tok Guru Nik Aziz. Show all posts

23 September 2011

KITAR-PUTAR HUDUD

(Inilah kepala kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e memeterai Perjanjian yang antaranya menolak penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan syariat Islam 18.12.2009)

Salam 2 all.

Kitaran-putaran semula isu hudud dimainkan. Tengah dema sesak mengah dengan isu murtad, gereja dakyah, kes liwat Anwar, Mat CD berkondang-kondi dengan China-DOLL, Datuk Hasan Ali dimaki hamun kerana rela dipecat pertahankan aqidah umat, Mat Sabu mengagungkan komunis, Hantu Kamar 121 kembali , videoklip 13 Januari nak meletop, dan macam-macam lagi yang tidak terjawab oleh kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e ini; maka akhirnya Datuk Nik Aziz kitar lagu lama untuk menyelamatkan tengkok yang terjerat, konon PAS nak laksanakan hudud di Kelantan! Dan yang paling syok, Mat CD kali ni sokong Datuk Nik Aziz nak laksanakan hudud pulak. Kalau dah pembohong dan kaki putar alam. Sebab tu semalam teman buat statement, ni semua kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja ni yop!

Yang paling teman syok ialah respon Karpal setelah Anwar tiba-tiba sokong Datuk Nik Aziz nak buat hudud PAS Kelantan. Dia ingatkan antara lain, "dalam hudud, orang berzina kena rejam dengan batu sampai mati". Eh, macam Karpal dah tengok videoklip kondang-kondi China-DOLL dengan Mat CD je bunyinya. Ialah dia kapior yop, tak perlu 4 saksi macam Hadi. Tajam perli Karpal tu yop. Jangan lupa ni lah punjabi yang kata dia ada bukti Anwar kaki homoseks & liwat pada 22.10.1997 dalam Parlimen!

Perlu teman tegaskan bahawa teman tidak menolak hudud, atau apa sahaja undang-undang Islam. Malah teman percaya dan yakin perlaksanaan syariat Islam serta penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu umat Islam. Dan teman berpegang teguh kepada pendirian ini sejak dulu, kini dan selamanya insyallah. Dan teman tetap akan memperjuangkan kepada penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan syariat Islam, walaupun terpaksa berbuat sedemikian seorang diri. Teman lebih rela syahid memperjuangkan Islam, daripada hidup tetapi memperkudakan Islam!!!

Cuma teman paling benci kaum yang memperkuda dan melacurkan Islam untuk kepentingan politik kepartian. Dan teman nak tanya Datuk Nik Aziz dan kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengannya, cuba jawab soalan-soalan dibawah ni sebelum nak bercakap tentang perlaksanaan hudud:

1. Bukankah Datuk Nik Aziz sendiri yang merestui Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Dis 2009 (yang mana teman adalah antara Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengannnya) dimana PAS-PKR-DAP bersetuju jika mereka membentuk Kerajaan Persekutuan (na'uzubillah mintak dijauhkan ALLAH), maka penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar pakatan pembangkang dan tidak akan dilaksanakan. Ini yang Karpal peringatkan Datuk Nik Aziz, seolah-olah Datuk Nik Aziz dengan begitu mudah melupakan perjanjian tersebut, atau sengaja buat-buat lupa! Datuk Nik Aziz bukan sahaja merestui, malah hadir dalam majlis tandatangan tersebut, siap berpeluk bergambar dengan Karpal lagi. Tu yang Karpal marah tu yop!

2. Presiden PAS Haji Hadi dalam ucapan muktamar PAS 2011 dan kenyataan-kenyataan selepas itu jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan melaksanakan dan menubuhkan Negara Islam, atas alasan tidak ada dalam Al Quran. Perlaksanaan hudud adalah termasuk didalam ciri penubuhan Negara Islam yang kini ditongsampahkan oleh PAS. Dan Nik Aziz antara orang yang menyokong kenyataan Haji Hadi dan pendirian baru PAS tersebut. Jadi dimana rasional tiba-tiba Datuk Nik Aziz nak bercakap tentang nak laksanakan hudud?

3. Presiden PAS, Haji Hadi Awang dalam kenyataan semasa menjadi Menteri Besar Terengganu menyatakan bahawa melaksanakan hudud bukan keutamaan bagi Kerajaan PAS Terengganu. Teman ingat lagi kenyataan Haji Hadi bahawa hudud hanya "0.0001%" sahaja dalam Islam! Jadi yang Datuk Nik Aziz beriya-iya sekarang kitar-putar balik isu hudud apa hal?

4. YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dalam kenyataannya menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana "Kelantan tak sama dengan Kedah". Malah YAB Datuk Seri Azizan menegaskan "jangan samakan PAS Kedah dengan PAS Kelantan". Alasan yang digunakan oleh YAB Datuk Seri Azizan ialah di Kedah, PAS berkongsi kuasa dengan DAP & PKR. Nampaknya alasan YAB Datuk Seri Azizan sama sahaja dengan alasan yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, dan disokong oleh ilmuan kegemaran Pakatan pembangkang Dr. Asri Zainul Abidin. Persoalannya, dengan percanggahan kenyataan Datuk Nik Aziz dan YAB Datuk Seri Azizan, adakah ini bermakna Islam pada PAS adalah mengikut selera negeri masing-masing?

5. Teman nak tanya Datuk Nik Aziz, apa pendirian dia tentang fahaman pluralisma yang dianuti oleh idolanya Anwar Ibrahim. Anwar jelas adalah penganut fahaman pluralisma, dan mengakui membuat ucapan di London School of Economic pada bulan Mac 2008 menyatakan semua agama adalah sama, menuju matlamat yang sama! Sehingga Anwar membuat pendirian jelas bahawa kristian kafir la'natullah juga berhak mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam bentuk triniti @ 3-dlm-1, iaitu ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci (na'zubillah). Para ulama' sependapat bahawa fahaman pluralisma adalah sesat, dan boleh membawa kepada murtad. Murtad adalah isu hudud. Jadi sebelum nak bercakap tentang nak laksanakan hudud, Datuk Nik Aziz wajib nyatakan pendiriannya mengenai fahaman pluralisma anutan idolanya Anwar!

6. Teman juga nak tanya Datuk Nik Aziz, apa pendirian dia tentang gelagat Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang menjadikan komunis saperti Mat Indera sebagai idola, sehingga ada yang meletakkan Chin Peng la'natullah sebagai pejuang kemerdekaan! Komunis adalah berteraskan fahaman atheist, iaitu menolak ketuhanan. Ini adalah jelas fahaman yang murtad terkeluar daripada aqidah Islam. Murtad adalah isu hudud. Jadi sebelum nak bercakap tentang hudud, Datuk Nik Aziz wajib menyatakan pendiriannya mengenai isu mengagungkan komunis oleh Mat Sabu ini!

7. Teman juga nak tanya Datuk Nik Aziz, apa pendirian dia tentang fahaman syiah. Apa yang jelas ada kalangan mereka didalam kepimpinan PAS sekarang ni yang menganut fahaman syiah, sehingga balun bini kawan pun kira halal. Sedangkan Datuk Nik Aziz sendiri tahu bahawa fahaman syiah adalah sesat, malah ada kategori syiah yang dikafirkan oleh para ulama' muktabar. Ini masalah aqidah. Menganut fahaman sesat merosakkan aqidah, dan ini persoalan hudud. Jadi sebelum Datuk Nik Aziz nak bercakap tentang melaksanakan hudud, beliau wajib menyatakan pendirian dia tentang penularan fahaman syiah didalam PAS, malah sudah merebak ke peringkat mereka yang kini dimartabatkan dan dinobatkan sebagai kepimpinan tinggi dalam PAS!

8. Teman juga nak tanya Datuk Nik Aziz apa pendirian dia tentang perisytiharan Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim yang sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh? Apa hukumnya orang mengaku Islam tiba-tiba bersedia mati untuk Karpal kafir harbi yang terang-terang menentang Islam. Kalau Datuk Nik Aziz nak tahu, petang tadi Karpal buat statement menyatakan Datuk Nik Aziz jangan nyanyuk lupe pasal Perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang 18.12.2009 yang menolak Negara Islam & perlaksanaan syariat. Adakah menyokong kafir harbi macam Karpal dan sanggup mati untuk dia itu tidak menjejaskan aqidah?

9. Teman juga mahu bertanya kepada Datuk Nik Aziz, apa pendirian dia tentang isu perbicaraan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful. Ternyata Anwar bukan sahaja bacul dan dayus untuk bersumpah muhabalah menafikan aduan Saiful sebagaimana yang dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, malah dia memilih untuk tidak memberi keterangan didalam perbicaraan. Bukan itu sahaja, dia memaksa pulak orang yang tidak ada kena mengena dengan perliwatan dia terhadap Saiful menjadi saksi untuk dia dan memberi keterangan, termasuk YAB PM sendiri! Sedangkan isu liwat dan zina adalah isu hudud. Persoalan yang teman nak tanya, adakah Datuk Nik Aziz bersedia mengheret Anwar ke Mahkamah Syariah di Kelantan untuk menjawab aduan liwat Saiful. Ini tak perlu tunggu perlaksanaan Enakmen Hudud, sebab didalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan pun dah ada peruntukkan untuk membawa pertuduhan jenayah liwat terhadap Anwar. Sanggupkah Datuk Nik Aziz buat begitu?

Sebenarnya yop, teman tahu Datuk Nik Aziz tidak akan mampu memberi jawapan ikhlas terhadap kesemua soalan diatas. Kerana apa? Kerana saperti mana lagu lama, macam itulah Datuk Nik Aziz dengan bijaknya cuba mengkitar-putar isu hudud. Nampak sangat Datuk Nik Aziz lebih berminat untuk mempolitikkan isu ini kerana dengan secepat kilat Datuk Nik Aziz menyalahkan Tun Mahathir. Kata dia, PAS Kelantan tidak dapat laksanakan hudud kerana Tun Mahathir tak bagi.

Pertama, ini adalah kenyataan paling tak cerdik kerana bidangkuasa hal ehwal Islam, termasuk penggubalan undang-undang berkaitan Islam terletak kepada Kerajaan Negeri (Jadual 9 Senarai 2). Jadi mengapa setelah lebih 20 tahun dudok memanaskan kerusi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz langsung tak laksanakan hudud? Samada hukumannya boleh dilaksanakan atau tidak itu soal kedua. Soal utamanya mengapa undang-undang hudud sendiri tidak ada di Kelantan?

Kedua, Datuk Nik Aziz dengan sengaja melupakan, atau buat-buat lupa, bahawa penyokong kuat Tun Mahathir pada masa itu ialah manusia yang di idolakan Datuk Nik Aziz sekarang: Anwar Ibrahim! Anwar lah yang menjadi balaci dan barua pencacai untuk Tun Mahathir selama lebih 16 tahun termasuk memaki hamun PAS. Malah Anwar pernah melabelkan ustad-ustad PAS termasuk Datuk Nik Aziz sebagai "ulamak terompah"!!! Kenapa Datuk Nik Aziz tak kutuk dan maki Anwar sekali? Jawapannya mudah, sebab Anwar sekarang tidoq sebantal dengan Datuk Nik Aziz. Jadi soalnya bukan isu nak laksanakan hudud, tetapi soal politiking kepartian yang memperkudakan Islam sebagai bahan politik!

Ketiga, adakah bagi Datuk Nik Aziz agama Islam ni terletak hanya pada hudud sahaja? Adakah dengan melaksanakan hudud maka selesailah segala perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam. Adakah itu sahaja perjuangan Datuk Nik Aziz, nak jadi MB sebab nak laksanakan hudud sahaja? Sampai lebih 20 tahun jadi MB masih tak buat-buat lagi! Bagaimana dengan banyak permasalahan dan isu lain? Bagaimana dengan masalah ekonomi? Contohnya membina gerai dinamakan Bazar Tok Guru yang begitu kecil sehingga peniaga tak boleh nak berniaga, Islamik sangat ke tu? Bagaimana dengan kemudahan prasarana umat dan rakyat? Berpuluh tahun rakyat Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang kronik? Bukankah itu juga perjuangan Islam. Bagaimana dengan soal pentadbiran Islam? Adakah wajar Datuk Nik Aziz meletakkan menantunya sendiri mengepalai syarikat Kerajaan. Dan apabila menantunya disiasat SPRM, mengapa Datuk Nik Aziz tidak mengambil sikap saperti Rasulullah saw yang bersabda "demi ALLAH jika Fatimah anak ku sendiri mencuri nescaya akan ku potong tangannya!".

Pada teman, kitar-putar semula isu hudud ini hanyalah sandiwara dan gimik politiking kepartian melampau oleh Datuk Nik Aziz dan yang sewaktu dengannya. Datuk Nik Aziz konon nak buat hudud supaya umat Islam kembali sokong PAS. Lepas tu Karpal pulak akan maki hamun tolak hudud supaya Cina sokong DAP. Mat CD pulak tiba-tiba meroyan sokong hudud sebab nak lepaskan tengkok dia dari isu liwat dan videoklip China-DOLL, termasuk videoklip baru 13 Jan yang akan muncul tak lama lagi! Semuanya untuk persiapan untuk plihanraya ke 13 akan datang! Itu sahaja! Kalau dema berani, teman cabar Datuk Nik Aziz, Karpal & Mat CD buat manifesto Pakatan pembangkang dan nyatakan dengan jelas tanpa berselindung bahawa Pakatan pembangkang akan laksanakan hudud jika memerintah (na'zubillah).

Mike tak terkejut beruk ke yop tiba-tiba Mat CD buat kenyataan menyokong Datuk Nik Aziz untuk laksanakan hudud, tapi hanya hudud PAS untuk dilaksanakan di Kelantan sahaja! Kenapa tak laksanakan hudud di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? Kenapa hanya di Kelantan?

Dan mike tak pelik Mat CD mahukan hudud? Mat CD sokong hudud? Orang yang dulu menyokong gila babi Tun Mahathir menentang hudud, hari ni jadi hero nak hudud? Orang yang menganut fahaman pluralisma tiba-tiba mahu hudud. Orang yang menghadapi pertuduhan meliwat stafnya sendiri tiba-tiba berkokok mahukan hudud? Orang yang enggan dan tak mau memberi keterangan dalam Mahkamah kerana meliwat stafnya Saiful tiba-tiba melalak mahukan hudud? Orang yang enggan bersumpah muhabalah menafikan videoklip yang didedahkan oleh kawannya sendiri tiba-tiba menyampuk mahukan hudud? Come on lah yop, waraskan aqal tu sikit! Ini semua sandiwara & gimik politiking oleh kaum yang dah terdesak aje.

Pokok pangkalnya, gunakanlah aqal. Aqal tu dok dalam otak yop. Otak tu ALLAH bagi bukan suruh buat masak lemak cili api, tapi untuk diguna buat berpikior! Pikior-pikior sikitlah yop. Janganlah mike jadi kaum PBB: Pekak, Bisu & Buta. Main ikut na'am aje apa yang pemimpin mike cakap. Pemimpin mike tu semua dah gila, jangan ikut gila macam dema. Sebab ini kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni yop.

KITA BUKAN GILA KUASA!!!
TETAPI KITA NAK HALANG ORANG GILA DARI BERKUASA!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
25 Syawal 1432
23 Sept 2011

30 May 2011

MEMBELA ULAMA' PAS

(Presiden Reccep Tayyib Erdogan & Parti AK memperjuangkan Islam bersendirian, tanpa bersekongkol dengan mana-mana elemen anti Islam, apatah lagi kafir harbi)

Salam 2 all.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH teman dapat menulis semula ke blog www.zul4kulim.blogspot ini setelah teman dihalang oleh para pencabul cyber yang menceroboh dan mencabul blog ini sejak kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Jihad untuk kebenaran memang berisiko tinggi, dan bagi segelintir pihak, kebenaran itu perlu dihalang, at all cost. Kebenaran itu kekadang memang pahit, tetapi ia menjadi penawar bagi jiwa yang punya segelintir iman, insyallah.

Teman mengambil kesempatan ini untuk mengulas komentar yang dibuat oleh Ms. Joceline Tan yang disiar dalam akhbar The Star hari ini bertajuk "Tok Guru Has His Favorites (Tok Guru Ada Calon Pilihan)". Pada teman apa yang disebut sebagai suatu analisa oleh Joceline merupakan satu penghinaan kepada para ulama' didalam PAS. Pada teman ianya hanyalah satu komentar yang ditulis dan diolah begitu rupa untuk mengangkat dan berkempen bagi kumpulan Anwarinas yang sedang kelemasan, dan diwaktu yang sama memperlekeh dan memperkolotkan para ulama' didalam PAS.

Teman sebenarnya kerap membaca komentar dan tulisan Joceline. Teman tidak begitu kisah bila ada komentar dan tulisan Joceline yang memperlekeh UMNO atau Barisan Nasional samada secara halus atau secara tidak langsung. Memang kekadang bagus juga UMNO dan Barisan Nasional dikritik supaya ia tersedar dari diulit mimpi indah dan mengasyikkan, didalam dunia complacent mereka. Tetapi bila Joceline memperlekeh dan memperkolotkan para ulama' dalam PAS, teman tidak boleh biarkan ia berlalu begitu sahaja! Saperti yang selalu teman sebut, I am a Muslim first, all others are second. Bila Joceline memilih untuk mempertikai para ulama' didalam PAS, beliau telah cross the line.

Dalam komentarnya, Joceline, dengan berlapikkan nama Tok Guru yang kononnya membela Anwar Ibrahim menulis "his remarks, coming just a week before the party polls, was immediately read as a campaign bid for the Erdogans in the party – the group seen as staunch allies of Anwar. Moreover, the leading Erdogan in PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, was there beside Nik Aziz at the ceramah that night. Dr Dzulkefly does not have the grassroots reach, but he is a formidable intellectual who has Nik Aziz’s ear.

The Erdogans are very involved – some say too involved – in the politics of Anwar. They want to bring PAS away from its conservative, ulama-do­minated politics into the real world. They are for working with DAP and they need Anwar to be around to provide the glue between PAS and DAP.

Anwar’s political survival has become part of their own survival and they have been concerted in condemning the sex video. There are a number of Erdogans vying for the vice-presidency as well as for posts in the central committee".

Ringkasannya, Joceline didalam komentarnya cuba memberi persepsi politik yang mudah. Tok Guru bela Anwar. Kaum Anwarinas didalam PAS mempertahankan Anwar. Anwar diperlukan oleh PAS sebagai jambatan dengan DAP. Dengan cara itu, PAS akan dapat ke Putrajaya bersama Anwar dan DAP. Oleh itu sifirnya mudah: TGNA + Anwar = Kaum Anwarinas; tolak ulama' dan sokong kaum Anwarinas . Alasannya - PAS perlu dibawa kedunia realiti politik. Dan kaum Anwarinas sahajalah yang sedang berjuang membawa PAS kedunia realiti. Mafhum daripada itu ialah cubaan menggambarkan seolah-olah para ulama' PAS tidak hidup di alam realiti politik. Masih didalam dunia kekolotan dan kejumudan politik!!!

Ini pada teman adalah satu komentar dan analisa yang tidak wajar daripada seorang wartawan kanan. Wartawan sepatutnya membuat analisa yang bebas, dan tidak dilihat berat sebelah. Tetapi membaca tulisan Joceline memberi gambaran beliau mengambil sikap partisan, menyebelahi kaum Anwarinas, berkempen secara halus untuk kaum Anwarinas yang sedang lemas. Apatah lagi komentar saperti ini dibuat tidak beberapa hari lagi pemilihan untuk Jawatankuasa PAS Pusat. Ini satu sikap yang tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi Joceline sudah tentu lebih daripada sedar para ulama' PAS tidak akan membuat apa-apa komen, apatah lagi berkempen secara terbuka untuk sebarang jawatan. Sehingga ianya menimbulkan satu persoalan kepada teman, adakah Joceline ini anti para ulama' didalam PAS?

Dan Joceline menutup komentarnya dengan satu kenyataan yang teman rasa sangat menghina Tok Guru Nik Aziz, bila beliau menyebut:

"But what is crystal clear is that Nik Aziz believes that politics cannot be left entirely to the Almighty to determine and he has no qualms about tweaking the political process now and then.
(Apa yang terang lagi bersuluh ialah Nik Aziz percaya politik tidak boleh diserahkan kepada ALLAH semata-mata untuk ketentuan, dan beliau tiada keraguan untuk memutar proses politiking sekali sekala (untuk tujuan itu)".

Pada teman, adalah satu penghinaan kepada mana-mana umat Islam, apatah lagi yang berlabel ulama' untuk dilabel sebegitu. Mana-mana umat Islam yang punya walau sekelumit iman, apatah lagi seorang ulama' yang tulin, pasti akan dan wajib menyerahkan bulat-bulat kepercayaan dan keyakinan kepada ALLAH untuk segala ketentuan. Ini dinamakan konsep tawakkal dan taqwa. Walaupun Islam menyuruh umatnya berusaha, tetapi untuk menyatakan seorang ulama' mempercayai ketentuan politik tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH adalah saperti mempertikai aqidah seorang umat Islam, apatah lagi seorang yang berlabel ulama' dan Tok Guru!

Pada teman, Joceline wajib meminta maaf kepada para ulama' didalam PAS, kerana memberi gambaran seolah-olah mereka tidak hidup di alam realiti politik. Kedua, Joceline wajib meminta maaf kepada Tok Guru kerana memberi gambaran seolah-olah aqidah Tok Guru tidak mantap dan syumul kepada ALLAH swt. Hormati proses pemilihan PAS yang sedang berlangsung dengan baik mengikut cara dan acuan PAS.

Dan kepada Joceline dan mereka yang sewaktu dengannya, hentikanlah melabel kaum Anwarinas didalam PAS sebagai Kumpulan Erdogan. Ini satu penghinaan kepada Presiden Reccep Tayyib Erdogan. Pada teman, kualiti dan metode perjuangan Islam yang dibawa oleh Presiden Republik Turki itu bagai langit dan bumi dengan Kaum Anwarinas. Jauh sangat bezanya. Kalau mahu sangat memberi mereka perasa Turki, beri sahaja mereka label kaum Attarturk. Tetapi pada teman, lebih baik kekalkan sahaja mereka dengan label kaum Anwarinas.

Kerana bagi kaum Anwarinas ini, qiblat mereka adalah kepada manusia yang dilabel bininya sebagai anugerah tuhan ini. Pemimpin mereka BUKAN Tuan Guru Haji Hadi, tetapi Anwar Ibrahim!


Adios amigos, grasias senor. Jazakallah dan wassalam.

SOKONGLAH PARA ULAMA', TOLAK KAUM ANWARINAS!!!

SAY NO 2 ANWARINAS!!!



Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 Jamadil Akhir 1432
30 Mei 2011

15 March 2011

PATWA DAP?

(Semoga ALLAH memberikan kekuatan & istiqomah kepada Tok Guru mempertahankan pengharaman judi loteri di Kelantan)

Salam 2 all.

Media hari ini melapurkan bahawa manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan menegur Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz mengenai pengharaman judi loteri di Kelantan. Teguran itu dibuat kerana Tok guru dikatakan tidak berbincang dengan manusia anugerah tuhan ini dan sekutunya DAP. Dan yang paling sedih, kenyataan akhbar Anwar itu dibuat dengan kehadiran kepimpinan PAS, dan mereka tidak berkata apa-apa pun untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan, malah kelihatan menyokong kenyataan Anwar tersebut.

Pada teman, teguran Anwar terhadap dasar Tok Guru itu adalah satu penghinaan yang jelas kepada kepimpinan PAS Kelantan. Sebagai Menteri Besar, Tok Guru pasti sedia maklum bahawa beliau yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH nanti, bukannya Anwar. Sebarang keputusan perlu ditanggung oleh Tok Guru sendiri, sebagai ulama' yang memainkan peranan umara', teman cukup yakin Tok Guru sedia maklum kedudukan dan tanggungjawab beliau dihadapan ALLAH nanti. Teguran Anwar itu memberi gambaran kepada Tok Guru seolah-olah supaya mendahulukan politik daripada ALLAH!

Sedangkan Tok Guru dan Kerajaan membuat keputusan itu setelah merujuk kepada hukum dan undang-undang Islam. Keputusan Kerajaan itu adalah benar dan haq, berdasarkan Al Quran & Sunnah, dan wajib dipertahankan. Persoalannya adakah sandaran kepada Al Quran & Sunnah itu tidak cukup? Apakah perlaksanaan hukum-hakam Islam ini perlu dirujuk untuk persetujuan DAP dahulu baru boleh dilaksanakan? Apakah menjadi dasar Pakatan pembangkang perlu mendapat patwa dan anggukan daripada DAP dahulu baru boleh hukum hakam Islam dilaksanakan?

Dan isu yang lebih besar yang perlu difikirkan terutama oleh segelintir pak jangoat yang menjadikan Anwar kiblat mereka, apakah ini jenis pemerintahan Pakatan pembangkang jika mereka diberi peluang memerintah? Bahawa Islam mesti dapat kelulusan DAP dahulu?

Sebenarnya inilah cara ALLAH nak tunjukkan kepada umat Islam pekung sebenar Pakatan pembangkang terutamanya manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. Dan inilah yang telah dibuktikan berlaku di Selangor. Kita tengok bagaimana Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Exco Kerajaan Negeri terkial-kial terpaksa mempertahankan kenyataan dan pendirian Kerajaan Pakatan pembangkang Selangor yang tidak akan mengharamkan judi. Dan yang paling teman terkilan melihat kepimpinan PAS memberi sokongan kepada desakan Pakatan pembangkang supaya bible versi bahasa Indonesia dibenarkan masuk ke Malaysia!

Pada teman, inilah sebenarnya kesan dan bukti perlaksanaan kepada Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam dimana adalah dipersetujui penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam BUKAN DASAR Pakatan pembangkang!!!

Dan inilah juga bukti cakap pootar-poosing, politik cakap tak serupa bikin Pakatan pembangkang. Cuba mike pakai otak sikit yop, mike tak pelik ke yop, semasa isu judibola Piala Dunia timbul tempoh hari, bukan main mereka menjadi jaguh kampung berkokok menentang. Tau-tau bila Kerajaan Kelantan melaksanakan dasar mengharamkan judi, tau-tau mereka pulak pulak yang mengkritik dan menegur? Malah mendesak supaya ditarik balik pengharaman tersebut, dan mendesak Kerajaan Kelantan supaya membenarkan judi loteri dilaksanakan di Kelantan. Sehingga mereka menyalahkan dasar Kerajaan Kelantan mengharamkan judi sebagai punca kekalahan PAS di Kerdau & Merlimau!!! Ni apa punya cerita yop. Pootar-pootar poosing-poosing, tonggang-tonggeng tunggang-terbalik, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

Pikior-pikior lah yop. ALLAH bagi otak bukan suruh buat sup otak, tapi suruh berpikior yop!!!

Kepada Tok Guru, Datuk Taqiyuddin dan barisan kepimpinan Kerajaan Kelantan, pertahankanlah keputusan mengharamkan judi itu. Janganlah diubah keputusan itu kerana desakan dan tuntutan manusia, apatah lagi golongan kafir harbi. Yakinlah ALLAH pasti akan memelihara dan memberkati perjuangan yang jelas berdasarkan Al Quran & Sunnah, dan dibuat dengan niat tidak lain selain daripada lillah hi ta'ala.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

10 Rabi'ul Akhir 1432

15 Mac 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran media hari ini 15.03.2011)

Anwar tegur Nik Aziz haram semua perjudian
Oleh Nazura Ngah, Norakmah Mat Youb dan Zanariah Abd Mutalib

2011/03/15

PAS, PKR, DAP adakan perbincangan Khamis ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.

Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.

"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya Khamis ini.

“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.