Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

27 May 2013

MITOS UNDI POPULAR


Eskay habaq kata I cukop popular di Negara Mao Tzedong, betoi ke Eskay?
Betoi..betoi..betoi..bengkok punya betoi mamat ni!!!
Salam 2 all.

Tawaddhu’ dalam kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan!

Itulah sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam menghadapi apa-apa pertandingan.

Sebaliknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah didalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13), telah mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. Malah mengaku menang pula!

Malah rakan karibnya Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia menyatakan bahawa Anwar mengkhianati perjanjian yang dimeterai bahawa Anwar bersedia menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU-13.

Anwar sekarang bertindak seperti seorang yang sudah meroyan - menang jadi abu, kalah jadi arang. Tidak kira apa akan jadi kepada negara, diheretnya segelintir rakyat dan cauvinis yang terpedaya dengan janji dan temberangnya ke jalanraya. Malah ada parasit dan cauvinis yang kini bercita-cita mau menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib yang sah dipilih rakyat melalui politik jalanraya.

Dan asas pengisytiharan kemenangan Anwar itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS) melebehi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional!

Anwar dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihanraya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi (termasuk dibanyak negara maju lain saperti Britain) ialah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk Kerajaan.

Jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan!

Namun agak malang ada segelintir rakyat terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar! Dan kini mereka cuba menggulingkan Kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui jalanraya; setelah mereka ditolak didalam pilihanraya!

Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia dimana Najib menentang Anwar, keputusannya saperti berikut:

  1. Set 1 – Najib 21 Anwar 19;
  2. Set 2 – Anwar 21 Najib 03;
  3. Set 3 – Najib 21 Anwar 19.
Apabila referee mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan poin pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 poin atau 43% daripada keseluruhan poin pertandingan!

Saya cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton samada akan berkata dia sakit otak, atau tidak ada otak langsung!

Kerana apa?

Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah poin yang dikutip!

Begitu jugalah dengan Pilihanraya Umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang dikutip!

Tetapi namanya Anwar, nafsu serakah yang meluap-luap untuk dimahkotakan sebagai Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya menyebabkan dia sanggup melakukan pembohongan besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia!

Walau bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar ini sbebenarnya pembohong tegar dan kaki putar-belit yang cukup hebat.

Isunya, benarkah Anwar dan pembangkang DAP-PKR-PAS memperolehi undi popular terbanyak dalam PRU-13? Atau ia hanya sekadar mitos byang dibohongi dan diputarbelitkan untuk memperdaya golongan yang mudah diperdaya?

Mari kita lihat analisa berikut:

1. UNDI POPULAR BN YANG TERBANYAK

Dalam PRU-13, parti utama yang bertanding ialah Barisan Nasional (BN), Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Partai Islam SeMalaysia (PAS).

BN menggunakan lambing Dacing, DAP lambing Roket, PKR lambing Mata-satu, dan PAS lambing Bulan.

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002; namun yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%.

Pengundi akan memangkah nama calon mengikut nama dan nama serta lambing parti yang bertanding.

Kita tengok carta keputusan PRU-13 saperti berikut (setelah ditolak undi rosak 1.8%):

Parti bertanding
BN
(Dacing)
PAS
(Bulan)
PKR
(Mata-satu)
DAP
(Roket)
LAIN-LAIN
(Pelbagai)

Jumlah undi
5,237,699
46.53%
1,633,389
14.51%
2,254,328
20.03%
1,736,267
15.42%
192,904
1.71%
Jumlah kerusi
133
21
30
38
0

Jelas daripada carta diatas bahawa kalau mengikut undi popular, kedudukannya adalah saperti berikut:

  1. BN memperolehi undi popular paling banyak iaitu 46.53% atau 5,237,699;
  2. PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328;
  3. DAP tempat ketiga dengan 15.42%  atau 1,736,267;
  4. PAS tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389;
  5. Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904;
  6. Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560.

Jadi dimana logik Anwar menyatakan dia memperolehi undi popular paling banyak. Tohmahan Anwar mendakwa jumlah undi yang diperolehi oleh gabungan DAP-PKR-PAS sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%) adalah satu pembohongan dan putar-belit kerana:

  1. DAP-PKR-PAS bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing; yang tertera diatas kertas undi ialah lambang Roket (DAP)-Bulan(PAS)-Mata Satu (PKR); langsung tidak ada lambang bersama pembangkang;

  1. Ada konstituensi dimana berlaku pertandingan sesama sendiri diantara DAP-PKR-PAS; saperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain;

  1. Gabungan DAP-PKR-PAS sebagai Pakatan Rakyat tidak ujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun!

Rumusannya ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun PAS!

Sewajarnya BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan!


2. KENAPA DAP MENDAPAT 38 KERUSI?

Kalau mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi, maka urutan jumlah kerusi sepatutnya saperti berikut:

  1. BN dengan 46.53% undi sebanyak 103 kerusi (sebenarnya 133 kerusi);
  2. PKR dengan 20.03% undi sebanyak 45 kerusi (sebenarnya 30 kerusi);
  3. DAP dengan 15.42% undi sebanyak 34 kerusi (sebenarnya 38 kerusi);
  4. PAS dengan 14.51% undi sebanyak 32 kerusi (sebenarnya 21 kerusi);
  5. Bebas dengan 1.71% undi sebanyak 4 kerusi (sebenarnya tiada kerusi);
  6. Undi rosak sebanyak 1.8% mewakili 4 kerusi.

Persoalannya ialah bagaimana DAP yang memperolehi undi popular ketiga sebanyak 15.42% sepatutnya hanya mendapat tempat ketiga dengan 34 kerusi kalau mengikut kaedah perkiraaan undi popular. Tetapi sebaliknya DAP mendapat jumlah kerusi kedua terbanyak iaitu 38 melebihi PKR yang kononnya mendapat undi popular kedua terbanyak?

Sedangkan PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga!

Mengapa Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP?

Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi yang kena batang hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll!


3. UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT

Sekarang mari kita lihat prestasi politik Anwar dalam beberapa pilihanraya umum sebelum PRU-13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!

Kerusi Parlimen P.044 Permatang Pauh

PRU
JAWATAN
PARTI
LAWAN
MAJORITI

1990
PRU-08
Menteri
BN
Mahfuz Omar
PAS
16,150
1995
PRU-09
Timb Perdana Menteri
BN
Abd. Rahman
(DAP)
23,515
2008
PRK-12
Penasihat PKR
PKR
Dato’ Arif Shah
(BN)
15,671

2013
PRU-13
Ketua Pembangkang
PKR
Dr. Mazlan
(BN)
11,721

Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada Barisan Nasional. Semasa bertanding dalam PRU-08, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon PAS Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.

Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.

Anwar tidak bertanding dalam PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.

Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-12 telah dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding dibawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding didalam Pilihanraya Kecil dibawah lambang Satu-mata PKR.

Anwar memenangi PRK tersebut pada bulan Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Dato’ Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU-09 (1995).

Dalam PRU-13 pada 05.05.2013, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan sebanyak 3,950 berbanding PRK 2008. Dan berkurangan sebanyak 11,794 undi berbanding dengan PRU-09 semasa bertanding sebagai calon BN.

Apa makna semua ini?

Maknanya undi popular Anwar sendiri dikerusi tradisionalnya makin merosot dan merudum. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR.

Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak-sah pembangkang telah menang undi popular untuk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!


4. UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT

Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Dato’ Sri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU-10 (1999) dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.

PARLIMEN P.80 – PEKAN

PRU
PARTI
JAWATAN
MAJORITI

2004
(PRU-11)
BN
Timbalan Perdana Menteri
22,922
2008
(PRU-12)
BN
Timbalan Perdana Menteri
24,464
2013
(PRU-13)
BN
Perdana Menteri
35,613


Mengikut carta diatas, undi popular untuk Najib bagi PRU-12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU-11 (2004).

Dan bagi PRU-13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU-12 (2008)!

Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin merudum dan merosot!

Saya cukup yakin kalau diadakan pemilihan Perdana Menteri berdasarkan undi popular, rasanya Anwar Ibrahim kalau tidak hilang deposit pun, mungkin jatuh merudum jumlah undi yang diperolehi berbanding Najib!


5. SISTEM PILIHANRAYA YANG SAMA

Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan Sistem Pilihanraya yang sama telah digunakan semasa Anwar didalam Barisan Nasional.

Sistem Pilihanraya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sistem Pilihanraya yang sama yang menjunjong Anwar selama 16 tahun didalam Barisan Nasional sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!

Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem Pilihanraya Malaysia, mahupun SPR?

Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan Sistem Pilihanraya Malaysia?


6. ANWAR DITOLAK PAS

Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dikalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan.

Ini adalah jelas apabila Majlis Syura’ PAS menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU-13 tempoh hari.

Malah Muktamar Agong PAS 2012 jelas kedengaran suara akar umbi PAS yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!


RUMUSAN

Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang memenangi PRU-13 dan sekaligus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.

Pertama, sistem pilihanraya Malaysia ,enggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk Kerajaan.

Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU-13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.

Kedua, Malaysia, saperti juga di negara maju lain didunia saperti Britain, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihanraya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.

Ketiga, jika dikira undi popular, sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU-13. Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-PAS adalah tidak menasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan symbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesame mereka dibeberapa kerusi!

Keempat, undi popular Dato’ Sri Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popular Anwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum dan merosot sejak terkeluar daripada BN dan bertanding menggunakan lambang Mata-Satu!

Kelima, sistem pilihanraya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya semakin lama makin jauh!

Keenam, parti komponen terbesar pembangkang iaitu PAS sendiri menolak Anwar sebagai bakal calun Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot dan merudum, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggiri dan diketepikan.

Apa yang merbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih secara telus, transparen dan jelas oleh rakyat dalam PRU-13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini!

Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit, jijik dan kotor ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin oleh Dato’ Sri Najib dibawah Kerajaan Barisan Nasional.

Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar Ibrahim memang seorang pembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!

Pembohong – Anwar berjanji akan berundur dan bersara daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU-13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!

Putar belit – Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu ‘undi popular’ sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang dalam PRU-13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!

Kepada Anwar, hentikan politik pembohongan dan putar-belit ini! Berundurlah secara terhormat sebelum dihalau oleh rakyat secara tidak terhormat!

Wallahua’lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
17 Rejab 1434
27 Mei 2013

15 May 2013

FIRST PAST THE POST

Jah..aku menang badminton final lawan Najib. Aku dapat 59 mata, Najib 45 je!!! Yey yey aku menang! Errmm..Bang Non, Jah fenin ni! Najib menang 2 set, hang menang satu set je. Macam mana Bang Non kata menang pulak ni! Bang Non ni sihat ke? Dah, gi makan ChinaDol sebijik!

Salam 2 all.

Nampak gaya Anwar masih dok meroyan keliling bandar menghasut rakyat yang sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang PRU-13 dan dia yang patut jadi PM. Antara alasannya ialah pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat undi terbanyak, atau dipanggil undi popular.

Ramai jugak rupanya yang sama meroyan macam Anwar dok percaya kelentong dia.

Inilah yang dikatakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar!

Maknanya dema tak faham sistem pilihanraya first past the post yang Malaysia telah diamalkan sejak PRU-1 lagi, yang sama saperti diamalkan oleh banyak negara maju dan moden termasuk Britain dan lain-lain.

Apa makna 'first past the post'?

Maknanya siapa yang dapat kerusi 112 yang pertama dalam PRU akan menjadi Kerajaan Malaysia dan ketuanya Perdana Menteri. Sempoi kan? Senang je nak faham!

Pasal apa?

Pasal Parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Separuh daripadanya ialah 111. Kalau BN 111, pembangkang DAP-PKR-PAS 111, itu namanya 'hung Parliament' - Parlimen tergantung. Dua-dua tidak menang dan tidak kalah. Tapi mana-mana parti dapat 112, iaitu lebih satu daripada lawannya, dia dikira menang dan jadi gomen!

Ada faham yop?

Kita tidak gunakan konsep 'undi popular' sebab kedudukan geo-politik kita tidak sama. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen 108 Shah Alam contohnya, keluasan geografinya kecil tetapi padat, iaitu sebanyak 100,076 pengundi.

Pengundi luar bandar contohnya Parlimen 188 Silam hanya ada 51,590, separuh daripada di Parlimen Shah Alam. Tetapi kawasan geografinya terlalu luas!

Walaupun jumlah pengundi tidak sama, tetapi nilai kerusinya tetap sama - iaitu satu kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen!

Jadi kenyataan Anwar menyatakan pembangkang menang PRU-13 kerana undi popularnya lebih walaupun sedikit kerusi adalah satu kenyataan yang bodoh lagi memperbodohkan rakyat!

Kita ambil contoh begini.

Dalam Final Badminton Piala All-Malaysia diantara Najib -lwn- Anwar, keputusannya saperti berikut:

Set 1: Najib 21 - Anwar 19;

Set 2: Anwar 21 - Najib 3;

Set 3: Najib 21 - Anwar 19.

Mike semua tahu dalam game diatas, juaranya ialah Najib yang menang 2 set menewaskan Anwar yang menang 1 set. Itulah peraturannya, first past the post. Najib melepasi post 2 set, sedangkan Anwar 1 set.

Tapi apa kata kalau Anwar melalak satu kampung kata dia menang sebab jumlah mata poin dia 59, sedangkan Najib 45 mata poin.

Nampak, mike pun dah tersenyum senget. Kalau Anwar kata dia menang, dan mengajak satu kampung pergi berlarak ke jalanraya untuk tuntut kemenangan, tentu mike akan cari wad kosong di Hospital Mental Tanjung Rambutan untuk masukkan Anwar dan para penyokong dia, betul kan yop?

Jadi ringkasnya, janganlah perbodohkan diri sendiri dengan mengikut manusia desperado dan bodoh; yang dek kerana terlalu gila meroyan nak ke Putrajaya, sampai sanggup memperbodohkan rakyat!

Bagitahu Anwar kita tidak sebodoh dia; tolak Anwar seratus satu peratus yop!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
05 Rejab 1434
16 Mei 2013

*Ilustrasi badiminton diatas adalah daripada idea kreatif blogger www.rbfonline.net

04 April 2013

ALHAMDULILLAH!

Parti itu hanyalah wadah, Islam itu aqidah! Islam itu bukan parti, dan parti itu bukan agama! Jangan kerana taksub kepada wadah, sehingga kita menggadaikan aqidah!
Bila wadah bercanggah dengan aqidah; wajib kita menolak wadah & pertahankan aqidah!

Salam 2 all.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Tepat jam 11.30 pagi Rabu 03.04.2013 bersamaan 22 Jamadil Awal 1434, maka tamatlah tempoh Parlimen ke 12 setelah pengumuman rasmi dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengenai pembubaran Parlimen yang sudah diperkenan oleh Tuanku YDP Agong pada sebelah pagi.

Tepat dengan pengumuman itu, maka tempoh teman sebagai Ahli Parlimen P-018 Kulim Bandar Baharu juga turut berakhir dengan rasminya. Mulai hari ini, teman adalah rakyat biasa yang akan menjalani kehidupan biasa insyallah.

Ada juga yang bertanya apa yang teman nak buat selepas ini?

Agaknya dema lupa teman seorang Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya. Teman juga adalah seorang Peguam Syari'e. Dan teman adalah seorang peguam kanan  yang telah menjalankan amalan guaman selama lebih daripada 20 tahun. Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, teman dah layak jadi Hakim Mahkamah Tinggi yop!

Oleh itu, teman bercadang untuk kembali menjalankan amalan guaman sebagaimana dahulu. Mungkin teman akan aktifkan semula firma guaman teman, atau menubuhkan perkongsian. Apa pun, sebagai peguam insyallah teman mempunyai beberapa pilihan dan alternatif meneruskan karier guaman.

Teman juga bercadang untuk aktif semula dalam NGO sebagaimana dahulu, terutama NGO yang terlibat dalam hal-hal misi kemanusiaan dan juga yang khusus berkaitan dengan menjaga hal ehwal dan kepentingan Melayu-Islam insyallah.

Teman juga bercadang kembali menjalankan misi dakwah yang tergendala buat sementara. Dengan masa yang ada, insyallah teman akan mengatur semula program misi dakwah yang merupakan aktiviti teman sebelum menjadi wakil rakyat.

Apa pun, teman mengucapkan ribuan  terima kasih kepada rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah memberi kepercayaan kepada teman sejak 08.03.2008 sehingga hari ini untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Teman menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata berlaku kesilapan dan kesalahan, apatah lagi kelemahan selama teman menjadi wakil rakyat. Al maklumklah, sebagai Ahli Parlimen yang baru buat pertama kalinya, banyak kelemahan dan kesilapan yang sudah pasti teman lakukan.

Apatah lagi kesilapan teman bersama dengan pembangkang yang hanya mengamalkan "Politik NATO - No Action Talk Only".

Teman berharap rakyat tidak mengulangi kesilapan mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 akan datang. Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana undi yang diberikan disia-siakan dengan "Politiking 24 Jam" pembangkang DAP-PKR-PAS, langsung tidak ada apa-apa perancangan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat dan negara.

Yang ada hanya politik adu domba, fitnah-memfitnah, pembohongan, putar belit, tuding jari mencari kesalahan orang lain -  tapi mereka sendiri tidak ada apa pun yang bermenafaat untuk rakyat dan negara yang dilakukan. Malah dok bergaduh sama sendiri berebut jawatan, kedudukan dan habuan!

Kepada mereka yang terpilih menjadi calon dalam PRU-13 tidak lama lagi, teman ucapkan selamat dan semoga berjaya.

Kepada rakyat Malaysia, gunakanlah hak mengundi itu dengan sebaik-baiknya. Janganlah mengundi kerana emosi, atau sentimen sempit dan jumud. Janganlah ulangi kesilapan PRU-12 dengan memberi undi kepada pembangkang DAP-PKR-PAS!

Berikanlah kepada pembangkang DAP-PKR-PAS isyarat yang jelas; rakyat Malaysia tidak redha,tidak setuju dan menolak sepenuhnya politik cauvinis, ekstremis, perkauman, anti-agama, pelampau dan jumud yang mereka amalkan! Tolak mereka, jangan beri satu undi pun kepada calon DAP-PKR-PAS!

Ingatlah, parti itu hanyalah wadah, Islam itu aqidah! Islam itu bukan parti, dan parti itu bukan agama! Jangan kerana taksub kepada wadah, sehingga kita menggadaikan aqidah!

Apabila wadah bercanggah dengan aqidah, adalah wajib bagi kita menolak wadah dan mempertahankan aqidah!

Kalau kalimah ALLAH pun mereka boleh gadai, kalau kalimah ALLAH pun mereka boleh politikkan; cuba bayang apa yang mereka mampu buat!

Apa yang pasti, teman akan mengundi calon Barisan Nasional dalam PRU-13 ini nanti insyallah!

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri; tapi yang burok semuanya daripada pembangkang DAP-PKR-PAS!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Jamadil Awal 1434
04 April 2013

27 February 2013

KALIMAH BiaDAP

(Apakah penyalah-gunaan kalimah ALLAH saperti ini yang dimimpikan Guaneng, Kitsiang & Karpal Singh; dan disokong pulak oleh Anwar & para pasrasitnya? Na'uzubillah minzalik!
Lakum diinukum waliyadiin - untuk kafir agama mereka, untuk kita agama Islam)

Salam 2 all.

KEMELUT KALIMAH ALLAH

Tindakan Lim Guan Eng membuat desakan pada 25 Disember 2012 sempena sambutan Krismas supaya Kerajaan Persekutuan memberikan kebenaran rasmi kepada penganut kristian menggunakan kalimah ALLAH didalam hal berkaitan agama kristian adalah jelas satu penghinaan terhadap Rukun Negara, mencabul Perlembagaan Persekutuan dan melanggar peruntukkan undang-undang negara!

Dan tindakan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang membuat kenyataan bersama pada 08 Januari 2013 bahawa penganut kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dengan alasan antara lain kononnya Islam membenarkannya membuktikan pakatan DAP-PKR-PAS adalah satu pakatan yang tidak menghormati agama Islam, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukkan undang-undang negara.

Malahan Majlis Syura PAS telah pada 13 Januari 2013 menyanggah pendirian Presiden PAS sendiri dan ketetapan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan membuat pendirian yang sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama' muktabirin serta NGO-NGO Islam dengan memutuskan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam dan melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim termasuk kristian atas dasar aqidah!

Namun pembangkang, terutamanya Karpal Singh, berserta beberapa pimpinan DAP-PKR telah terus menerus mempertikaikan keputusan Majlis Syura PAS, malah ada yang mendesak supaya Majlis Syura PAS supaya menarik balik keputusan pelarangan tersebut dan akur dengan ketetapan pakatan DAP-PKR-PAS yang membenarkan kristian menggunapakai kalimah ALLAH!

Sebenarnya, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 telah memperuntukkan melalui Seksyen 91 bahawa kalimah ALLAH (termasuk beberapa perkataan dan kalimah lain saperti Baitullah, solat dan lain-lain) adalah dilarang penggunaannya oleh bukan-Islam.

Enakmen tersebut digubal oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada April 1988 (semasa dibawah pemerintahan Kerajaan BN Selangor) dan digazetkan pada Julai 1988. Enakmen yang sama juga telah digubal oleh hampir kesemua Dewan Undangan Negeri yang lain.
Bermakna hampir semua negeri telah menggubal undang-undang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim.

Dan untuk memperkuatkan kedudukan, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah menetapkan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan-Islam (sila rujuk www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-Allah).

Fatwa pelarangan Majlis Fatwa Kebangsaan ini telah diikuti oleh hampir kesemua Majlis Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Selangor yang membuat gazet bagi fatwa tersebut pada 18.02.2010 melalui Sel. P.U. 6.

Apa yang jelas ialah sudah ada peruntukkan undang-undang yang sah dan sahih digubal melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan-Islam. Peruntukkan ini dipanggil 'Undang-Undang Anti-Dakyah Agama' yang dengan jelas menyatakan memperuntukkan "bahawa penggunaan kalimah ALLAH adalah khusus untuk umat Islam dan penggunaan kalimah ALLAH dikalangan bukan Islam adalah dilarang sama sekali dalam apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka".

Peruntukkan undang-undang ini pula sebenarnya dibuat berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain terhadap orang Islam.

Dan ini semua adalah bersesuaian dengan semangat dan peruntukkan Rukun Negara dimana seluruh rakyat dan warganegara telah berikrar menyatakan antara lain akan menghormati, mentaati dan mempertahankan "keluhuran Perlembagaan & kedaulatan undang-undang".

Dan pelanggaran peruntukkan Undang-Undang Anti Dakyah ini boleh membawa kepada pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil dan boleh dihukum termasuk penjara.

Dan jangan lupa Seksyen 298A Kanun Kesiksaan juga menjadikan ianya satu kesalahan jenayah jika seseorang itu "menyebabkan diatas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau memudaratkan dan sebagainya, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan".

Dan hukuman bagi pesalah dibawah Seksyen ini ialah "hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari dua (2) tahun dan tidak lebih dari lima (5) tahun".

Tidak cukop dengan itu, Tuanku Sultan Selangor secara jelas dan sarih bertitah melarang penggunaan kalimah ALLAH dikalangan penganut agama selain Islam termasuk kristian. Dan titah Tuanku Sultan Selangor diikuti dengan titah Tuanku Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dan beberapa Sultan yang lain.

Ringkasnya, pelarangan penggunaan kalimah ALLAH dikalangan non-Muslim dalam apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka adalah bersesuaian dengan ikrar dan peruntukkan Rukun Negara, sah dan sahih dibuat menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri serta telah digazetkan, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum minimum 2 tahun penjara dan maksimum 5 tahun penjara!.

Apa makna semua ini?

Maknanya sesiapa yang membenarkan, menyokong, mempromosi, mencadangkan, bersetuju, bersekongkol, menghasut dan dalam apa juga bentuk dan tindakan mahu kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama selain Islam termasuk kristian adalah mengkhianati Rukun Negara, mencabul Perlembagaan Persekutuan, menderhaka kepada titah Tuanku Sultan dan melanggar undang-undang yang sah dan sahih!

Cukup jelas kemelut dan isu penggunaan kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh Lim Guan Eng pada 25 Dis 2012 dan kemudiannya disokong oleh kepimpinan DAP-PKR-PAS melalui kenyataan bersama Lim Kit Siang, Anwar dan Hadi Awang pada 08 Januari 2013 telah menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan (termasuk didalam PAS sendiri), dan menyebabkan atau boleh menyebabkan permusuhan, benci membenci dan akan memudaratkan.

Ini terbukti dengan berlakunya begitu banyak lapuran polis yang dibuat, demonstrasi dan bantahan besar-besaran diseluruh negara termasuk dikalangan ahli PAS sendiri terhadap kepimpinan pembangkang sehingga membawa kepada memijak dan membakar gambar kepimpinan mereka sendiri. Malah Majlis Syura PAS dengan jelas memutuskan bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh selain umat Islam adalah ditegah samasekali atas dasar aqidah!

Akibat daripada itu, kita melihat pertelagahan terbuka sesama mereka. Datuk Harun Taib, disokong oleh Dato' Haron Din, Datuk Nik Amar dan lain-lain kepimpinan ulama PAS secara terbuka mencabar dan mengkritik Karpal Singh yang berkeras mahu kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH.

Sebaliknya Karpal Singh, disokong oleh beberapa pimpinan pembangkang secara terbuka mencabar kepimpinan PAS supaya menarik balik dan membatalkan keputusan Majlis Syura yang dibuat pada 13 Januari 2013.

Atas dasar itu, tindakan tegas dan tanpa kompromi perlu diambil saperti berikut iaitu pertuduhan dibawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan dan Seksyen 91 Enakmen Anti-Dakyah dan/ atau mana-mana peruntukkan undang-undang sedia-ada perlu dikenakan terhadap:

1. Lim Guan Eng yang pada 25 Dis 2012 membuat desakan melalui mesej Hari Krismas supaya Kerajaan Persekutuan membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam perkara berkaitan agama kristian;

2. Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang pada 08 Januari 2013 membuat kenyataan bersama mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH didalam perkara berkaitan dengan agama kristian; dengan menggunakan dan/ atau memberi gambaran seolah-olah Islam membenarkannya!

3. Karpal Singh yang terus menerus membuat kenyataan mendesak supaya kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH didalam perkara berkaitan dengan agama kristian walaupun rakan sekongkolnya Majlis Syura' PAS dengan jelas mengharamkannya!

Dan kepada rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum, cubalah ambil kemelut isu penggunaan kalimah ALLAH ini sebagai "pembuka jiwa & minda" dan gunakanlah aqal untuk berfikir; adakah kita mahu golongan jenis ini, yang sanggup mempolitik dan memainkan agama dan tuhan mereka sendiri sebagai pemimpin dan kerajaan memerintah kita?

Kalau tuhan pun mereka boleh politikkan, kalau tuhan pun mereka boleh permainkan, apakah jaminan kita rakyat Malaysia manusia biasa ini tidak akan dipolitikkan, tidak akan dipermainkan?

Kepada ahli PAS, bukalah minda dan jiwa anda! Anwar Ibrahim, manusia rosak akhlak yang anda beriya-iya sangat mahu tabalkan sebagai Perdana Menteri dengan jelas dan terang menolak keputusan Majlis Syura PAS. Malah bertegas mengheret PAS dengan berpegang kepada ketetapan 08 Januari membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH!

Bukankah ini satu penghinaan kepada PAS, sedangkan slogan PAS ialah kepimpinan melalui ulama. Ulama' anda telah buat keputusan, jelas Anwar dan DAP menolak! Anda mahu mengikut Anwar atau ulama' anda? Sudah hilangkah maruah dan harga diri anda yang mengaku kepimpinan ulama' tetapi gagal mempertahankan, membela dan memartabatkan Ulama' sendiri dalam isu aqidah yang begitu fundamental?

Anda tidak pelik kah melihat Lim Guan Eng tiba-tiba menjadi dajjal bisu seribu bahasa? Dia yang mencetuskan kemelut isu kalimah ALLAH ini, tiba-tiba PAS pula yang menerima bahananya akibat tindakan kurang cerdik Presiden PAS mendahului ulama'!

Yang menjadi mangsa sekarang ialah ulama PAS. Timbalan Mursyidul PAS sahibul fadhilah Dato' Dr Haron Din yang tegas mempertahankan aqidah dan mahu menyelamatkan iman pengikut PAS pula kini dimaki hamun oleh penyokong pembangkang, termasuk para parasit.

Hinggakan ada yang menuduh Dato' Haron Din sebagai barua UMNO! Dan Lim Guan Eng pencetus kemelut ini, Anwar Ibrahim sebagai pembakar kemelut ini boleh terlepas! Dan sangat menghairankan ahli-ahli PAS boleh menjadi syaitan bisu; langsung tidak membela & mempertahankan ulama anda.

Dan yang paling memalukan, Pengerusi Majlis Syura PAS, Datuk Nik Aziz yang sepatutnya mempertahankan keputusan Syura PAS, sanggup ke rumah Karpal Singh membawa pisau bukan untuk berjihad membela keputusan syura, tetapi untuk memotong kek harijadi ke 82 dihari Taipusam dirumah kafir yang terang-terang menghina keputusan syura!

Adakah mendapat undi, memenangi kerusi dan pergi ke Putrajaya itu terlalu penting untuk anda sehingga anda menjadi kaum Pekak, Bisu & Buta kepada hak dan kebenaran?

Gunakanlah aqal yang waras yang ALLAH telah anugerahkan kepada kita. Janganlah kita terus-terusan mengambil sikap dan melakukan kesilapan dan kesalahan umat terdahulu - menjadi kaum Pekak, Bisu & Buta kepada kemungkaran dan kejahatan yang berlaku depan mata kita.

Sebab itu kita rakyat Malaysia, dan kita rakyat adalah Hakim, gunakanlah medan di Mahkamah Rakyat, didalam PRU 13 nanti untuk menghukum mereka ini, iaitu pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS, dengan menolak mereka sepenuhnya dengan tidak memberikan walau satu undi pun kepada mereka sebagai tanda kita tidak setuju dan tidak redha, dan tidak mahu berskongkol mereka yang mengamalkan politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara, sehinggakan agama dan tuhan pun turut dipolitikkan!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali.

Semoga ALLAH memelihara aqidah kita, dan memberikan petunjuk dan hidayahNya agar kita terus berada dijalan yang lurus, bukan dijalan kaum yang dimurkai, dan kaum yang disesatkan.

Ameen!

Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
13 Rabi'ul Akhir 1434
24 Februari 2013