Showing posts with label PRK Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label PRK Hulu Selangor. Show all posts

23 April 2010

TANBIHUL GHOFILIIN

Zaid Ibrahim bersama Malik Imtiaz dan lain-lain dalam Forum anjuran Kumpulan Artikel 11 di Hotel Cititel Pulau Pinang 14 Mei 2006


Ustaz Hafiz Nordin mengetuai demonstrasi menentang kumpulan Artikel 11
melibatkan Zaid Ibrahim pada 14 Mei 2006

Para demonstran dari BADAI menentang kumpulan artikel 11
yang melibatkan Zaid Ibrahim pada 14 Mei 2006

Salam 2 all.
Pada 14.10.2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM2,000-00 atau penjara 14 hari keatas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Ustadz Hafiz Nordin bersama dengan dua orang lagi iatu Ustadz Sahul Hameed (seorang pendakwah bebas) dan Hj Abdul Rahim Ismail (seorang aktivis PAS).
Apakah dosa mereka sehingga mereka dihukum Mahkamah? Kerana mereka menentang cubaan Kumpulan Artikel 11 untuk mengadakan Forum bertajuk "Federal Constitution: Protection For All" di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14.05.2006. Kumpulan Artikel 11 adalah dianggap sebagai kumpulan yang cuba nak menghidupkan semula usaha penubuhan IFC yang dihentikan atas arahan Kerajaan pada tahun 2004.
Antara mereka yang terlibat dalam forum anjuran Kumpulan Artikel 11 itu adalah Zaid Ibrahim. Ya, Zaid Ibrahim, "calun pengantin" yang kini hebat dikompangkan oleh Pakatan Rakyat dan ditakbirkan oleh segelintir pemuka PAS didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sekarang sebagai "calun berwibawa" mereka (gambar diatas membuktikan dengan jelas penglibatan Zaid sebagai ahli panel forum tersebut).
Ustadz Hafiz Nordin adalah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) yang ditubuhkan oleh PAS Pulau Pinang dan diletakkan dibawah naungan Dewan Ulama'. Badai yang ditubuhkan pada 20.04.2006 bertujuan untuk menggagalkan rancangan jahat penubuhan IFC dan penentangan terhadap cubaan meminda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Saya juga adalah antara orang yang paling aktif menentang Kumpulan Artikel 11 pada masa itu dan memberi sokongan penuh kepada penubuhan Badai, malahan saya terlibat secara langsung dengan Badai.
Pada 16.05.2006, Ustadz Hafiz Nordin telah membuat kenyataan menegaskan bahawa Badai akan "mempertahankan Islam sehingga titisan darah terakhir" dan memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dalam cubaan yang dianggap menghina Islam dan umat Islam. Ustadz Hafiz Nordin, seorang pejuang tulin Islam telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya, beliau dan para sahabat lain dihukum oleh Mahkamah atas pendirian tegas beliau.
Hari ini kelihatan seolah-olah perjuangan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulama' PAS pada masa itu dilupakan sama sekali. Sokongan yang diberi kepada Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor seolah-olah menghina perjuangan mereka ini.
Sudah lupakah kita siapa Zaid Ibrahim!!
* Inilah orangnya yang memfailkan saman untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir oleh Kerajaan PAS Trengganu;
* Inilah orangnya yang menyokong tindakan Tun Mahathir memecat Tun Salleh Abas dan beberapa Hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 yang mencetuskan krisis kehakiman yang serius;
* Inilah orangnya yang yang dihukum oleh UMNO kerana politik wang;
* Inilah orangnya yang sibuk berebut jawatan dan mengejar kedudukan didalam UMNO semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dan dipenjarakan;
* Inilah orangnya yang mendapat banyak kerja dan tugasan guaman daripada UMNO dan menjadi kaya hasil daripadanya;
* Inilah orangnya yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dan IFC yang menyebabkan pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Nordin dihukum oleh Mahkamah.
Saya menyeru kepada saudara/i dan sahabat pejuang Islam yang masih punya sedikit semangat perjuangan dan nur Islam didalam PAS supaya kembali memikirkan ke arah mana perjuangan saudara/i. Mengapakah politiking melampau yang sempit menyebabkan saudara menjadi buta terhadap perjuangan Islam yang sebenar. Letakkanlah Islam sebagai asas perjuangan saudara. Saya menyeru saudara kepada perjuangan "One Islam: Aqidah didahulukan; Syariat di martabatkan".
Kalau saudara/i tidak berasa malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Bin Nordin, Ustadz Sahul Hameed dan Haji Abdul Rahim Ismail. Janganlah dipersia-siakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Dan jadikanlah PRK Hulu Selangor pada hari Ahad 11 Jamadil Awal/ 25 April ini sebagai bukti dan persaksian kita dihadapan ALLAH kelak bahawa kita meletakkan Islam dahulu, politik kemudian.
Inilah satu tanbihul ghofiliin-peringatan bagi mereka yang lalai. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada saya dan saudara/i para pejuang Islam semua; dan semoga kita semua diberi keampunan oleh ALLAH atas kelekaan dan kelalaian kita.
Ingatlah amaran ALLAH, "Alam a' had ilaikum yaa banii aadama alla ta'buduussyaiton, innahu lakum 'aduwwummubiin-wahai bani Adam, bukankah sudah Aku peringatkan kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata, mengapa kamu menentang (Aku)!"
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Dubai, Emirat Arab Bersatu
Jumaat
09 Jamadil awal 1431
23 April 2010

19 April 2010

LAPURAN PALSU MALAYSIAN INSIDER

Salam 2 all.

Saya mengutuk keras lapuran palsu oleh media portal Malysian Insider bertarikh hari ini yang mendakwa kononnya saya akan turun berkempen untuk BN pada hari Jumaat ini dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor (sila lihat lapuran palsu tersebut dibawah).

Saya ingin menegaskan bahawa saya berada di Amerika Syarikat sejak 07 April dan akan mengadakan beberapa lawatan kerja serta perbincangan dan menghadiri beberapa program yang telah diatur samada di Washington, New York dan Emirat Arab Bersatu dan akan hanya kembali ke Malaysia insyallah seawal-awalnya hari Ahad 25 April 2010. Oleh itu adalah mustahil untuk saya berada di Hulu Selangor berkempen untuk BN pada hari Jumaat ini.

Oleh itu saya menuntut pihak media portal Malaysian Insider untuk menarik balik lapuran palsu tersebut dan memohon maaf kepada saya dan menyiarkan penarikan balik lapuran palsu tersebut dan permohonan maaf itu sebagai lapuran utama dan headline sebagaimana siaran lapuran palsu itu dibuat. Saya juga menuntut pihak Malaysian Insider menghentikan segala lapuran palsu tersebut dengan serta merta dan tidak mengulanginya lagi.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
05 Jamadil Awal 1431
19 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

The Malaysian Insider
Monday April 19 2010

Ibrahim Ali, 2 ex-PKR MPs to campaign for BN
By G. Manimaran, Bahasa Malaysia Editor

HULU SELANGOR, April 18 — Perkasa president Datuk Ibrahim Ali and two ex-PKR MPs, Datuk Seri Zahrain Hashim and Zulkifli Noordin, will join the Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor by-election campaign this Friday.
Ibrahim, the independent Pasir Mas MP, has already launched his own campaign a few days ago. He told reporters that he will go on the stump in Batang Kali tonight.
The Malaysian Insider understands both Zahrain and Zulkifli will campaign upon their return late this week from the United States, where they joined Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in launching a Malaysia-US caucus.
Zahrain walked out of PKR in February while Zulkifli was sacked last month. Two other MPs have also quit PKR this year.
Ibrahim (picture) said he will campaign until the eve of the April 25 polling day and has arranged several programmes to help the BN candidate P. Kamalanathan.
Kamalanathan, who is MIC information chief, had controversially told an online news portal that Ibrahim’s Malay rights group Perkasa did not impinge on the rights of others.
A number of Malaysians have debated his statement online, ridiculing him for his stance and for endorsing Perkasa.
Ibrahim’s aide pointed out the lawmaker was campaigning as an independent MP and not as Perkasa chief.
“Datuk Ibrahim is with the BN campaign as an independent MP, not as Perkasa president,” the aide said.
The ex-Umno Pasir Mas division chief has previously campaigned for BN in the Manek Urai and Bagan Pinang by-elections.