Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

06 June 2015

BANGSAKU KIAN ME-LAYU

Kekuatan Melayu pada agamanya
Tanpa Islam tiadalah Melayu
Apabila agama & Tuhan digadai bangsa
Hilanglah Melayu terus melayu


BANGSAKU KIAN ME-LAYU

Bangsaku Melayu
Sejarahnya tidak kaku
Budibahasanya nomor satu
Akhlaknya dicemburu
Tolak ansurnya tak pernah jemu

Dia perjuangkan kemerdekaan
Dia menjadi kerajaan kedaulatan
Dia beri imigran kewarganegaraan
Dia menjadi asykar pertahanan
Dia polis menjaga keamanan
Dia pegawai dasar kenegaraan
Dia kerani melaksanakan
Dia juga cikgu mencerdikkan

Tapi dia bergaduh bercakaran
Menikam merobek menelanjangkan
Amanah pusaka warisan diqorunkan
Bangsa sendiri menjadi sasaran

Kawan dijadikan lawan
Lawan dijadikan kawan
Bangsa lain diselimut bantalkan
Kaum lain disahabat-taulankan

Habis dijual agama & Tuhan

Memang Melayu tak hilang didunia
Tetapi Melayu akan hilang tanahairnya
harga diri & maruah bangsa

Hanya kerana gilakan kuasa

Melayu akan melayu
di Tanah Melayu
akhirnya!


Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Sya'ban 1436
03 Jun 2015

11 July 2014

DOA-4-GAZA

DOA KU BERSAMA MU GAZA

Gaza
Bumi para anbiya
Kelahiran para ulama
Tanah yang diberkati
Langit yang menjadi saksi
Mukjizat Rasul & Nabi

Gaza
Bumi mu berdarah
Peluru dimuntah
Umat dimamah
Tanah merekah merah
Di baham zionis haram jadah

Gaza
Bumi mu menangis,
Angkara zionis
Anak-anak mu ditumis
Tanah mu berkudis
Umat mu habis di gilis

Mana saudara se-kiblat mu?
Mana jiran se-kitab mu?
Mana pembela se-aqidah mu?
Mana pengganti ‘Umar Al Khattab?
Mana pengganti Ali Abi Tolib?
Mana pengganti Salahudin Al Ayyubi?
Mana pengganti Muhammad Al-Fateh?
Dimana mereka Gaza?
Aduhai Gaza
Kau bersendirian
Sekadar batu dan lastik
Sekadar doa dan semangat
Kau bangkit berjihad
Intifadah menjadi pengubat

Jiran mu yang semut berjuta
Saudara mu yang qorun-raya
Sekadar mampu menghantar doa
Diiringi baju selimut gebar
Hanya mampu mengutuk zionis
Sambil memuntah asap rokok Yahudis!

Aduhai Gaza
Kau cermin umat masakini
Dayus, bacul menjubah diri
Ukhwah perpaduan diterajang ke-tepi
Angkara gila kuasa..gila kerusi
Terpukau perangkap
Barat Yahudi

Namun Gaza
Malam ini jiwa ku meledak,
Langit terbelah
Dibanjiri tsunami syahid yang marak
Berang ku terbakar ke puncak
Bukan  sekadar menjadi penyalak
Atau sekadar muffler melilit tengkok

Kerana aku sudah tidak gentar
Pada peluru zionis yang ketar
Aku mendengarmu Gaza
Dan aku tetap akur mendengar

Intifadah…intifadah…intifadah…

Kesetiap penjuru tak bertepi
Aku bukan sekadar pandir
Mengiya fitnah parasit hanyir
Penyujud na’am zionis kafir

Kerana aku lasykar Yang Maha Esa
Kerana aku soldadu Maha Pencipta
Jiwa yang mengenal si-kitol derhaka
Antara parasit berserban lilit
Antara pak yangoat berjubah meleret

Nanti waris bersoaltanya
Di atas kuburan merah menyala

Mengapa Gaza di biar sendirian
Tanpa pembelaan
tanpa penentangan

Sedang umat bak buih dilautan
Sekadar ramai bertakbir sakan
Tapi berpecah tanpa sempadan

Mengejar kilauan kalkatu kerakusan
Yang batil yang palsu menjadi idaman

Namun intifadah itu mutlak
Akan menjadi keramat yang hak
Biar disekat biar dihambat
Parasit zionis kalkatus keparat

Aku bersama mu Gaza
Dan aku aalah lasykar
Aku adalah soljar
Bersama mu menegakkan

Intifadah..intifadah..intifadah..!!!

Biar dipagar tembok dan besi
Zionis yang makin menikus
Dikelilingi parasit yang rakus

Menentang arus hangat semangat jihad
Jiwa syahid yang lama tersekat
Pasti bangkit menentang keparat

Mahkamah ALLAH menjadi penyukat
Menghakimi antara pejuang dan petualang
Antara lasykar dan parasit
Antara penjahat dan mujahid
Antara soljar dan penderhaka
Antara yang betul dengan si-kitol

Aku mendengar mu Gaza
Aku bersama mu Gaza
Aku doakan mu Gaza

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!


Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
13 Ramadhan 1435
11 Julai 2014 

25 March 2014

ALFATIHAH-4-MH370



AL-FATIHAH BUAT MH 370

Penantian itu suatu penyiksaan
Kebenaran itu suatu kepahitan
Airmata sudah kekeringan
Harapan menjadi igauan
Sesak fikiran memikirkan

Sejak 8 Mac lalu
Aku tertunggu-tunggu
dimana kelibat bayangmu
dimana Kapten kelasi mu
dimana para penumpang mu
lapan belas hari berlalu
menanti dan terus menunggu
Akhirnya penantian itu terhenti
Kebenaran menjelma kini
Kabar sebak sang Perdana Menteri
Kau telah pergi
Di telan gelombang Lautan Hindi
Membawa bersama suatu misteri

Jutaan persoalan!
Tanpa jawapan!

Aku mau tahu
Mana halatuju mu
Mengapa Beijing tidak ketemu
Sebaliknya Lautan Hindi hentian mu
Apakah yang menganggu
Hingga kau tegar membisu

Tiada denyut kecemasan
Tiada pohonan bantuan
Tiada Mayday tiada panggilan

MH 370
Kau pergi membisu
Tanpa bukti di temu
Kami tergamam buntu
Kelu dan kedu

Hanya kami pasrah
Kepada Allah kami berserah
Moga kau terjumlah
Dalam golongan mutma'innah
Jiwa yang tenang
Diredhai dan meredhai

Dimasukkan sebagai hambaNya
Dimasukkan dalam rahmatNya
Dimasukkan dalam syurgaNya

Al-Fatihah buat mu MH370


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Jamadil Awal 1435
25 Mac 2014 

12 February 2014

TANGISAN AL-AQSA

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya diwaktu malam daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat - Ai-Isra' 17:1

TANGISAN AL-AQSA

Al Aqsa
bumi mu melakar sirah
himpunan nubuwah
penyaksi langit di belah
Buraq yg gagah
mengiring Rasulullah
ke Sidratul Muntaha

Al Aqsa
bumi Al Fatah
ditangan 'Umar Al Khalifah
tiga samawi mekar indah
dibawah naungan satu aqidah
bukti kebenaran satu risalah

Al Aqsa
bumi mu berdarah
jasad ummah diratah
kedurjanaan sang salibiah
merakus penuh ammarah
kemanusiaan ditongsampah!

Al Aqsa
Salahuddin mara gagah
menebus maruah ummah
meratap para salibiah
kesaksamaan aqidah diterjemah
tiga samawi kembali cerah

Al Aqsa
Perjanjian Balfour pemusnah
merampas qiblah ummah
merakus robek kesatuan ukhwah
meng-gereja-kan As Sakhrah
kemanusiaan kembali jahiliyyah

Al Aqsa
bumi mu merekah
mengalir darah merah
umat yang diratah
dicelah ukhwah yang lemah
kerana ketiadaan khalifah
kerana kepunahan aqidah
kerana kehancuran syariah

Al Aqsa
engkau menangis resah
umat yg terlalu lemah

Tiada Umar untuk mu
tiada Salahudin untuk mu
tiada mujahidin untuk mu
tiada syuhada untuk mu
tiada lasykar untuk mu

Hanya intifada
sebagai pembenteng maruah
insan-insan kerdil lemah
berbekalkan sakhrah
dan semangat jannah

Wahai Al-Aqsa yang diberkati
janganlah kau tangisi
tentera yang berpanji
membawa risalah Nabi
akan tetap berdiri
megah dibumi mu nanti
itulah janji yang pasti ditepati
Janji dari Ilahi


Zulkifli Bin Noordin
Rabu
12 Rabi'ul Akhir 1435
12 Feb 2014

05 February 2013

KAMI BERSAMAMU GAZA

(Bersama YAB Dato' Sri Najib & His Excellency Ismael Haniyeh, PM Gaza-Palestin dalam lawatan bersejarah ke bumi Gaza-Palestin hari Rabu 11 Rabi'ul Awal 1434/ 23 Januari 2013)



KAMI BERSAMA MU GAZA*

Gaza
Bumi para anbiya
Kelahiran para ulama
Tanah yang diberkati
Langit yang menjadi saksi
Mukjizat Rasul & Nabi

Gaza
Bumi mu berdarah
Peluru dimuntah
Umat dimamah
Tanah merekah merah
Di baham zionis haram jadah

Gaza
Bumi mu menangis,
Angkara zionis,
Anak-anak mu ditumis
Tanah mu berkudis
Umat mu habis di gilis

Mana saudara se-kiblat mu?
Mana jiran se-kitab mu?
Mana pembela se-aqidah mu?
Mana warisan ‘Umar Al Khattab?
Mana warisan Ali Abi Tolib?
Mana warisan Salahudin Al Ayyubi?
Mana warisan Muhammad Al-Fateh?
Dimana mereka…..Gaza
Dimana?

Aduhai Gaza
Kau bersendirian
Sekadar batu dan lastik
Sekadar doa dan semangat
Kau bangkit berjihad
Intifadah menjadi pengubat

Jiran mu yang buih berjuta
Saudara mu yang qorun-raya
Sekadar mampu menghantar doa
Diiringi baju selimut gebar
Hanya mampu mengutuk zionis
Sambil memuntah asap rokok Yahudis!

Aduhai Gaza
Kau jadi cermin umat masakini
Dayus, bacul menjubah diri
Ukhwah perpaduan diterajang ke-tepi
Angkara gila kuasa..gila kerusi
Terpukau perangkap
Barat Yahudi

Namun Gaza
Malam ini bumi ini meledak,
Langit terbelah
Gelombang umat yang marak
Berang lasykar  terbakar ke puncak
Bukan  sekadar menjadi penyalak
Sekadar muffler melilit tengkok

Umat kini sudah tidak gentar
Pada peluru zionis yang ketar
Kami mendengarmu Gaza
Dan kami tetap akur mendengar

Intifadah..intifadah..intifadah !!!

Kesetiap penjuru tak bertepi
Kami bukan sekadar pandir
Mengiya fitnah parasit hanyir
Penyujud na’am zionis kafir

Kerana kami lasykar Yang Maha Esa
Kerana kami sol-jah Maha Pencipta
Umat yang mengenal si-kitol derhaka
Antara parasit berserban lilit
Antara pak yangoat berjubah meleret

Nanti waris kami bersoaltanya
Di atas kuburan merah menyala

Mengapa Gaza di biar sendirian
Tanpa pembelaan
tanpa penentangan

Sedang umat bak buih dilautan
Sekadar ramai bertakbir sakan
Tapi berpecah tanpa sempadan

Mengejar kilauan kalkatu kerakusan
Yang batil yang palsu menjadi idaman

Namun intifadah itu mutlak
Akan menjadi keramat yang hak
Biar disekat biar dihambat
Parasit zionis kalkatus keparat

Kami bersama mu Gaza
Dan kami adalah lasykar
Kami adalah sol-jah
Bersama mu menegakkan

Intifadah..intifadah..intifadah..!!!

Biar dipagar tembok dan besi
Zionis yang makin menikus
Dikelilingi parasit yang rakus

Menentang arus hangat semangat jihad
Jiwa umat yang lama tersekat
Pasti bangkit menentang keparat

Mahkamah ALLAH menjadi penyukat
Menghakimi antara pejuang dan petualang
Antara lasykar dan parasit
Antara mujahat dan mujahid
Antara sol-jah dan penderhaka
Antara yang betul dengan si-kitol

Kami mendengar mu Gaza
Kami bersama mu Gaza

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!

**************************************

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
24 Rabi'ul Awal 1434
05 Januari 2013


*Sajak ini dicipta dengan sumber inspirasi dan panduan daripada sahabat teman sdr Mohd. Fudzail Mohd. Nor, Dubai

16 November 2010

SALAM 'EIDUL ADHA


Bicara 'Eidul Adha

Labbaikallah humma malabbaik
Labbaikallah syari kala kalab baik
innal hamda
wanni' mata
lakawalmulk
laa syarii kalak

Hamba Mu datang menyahut pangglian Mu ya ALLAH
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu ya ALLAH
Yang tidak ada sekutu bagi Mu
Sesungguhnya segala pujian
dan segala ni'mat
dan pemerintahan 
adalah kepunyaan Mu
yang tidak ada sekutu bagi Mu

Tazkirah buat umat Melayu
kita punya satu Tuhan
kita punya satu Rasul
kita punya satu Kitab
kita punya satu kiblat
kita punya satu matlamat

Satu wajah pelbagai wadah
kita bangsa yang berpecah
umpama buih yang diratah
kafir harbi dok satu sejadah
sesama muslim kita haramjadah
hilang ghaib segala hibbah
tinggal tunggul untuk dibelasah

Ambil iktibar kesatuan Arafah
kesatuan tawaf di Ka'bah
kesatuan sa'ie Safa Marwah
kesatuan lontaran di jamrah
kesatuan umat di Muzdalifah
kesatuan saf Imam Makkah

Bersatulah wahai ummah
dibawah naungan Al Quran & Sunnah

Salam 'eidul adha

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Zulhijjah 1431
16 Nov 2010

*Alhamdulillah tahun ini teman dapat melaksanakan 'ibadah qurban di tiga tempat dengan hibah 3 ekor lembu iaitu di Masjid Bandar Bharu, Kampung Terap dan Taman Jati Kulim. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan, termasuk tidak mendapat sebarang agihan lembu Kerajaan PAS Kedah, namun ALLAH memberi jalan rezeki untuk teman menyumbang 3 ekor lembu bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, termasuk sumbangan untuk qurban di Gaza dan Sarajevo. Moga ALLAH memberi keampunan dan keberkatan. Wassalam.

04 March 2010

FI SABILUNA-INILAH CARA KU


FI SABILUNA-INILAH CARAKU


Kini

tiba masanya

tirai keimanan

direntangkan

menjadi pembatasan


Sahabat dan taulan

aku pertegaskan

ku tetap pertahan

aqidah dan kebenaran

tanpa malu dan segan

walau berseorangan


Penjara duka telah ku lalui

keriangan pernah kutempuhi

pelbagai corak kehidupan diwarnai

dan lebih dari itu

aku melaluinya

fi sabiuna-dengan cara ku


Sekelumit kekesalan?

memang kedapatan

namun tidak ku ratapkan

tiada hibaan


Ku jalani kehidupan itu

fi sabiluna-menurut cara ku

ku lakukan apa yang perlu

tanpa sedikit keraguan

tetapi dengan keikhlasan


Ada tikanya

kalian mungkin merasakan

aku agak kelampauan

bertindak dengan ketegasan

namun selagi ada sandaran Al Quran

dan sunnah Nabi junjungan

aku tetap perjuangkan

istiqomahkan pendirian

fi sabiluna-dengan cara ku


Tawa dan tangis

pernah memenuhi

dunia perjuanganku

pernah ku ketakutan

pernah ku kekhuatiran

namun melihat putaran kehidupan

walau sukar dilalui

namun seronok dikisahi


Kini

dicelah debuan perjuangan

kegelapan harapan

kulihat cahaya masadepan

yang sangat bergemerlapan

janji mutma'innah, suatu ketenangan


Apalah nilai seorang insan

jika tiada jiwa perjuangan

tanpa kekentalan iman

ma'ruf yang tidak ditegakkan

kemungkaran yang diperjubahkan

tunduk sembah kepada keduniaan

maruahnya hanya saperti buih dilautan


Sirah perjuangan

membukti paparan

aku berusaha tidak tunduk

kepada telunjuk kefir'aunan

malah ku hadapi iblis syaitan

dengan keyakinan

fi sabiluna-dengan cara ku


Aku bukan Muslim terbaik

namun kuberikan yang terbaik

untuk Islam dan iman

fi sabiluna-dengan caraku


Dan inilah fi sabiluna

cara perjuangan ku



Zulkifli Bin Noordin

Jumaat

19 Rabi'ul Awal 1431

05 Mac 2010