Showing posts with label Majlis Syura PAS. Show all posts
Showing posts with label Majlis Syura PAS. Show all posts

21 March 2014

TAZKIRAH KAJANG: NO-2-ANWARIZAH


SAY NO-2-ANWARIZAH



Tanya sama Zizah

mana jam Omega

nanti jawab Zizah

ada kat rumah



Tanya sama Zizah

pasal tak percaya

nanti jawab Zizah

bukan perut dia


LOOKS LIKE ME, SOUNDS LIKE ME…BUT NOT MY TUMMY!!!
Salam 2 all.

Saya menulis ini sebagai peringatan untuk diri saya dan khusus kepada ahli dan penyokong PAS , dan kepada umat Melayu-Islam umumnya, dalam menghadapi PRK Kajang khasnya, dan dalam menilai hubungan dan kerjasama dengan DAP-PKR yang diselindungkan disebalik konsep tahaluf siyasi, dan dalam menilai persoalan survival dan masadepan sosio-politiko umat Melayu-Islam!

Datin Seri Wan Azizah, calon PKR bagi PRK Kajang adalah Presiden PKR, juga isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Bermakna hubungan mereka bukan sekadar politikal tetapi juga hubungan peribadi dan kekeluargaan. Apa juga tindak-tanduk Anwar dan Nurul Izzah adalah mengikat Wan Azizah samada dari segi politik mahupun kekeluargaan

Pada 16.02.2014, Anwar dalam kapasitinya sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang membuat kenyataan didalam Gereja Holy Family, Kajang bahawa kristian boleh dan dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini mengulangi pendirian Anwar yang disebut pada 08.01.2013 bersama Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang menyokong desakan Lim Guan Eng pada 25.1.2012 agar kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Bermakna ini bukan sahaja pendirian peribadi Anwar, malah pendirian rasmi PKR dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

Sebaliknya Majlis Syura Ulamak PAS telah pada 13.01.2013 membuat ketetapan jelas bahawa ‘kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah kerana ini bukan soal politik tetapi soal aqidah’.

Ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS ini memperkaui kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Haron Din yang menegaskan bahawa ‘barangsiapa yang setuju atau redha dengan kristian untuk menggunakan kalimah Allah maka ia termasuk dalam perlakuan syirik’.

Ini bermakna pendirian Anwar dan PKR adalah bercanggah dengan pendirian Majlis Syura Ulamak PAS.


Percanggahan Antara Majlis Syura Ulamak PAS dan Anwar-PKR

Dalam keadaan itu, saya lontarkan pertanyaan kepada ahli dan penyokong PAS, pendirian mana yang kamu akan patuh dan ikut.

Sudah tentu sebagai ahli PAS, jelas disebut didalam Fasal 7 (3) bahawa ‘Majlis Syura Ulamak diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

  1. menghuraikan, menjelaskan dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukkan didalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya; 
  1. mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan didalam PAS dan mengawasi serta memelihara suoaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS; 
Adalah jelas bahawa ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS.

Persoalannya sekarang, mengapa masih terdapat ahli dan pemimpin PAS yang bertungkus-lumus menyokong dan membantu Wan Azizah dalam kempen PRK Kajang; sedangkan jelas pendirian PKR dalam isu kalimah Allah yang asas dan fundamental membabitkan aqidah sangat bercanggah dengan pendirian dan ketetapan Majlsi Syura Ulamak PAS?

Menyokong dan membantu Wan Azizah dalam kempen PRK Kajang bermakna menyokong dan menerima pendirian PKR bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh kristian, satu pendirian bercanggah bukan sahaja dengan syara’, malah bertentangan dengan Majlis Syura Ulamak PAS!

Menyokong dan membantu Wan Azizah dalam PRK Kajang termasuk membuka bilik gerakan, menjalankan culaan, menampal poster, memacakkan bendera, menyebarkan risalah dan bahan cetak, meraih undi, memakai t-shirt, mengibar bendera PKR, memberi ruang di markaz dan penempatan PAS dan apa juga perlakuan, perbuatan, perkataan dan lain-lain yang boleh membantu Wan Azizah mendapatkan undi dan sokongan pengundi DUN N.25 untuk memenangi kerusi DUN Kajang!

Sekiranya ada mana-mana ahli dan penyokong PAS membuat sedemikian, bermakna mereka telah membelakangkan dan menghina institusi tertinggi dalam PAS iaitu Majlis Syura Ulamak!

Dan kalau diambil kira pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Haron Din, bermakna menyokong dan membantu Wan Azizah dalam PRK Kajang dengan pengetahuan penuh bahawa PKR menyokong kristian mengguna-pakai kalimah Allah boleh menjerumuskan seseorang itu ke kancah kesyirikan!


PENGHINAAN TERHADAP DATUK SERI HADI AWANG OLEH PKR

Malahan pada saya ahli-ahli dan penyokong PAS sepatutnya sedar bahawa menyokong dan membantu Wan Azizah seumpama menghina Presiden mereka sendiri iaitu Datuk Seri Hadi Awang.

Ini kerana Shamsul Mat Amin, seorang pemimpin PKR negeri Trengganu, yang merupakan calon PKR bagi DUN Bukit Besi didalam PRU-13 telah menyaman Datuk Seri Hadi Awang dan memperolehi penghakiman sebanyak RM2 juta atas dakwaan Hadi menghinanya dengan tuduhan sebagai pengedar pil kuda, menyebabkan PAS memutuskan untuk meletakkan calon menentang beliau dan calon BN di DUN Bukit Besi.

Sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh Wan Azizah mahupun PKR terhadap Shamsul Mat Amin. Malahan sikap membisu Wan Azizah memberi gambaran beliau tidak menghormati langsung Datuk Seri Hadi Awang, sedangkan beliau adalah Presiden PKR dan ketua kepada Shamsul Mat Amin.


10 DALIL MENOLAK WAN AZIZAH DAN PKR

Dan ahli-ahli PAS wajib mendesak Wan Azizah memberikan penjelasan tentang pendirian beliau samada sebagai isteri Anwar Ibrahim atau ibu kepada Nurul Izzah atau dalam kedudukan beliau sebagai Presiden PKR dalam isu-isu fundamental berikut:

1. KALIMAH ALLAH – apakah pendirian Wan Azizah dalam isu kristian mahu mengguna-pakai kalimah Allah? Adakah Wan Azizah berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Umum PKR seperti yang dinyatakan didalam Gereja Holy Family Church, Kajang pada 16.02.2014 bahawa kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah; sedangkan pendirian ini bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS yang dibaut pada 13.01.2013?

2. SAMAN DATUK SERI HADI AWANG ­apakah pendirian Wan Azizah dalam kes saman dan penghakiman RM2 juta yang dibuat oleh pemimpin PKR Trengganu dan calon PKR Bukit Besi Shamsul Mat Amin? Jika Wan Azizah bersetuju, ini satu penghinaan terhadap Prseiden PAS dan pengkhianatan terhadap kerjasama politik PAS-PKR. Jika tidak bersetuju, apakah tindakan Wan Azizah terhadap Shamsul Mat Amin; adakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat atau di arah menarik balik saman terhadap Datuk Seri Hadi Awang?

3. PLURALISMA - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat di London School of Ecnomics London yang membawa maksud bahawa semua agama adalah sama; apa yang disebut oleh Allahyarham Prof Dr. Uthman El-Muhammaddy sebagai fahaman pluralisma yang boleh merosakkan aqidah. Adakah Wan Azizah bersama sependapat dan sependirian dengan Anwar dalam isu ini?

4. MURTAD LINA JOY - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa ‘Lina Joy (Azlina Jailani) memang patut diberi kebenaran untuk menukar agamanya (daripada Islam ke kristian). Itu adalah haknya’.  Ringkasnya Azlina Jailani patut dibenarkan murtad. Persoalannya, adakah Wan Azizah bersama satu pendirian dengan Anwar dalam isu ini iaitu membenarkan murtad dikalangan umat Islam?

5. NURUL IZZAH DAN MELAYU MURTAD - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR yang juga anak sulongnya Nurul Izzah Anwar pada 03 Nov 2011 di premis Gereja Tabernacle USJ yang membawa maksud orang Melayu wajar diberi kebenaran untuk menukar agamanya sebagaimana kaum lain. Ringkasnya orang Melayu wajar dibenarkan murtad. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian Naib Presiden PKR yang juga anak kandungnya sendiri?

6. MURTADNYA NOR AZMAN - apakah pendirian Wan Azizah apabila ahlinya bernama Nor Azman Abdullah menukar agama daripada Islam kepada kristian. Nor Azman adalah saksi bagi Anwar dalam kes liwat terhadap Azizan Abu Bakar. Beliau juga adalah calon PKR bagi Parlimen Kapit dalam PRU-11 dan calon PKR bagi DUN Engkili dalam PRN Sarawak 2001. Beliau dilapurkan telah menukar agama dan memakai nama Beginda Anak Minda. Anak Beginda juga terlibat dalam kontroversi membawa sosej babi ke sekolah. Persoalannya, apakah pendirian Wan Azizah dalam isu ini, adakah beliau bersetuju atau sebaliknya?

7. MENJAGA KESELAMATAN ISRAEL - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat kepada akhbar Wall Street Journal bahawa ‘saya menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel’. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini dan berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Uum PKR?

8. BAR COUNCIL & LIWAT SUKA SAMA SUKA - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam Malaysia yang mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 07 Mac 2014 mensabitkan Anwar dengan pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara; bilamana Christopher menyatakan bahawa ini adalah kes ‘liwat suka sama suka’. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini? Jika ya, adakah Wan Azizah bersetuju dengan amalan seks bebas LGBT? Jika tidak bersetuju, adakah Wan Azizah akan menyaman atau menegur Presiden Majlis Peguam ini?

9. SAKSI ALIBI - Wan Azizah juga wajib memperjelaskan mengapa beliau tidak hadir sebagai saksi alibi dalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah kerana didalam Notis Alibi kepada Mahkamah, peguam Anwar Ibrahim menyenaraikan Wan Azizah sebagai saksi. Namun Wan Azizah, dan saksi-saksi alibi yang lain telah tidak hadir memberi keterangan ke Mahkamah; menyebabkan pembelaan alibi Anwar gagal dikemukakan. Jadi Wan Azizah bertanggungjawab memperjelaskan kepada ahli PAS dan pengundi DUN Kajang mengapa beliau tidak hadir memberi keterangan dalam kes melibatkan Ketua Umum PKR yang juga suaminya sendiri?

10. JAM OMEGA - Wan Azizah juga wajib memperjelaskan dimana jam Omega yang didedahkan oleh Datuk Eskay Shazryl. Semasa menjawab pertanyaan pemberita, Anwar Ibrahim menyatakan jam Omega itu ada dalam simpanan Wan Azizah, dan ini diperakui oleh Wan Azizah sendiri didalam satu sidang media. Namun Datuk Eskay telah mengeluarkan satu videoklip menunjukkan jam Omega itu ada dalam simpanannya, dan beliau telah menyerahkan kepada pihak Polis yang menjalankan siasatan. Isu jam Omega ini bukan satu isu kecil, tetapi melibatkan isu kredibiliti dan kewibawaan; samada Wan Azizah dan Anwar berbohong atau Datuk Eskay yang berbohong. Maka wajib bagi Wan Azizah memberikan penjelasan tentang perkara ini.


RUMUSAN

Berdasarkan fakta-fakta diatas, maka semua ahli dan penyokong PAS khususnya, dan pengundi Kajang umumnya wajib menilai semula dan bertanya satu soalan fundamental: adakah wajar untuk terus menyokong dan memberikan undi kepada Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK DUN N.25 Kajang ini.

Adakah wajar memebri amanah kepimpinan dan perwakilan kepada Wan Azizah dalam keadaan ada sepuluh (10) dalil yang boleh mempertikaikan kredibiliti dan kewibawaan Wan Azizah sebagai Presiden PKR, sebagai isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan sebagai ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar!

Ingatlah firman Allah swt, ‘janganlah kamu condong kepada sesuatu kezaliman, kelak nanti kamu akan disambar oleh api neraka’.


Pisau ditangan kamu, mentimun ditangan kamu, kamulah yang membuat pilihan. Cuma ingat, kamu akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah terhadap apa juga perlakuan, perbuatan dan pendirian kamu; walau sebesar zahrah sekalipun.

Dan jangan kamu nanti dihadapan Allah menyatakan ‘saya tidak tahu; kerana kamu telah diperingatkan


Inilah tazkirah saya buat kamu semua ahli dan penyokong PAS khususnya, dan umat Melayu-Islam umumnya.

Wallahua’lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
19 Jamadil Awal 1435
21 Mac 2014

14 January 2013

BRAVO AS-SYURA?

(Walan tardho 'ankal yahuudu walan nasoro, hatta tat tabi'a millatahum-Al Baqarah:120)

Salam 2 all.

Teman mengalu-alukan keputusan Majlis Syura PAS yang bermesyuarat semalam Ahad 01 Rabi'ul Awal 1434 bersamaan 13 Januari 2013 dan membuat keputusan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh dipakai oleh umat Islam, dan tidak boleh dipakai dalam bentuk bertulis atau bercetak oleh non-Muslim.

Cuma beberapa persoalan yang timbul daripada keputusan ini iaitu:

1. Mengapa larangan hanya kepada penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim dalam bentuk tulisan atau bercetak? Bagaimana dengan lisan, adakah ianya dibenarkan. Kalau alasan keputusan Syura adalah kerana kalimah ALLAH hanya khusus untuk Muslim, sudah pasti ianya tidak boleh digunapakai oleh non-Muslim dalam semua bentuk samada bertulis, bercetak mahupun lisan!

2. Mengapa Majlis Syura mengambil masa begitu lama untuk berbincang dan membuat keputusan? Setelah Guaneng mencetuskan isu ini mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible semasa perayaan krismas 25 Dis 2012, sudah lebih tiga minggu isu ini berlalu.

Sudah banyak bantahan dan protes dibuat oleh umat Melayu-Islam. Sudah berbuih mulut para ulama', termasuk Majlis Fatwa membuat bantahan terhadap kenyataan Guaneng itu, malah setelah Presiden PAS sendiri membuat kenyataan bersama DAP-PKR bersetuju kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian, barulah Majlis Syura' nak berbincang dan membuat keputusan?

Adakah keputusan ini sekadar cuba mengalih kemarahan umat Melayu-Islam kepada kepimpinan PAS, atau untuk meraih sokongan dan undi umat Melayu-Islam yang semakin merosot kepada pembangkang termasuk PAS?

3. Mengapa Majlis Syura' tidak menasihatkan dan mengarahkan Presiden PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan yang dibuat bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH?

4. Mengapa Majlis Syura' tidak menegur dan menasihatkan rakan sekutu PAS iaitu Anwar Ibrahim dan Guaneng supaya menghentikan polemik penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian ini? Dan menasihatkan mereka supaya menarik balik dan membatalkan cadangan itu?

5. Adalah jelas keputusan Presiden PAS bersetuju dan membuat kenyataan bersama Anwar dan Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH dibuat tanpa merujuk kepada para ulama' dalam PAS dan Majlis Syura PAS. Sedangkan Majlis Syura' adalah badan tertinggi didalam hiraki kepimpinan PAS yang mempunyai kuasa muktamad dalam hal ehwal dasar dan hala tuju PAS.

Bermakna Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan Majlis Syura' dalam isu yang sangat asas, fundamental dan penting ini. Bukankah ini satu penghinaan kepada Majlis Syura' dan bercanggah dengan slogan "Kepimpinan Ulama" yang dilaungkan oleh PAS?

Apapun, adalah jelas keputusan Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS bersetuju bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH jelas kini bercanggah dengan keputusan dan pendirian Majlis Syura'.

Sebab itu teman mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan bersama DAP-PKR membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH tersebut.

Teman juga mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menegur dan menasihatkan GuanEng supaya menarik balik desakan untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH. Kalau Guaneng enggan, Presiden dan kepimpinan eksekutif serta Majlis Syura' PAS tidak ada pilihan selain daripada bermufaraqah dengan DAP-PKR.

Ini bukan soal siasah, ini soal aqidah! Ini bukan soal politik, ini soal iman! Ini bukan soal menang undi, ini soal tauhid! Ini bukan soal menang pilihanraya, ini soal syurga-neraka!

Moga ALLAH memberikan keampunan dan hidayah kepada kita semua. Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan teman sendiri!

Aamantu billah summastaqeem!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
02 Rabi'ul Awal 1434
14 Januari 2013

29 February 2012

AL-YAHUD WAL DAJJAL

Salam 2 all.

Majlis Syura PAS memberi kata-dua kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan - Anwar Ibrahim:

"samada menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara Israel” saperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah!

Sehingga hari ini Anwar tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura itu. Tarik balik pun tak, saman WSJ pun tak! Sebaliknya Anwar bersama beberapa penaksub Anwarinasnya berjumpa Datuk Nik Aziz; dan membuat kenyataan “semuanya dah selesai”.

Datuk Nik Aziz, yang memberi “katadua” itu membuat komen, “Anwar sudah memahami pendirian PAS”. Itu sahaja? Takkan kot yop? Macam tu sahaja dah setel semua?

Pada teman ini satu penghinaan besar kepada PAS. Semua orang tahu bahawa PAS cukup fobia dengan perkataan “Israel” ni! Sampai pemain kriket Israel datang pun dema buat demo tengahari panas. Sanggup masuk jail lagi!

Sampai kalau ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” pun kena maki!

Tapi PAS hari ni dah tak macam dulu! Sampai slogan “PAS 4 ALL” bunyi sama macam slogan pelancongan “ISRAEL 4 ALL” pun dema tak kisah dah. Sampai lambang slogan “PAS 4 ALL” tu pun nampak macam lebih kureng aje dengan “ISRAEL 4 ALL” pun tidak memfobiakan PAS lagi!

Cuma satu persoalan teman nak lontarkan kepada para parasitus kalkatus rakus? Apa kata mike terbalikkan senario. Apa kata YAB Dato’ Sri Najib yang kata:

“UMNO dan BN menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel!”.

Teman cukup yakin mike akan tengok tak cukup kertas dan dakwat nak tulis maki hamun yang akan dihamburkan oleh para parasitus kalkatus rakus. Teman takkan terkejut kalau ada yang sampai mengisytiharkan kapior kepada PM, UMNO & BN!

Alangkan PM baru pakai baju kurta semasa perayaan Thaipusam baru-baru ni pun ada parasitus yang memaki hamun, caci maki dan pelbagai macam lagi sumpah seranah! Toghut, munapek, kapior! Apa yang dema tak sebut?

Sedangkan para parisitus ni lupa kawan-kawan kita dalam jemaah Tabligh banyak yang pakai kurta yop! Eh, sedara kita di Bangladesh & Pakistan boleh kata ramai yang berkurta yop! Takkan dema semua tu kapior, toghut & munapek yop?

Tapi ni namanya “Politik Dualam” – cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap! Bila kena batang hidung sendiri, semuanya halal belaka! Kalau kena orang lain, maki sehabis maki, kutuk sehabis kutuk, caci sehabis caci!

Lambang pertubuhan JATI yang melambangkan perpaduan Tiga Unsur “Islam-Melayu & Raja-Raja” pun dema kata lambang setan!

Sedangkan lambang “PAS 4 ALL” kelihatan sama dengan “ISRAEL 4 ALL” kaum parasit kelu habis. Lambang PKR “Mata Satu” saperti Dajjal Mata-Satu dan lambang kumpulan Yahudi Zionis “Illuminati” kaum parasit jadi bisu tak terkata apa-apa!

Para parasitus kalkatus rakus ini sudah menjadi “Syaitan Bisu”, sebijik kaum yang ALLAH sebut dalam Surah Al Baqarah: 6-18, “golongan PBB-Pekak, Bisu & Buta”!!!

Pada teman, keengganan Anwar mematuhi kata-dua Majlis Syura PAS itu jelas bahawa dia bukan sahaja tidak menghormati PAS, malah ianya satu penghinaan besar kepada seluruh parti PAS! Kerana Majlis Syura adalah badan tertinggi didalam PAS, bertanggungjawab memastikan PAS terus berada dilandasan Islam!

Bagaimana PAS mahu mendabik dada terus menyatakan ia parti yang memperjuangkan Islam kalau rakan sekongkol sekatil sebantal PAS pun menyokong semua usaha menjaga keselamatan rejim zionis Israel! Kaum yang dila’nat oleh ALLAH & Rasulullah saw!

Ketuk kepala tanya otak mike sendirilah yop!

Kalau para parasitus kalkatus rakus ini menggunakan sedikit sahaja otak yang ALLAH beri, tentu mereka akan bertanya satu soalan yang cukup mudah:

MENGAPA ANWAR IBRAHIM LIAT SANGAT SUSAH NAK TARIK BALIK KENYATAAN MENYOKONG ISRAEL YANG DISIARKAN OLEH WSJ ITU?

Apa yang susah sangat? Tarik aje balik, dan desak WSJ siarkan kenyataan penuh dan jelas yang dia menarik balik kenyataan menyokong Israel itu! Apa yang susah sangat.

Jelas sudah tentu ada “belalai sebalik China-DOLL” dengan keengganan dan sikap keras kepala yang Anwar tunjukkan tetap mempertahankan kenyataan menyokong Israel itu! Mesti ada sebab yop! Tak perlu jadi pakar nuklear nak paham benda mudah macam tu.

Tapi apa nak kata, kenyataan pakar nuklear pun para parasit tolak. Bila pakar nuklear negara yang juga Ahli Parlimen PAS (Ulu Langat) YB Dr. Rosli Che Mat menegaskan bahawa kilang Lynas sebenarnya selamat, dema perlekehkan! Dema lebih percaya dan taqsub kepada kenyataan parasit putar-alam yang memfitnah kilang itu merbahaya!

Bak kata pepatah, Dr. Rosli berhujah dengan fakta para parasit perlekehkan, kaki-putar punya auta mereka bertakbeer sakan! Sohih ni kerja giler babi yop, babi giler tak buat kerja macam ni!

Jadi keengganan Anwar menarik balik kenyataan menyokong zionis Israel itu tentu ada sebab muslihatnya. Walaupun rakan sekatil sebantal memberi kata dua suruh tarik balik langsung manusia yang diisytihar setaraf Imam Mahdi ni tak peduli!

Takkan sekadar manusia anugerah tuhan ni tunjuk gambar bersama dengan pemimpin Hamas untuk menopengkan pendirian pun sampai ada parasit yang pitam terpegun! Bertakebeer sampai naik urat kerongkong!

Takkan sampai rendah tu IQ mike yop!

Takkan baru kena putar konon cerita kapal Israel berlabuh di pelabuhan Kelang maka kisah sokongan Anwar kepada keselamatan negara Israel terus dipadam. Teruk bebenor IQ mike yop.

Cuba mike tanya satu soalan, siapa Menteri Kabinet yang meluluskan kebenaran untuk kapal Israel berlabuh tu. Kalau mike jumpa jawapan tu yop (yang jawapan tu mike takkan jumpa dalam Harakah), pasti mike akan kata, kena kecing lagi kita nampaknya!!!

Dan kalau mike tanya semua soalan berikut dibawah, dan menggunakan kewarasan aqal yang telah ALLAH berikan (yang sudah makin terhakis daripada para parasitus ini), tentu jawapannya cukup jelas:

ANWAR MEMANG TAK LAYAK MENJADI PEMIMPN, APATAH CALON PM BAGI NEGARA UMAT ISLAM MALAYSIA INI!

  1. Mengapa Anwar liat sangat nak memberi sampel darah untuk ujian DNA yang boleh menyelesaikan segala pertuduhan dia meliwat Saiful?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak membuat sumpah mubahalah yang akan menyelesaikan segala isu perbuatan liwat dia terhadap Saiful;
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Saiful yang mengadu dia diliwat Anwar kalau benar ianya fitnah?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menunjukkan jam Omega yang akan merungkai segala soalan serius mengenai videoklip China-DOLL?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman rakanbaik dia Datuk Eskay yang mendedahkan videoklip “China-DOLL” tu?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menarik balik kenyataan menyokong usaha menjaga keselamatan negara zionis Israel?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Wall Street Journal kalau benar mereka telah salah membuat lapuran itu?

Soalan-soalan diatas hanyalah secebis sahaja daripada terlalu banyak persoalan yang boleh ditanya mengenai Anwar Ibrahim! Tu belum mike tanya:

1. Kenapa Anwar menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH?

2. Kenapa Anwar menyokong murtadnya Lina Joy?

3. Kenapa Anwar menyatakan undang-undang liwat dah lapuk?

4. Kenapa Anwar menyokong Majlis Peguam bila dema melancarkan Seks Bebas LBGT?

5. Kenapa Anwar masih mempertahankan ucapan pluralisma di LSE yang menyatakan semua agama adalah sama?

6. Kenapa Anwar melancarkan manifesto Pakatan BiaDAP-PKR-PAS yang tidak menerima penubuhan Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud?

7. Kenapa kitab Jinggay langsung tidak sebut pasal Daulah Islamiyyah & perlaksanaan undang-undang Islam?

Isyk-isyk..isyk..terlalu banyak “Mengapa” dan “Kenapa” yang mike boleh tanya yang rumusannya satu sahaja:

ANWAR WAJIB DITOLAK!

ANWAR WAJIB DIBUANG!

Kepada ahli akar umbi, pendakwah, ustad dan para ulama yang masih ada sedikit keimanan, teman nasihatkan diri teman dan mike semua, yang sudah tu sudah-sudahlah! Tidak ada manusia yang maksum langsung tidak membuat kesilapan.

PAS sudah membuat kesilapan siasah bersekongkol dengan Anwar dan parti cauvinis BiaDAP!

PAS sudah membuat kesilapan membiarkan kaum Anwarinas menguasai parti!

Jangalah sampai mike "mempertuhankan siasah" dan membuat kesilapan aqidah!

Sebagaimana kita diajar didalam solat jemaah, apabila Imam membuat kesalahan rukun, maka wajiblah kita bermufaraqah! Apabila ada jemaah satu saf dengan kita membawa najis, wajib dia dimufaraqahkan!

Maka wajiblah bagi PAS hari ini bermufaraqah daripada Anwar dan BiaDAP! Berjuanglah bersendirian atas bendera Islam! Berjuanglah dengan keyakinan ALLAH akan membantu kita jika kita membantu Islam!

Ternyata segelintir pimpinan PAS sudah tidak mampu berbuat sedemikian! Ternyata kaum parasit dan Anwarinas yang bersarang dalam PAS begitu dayus untuk mengambil tindakan!

TAPI MIKE AHLI AKAR UMBI BOLEH!

YAKINLAH MIKE BOLEH!

DAN ALLAH AKAN MEMPERBOLEHKAN MIKE!

BANGKITLAH WAHAI HAMBA ALLAH!

BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD!

Ingatlah! ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri! Janganlah kerana siasah, maka tergadai aqidah! Lakukanlah perubahan! Lakukanlah islah!

Intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakumm – bantulah agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

07 Rabi’ul Akhir 1433

29 Februari 2012