Showing posts with label MB Selangor. Show all posts
Showing posts with label MB Selangor. Show all posts

28 September 2014

SANDIWARA - 2A?

Batteri 3A hidup lagi yop?
Salam 2 all.

Saya perturunkan dibawah link tulisan bernas saudara Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit-Cuit Utusan Malaysia pada hari Rabu 24 Sept lepas. Terpulanglah kepada saudara semua untuk menilai analisa beliau mengenai kemelut MB Selangor.

Cuma saya agak kaget melihat adengan pada hari Isnin 23 Sept lepas!

Dalam tempoh tak sampai 6 jam Istana Selangor mengumumkan nama ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR termasuk Azizah membuat u-turn menerima pencalonan tersebut!

Tak sampai pun suku hari, kita melihat adengan yang boleh menyebabkan ada orang  boleh jadi tiga-suku!

Azmin menerima pencalonan sebagai MB dalam keadaan Saifudin Nasution, SUA PKR menegaskan bahawa PKR masih mencalonkan Azizah sebagai MB. Malahan dua Naib Presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa menegaskan bahawa mereka tetap mempertahankan pendirian menamakan Azizah sebagai calon!

Jangan lupa Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat atas alasan tidak akur kepada keputusan parti menamakan Azizah sebagai calon tunggal sebagai MB.

Jadi apa yang menyebabkan pencalonan Azmin Ali, yang telah tandatangan Akuan Sumpah terima Azizah sebagai MB, tiba-tiba diterima oleh PKR sebagai calon MB sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dalam keadaan yang sama senarionya; kedua-duanya tidak akur kepada kepada arahan parti menamakan Azizah sebagai calon?

Sebab itu kupasan saudara Datuk Zaini Hassan sangat menarik dan relevan - tambahan lagi jika kita mahu meneroka lebih lanjut kepada senario yang bakal terjadi di negeri Selangor dan Malaysia terutama dalam menghadapi kes rayuan Anwar meliwat Saiful di Mahkamah Persekutuan pada 28 Okt ini; dan dalam menghadapi PRU-14!

Jika analisa Datuk Zaini ini tepat, adakah kita semua, sudah terpedaya dan tertipu dengan sandiwara politik 2A ini?

Kalau kita tersilap congak, jangan terkejut Anwar sendiri dimahkotakan di Putrajaya selepas PRU-14. Kalau Langkah 2A boleh berjaya, takat Langkah 1A dah jadi kacang putih - cut & paste je yop.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
04 Zul-Hijjah 1435
28 Sept 2014




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Misteri MB Azmin: Langkah 2A, kisah 2 Tan Sri dan RM3.2b

Oleh Zaini Hassan

RAMAI yang terkejut Langkah Kajang berakhir dengan Azmin dan bukannya Azizah sebagai MB Selangor.

Bagi sesiapa yang mengetahui 'keakraban' Anwar-Azmin memang daripada awal menjangkakan sebenarnya Langkah-2A adalah untuk Azmin.

Begitu kelicikan politik Anwar-Azmin yang langsung tidak dihidu oleh sesiapa kecuali mereka yang kenal benar dengan 2A ini.

Anwar sanggup 'mengatur' perang dengan Pas dan Istana, sementara membisukan Azizah dengan strategi licik.

Anwar tahu jika dia terus mengumumkan Azmin pengganti Khalid, Azizah akan membantah keras.

Kelicikan Anwar ialah dia tahu mana isu itu akan 'landing'.

Dia tahu Azizah tidak akan diterima sebagai MB sama ada oleh Istana mahupun Pas.

Jadi dia menunjukkan kesungguhan mengumumkan Azizah sebagai calon MB dengan pengetahuan bahawa ia akhirnya akan ditolak, sambil memberitahu Azmin supaya 'play cool'.

Sebab itu usaha dibuat supaya Pas yang menamakan Azmin bukan PKR. Dan Pas terperangkap dengan mainan itu apabila Hadi Awang sendiri yang mengusulkan nama Azmin.

Sebab itu kaum Anwarinas bertakbir sakan apabila Hadi yang usulkan nama Azmin dalam mesyuarat Pas Pusat.

Sekarang Azizah tak boleh merajuk sebab Anwar nampak sudah berusaha keras untuk menamakan dia sebagai MB.

DAP pula menarik nafas lega! Daripada bagi ustaz Pas jadi MB lebih baik Azmin.

Kelicikan Langkah Kajang ialah apabila mereka berjaya meyakinkan UMNO bahwa kalau bubar DUN pun UMNO tidak akan menang, malahan mungkin hilang banyak kerusi lagi.

Ini menyebabkan UMNO memberi isyarat bahawa ia tidak bersedia menghadapi PRN!

Dan piala terbesar Langkah 2A ini ialah apabila pimpinan tertinggi UMNO berjaya diyakinkan bahawa Azmin adalah calon terbaik untuk penyelesaian kemelut Selangor.

Penglibatan dua orang bergelar Tan Sri yang dikatakan mempunyai talian dengan Istana melobi keras untuk Azmin menjadi MB dikatakan pengunci Langkah 2A.

Kononnya, perjumpaan mereka dengan pimpinan tertinggi UMNO Khamis lepas membawa mesej bahawa Putrajaya tidak ada bantahan jika Azmin yang dilantik sebagai MB.

Jadi pihak Istana sudah tiada pilihan. Sebenarnya Istana sudah melakukan yang terbaik.

Maklumat sahih memberitahu Tuanku telah memberi tawaran kepada ADUN Pas untuk menerima lantikan sebagai MB.

Seorang kononnya berkata semasa diinterview: "Patik ada penyakit dan tak boleh menghadapi tekanan" dan seorang lagi memberi alasan "tak sanggup terima cabaran".

Bagi Tuanku sifirnya mudah. Perkara 53 memberi kuasa kepada Tuanku melantik MB daripada mereka yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan majoriti ADUN.

Pas mempunyai 15 ADUN. Dan dengan sokongan ADUN UMNO (12 orang) dicampur Bebas (Tan Sri Khalid) menjadikan 28 orang. PKR pula ada 13 dicampur DAP 15 juga menjadi 28.

Tetapi jika undi dibuat, gabungan PKR-DAP akan tinggal 27 kerana Hannah Yeoh sebagai Speaker tidak boleh mengundi.

Atas dasar itu, tawaran dikemukakan kepada ADUN Pas. Malangnya, mereka mahu mendapat mandat jelas daripada muktamar agung. Sebab itu tarikh pengumuman dibuat hanya selepas muktamar.

Malangnya Muktamar Agung Pas tidak memberi mandat yang jelas dan tegas untuk ADUN mereka menerima jawatan MB.

Walaupun ada cubaan daripada Dewan Ulama untuk usul itu dibahas dan diluluskan, namun perwakilan gagal memberikan mandat yang diperlukan.

Sebaliknya menyerahkan kepada Tuanku untuk memutuskannya, ditambah dengan kenyataan jawatan MB Selangor adalah hak PKR.

Sebab itu Tuanku tiada pilihan. Azizah tidak boleh diterima. Pas sendiri tidak tegas dan jelas. UMNO pula tidak bersedia.

Dan Putrajaya pula, kononnya atas usaha gigih dua Tan Sri itu, memberi mesej boleh menerima Azmin.

Maka Tuanku berakhir dengan kedudukan tiada pilihan melainkan terpaksa melantik juga Azmin sebagai MB.

Sebab itu saya tidak terkejut setelah berhempas pulas berbulan lamanya menamakan Azizah, setelah berperang dengan Istana dan Pas, setelah memecat Tan Sri Khalid kerana tidak akur arahan parti memberi laluan kepada Azizah, akhirnya dalam tempoh tak sampai 12 jam pengumuman oleh Istana menamakan Azmin, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat dipengerusikan Anwar membuat U-Turn menerima pelantikan Azmin.

Dan yang paling klasik, Azizah membuat kenyataan menarik balik pencalonan dirinya sebagai MB.

Begitu liciknya Langkah 2A!

Dan sekarang, sudah pasti Azmin akan melantik semula Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Dan sudah pasti mereka akan memerah fikiran bagaimana wang simpanan tunai RM3.2 bilion yang dikumpul oleh Tan Sri Khalid mahu dibelanjakan.

Dan yang pastinya, 2A ini mempunyai matlamat yang jelas - Anwar tidak boleh masuk penjara, dan Anwar mesti jadi PM ke-7.

Yang akan termenung dan ternganga nanti ialah UMNO, Pas dan Azizah!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140924/re_06/Misteri-MB-Azmin-Langkah-2A-kisah-2-Tan-Sri-dan-RM32b#ixzz3EDtyu92S
© Utusan Melayu (M) Bhd
 


20 September 2014

DAULAT TUANKU! AZMIN TIDAK LAYAK JADI MB SELANGOR!

Azmin bersetuju dengan pendirian Anwar seperti yang disampaikan di Gereja Church of Our Family Kajang pada 16.02.2014 bahawa kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah, walaupun ianya bercanggah dengan titah Tuanku Sultan dan Enakmen Anti-Dakyah Negeri Selangor 1988! Adakah Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Azmin akan bertembong dan berkonfrontasi dengan Tuanku dan Undang-Undang Negeri? Fikir-fikirkan yop!
Salam 2 all.

Setelah hampir pasti nama Wan Azizah Wan Ismail ditolak sebagai calon MB Selangor, media cetak, media elektronik, media siber termasuk media arus perdana riuh membuat lapuran kononnya ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai orang yang disenarai-pendekkan untuk menjadi Datuk Seri Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR dengan penuh aib dan hina.

Malah ada yang sudah membuat spekulasi Azmin yang akan bertanjak memegang tombak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang dijadualkan pada hari Selasa 23 Sep 2014.

Teringat saya kata-kata menyengat mantan Perdan Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa 'bangsa Melayu mudah lupa'. Dan ura-ura perlantikkan Azmin Ali sebagai MB Selangor adalah bukti kata-kata menyengat Tun Mahathir itu ada kebenarannya!

Adakah kita lupa siapa Azmin Ali? Rakyat Selangor khususnya tentu tidak lupa perkara-perkara berikut yang membuktikan Azmin Ali tidak layak langsung untuk menjadi MB Selangor.

Saya tidak menjadikan fakta dan hakikat Azmin sebagai anak kelahiran Singapura dengan kad-pengenalan siri 71 sebagai alasan menolak dia sebagai MB.

Walaupun dia punya siri nombor kad-pengenalan yang biasanya digunakan kepada pendatang asing, lalu membuktikan dia bukan anak jati Selangor, tetapi fakta itu sahaja tidak cukup untuk menghilangkan kelayakan Azmin untuk menjadi MB.

Perlu diingatkan bahawa saya tiada masalah peribadi dengan Azmin. Malahan sejak menjadi peguam Anwar mulai 02.09.1998, saya mengenali Azmin dan isterinya Shamsidar secara peribadi; malah saya pernah diminta oleh Anwar untuk memberi khidmat nasihat guaman kepada Azmin dan Shamsidar di peringkat awal. Ini bukan soal peribadi, tetapi ini soal prinsip, integriti, kewibawaan dan maruah.

Fakta-fakta berikut membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa Azmin sememangnya tidak layak dipertimbangkan mengetuai Kerajaan Negeri Selangor:


1. MENGHINA BATANG TUBUH TUANKU SULTAN SELANGOR

Adakah kita lupa lapuran pakar perubatan Dr. Abdul Rahman Kadir bagaimana Azmin dan rakan-rakan pembangkangnya menghina Tuanku Sultan Selangor dan Raja-Raja Melayu serta pemimpin negara semasa istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 di Balairong Seri Istana Negara.

Dr. Abdul Rahman antara lain dipetik mendedahkan bagaimana apabila nama Baginda Tuanku Sultan Selangor diumumkan dan Baginda berjalan masuk ke Balairong Seri, 'Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai seperti kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, "Tangan jangan masuk poket...nanti dia marah". Semua mereka ketawa termasuk Dr. Siti Mariah sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, "I don't care".' (sila rujuk http://brojinggo.blogspot.com/2012/04/pembangkang-hina-raja-melayu.html).

Sehingga ke hari ini, baik Azmin mahupun penama-penama lain yang disebut oleh Dr. Abdul Rahman Kadir dalam lapurannya tidak ada mengambil tindakan samada membuat lapuran polis atau menyaman Dr. Abdul Rahman Kadir sebagai penafian jelas terhadap lapuran tersebut.

Persoalannya, bagaimana seorang yang dilapurkan telah menghina batang tubuh Baginda Tuanku Sultan Selangor hendak dilantik menjadi Menteri Besar dan bertindak sebagai Datuk Bendahara untuk menasihati Tuanku Sultan Selangor?


2. KALIMAH ALLAH & PERSOALAN AQIDAH - AZMIN SETUJU KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH?

Azmin Ali dalam sidang media pada 17 Januari 2013 telah menyanggah ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura' Ulama' PAS mengenai isu kalimah Allah.*

Pada 13 Januari 2013, Majlis Syura' Ulama' PAS telah membuat ketetapan melarang sebarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian kerana ianya membabitkan persoalan aqidah dan bukannya isu politik.

Azmin dalam kenyataannya menyanggah ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS dengan menyatakan bahawa ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS hanya mengikat ahli PAS.

Azmin bertegas menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan pendirian Majlis Presiden Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS yang dibuat pada 08 Januari 2013 yang memperakui kristian boleh menggunakan kalimah Allah walaupun tidak menepati kehendak Al-Quran; sebagaimana yang dituntut oleh Lim Guan Eng didalam ucapan hari krismas pada 25 Disember 2012.

Pendirian Azmin ini jelas bercanggah dengan titah Tuanku Sultan Selangor sendiri. Ianya juga jelas bercanggah dengan pendirian Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor; malahan bercanggah dengan Enakmen Pelarangan Pendakyahan Agama Bukan Islam 1988 Selangor yang jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh mana-mana orang bukan Islam dalam bentuk yang dilarang Islam.

Persoalannya ialah, apakah kelak nanti akan berlaku pertembungan dan konfrontasi diantara Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali dengan Tuanku Sultan Selangor, institusi Islam Negeri Selangor dan juga Undang-Undang sah Negeri Selangor?

Sekurang-kurangnya Tan Sri Khalid jelas pendiriannya dalam isu ini - iaitu patuh kepada titah Tuanku Sultan Selangor sendiri. Sebab itu sehingga hari ini Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid enggan mengembalikan bibel versi bahasa Melayu yang dirampas MAIS kepada Bible Society of Malaysia.

Adakah Azmin akan melanggar titah Tuanku dan Enakmen Anti-Dakyah Negeri Selangor dengan mengembalikan bibel-bibel tersebut, dan membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah Allah di bumi Selangor ini?

Apa yang jelas pendirian Azmin yang dinyatakan melalui sidang media pada 17 Januari 2013 itu tidak pernah ditarik balik secara terbuka? Dan Azmin sendiri tidak menyatakan dengan jelas dan sarih bahawa dia sudah menukar pendirian dan bersetuju dengan titah Tuanku dan undang-undang negeri Selangor melarang kristian menyalahguna kalimah Allah di bumi Selangor ini?

Kita perlu ingat isu kalimah Allah ini belum pun tamat. Bible Society of Malaysia masih menuntut dikembalikan bibel-bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah-kalimah yang dilarang. Penerbitan The Herald membuat kenyataan semalam bahawa mereka telah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan. Dan rayuan pihak SIB - Sidang Injil Borneo untuk penggunaan kalimah Allah oleh kristian dan hak mendakyahkannya akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 01 Oktober 2014.

Bermakna isu kalimah Allah dan penggunaan bibel versi bahasa Melayu masih lagi panas berapi dan akan berpanjangan, mungkin sehingga ke PRU-14 yang dijadualkan pada tahun  2018. Apakah pendirian kerajaan Azmin Ali nanti bila isu ini berbangkit kelak?

Kalau kita dah tahu pendirian Azmin menyokong kristian menggunakan kalimah Allah yang bercanggah dengan titah Tuanku Sultan dan Enakmen Negeri Selangor, dan kita masih melantik dia menjadi Menteri Besar Selangor; tidakkah itu namanya mengundang bala, mencari masalah?

Isu kalimah Allah ini isu besar; membabitkan soal aqidah, agama dan keimanan. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS, adalah kufur dan syirik bagi sesiapa membenarkan atau bersetuju kristian mengguna-pakai kalimah Allah.


3. HUBUNGAN BURUK DENGAN PM DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN - NAJIB HAIWAN TERNAKAN MAHATHIR?

Kita semua tahu bahawa untuk rakyat sesebuah negeri di Malaysia ini terus menikmati keamanan, pembangunan dan kemakmuran berterusan, maka Kerajaan Negeri wajib mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

Apatah lagi Negeri Selangor yang mempunyai kedudukan geo-grafi dan geo-politik yang sangat rapat dengan Kerajaan Persekutuan. Mutakhir isu bekalan air bersih dan terawat bagi rakyat Selangor yang menghadapi masalah kritikal akibat kegiatan politiking yang melampau oleh pembangkang DAP-PKR-PAS di Negeri Selangor.

Kerajaan Pusat cuba membantu melalui projek Langat-2 untuk menyalurkan air daripada Negeri Pahang ke Selangor. Kerajaan Tan Sri Khalid yang menyedari isu air ini perlu diselesaikan dengan kerjasama dan bantuan Kerajaan Pusat telah mengambil langkah positif dengan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Tindakan Khalid dikritik hebat oleh pimpinan pembangkang dan dikatakan antara punca Langkah Kajang dilaksanakan untuk menggulingkan Khalid.

Persoalannya, adakah Azmin Ali mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Pusat. Saya tidak nafikan Azmin mempunyai hubungan individu dan peribadi yang agak baik dengan beberapa orang pimpinan UMNO. Malah sehingga kini saya difahamkan hubungan itu masih terjalin.

Malah pada awal Ogos lepas Azmin dilihat bersama dengan seorang pegawai kanan seorang pemimpin kanan UMNO di bangunan kondominium mewah Troika, KLCC Kuala Lumpur. Apa yang dibincangkan saya pun tidak tahu; tetapi keakraban mereka memang terserlah. Malah Azmin antara satu-satunya pemimpin PKR yang masih dijemput menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain majlis peribadi yang dianjurkan oleh pimpinan kanan UMNO.

Saya diberitahu ada beberapa orang kenamaan yang didakwa kononnya rapat dengan Istana Selangor begitu giat melobi untuk Azmin diangkat menjadi MB Selangor. Malah dua orang yang bergelar Tan Sri dikatakan ke Putrajaya baru-baru ini berjumpa dengan pimpinan kanan UMNO, khabarnya untuk mendapat lampu-hijau Putrajaya untuk Azmin dilantik menjadi MB Selangor, wallahua'lam.

Bagi saya itu semua adalah hubungan peringkat individu dan peribadi, dan saya tiada masalah dengannya. Tetapi bagaimana pula dengan hubungan politik dengan Kerajaan Pusat sendiri?

Bagaimana hubungan Azmin dengan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Najib Tun Razak? Sudah pasti sebagai MB beliau wajib mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan YAB PM Malaysia.

Pada 07.03.2014, semasa kempen PRK Kajang, Azmin telah membuat satu ucapan yang jelas membuktikan betapa buruknya hubungan beliau dengan YAB PM bila beliau berkata bahawa 'Najib adalah haiwan ternakan Mahathir'.

Dakwaan menghina ini dibuat Azmin konon atas dakwaan bahawa Najib 'mengarahkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat' pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu menyebabkan angan-angan Anwar dalam Langkah Kajang untuk bertanding dalam PRK Kajang dan menjadi MB Selangor terbantut.

Malah dalam ucapan penuh penghinaan itu, Azmin memberi gambaran seolah-olah Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya (sila rujuk http://youtu.be/be/ezK3rhbHysU). Tuduhan dan maki hamun Azmin terhadap Najib itu dijawab oleh Mursyidul Am TIBAI Sheikh Zahid Md Arip di http://youtu.be/KR46_kGQ2jE.

Jangan lupa Azmin juga pernah membuat kenyataan mendoakan supaya 'Dr. Mahathir jatuh tersungkur' semasa Tun Mahathir jatuh sakit di Australia.

Juga jangan lupa kerjasama erat Anwar-Azmin dalam perhimpunan haram yang dilabel sebagai Bersih-2 yang menyaksikan rusuhan dan pelanggaran perintah polis yang belum pernah disaksikan dalam sejarah negara ini.

Kita melihat polis dipukul, motosikal polis ditendang jatuh dan anggota trafik disepak dimuka dan dipukul, kenderaan polis diterbalikkan dan dipecahkan dan macam-macam lagi perbuatan terkutuk dan kerosakan dilakukan terhadap pasukan keselamatan dan harta-benda awam.

Azmin adalah antara pimpinan pembangkang yang dikenal pasti oleh pihak keselamatan antara yang terlibat dalam perhimpunan haram itu!

Jadi dalam konteks ini semua, bagaimana rakyat Selangor boleh mengharapkan sebuah Kerajaan Negeri yang akan mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Pusat?

Malahan, bagaimana Azmin mahu menjalin hubungan baik dengan ahli dan penyokong UMNO dan Barisan Nasional yang juga merupakan sebahagian besar rakyat Selangor apabila dia melabel Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional sebagai 'haiwan ternakan Mahathir'.

Pada saya, hanya ahli, penyokong dan pemimpin UMNO-BN yang bodoh dan bangang sahaja yang boleh menerima Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

Alasan ini sahaja sudah mewajarkan pencalonan Azmin ditolak mentah-mentah kerana salah satu kriteria pemilihan seorang Menteri Besar Selangor ialah untuk membawa kebaikan dan kemakmuran kepada rakyat Selangor!

Bagaimana pembangunan, kemajuan dan kemakmuran hendak dibawa ke negeri Selangor jika Menteri Besarnya menuduh Perdana Menteri sebagai 'haiwan ternakan Dr. Mahathir'!


RUMUSAN

Tiga faktor diatas sudah cukup membuktikan bahawa Azmin tidak layak dipertimbangkan pun untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Saya tidak berminat untuk mengupas dakwaan masalah moral dan sosial Azmin - yang pernah didakwa dengan skandal 'aiskrim dalam jamban', juga sebagai 'Si-Tanggang moden' yang didakwa derhaka terhadap ibunya Mak Tom sehingga Mak Tom terpaksa membuat kenyataan di televisyen sambil menangis merintih, ataui dakwaan konon dia mempergunakan isterinya Shamsidar 'untuk kepentingan politik dan peribadinya'. Juga dakwaan Datuk Murad, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara kononnya mengenai penyelewengan wang berjumlah RM3 billion ringgit membabitkan Anwar dan isteri Azmin Shamsidar, dan lain-lain dakwaan.

Pada saya, samada dakwaan-dakwaan ini benar atau sebaliknya tidak timbul dalam isu perlantikan MB kerana ianya terlalu peribadi membabitkan rumahtangga dan peribadi Azmin, dan tidak wajar untuk dijadikan bahan bahasan umum.

Saya serahkan kepada Azmin untuk tampil kedepan menjawab dakwaan-dakwaan ini, termasuk membuat lapuran polis, atau menyahut cabaran Mursyidul Am TIBAI untuk membuat sumpah laknat menafikannya. Itu terserahlah kepada Azmin sendiri untuk menimbangkannya.

Memang benar bahawa sebelum daripada ini, ada Menteri Besar Selangor daripada UMNO didakwa mempunyai pelbagai skandal. Tetapi bezanya isu skandal mereka ini timbul dan terjadi hanya setelah mereka sudahpun menjawat jawatan MB Selangor.

Sebaliknya Azmin belum pun dilantik sebagai MB sudah pun didakwa terpalit dengan pelbagai skandal yang jika tidak diurus dan dikawal dengan baik atau disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan boleh menjahanamkan Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, apa yang ingin saya fokuskan daripada perbincangan tiga faktor diatas ialah soal integriti, kewibawaan dan akhlak kepimpinan yang jelas membuktikan Azmin tidak layak dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Seperti yang telah saya sebut dalam mukaddimah, saya tiada masalah peribadi dengan Azmin. Malah hubungan saya dengan Azmin adalah baik. Sepanjang saya dipecat sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR berkaitan isu kalimah Allah, saya tidak pernah mengkritik Azmin secara terbuka; sehingga ramai rakan kehairanan mengapa saya bersikap sedemikian.

Seperti yang saya sebut, saya tiada masalah peribadi dengan Azmin. Malah saya juga punya hubungan baik dengan Shamsidar dan pernah ke kampungnya di Taiping. Saya juga punya hubungan baik dengan beberapa ahli keluarga Mak Tom.

Persoalannya ialah penentuan pemilihan seorang Menteri Besar, iaitu Ketua Kerajaan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ini persoalan besar yang akan menentukan arah tuju sebuah kerajaan negeri. Ini soal masa depan genarasi akan datang termasuk anak cucu saya nanti.

Sebab itu saya tidak boleh mengambil sikap membisu dan berdiam diri. Saya perlu bersuara, apatah lagi pesan Nabi Muhammad saw hendaklah kamu cegah sebarang kemungkaran, 'jika tidak dengan tangan (kuasa) kamu, cegahlah ia dengan mulut (lisan, tulisan) kamu. Jika itu pun kamu tidak mampu, janganlah kamu redhai kemungkaran itu dengan bersekongkol dengannya'.

Sebab itu saya menulis ini. Bukan untuk menghina Azmin, bukan untuk mengaibkan Azmin. Malah saya cukup berhati-hati dengan hanya memberi fokus kepada soal prinsip, integriti dan kewibawaan dengan mengenepikan persoalan peribadi dan personal Azmin.

Akhir kata, saya pohon sembah takzim kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor untuk mengambil kira pandangan saya ini sebagai suatu sumbangan saya kearah memperkasa dan memartabatkan institusi DiRaja Selangor, kerajaan Selangor dan untuk kebaikan seluruh rakyat Selangor.

Pandangan saya ini bukan bermaksud mencampuri urusan dan kuasa Tuanku. Malah saya sedia maklum kuasa melantik seseorang Menteri Besar Selangor adalah hak mutlak Tuanku Sultan Selangor dibawah Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor.

Saya berharap Tuanku menganggap pandangan saya ini sebagai satu sumbangan kecil saya dalam proses Tuanku untuk menimbang dan melaksanakan kuasa mutlak Tuanku tersebut.

Apa pun akhirul kalam, ketentuan adalah ditangan Paduka Tuanku Sultan Selangor sendiri.

Saya akhiri dengan peringatan Allah sendiri didalam Surah Al-Asr, 'Demi masa, sesunggunhnya manusia itu sentiasa berada didalam kerugian; kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan mereka pula berpesan-pesan (ingat-mengingatkan) dengan kebenaran, serta berpesan-pesan (ingat-mengingatkan) dengan kesabaran'.

Tugas dan tanggungjawab saya hanya sekadar berpesan-pesan dan ingat-mengingatkan, dengan fakta kebenaran, dan dengan kesabaran. Janganlah kita menjadi manusia yang disebut Tun Mahathir sebagai bangsa yang cepat pelupa, dan yang lebih penting, janganlah kita berada dalam kerugian dan penyesalan berpanjangan akibat kelupaan dan kealpaan kita hanya kerana kita tidak mahu mendengar sebarang pesanan dan peringatan.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
25 Zul-Qaedah 1435
20 Sept 2014

*Sila rujuk




http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/IsukalimahAllah_KenyataanAzminAlibercanggahmajlissyura/Article/index_html,

05 September 2014

POLITIK 69!

 
Ah Foo, betulkah cerita Tun Mahathir pecat Anwar sebab dia ingat Anwar mau lantik Jijah jadi TPM? Aiya ..lu dudok diam-diam lah. Lu sudah jadi Ketua Menteri kira sudah bagus!!!

Salam 2 all.

Parti suami lantik isteri jadi Menteri Besar!
Parti bapak lantik anak jadi Ketua Menteri!
Suami Ketum parti!
Bapak penasihat parti!
Isteri Presiden!
Anak Setiausaha Agong!
Isteri ADUN Kajang!
Laki bakal banduan Kajang!
Agaknya kalau DAP dapat lagi satu negeri,
adakah Betty menantu Kitsiang jadi Ketua Menteri?

Eh...cuba cari didunia ni ada tak parti politik cacamerba macam ni - main celah-celah laki bini anak bapak? Kalau ini bukan nepotisma, tak tau nak bagi label apa lagi kat dema ni! Rasanya kalau Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masih hidup - mau ada filem komedi terbaru Politik 69!

Tetapi itulah hakikatnya! Rakyat Malaysia sedang melihat satu sejarah lawak yang akan menyebabkan Mr. Bean mati tercekik - menjadi negara pertama didunia yang ada parti politik anak beranak!

Nasib baiklah masih ada insan-insan waras didalam PAS!

Tetapi PAS lah menjadi bahan punching-bag kedua-dua parti DAP-PKR ini.

Dihina, diperlekeh, diperkaldaikan, disepak terajang, dipaksa pecat ahli sendiri yang tidak senang dipandang oleh kedua-dua pengkaldai ini.

Mana ada dalam dunia Presiden parti komponen disaman oleh rakan sekongkol. Tapi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disaman RM2 juta oleh ahli PKR; dan langsung tidak ada sebarang tindakan oleh PKR terhadap ahli tersebut!

AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh disaman oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng; dan langsung tidak ada nasihat diberikan oleh Kitsiang bapak Guan Eng yang juga penasihat DAP supaya anaknya jangan saman rakan sekongkol.

Setelah dikencing sampai hancing, akhirnya golongan ustaz-ustaz dalam PAS telah membuat satu korner baring yang menyebabkan kedua-dua pengkaldai terkedu merah padam muka!

Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama lain yang dipercayai anggota Exconya sendiri untuk menjadi calon MB.

Alasan PAS mudah. Ini titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.

Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

Mereka dengan sengaja ingkar titah Tuanku!

Bermakna sekarang dihadapan Tuanku sekarang ada 3 nama dikemukakan oleh PAS yang mempunyai 15 ADUN.

Sebaliknya hanya ada satu nama dihadapan Tuanku dikemukakan oleh PKR yang ada 13 ADUN.

Bermakna sekarang kedudukan 15 lawan 13.

Tetapi parti anak beranak Kitsiang menyokong PKR. Dan mereka ada 15 ADUN. Bermakna calon tunggal PKR sudah mendapat sokongan 28 ADUN.

Bermakna sekarang bergantung kepada ADUN BN dan Bebas. Mereka ada 12 BN dan 1 Bebas - menjadikan jumlah 13. Jika mereka menyokong calon PAS, bermakna calon PAS juga mendapat sokongan 28 ADUN!

Bermakna stalemate - 28 (ADUN PAS/BN/Bebas) melawan 28 (ADUN DAP-PKR)!

Kalau dibuat undi dalam Dewan, sudah pasti calon PKR akan bungkus - sebab salah seorang ADUN mereka terpaksa mempengerusikan mesyuarat sebagai Speaker, dan dia tidak boleh mengundi. Bermakna tinggal 27.

Kalau begini keadaannya, apa kemungkinan yang akan atau boleh berlaku?

1. Baginda Tuanku Sultan boleh meminta Tan Sri Khalid terus menjadi MB jika mendapat sokongan PAS-BN;

2. Baginda Tuanku Sultan boleh melantik mana-mana ADUN PAS menjadi Menteri Besar dengan syarat disokong oleh ADUN BN dan Bebas;

3. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membuat ketetapan siapa ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi MB;

4. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan supaya Tan Sri Khalid datang mengadap, dan jika Tan Sri Khalid melihat keadaan stalemate ini maka bolehlah beliau menasihatkan Tuanku supaya membubarkan Dewan Undang Negeri dan diadakan Pilihanraya Negeri;

5. Baginda Tuanku Sultan sendiri menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan!

Kuasa mutlak dibawah Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor jelas memberikan kuasa penentuan ditangan Baginda Tuanku Sultan. Dan ralyat Selangor seharusnya bersyukur banyak-banyak kerana mempunyai seorang Sultan yang bukan sahaja arif, tetapi juga bijaksana!

Ini adalah perkembangan yang sangat-sangat menarik!

Apa pun keadaan, saya ingin memetik kata Bin Sarjan dalam Ali-Baba & 40 Penyamun, "mari kita tengok siapa yang kena"!!!.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Zul-Qaedah 1435
05 Sept 2014

04 September 2014

PENDERHAKA KESULTANAN MELAYU!

Bang Non, Tuanku titah hantaq lebih daripada dua nama; tapi kita hantaq satu nama! Kita punya ilmu hisab dah kira D- ni!!! Ni yang Jah fenin ni Bang Non...fenin!!!
Salam 2 all.

Saya merujuk kepada isu penamaan nama calon Menteri Besar Selangor oleh pakatan pembangkang DAP-PKR dan PAS kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor.

Kenyataan media Istana Selangor bertarikh 26 Ogos 2014 cukup jelas - bahawa 'Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua (2) nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor'.

Rasanya pelajar Tadika Kemas pun boleh faham titah Tuanku Sultan - lebih daripada dua nama - maknanya paling kurang tiga nama!

Takkan benda mudah macam tu pun PKR dan DAP tak faham. Teruk sangat ke tahap penguasaan bahasa Melayu mereka sampai jadi bodoh dan bangang tak reti nak patuh titah Tuanku Sultan?

Dengar cerita Ketum PKR Anwar Ibrahim adalah lulusan ijazah Pengajian Melayu daripada Universiti Malaya. Takkan graduan lulusan pengajian Melayu yang juga merangkap Ketum Penasihat PKR tidak boleh menasihatkan parti yang diketuai bini dia supaya mentaati tiah Tuanku yang cukup mudah itu?

Tetapi ternyata itulah yang terjadi. PKR & DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah!

Lebih daripada dua (2) nama dengan hanya satu (1) nama sangat berbeza! Itu pun mereka tidak faham-faham?

Ini membawa kita kepada satu rumusan - bahawa mereka dengan sengaja mengingkari titah Tuanku Sultan! Takkan mereka bodoh tahap gaban tak tahu beza lebih daripada dua (2) nama dengan hanya satu (1) nama sahaja?

Ini bermakna mereka dengan sengaja menderhaka kepada titah Tuanku Sultan. Ini satu perbuatan yang sangat biaDap lagi kurang ajar kepada institusi Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, saya merafak sembah kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor supaya menolak apa juga nama yang akan diberikan oleh kedua-dua parti PKR-DAP selepas daripada ini kerana mereka jelas telah dengan sengaja mengingkari titah Tuanku dan menderhaka!

Bagaimana mungkin parti dan pemimpin parti yang menderhaka kepada Tuanku layak menjadi Datuk Bendahara @ Datuk Menteri Besar Selangor!

PR ini bukan Pakatan Rakyat - tetapi adalah Penderhaka Raja!

Lagi pun, nama-nama yang kononnya mahu dikemukakan sebagai calon MB Selangor - Azizah dan Azmin - adalah tidak layak untuk memimpin negeri Darul Ehsan ini. Bukan kerana mereka anak kelahiran Singapura! Juga bukan kerana mereka bukan anak Selangor. Sebaliknya mereka ini memang tidak layak kerana tidak mempunyai kewibawaan dan integriti untuk menduduki jawatan MB Darul Ehsan ini!

Antara contohnya mudah.

Baginda Tuanku Sultan telah menyatakan dengan jelas pendirian Baginda bahawa kristian tidak boleh mengguna-pakai kalimah Allah kerana bercanggah dengan Seksyen 9 Enakmen Anti-Dakyah Selangor.

Tetapi Azizah dan Azmin terang-terang menyokong pendirian Ketum dan parti mereka bahwa kristian hendaklah dibenarkan mengguna-pakai kalimah Allah, walaupun rakan komponen mereka Majlis Syura'  PAS dengan jelas membuat ketetapan menegah perbuatan itu.

Mana mungkin mereka yang berpendirian bercanggah dengan Baginda Tuanku Sultan dalam soal yang begitu asas dan fundamental layak menjadi Datuk Menteri Besar untuk menasihatkan Tuanku?

Isu penamaan calon MB ini membuktikan entiti yang dinamakan 'Pakatan Rakyat' sebenarnya adalah 'Pecahan Rakyat'. Bagaimana mereka boleh mengaku sebagai sebuah 'pakatan' sedangkan dalam soal pokok seperti siapa patut menjadi MB pun mereka berpecah!

Sebenarnya secara tidak rasmi Pakatan Rakyat sudah berkubur, secara rasminya mereka memang tidak ujud.

Memandangkan mereka telah memilih untuk menderhaka kepada titah Tuanku Sultan, maka adalah lebih wajar Tuanku Sultan tidak melayan lagi karenah mereka. Tuanku Sultan sudah memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada pimpinan PKR-DAP; tetapi mereka memilih untuk mengingkari titah Tuanku.

Jangan dilayan para penderhaka ini!

Saya berpendapat adalah wajar untuk Tuanku Sultan hanya menerima senarai yang dikemukakan oleh PAS kerana hanya PAS yang telah mentaati titah perintah Tuanku Sultan dengan mengemukakan lebih daripada dua (2) nama.

Apa pun, keputusan muktamad di tangan Tuanku. Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor adalah jelas bahawa kuasa melantik seorang Datuk Menteri Besar, yang dahulu dikenali sebagai Datuk Bendahara, adalah kuasa mutlak dan muktamad Tuanku.

Apa juga titah dan keputusan Tuanku, kami rakyat yang bernaung dibawah mahkota Tuanku di Selangor akan tetap patuh dan menjunjungnya.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
09 Zul-Qaedah 1435
04 Sept 2014

29 August 2014

DAULAT TUANKU - TITAH DI JUNJUNG!

Krisis perebutan jawatan MB Selangor menyerlahkan kebijaksanaan, kearifan dan kedaulatan Baginda Tuanku Sultan Selangor! Daulat Tuanku!
Salam 2 all.

Dalam kemelut jawatan MB Selangor yang dicipta Anwar, satu persoalan besar yang dicetuskan ialah kuasa Baginda Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan siapa yang akan menjadi MB.

Ada pihak yang mempertikaikan kuasa ini, konon tidak demokratik. Kononnya rakyat telah membuat pilihan melalui peti undi untuk pembangkang DAP-PKR-PAS menjadi Kerajaan, jadi patutnya terpulang kepada parti DAP-PKR-PAS untuk menentukan siapa yang jadi MB.

Mereka dakwa tugas Tuanku hanya sahkan sahaja - cakap kasarnya mereka mahu Tuanku sekadar menjadi royal rubber-stamp sahaja.

Malah ada yang lebih biaDap dan kurang ajar mempertikai kuasa mutlak Tuanku untuk menentukan siapa yang layak menjadi MB, dengan mencadangkan kuasa itu dihapuskan! Malah mendabik dada konon pakatan DAP-PKR-PAS ada dua-pertiga majoriti dalam DUN dan berkuasa melucutkan kuasa Tuanku itu bila-bila masa!

Memang sejak terhapusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA ini sifat kehaiwanan dan kebinatangan para cauvinis, extremis dan parasit makin  bertambah-tambah!

Golongan pelampau dan extremis ini bukan sahaja biaDap dan kurang ajar, mereka adalah pengkhianat dan penderahaka yang layak dikenakan hukuman yang keras dan tegas! Mereka adalah golongan yang buta sejarah! Sejarah negara ini!

Sebelum 1957, negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu  gabungan sembilan buah negeri Melayu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak didalam negeri masing-masing. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah (dan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah), Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor-Riau, Pahang, Terengganu dan Kelantan (yang termasuk Selatan Siam).

Tuanku Raja-Raja Melayu adalah Kerajaan yang memerintah - sebab itu kita panggil keRAJAan - ianya duduk dibawah Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu itulah kerajaan. Bukan sahaja Kerajaan, malah semua tanah adalah milik mutlak Tuanku Raja-Raja Melayu; dan Bagindalah yang akan memberi kurnia tanah, kedudukan dan darjat kepada siapa sahaja yang Tuanku perkenan.

Sebab itu Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani oleh penjajah British dengan kesemua dan tiap seorang Raja-Raja Melayu. Sebabnya jelas. Kerana negeri-negeri Melayu ini adalah milik dan duduk dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu. Jika salah seorang tidak tandatangan dan bersetuju, Perjanjian itu tidak ada kesan! Begitu kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu pada masa itu.

Sebab itu gabungan kesemua negeri-negeri Melayu ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu - gabungan negeri-negeri Melayu yang dperintah secara mutlak oleh Raja-Raja Melayu ditanah takluk dan jajahan masing-masing.

Sebab itu bila rundingan dengan penjajah British dibuat, kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu ini dipastikan terus ada kesinambungan (selain kedudukan agama Islam dan orang Melayu).

Sebab itu uniknya Malaysia ini sehingga hari ini mempunyai sembilan orang Raja yang masih berkuasa dalam negeri masing-masing; dengan wakil Kebawah Duli Raja-Raja Melayu duduk bersemayam di peringkat Persekutuan mengambil gelaran DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.

Sebab itu sistem perundangan Malaysia ini unik, dimana peranan Tuanku Raja-Raja Melayu masih dikekalkan - bukan sekadar simbolik atau ceremonial sahaja. Tuanku Raja-Raja Melayu dikekalkan kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan mereka, terutama dalam soal pemerintahan, hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.

Kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah real - mutlak.

Ini membawa kita kepada persoalan perlantikan Menteri Besar.

Apa yang berlaku sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu ini ialah Menteri Besar dilantik oleh Tuanku Sultan yang memerintah secara langsung. Baginda yang memilih siapa sahaja dikalangan rakyat jelata untuk menjadi Datuk Menteri Besar - dahulu dikenali sebagai Datuk Bendahara.

Walaupun kita telah memilih menerima pakai sistem demokrasi, dimana rakyat boleh memilih wakil mereka yang dipanggil wakil rakyat - namun dalam penentuan siapa yang akan mengetuai Kerajaan sebagai Datuk Bendahara atau Datuk Menteri Besar tetap terletak ditangan Baginda Tuanku Sultan secara mutlak.

Cuma bezanya kalau dahulu Tuanku boleh memilih siapa sahaja dikalangan rakyat untuk menjadi Datuk Bendahara, kini Tuanku mesti memilih daripada kalangan wakil rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri - yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan majoriti ADUN - dengan syarat calon itu mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Bermakna kuasa mutlak melantik Datuk Bendahara - kini dikenali sebagai Datuk Menteri Besar - masih kekal ditangan Tuanku Sultan, cuma bezanya pool calon yang layak hanya dikalangan ADUN yang memenuhi syarat berikut:

1. mesti mendapat sokongan majoriti ADUN;
2. mesti berbangsa Melayu;
3. mesti beragama Islam.

Jika memenuhi tiga syarat diatas, maka Baginda Tuanku Sultan yang mempunyai kuasa mutlak memilih siapa diantara mereka yang layak dilantik sebagai Datuk Menteri Besar.

Oleh itu, pihak yang mempertikaikan kuasa Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan siapa yang layak dilantik menjadi Datuk Menteri Besar bukan sahaja biaDap, kurang ajar dan buta sejarah; malah mereka tidak memahami peruntukkan undang-undang tubuh dan Perlembagaan Negeri Selangor serta kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan Tuanku Sultan.

Oleh itu, pendirian dan tindakan segelintir dikalangan mereka yang bukan sahaja mempersoalkan kuasa Tuanku, malah mendesak supaya kuasa Tuanku dihapuskan atau dihadkan setakat menjadi royal rubber-stamp adalah satu tindakan pengkhianatan dan penderhakaan yang wajib dikenakan tindakan tegas dengan hukuman yang keras!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
02 Zul-Qaedah 1435
29 Ogos 2014

18 August 2014

AKHIRNYA...TumPAS JUGAK!

 
 
 
Bagaimana agaknya Tuanku Sultan Selangor dan rakyat negeri Selangor nak hidup dengan Azizah sebagai MB, apatah lagi bila diiringi nanti oleh laki beliau Anwar Ibrahim bekas banduan yang telah disabitkan kesalahan meliwat pembantunya sendiri yang kononnya tidak mengenali rakan baiknya sendiri Datuk Eskay yang menyimpan jam Omega China-Doll yang kononnya ada dalam simpanan Azizah dan masih kuat menyokong kristian terus menyalahgunakan kalimah Allah? Na'uzubillah!
Salam 2 all.

"Assalammu'alaikum Uncle, macam mana orang pakai kopiah serban pun boleh kencin dan bohong Tuanku Sultan Selangor dan Tan Sri Khalid?", begitu pertanyaan seorang anak remaja kepada saya.

Soalan itu sebenarnya adalah rumusan kepada persepsi umum rakyat Malaysia dan orang Melayu kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat semalam bila mereka membuat keputusan menarik-balik sokongan untuk Tan Sri Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor dan mempersetujui Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai MB menggantikan Tan Sri Khalid.

Keputusan itu sebenarnya mengesahkan dua perkara besar:

1. cengkaman Anwar dan kumpulan Anwarinas didalam PAS sudah lengkap;

2. era kepimpinan melalui ulama dan penguasaan agamawan didalam PAS telah pupus dan berakhir; sekadar tinggal retorik politik pemanis mulut untuk pengundi Melayu.

Amatlah malang apabila tindak-tanduk PAS telah meletakkan agama Islam dalam keadaan terfitnah. Ini adalah kerana memandangkan PAS telah menjubahkan parti mereka dengan serban Islam dan janggut hudud dan syariat Islam; jadi apa apa juga tindakan, perlakuan dan perbuatan PAS akan dikaitkan dengan Islam.

Sebagaimana kumpulan ISIS di Iraq yang telah memburukkan imej Islamic State & Khilafah atas perlakuan mereka yang langsung tidak Islamik, begitulah PAS memburukkan imej Islam dengan tindak-tanduk dan perbuatan yang langsung tidak Islamik terutama dalam isu pemecatan Tan Sri Khalid dan penamaan Azizah bini Anwar sebagai calon MB.

Mana mungkin Islamik bila ulama-ulama PAS cukup konsisten menolak pencalonan Azizah bini Anwar sebagai MB atas alasan syari'e, tiba-tiba PAS Pusat membuat koner baring menyokong pencalonan Azizah atas alasan politik;

Mana mungkin Islamik bila PAS tahu sampai hari ini Azizah gagal mengemukakan jam Omega yang dikatakan dalam simpanannya sedangkan Datuk Eskay yang mendedahkan videoklip China-Doll membabitkan salahlaku Anwar membuktikan jam Omega itu ada bersama beliau dan kini disimpan pihak polis!

Mana mungkin Islamik bila PAS tahu bahawa Anwar laki Azizah sudah pun disabitkan oleh Mahkamah Rayuan dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful dan dihukum penjara 5 tahun dan Azizah bini Anwar masih menyokong dan 'melindungi' Anwar;

Mana mungkin Islamik bila PAS sebelum ini menyatakan tindakan memecat Tan Sri Khalid sebagai MB tidak menepati syara' kerana tiada bukti Tan Sri Khalid melakukan pecah amanah dalam pentadbiran beliau sebagai MB Selangor tetapi tiba-tiba menarik balik sokongan itu;

Mana mungkin Islamik bila Anwar laki Azizah yang dipecat oleh UMNO atas salahlaku seks dan liwat dipertahankan bagai nak rak oleh PAS, tiba-tiba Tan Sri Khalid yang dipecat oleh PKR atas kegilaan dema nak jadi MB tidak disokong langsung oleh PAS;

Cuba perhatikan rentetan kemelut perampasan jawatan MB Selangor:

27 Januari 2014 : Langkah Kajang bermula dengan pengosongan kerusi DUN Kajang oleh Lee Chin Cheh. Anwar umum akan bertanding dan ura-ura menggantikan Tan Sri Khalid sebagai MB bermula.

07 Mac 2014 : Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun (nota: Mahkamah Rayuan sebenarnya sudah pun memulakan proses menetapkan rayuan kes liwat Anwar ini sebelum Langkah Kajang bermula lagi).

08 Mac 2014 : Anwar mengumumkan bini beliau Wan Azizah Wan Ismail menggantikan beliau sebagai calon PRK Kajang;

23 Mac 2014 : Wan Azizah memenangi PRK Kajang;

26 Jun 2014 : Tan Sri Khalid diumumkan tewas dalam mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam satu perkiraan undi yang sangat meragukan apabila berlaku black-out sewaktu perkiraan;

21 Julai 2014 : Mesyuarat MPT PKR yang dipengerusikan Anwar memutuskan Wan Azizah dilantik menggantikan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dan meminta Tan Sri Khalid meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Wan Azizah;

22 Julai 2014 : Tan Sri Khalid menyatakan proses penggantian harus mematuhi tatacara dan prosedur menurut Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Selangor, yang memberi mesej bahawa beliau tidak bersedia meletakkan jawatan begitu sahaja;

25 Julai 2014 : Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Khalid dan menyatakan pendirian beliau tidak ada sebab untuk menggantikan Tan Sri Khalid kerana 'beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat';

26 Julai 2014 : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan sokongan terhadap kenyataan Datuk Seri Hadi Awang dan  mengambil pendirian Tan Sri Khalid tidak wajar dipecat atau digantikan;

01 Ogos 2014 : Lim Guan Eng menyokong secara terbuka keputusan PKR menggantikan Tan Sri Khalid dengan Wan Azizah;

04 Ogos 2014 : PKR melondehkan Tan Sri Khalid dengan pendedahan nota setebal 40 mukasurat dengan 50 Dalil kenapa Tan Sri Khalid wajib digantikan sebagai MB Selangor;

05 Ogos 2014 : PKR menghantar notis tunjuk sebab kepada Tan Sri Khalid;

06 Ogos 2014 : Tan Sri Khalid menjawab notis tunjuk sebab tersebut;

07 Ogos 2014 : Majlis Syura Ulama PAS iaitu dewan tertinggi dalam Pas turut mempertahankan Tan Sri Khalid dengan menegaskan beliau tidak boleh digugurkan selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu disingkirkan.

09 Ogos 2014 : PKR memecat Tan Sri Khalid sebagai MB berkuatkuasa serta-merta;

10 Ogos 2014 : Tan Sri Khalid menyatakan akan meneruskan tugas sebagai MB sehingga semua tatacara dan prosedur untuk penggantian MB dipenuhi termasuk membawa usul ke Dewan Undangan Negeri Selangor;

11 Ogos 2014 : Tan Sri Khalid mengadap Tuanku Sultan Selangor;

11 Ogos 2014 : Tan Sri Khalid membuat sidang media menyatakan Tuanku Sultan Selangor memperkenankan beliau meneruskan tugas sebagai MB; dan beliau menyatakan mana-mana Exco yang tidak boleh bekerja dengan beliau supaya meletakkan jawatan;

12 Ogos 2014 : Tan Sri Khalid memecat 6 ADUN daripada PKR-DAP dengan perkenan bertulis daripada Tuanku Sultan Selangor setelah mereka menyatakan tidak boleh bekerjasama dengan beliau; 4 ADUN PAS kekal kerana menyatakan sokongan kepada Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor;

13 Ogos 2014 : PAS Negeri Selangor dan keempat-empat ADUN PAS yang menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor menyatakan sokongan keatas Tan Sri Khalid dan menghadiri mesyuarat Majlis Exco Kerajaan Negeri;

17 Ogos 2014 : Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan tidak menyokong Tan Sri Khalid atas alasan 'beliau telah dipecat daripada PKR dan bukan lagi ahli PKR' dan mencadangkan nama Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai pengganti.

17 Ogos 2014 : Mesyuarat pemimpin pakatan DAP-PKR-PAS sebelah petang mengumumkan akan hanya mengemukakan nama Wan Azizah sebagai MB Selangor dengan kenyataan Azmin Ali dikatakan menyokong Wan Azizah sebagai MB.

18 Ogos 2014 : Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Hadi Awang menyatakan sokongan kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang menolak Tan Sri Khalid dan mencalonkan Wan Azizah atau Azmin Ali.


Apa pun alasan yang PAS berikan untuk sekarang menolak Tan Sri Khalid dan menyokong Azizah bini Anwar, yang jelasnya memang PAS dah buat u-turn dan koner baring dalam pendirian asal menolak cadangan Anwar mencalonkan bini beliau Azizah sebagai MB dan menyokong Tan Sri Khalid meneruskan tugas sebagai MB Selangor.

Hanya orang yang buta perut sahaja yang akan menafikan hakikat dan fakta itu.

Persoalannya sekarang, ahli akar umbi PAS wajib sedar bahawa PAS memang sudah dibawah cengkaman Anwar Ibrahim dan kumpulan Anwarinas;

Ahli akar umbi PAS wajib sedar era kepimpinan ulama sudah pupus dan tamat;

Ahli akar umbi PAS wajib sedar label 'Islam' pada PAS hanya tinggal nama sahaja. Segala roh dan semangat perjuangan Islam sebenarnya sudah tidak ujud lagi;

Ahli akar umbi PAS wajib sedar PAS hanya tinggal mereka yang memakai kopiah dan jubah tanpa ada lagi perjuangan Islam sebenarnya;

Ahli akar umbi PAS wajib sedar bahawa parti mereka kini sudah 'mempertuhankan' kerusi - iaitu meletakkkan perjuangan mendapatkan kerusi Parlimen dan DUN sebagai matlamat utama; yang dikejar bukan lagi Islam tetapi kedudukan, jawatan, habuan dan kerajaan;

Ahli akar umbi PAS wajib sedar bahawa persekongkolan dengan Anwar-Kitsiang-DAP-PKR lebih penting daripada ukhwah Islamiyyah dan persaudaraan Islam;

Ahli akar umbi PAS wajib sedar PAS sudah tidak ada beza malah setaraf dengan DAP, PKR, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.

Bagi ahli PAS yang masih sayangkan arwah PAS yang dahulu, bangkitlah dan berjihadlah untuk mengembalikan dan membawa PAS kepada perjuangan asal untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hudud dan syariat Islam. Cegahlah kemungkaran yang berlaku, dan bermufaraqahlah daripada kemungkaran itu!

Jika tidak, akan berlaku persepsi dan tanggapan bahawa PAS kini bukan sahaja telah kencin Tuanku Sultan Selangor dan Tan Sri Khalid, malah PAS telah kencin bangsa Melayu dan agama Islam! Na'uzubillah min zaalik!

Mulakanlah PAS Spring!!!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Syawal 1435
18 Ogos 2014

16 August 2014

ANWAR-AZIZAH BUAT TAIK, PAS YANG KENA?

Anwar terang-terang melanggar ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS melarang kristian menyalah-guna kalimah Allah, tetapi langusng tiada tindakan tegas daripada PAS! Kini PAS pulak dipersalahkan atas kemelut jawatan MB Selangor yang Anwar-Azizah sendiri cetuskan - dema buat taik, PAS yang kena balun!!!
Salam 2 all.

Pelik bin ajaib! Anwar dan Wan Azizah buat taik, Datuk Seri Hadi Awang dan PAS yang kena!

Sekarang ini gambaran diberi dalam krisis MB Selangor seolah-olah Datuk Seri Hadi dan PAS yang jahat! Khianat pakatan! Tiada semangat setiakawan! Pecah amanah perjanjian persefahaman! Dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada Datuk Seri Hadi dan PAS.

Helo...helo...siapa yang buat taik? Siapa yang khianat? Siapa yang tidak amanah? Siapa yang tiada semangat setiakawan?

Bukan Anwar-Azizah yang buat taik? Bukan Anwar-Azizah yang khianat? Bukan Anwar-Azizah yang tidak amanah? Bukan Anwar-Azizah yang tiada semangat setiakawan?

Tan Sri Khalid Ibrahim, sebelum menyertai PKR dan menyokong Anwar-Azizah adalah seorang tokoh korporat yang berjaya. Kehebatan beliau diakui bukan sahaja oleh Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa. Cuba dengar sendiri ucapan-ucapan Anwar, Azizah dan ramai pemimpin PKR semasa Pilihanraya Kecil Ijok dan PRU 12 dan PRU 13 - bergantang-gantang pujian mereka terhadap ketokohan Tan Sri Khalid.

Beliau arkitek pembangunan ekonomi dan kewangan Melayu semasa menerajui Permodalan Nasional Berhad. Dibawah kepimpinan beliau, ekonomi dan kedudukan kewangan Melayu melalui sekim-sekim PNB seperti ASB, ASN, dan banyak lagi tabung amanah berkembang hebat.

Semasa menerajui Kumpulan Guthrie, beliau berjaya membawa Guthrie daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam sektor perladangan kepada konglomerat pembangunan hartanah. Lihat sahaja pembangunan Bukit Jelutong Shah Alam. Berapa ramai anak Melayu berjaya memiliki hartanah bernilai tinggi hasil perancangan hebat Tan Sri Khalid.

Namun Tan Sri Khalid meninggalkan itu semua untuk memberi sokongan kepada Anwar-Azizah yang pada masa itu sudah tercungap-cungap. Atas semangat setiakawan dan persahabatan, Tan Sri Khalid bersama seorang lagi tokoh korporat Datuk Seri Zahrain Hashim (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang masa itu) meninggalkan kemewahan dunia korporat dan bergelumang bersama Anwar-Azizah.

Pada masa itu, iaitu pasca PRU 11 - 2004, PKR dipukul teruk dalam PRU. Gelombang kebangkitan UMNO-BN dibawah pimpinan Tun Abdullah menyebabkan PKR hanya tinggal satu kerusi - Permatang Pauh. DAP juga bungkam dengan Karpal dan Kitsiang juga tinggal menggigit gusi dan gigi.

Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan menghadapi PRU 12 - 2008, Anwar-Azizah dan pembangkang perlukan suntikan baru. Kemasukan Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Zahrain melonjakkan keyakinan rakyat bahawa ada harapan dengan pakatan pembangkang.

Maka PKR bersama PAS dan DAP menyertai PRU 12 - 2008 dengan menukar nama baru daripada Barisan Alternatif kepada Pakatan Rakyat dengan membawa slogan Harapan Baru.

Dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor dan Datuk Seri Zahrain Hashim di Pulau Pinang, PKR bersama Pakatan Pembangkang berjaya dalam PRU 12 -2008 dengan menawan Selangor daqn Pulau Pinang dengan majoriti selesa walaupun tidak dua pertiga.

Tan Sri Khalid dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dengan kepimpinan ala-korporat yang berjaya mebawa keyakinan rakyat Selangor khususnya dunia korporat bahawa ada harapan untuk maju di Selangor.

Kepimpinan Tan Sri Khalid telah berjaya mengemudi PKR dan pembangkang di Selangor sehinggakan dalam PRU 13 - 2013 pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS berjaya memenangi kembali Selangor dengan majoriti melebihi dua pertiga. Mereka memenangi 44 kerusi daripada 56, dengan BN hanya mendapat 12 kerusi melalui UMNO. Dan MCA, MIC serta Gerakan bungkus kosong di bumi Selangor.

Sekali lagi Tan Sri Khalid dilantik menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua, sehingga ke PRU 14 yang akan diadakan paling lewat pada 2018.

Dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid, Selangor berjaya meningkatkan simpanan rizab tunai melebihi RM3 billion yang diletakkan dibawah Perbadanan Menteri Besar (PMB-MBI). Dan bagi memastikan rizab tunai RM3 billion itu selamat, Tan Sri Khalid melantik pegawai khasnya Faekah Husin, seorang no-nonsense lady, dan adik kepada bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (Datuk Zaki Husin) sebagai Pengarah Urusan PMB-MBI.

Tetapi tidak sampai setahun memegang jawatan MB bagi penggal kedua sejak Mei 2013, pergolakan bermula. Para parasit mula mengimpikan jawatan MB Selangor, dan Tan Sri Khalid mula diserang. Awalnya beliau dimaki hamun secara tertutup, tetapi akhirnya beliau dimaki nista secara terbuka - bukan oleh UMNO, bukan oleh BN, tetapi oleh PKR dan kepimpinan mereka sendiri.

Serangan makin menjadi-jadi sejak Tan Sri Khalid menolak cadangan pembangunan pembinaan pusat penternakan babi di Sepang bernilai RM100 juta. DAP mendakwa Tan Sri Khalid sengaja melengah-lengahkan pembinaan pusat ternakan babi RM100 juta itu.

Keadaan menjadi makin serius bila pemimpin DAP mempersoalkan tindakan Exco dibawah pimpinan Tan Sri Khalid konon sengaja melengah-lengahkan pemberian geran RM2 juta kepada tiap sekolah aliran cina di Selangor.

Dan keputusan Tan Sri Khalid mematuhi titah Tuanku Sultan Selangor dengan enggan mengarahkan MAIS-JAIS memulangkan kembali 300 naskah bibel versi bahasa Melayu kepada Bible Society Malaysia merupakan fakta yang mematahkan tulang unta!

Paku terakhir keranda karier politik Tan Sri Khalid terjadi bila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun keatas Anwar kerana meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan pada 07.05.2014.

Untuk kesinambungan dan talian nyawa politik Anwar, maka dia tiada pilihan lain melainkan bini dia sendiri Azizah mesti menjadi MB Selangor. Penetapan tarikh bicara oleh Mahkamah Persekutuan pada 28-29 Oktober 2014 sekadar menjadi pelengkap bahawa Tan Sri Khalid mesti dipecat dan Azizah mesti menjadi MB - tiada tolehan ke belakang lagi bagi Anwar!

(Persoalan kenapa Anwar beriya-iya mahu Azizah menjadi MB Selangor akan dikupas dalam satu tajuk lain tidak lama lagi insyallah).

Paluan gendang perang dan peliwatan terhadap Tan Sri Khalid dimulakan oleh segala anjing-anjing salakan PKR. Kitab 50 Dalil mengapa Tan Sri Khalid wajib dipecat disebarkan. Tan Sri Khalid ditelanjangkan dan dilondehkan oleh parti sendiri!

Dalam keadaan itu, siapa sebenarnya yang khianat? Siapa sebenarnya yang tidak amanah? Siapa sebenarnya yang tiada semangat setiakawan?

Sebab itu tindakan Majlis Syura' Ulama PAS membuat ketetapan menolak cadangan Anwar mencalonkan bini dia Azizah sebagai MB adalah tepat dan benar.

Sebab itu pendirian Datuk Seri Hadi Awang menolak pencalonan Azizah dan menyokong pengekalan Tan Sri Khalid sebagai MB adalah tepat.

Sebab itu ketegasan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong pendirian Datuk Seri Hadi untuk menolak Azizah dan mengekalkan Tan Sri Khalid adalah tepat.

Sebab itu keputusan Badan Perhubungan PAS Selangor menyokong ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS adalah tepat.

Sebab itu keputusan empat Exco PAS menyokong Tan Sri Khalid dan kekal didalam pentadbiran beliau adalah tepat.

Sebab itu pendirian Datuk Ahmad Yakob, Datuk Nik Amar, Nasharudin Hasan Tantawi, Nik Abduh, dan ramai lagi pemimpin ulama PAS menolak pencalonan Azizah dan menyokong pengekalan Tan Sri Khalid adalah tepat.

Saya hairan bagaimana kumpulan Anwarinas dan para parasit boleh menyokong pemecatan Tan Sri Khalid dan menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia sebagai MB?

Kalau kita melihat isu pemecatan Nizar Jamaludin sebagai MB Perak dan pencalonan Zambry Kadir sebagai ganti, kumpulan Anwarinas dan para parasit mengambil sikap dan pendirian yang berbeza!

Mereka mempertikaikan pemecatan Nizar Jamaludin walaupun Zambry menerima sokongan majoriti ADUN Perak termasuk 3 anggota DUN PKR dan DAP. Kononnya tidak sah kerana lompatan 3 ADUN PKR-DAP itu mengkhianati prinsip demokrasi, konon Zambry melanggar asas demokrasi, konon Almarhum Tuanku Sultan Perak tidak sepatutnya menerima mengadap Zambry mempersembahkan nama kesemua ADUN Perak yang menyokong beliau menjadi MB.

Mereka hingga sanggup berguling atas jalan, menderhaka kepada Tuanku Sultan, memperlekeh institusi Di-Raja Perak; malah hingga sanggup membuat persidangan bawah pokok!

Sekarang mereka patut bertanya, adakah sah lompatan oleh dua ADUN PAS yang menyokong usaha Anwar-PKR memecat Tan Sri Khalid dan menerima Azizah menjadi MB?

Sedangkan lompatan ADUN PKR-DAP dalam krisis Perak mereka kata haram, sehingga sanggup buat solat hajat untuk melaknat mereka; bagaimana pula dengan lompatan dua ADUN PAS menyokong Azizah sehingga melanggar ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS dan pendirian PAS Selangor dan pendirian Presiden Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz?

Jika mesyuarat AJK PAS PUSAT esok membuat keputusan menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia sebagai MB Selangor dan mengesahkan pemecatan terhadap Tan Sri Khalid, ini akan menjadi satu amalan precedent yang bukan sahaja sangat bercanggah dengan pendirian mereka dalam krisis Perak, malah lebih serius ianya memberi mesej yang salah kepada ahli akar umbi dalam perkara prinsip kepimpinan dan perjuangan PAS sendiri!

Seolah-olah lompat sokongan kepada Anwar-Azizah oleh ADUN mereka okay walaupun bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS!

Seolah-olah ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS, badan pembuat dasar tertinggi dalam PAS boleh disanggah dan dilanggar!

Seolah-olah pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemimpin tertinggi PAS boleh disanggah dan dilanggar!

Seolah-olah pendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, pemimpin tertinggi badan eksekutif PAS boleh disanggah dan dilanggar!

Seolah-olah pendirian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, badan tertinggi PAS bagi peringkat negeri boleh disanggah dan dilanggar!

Seolah-olah bai'ah yang diikrarkan oleh semua calon pilihanraya dan kepimpinan PAS boleh disanggah dan dilanggar!

Pada saya, sekiranya Jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat esok menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia sendiri Azizah sebagai MB dan mengesahkan pemecatan Tan Sri Khalid, ianya adalah secara efektifnya suatu undi tidak percaya kepada Majlis Syura' Ulama PAS, suatu undi tidak percaya kepada Mursyidul Am PAS, suatu undi tidak percaya kepada Presiden PAS, suatu undi tidak percaya kepada Badan Perhubungan PAS Selangor!

Sebab itu saya berdoa, dan menyeru Datuk Seri Hadi Awang supaya bertegas mempertahankan ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS, pendirian Mursyidul Am dan beliau sendiri sebagai Presiden, dan pendirian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dan empat orang Exco PAS dalam Kerajaan Selangor.

Saya sedar ianya sesuatu yang sangat sukar bagi Datuk Seri Hadi Awang kerana Jawatankuasa PAS pusat dikuasai oleh kumpulan Anwarinas dan para parasit.

Malahan ada maklumat menyatakan ada puak dalaman dengan sokongan pihak luar PAS sedang berusaha supaya mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat esok bukan sahaja akan menolak ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS dan menolak pendirian Mursyidul Am dan Presiden; malah mereka mahu Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia Azizah sebagai MB dan mengesahkan pemecatan Tan Sri Khalid.

Malah lebih biadap dan kurang ajar, mereka mahu Jawatankuasa PAS Pusat memberi amaran dan kata dua kepada Datuk Seri Hadi Awang supaya toe the line, akur kepada kehendak mereka atau beliau sendiri menghadapi kemungkinan disingkir dan dipecat sebagai Presiden PAS, na'uzubillah.

Semoga Allah memberi Datuk Seri Hadi Awang dan kepimpinan ulama' PAS kekuatan iman, quwwah dan istiqomah dalam perjuangan yang penuh fitnah dan ranjau duri kedajjalan ini.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
20 Syawal 1435
16 Ogos 2014

15 August 2014

PAS D'LIWAT?


PAS masih bersabar walaupun Anwar
 berdegil benarkan kristian menggunakan
 kalimah Allah walaupun bercanggah dengan
ketetapan Majlis Syura’ Ulama PAS!
Salam 2 all.

PAS dikhianati!

PAS dihina!

PAS ditikam dari belakang!

Itulah perasaan ahli-ahli dan penyokong PAS apabila melihat Wan Azizah mengheret dua orang ADUN PAS dalam sidang media semalam mengumumkan konon beliau mempunyai sokongan 30 orang ADUN Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membolehkan beliau menjadi MB Selangor.

Kehadiran ADUN Hulu Klang Saari Sungip dan ADUN Morib Hasnarul dalam sidang media Wan Azizah tersebut bersama Wan Azizah telah menggemparkan dunia PAS!

Tiba-tiba PAS tersedar daripada mimpi indah, dan berhadapan dengan satu mimpi ngeri! PAS merasakan mereka telah dihina, dikhianati dan ditikam dari belakang!

Pemimpin dan ahli PAS termangu-mangu dan terkedu bagaimana mungkin dua ADUN PAS yang telah mengangkat bai'ah kesetiaan kepada parti boleh dirembat oleh Wan Azizah bini Anwar Ibrahim, orang yang PAS sokong dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh sejak dipecat daripada UMNO dan jawatan TPM oleh Tun Mahathir Mohamed pada 02.09.1998 atas kesalahan meliwat dan salahlaku seks!

Pada saya, Wan Azizah dan Anwar telah mengkhianati dan menghina PAS apabila mengheret sekali kedua-dua ADUN PAS tersebut untuk menunjukkan konon beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk menjadi MB Selangor kerana:

1. Wan Azizah dan Anwar tahu bahawa Majlis Syura' Ulama PAS telah membuat ketetapan menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor;

2. Wan Azizah dan Anwar tahu bahawa PAS Selangor telah membuat pendirian menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor;

3. Wan Azizah tahu bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan bersidang pada hari Ahad 17 Ogos 2014 untuk membuat ketetapan mengenai pencalonan beliau sebagai MB Selangor.

Dalam keadaan itu, adalah sangat tidak beretika dan tidak berakhlak bagi Wan Azizah dan Anwar mengheret kedua-dua ADUN PAS tersebut untuk menyokong beliau secara terbuka didalam sidang akhbar tersebut, apatah lagi meminta mereka menandatangani Akuan Sumpah menyatakan sokongan kepada beliau.

Sekurang-kurangnya Wan Azizah dan Anwar sepatutnya memaklumkan dan memohon persetujuan dan keizinan dripada PAS sebelum mengheret kedua-dua mereka dalam keghairahan untuk mengejar jawatan MB Selangor.

Pada saya Wan Azizah dan Anwar telah mengkhianati PAS kerana membuatkan kedua-dua ADUN tersebut bertindak bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS, badan pembuat dasar tertinggi dalam PAS. Mereka membuat pendirian sebelum Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan Ahad ini.

Wan Azizah dan Anwar juga telah meletakkan PAS dalam kancah kehinaan kerana seolah-olah tidak mampu mengawal dan menguasai ADUN mereka sendiri, dan seolah-olah PAS mempunyai ADUN yang tidak mempunyai disiplin dan kesetiaan kepada parti.

Ramai ahli dan penyokong PAS merasakan Wan Azizah dan Anwar seperti kacang lupakan kulit. Semasa mereka susah dan sengsara setelah Anwar dipecat oleh Dr. Mahathir atas salahlaku seks dan liwat, PAS lah yang telah bertungkus lumus membantu dan menatang Anwar dan Wan Azizah.

PAS sehingga sanggup menentang saudara seagama dan sebangsa sendiri dan sebaliknya tidur sekatil sebantal dengan kafir harbi demi untuk memperjuangkan nasib Anwar dan keluarga.

Malahan PAS sampai membuang perjuangan menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk memastikan persekongkolan bersama Anwar dan DAP dapat diteruskan.

Dan paling menyedihkan, PAS sehingga sanggup memecat dan menghina ahli dan pemimpin yang setia seperti Datuk Dr. Hasan Ali semata-mata kerana Anwar Ibrahim!

Ramai ahli dan penyokong PAS merasakan sekurang-kurangnya Wan Azizah dan Anwar patut menghormati PAS, dan sekurang-kurangnya menunggu sehingga mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Saya berharap episod ini membuka mata, hati dan jiwa kepimpinan dan ahli PAS tentang siapa sebenarnya kawan, siapa sebenarnya musuh.

Dan PAS harus sedar bahawa parti mereka sudah dipenuhi oleh mereka yang berkiblatkan Anwar. PAS harus sedar bahawa anai-anai sudah meresap didalam PAS yang jika tidak dibendung akan meranap dan menghancurkan PAS.

Nasihat saya kepada PAS, sudah tiba masanya PAS mengambil keputusan yang sepatutnya mereka lakukan sejak dahulu lagi - mufaraqahlah daripada persekongkolan luar tabi'e dengan Anwar Ibrahim, keluarlah daripada pakatan songsang dengan DAP dan PKR.

Jadilah sebuah parti politik yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Jadilah PAS yang sebenarnya!

Hasbunallah wani'mal wakil.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
19 Syawal 1435
15 Ogos 2014