Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

09 February 2014

KALIMAH ALLAH DAN KEBEBASAN BERAGAMA

Tuntutan pendakyah kristian untuk hak menterjemahkan perkataan 'God' kepada 'Allah' adalah satu pencabulan kepada hak kebebasan beragama umat Islam menurut Artikel 3 dan 11 Perlembagaan
Salam 2 all.

Malaysia adalah antara satu-satunya negara didunia yang meletakkan Islam sebagai agama bagi negara. Ini tercatat dengan jelas didalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan’.

Sesuai dengan prinsip ‘laa ikro hafiddiin - tiada paksaan dalam Islam’ didalam Surah Al-Baqarah 2:256, Artikel 3 menyebut ‘tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan’.

Dan bagi memastikan kebebasan beragama bagi penganut agama lain didalam negara umat Islam ini, Artikel 11 (1) memperuntukkan bahawa ‘tiap-tiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya’.

Bagaimanapun sesuai dengan status Islam sebagai agama Persekutuan, maka sekatan dikenakan dalam soal pengembangan mana-mana agama selain Islam bilamana Artikel 11 (1) menyatakan hak menganut dan mengamal agama itu ‘termasuk mengembangkannya tertakluk kepada Fasal 11(4)’.

Fasal 11(4) menetapkan bahawa ‘undang-undang negeri, dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam’.

Kesimpulannya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang memberikan kebebasan kepada penganut mana-mana agama lain untuk menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing, tetapi dilarang mengembangkannya kepada umat Islam.

Dalam konteks inilah kita perlu menilai kenyataan oleh Paderi Andrew Lawrence dan pendakyah kristian yang menuntut hak pengggunaan kalimah Allah didalam bentuk triniti sebagai hak yang dijamin oleh Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan pertama yang perlu kita tanya ialah adakah penggunaan kalimah Allah termasuk didalam menganut dan mengamal agama kristian yang dijamin kebebasannya oleh Perlembagaan?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu bertanya satu soalan pokok, apakah maksud penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama kristian? Adakah ianya berkaitan dengan persoalan agama, ketuhanan, iktikad, kepercayaan atau aqidah mereka? Atau ianya sekadar persoalan linguistik, soal penterjemahan perkataan?

Perkara asas yang kita perlu faham ialah apa maksud ‘agama’ dalam konteks Perlembagaan tersebut?

Didalam Kamus Dewan (Edisi Keempat 2007) mukasurat 14, ‘agama’ bermaksud ‘kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya’.

Beragama bermakna bertuhan.

Jadi persoalannya, adakah penganut agama kristian didalam negara ini dilarang atau dicegah atau disekat kebebasan daripada beragama, iaitu bertuhankan kepada Tuhan mereka? 

Ini sekaligus membawa kita kepada persoalan, siapakah Tuhan penganut agama kristian?

Jika kita bertanya kepada mana-mana penganut agama kristian apakah asas kepercayaan dan iktikad agama mereka, jawapan umum yang kita akan terima ialah ‘Kepercayaan kepada Jesus sebagai anak Tuhan Bapak melalui perantaraan Ruh Suci’.

Sebenarnya Jesus adalah seorang Yahudi Arami yang menggunakan bahasa Hebrew. Dalam bahasa Hebrew, namanya disebut sebagai Eeso. Tetapi bila ditulis dalam huruf romani, ianya ditulis sebagai Yesoa. Nama ini kemudian diterjemah ke bahasa Greek sebagai Ieosus, dalam Bahasa Inggeris lama sebagai Yesus, kemudiannya menjadi Jesus dalam Bahasa Inggeris moden. Didalam bible bahasa ‘Arab, ianya disebut ‘Yasu’.

Menurut iktikad dan kepercayaan kristian, Jesus adalah anak kepada Tuhan Bapak yang dicipta melalui perantaraan suatu Ruh Suci; lalu muncullah konsep ketuhanan triniti didalam agama, iktikad dan kepercayaan penganut kristian dipanggil Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci.

Konsep triniti inilah yang dipanggil ‘God’ oleh penganut kristian. Didalam bible bahasa Hebrew, perkataan ‘God’ ini disebut sebagai ‘Adonai’, ‘Eli’, ‘Eloi’ atau ‘Elohim’.

Contohnya didalam Bible bahasa Hebrew, Jesus dikatakan merintih diatas salib semasa dipasung menyatakan ‘Eli, Eli, lamma sabachthani’ (Matthew 27:46). Ini diterjemahkan didalam Bahasa Inggeris sebagai ‘My God, My God, why have thy forsaken me’.

Dalam konteks itu, sudah tentu jika mahu diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu, ianya sepatutnya berbunyi, ‘Tuhanku, Tuhanku, mengapa Kau tinggalkan aku’.

Namun sebaliknya yang berlaku. Pihak pendakyah kristian telah menterjemahkan kalimah ‘God’ itu kedalam Bahasa Melayu dengan perkataan ‘Allah’! Maka jadilah ia berbunyi, ‘Allahku, Allahku, mengapa Kau tinggalkan aku’.

Persoalannya sekarang ialah adakah terjemahan itu betul dalam konteks Bahasa Melayu?

Jawapannya jelas; terjemahan perkataan ‘God’ kepada ‘Allah’ dalam Bahasa Melayu tidak betul; kerana dalam Bahasa Melayu ada perkataan lebih tepat iaitu ‘Tuhan’. Sebab itu Rukunegara Pertama berbunyi ‘Kepercayaan kepada Tuhan’, bukannya ‘Kepercayaan kepada Allah’.

Ini berasaskan kepada prinsip Artikel 3 dan 11 tadi iaitu tiap orang diberi jaminan kebebasan menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Konsep ketuhanan kepada Allah adalah iktikad dan aqidah kepercayaan penganut Islam; manakala penganut agama lain mempunyai iktikad dan kepercayaan kepada konsep ketuhanan yang berbeza namanya mengikut kepercayaan masing-masing.


Oleh itu, isu berkaitan penggunaan perkataan atau kalimah Allah oleh penganut agama kristian, samada didalam bible, penerbitan dan lain-lain bukannya persoalan agama, iktikad, kepercayaan atau aqidah mereka; ianya hanyalah soal penterjemahan perkataan ‘God’ daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu! Itu sahaja!

Dalam konteks itu, peruntukkan Artikel 3 dan 11 (1) yang memberi jaminan kebebasan menganut dan mengamal agama mereka kristian tidak terpakai dalam isu penterjemahan perkataan ‘God’ kepada perkataan ‘Allah’.

Ini adalah kerana pelarangan penggunaan perkataan atau kalimah Allah terhadap kristian tidak menjejas atau menyekat kebebasan mereka untuk menganut dan mengamal agama, iktikad dan kepercayaan mereka kepada konsep ketuhanan triniti Jesus sebagai anak Tuhan Bapak melalui perantaraan Ruh Suci.

Sebaliknya penterjemahan perkataan ‘God’ kepada perkataan ‘Allah’ mencabul dan menjejaskan agama, aqidah, iktikad dan kepercayaan umat Islam yang mempercayai konsep ketuhanan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa – Maha Satu.

Dalam konteks itu, pelarangan penggunaan perkataan atau kalimah ‘Allah’ selain daripada yang dimaksudkan oleh Islam seperti terkandung didalam Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 adalah bersesuaian dan sejajar dengan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan.

Rumusannya, penggunaan atau penterjemahan perkataan atau kalimah Allah oleh pendakyah kristian di Malaysia ini adalah sekadar untuk menterjemah perkataan ‘God’ dalam Bahasa Inggeris. Ianya tidak ada kena-mengena langsung dengan soal agama, iktikad atau kepercayaan mereka kepada konsep ketuhanan triniti.

Oleh itu, tidak timbul isu kononnya pelarangan penggunaan atau penterjemahan perkataan God kepada perkataan Allah keatas umat kristian adalah menyekat mereka daripada beragama, iaitu menganut dan mengamalkan agama kristian berdasarkan iktikad, kepercayaan kepada konsep ketuhanan triniti Jesus sebagai anak Tuhan Bapak melalui perantaraan Roh Suci.

Penterjemahan perkataan ‘God’ kepada ‘Allah’ bukan sebahagian daripada agama, iktikad atau kepercayaan penganut kristian. Sebaliknya mereka kekal bebas beragama kristian dengan menganut dan mengamalkan iktikad dan kepercayaan mereka bahawa Jesus adalah Anak kepada Tuhan Bapak melalui perantaraan Ruh Suci. Dan iktikad dan kepercayaan beragama kristian ini tetap dijamin oleh Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan dan tidak dilarang atau dihalang sama sekali oleh mana-mana undang-undang atau mana-mana pihak.

Sebaliknya, penterjemahan perkataan 'God' yang difahami dalam bentuk triniti oleh penganut agama kristian kepada 'Allah' dalam Bahasa Melayu merupakan satu pencabulan dan pencemaran kepada kalimah ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Esa, Maha Satu didalam aqidah, iktikad dan kepercayaan dalam agama Islam.

Malah penterjemahan perkataan God kepada perkataan Allah seperti yang dilakukan oleh pendakyah kristian ini sebenarnyalah yang mencabuli hak kebebasan beragama bagi penganut agama Islam untuk menganut dan mengamalkan agama Islam dalam keadaan aman dan damai. Ianya mencabul dan melanggar peruntukkan Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
09 Rabi’ul Akhir 1435
09 Februari 2014

*Artikel ini disiarkan di Majalah Al-Islam terbitan bulan Februari 2014 di mukasurat 29-31.

07 November 2013

KARPAL LAGI?

Karpal dengan berani mencadangkan parti berteraskan agama seperti PAS dibatalkan pendaftaran! Adakah itu cara DAP menghargai sumbangan PAS kepada DAP dalam usaha menumbangkan Kerajaan Melayu-Islam UMNO?
Salam 2 all.

Adakah Karpal bersetuju dengan cadangan supaya semua sekolah berasaskan perkauman dihapuskan; termasuk sekolah vernakular yang berteraskan perkauman wajar ditutup?

Adakah Karpal juga mahu supaya pertubuhan seperti Dong Zhong diharamkan?

Pada saya, itulah kesan kenyataan Karpal Singh yang mencadangkan supaya parti politik dan pertubuhan yang berasaskan agama atau perkauman dibatalkan atau diubahsuai untuk menerima kemasukan atau keahlian penganut agama lain ataupun kaum lain.

Mesej Karpal adalah jelas. Bermakna parti politik seperti PAS atau UMNO, atau pertubuhan seperti Perkasa dan lain-lain elok dibatalkan pendaftaran; maknanya diharamkan!

Malah Karpal secara spesifik menyebut nama parti PAS rakan sekongkol yang telah bertungkus lumus membanting tulang empat kerat bersama Karpal untuk menumbangkan Kerajaan Melayu-Islam UMNO!

Kerana apa?

Kerana mempunyai nama yang mewakili agama atau bangsa, dan secara legal mewakili kepentingan agama atau bangsa!

UMNO yang berteraskan Melayu Islam sudah menjadi tunggak pemerintahan selama lebih setengah abad. Dan UMNO berjaya membangunkan rakyat dan negara ini tanpa mengira agama dan bangsa; semuanya berasaskan kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontrak-sosial diantara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

Begitu juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara - tujuan dan matlamat serta perjuangannya adalah untuk memartabatkan, membela dan memperkasa bangsa dan institusi Melayu-Islam berasaskan kepada kerangka Perlembagaan tanpa menafikan, apatah lagi menzalimi atau merampas hak kaum atau penganut agama lain.

Sebenarnya itulah asasnya. Selagi semua rakyat dan warganegara Malaysia ini menjunjung tinggi dan menghormati serta akur kepada persefahaman, semangat dan hidup dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, selagi itulah keamanan, keharmonian dan perpaduan antara pelbagai agama dan kaum akan terus berkekalan.

Didalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh dinafikan Islam dan Melayu memang diletakkan ditempat yang lebih istimewa dan berbeza daripada agama dan kaum lain. Dalam lain perkataan, hakikatnya Perlembagaan Persekutuan memang bersifat diskriminatori, atau apa yang saya sebutkan sebagai diskriminatori positif (positive discrimination).

Islam dan Melayu memang diberi tempat dan kedudukan istimewa didalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, mana-mana pihak, samada dalam bentuk parti politik, pertubuhan, badan bukan kerajaan, kelab sosial, universiti, kementerian, jabatan kerajaan, agensi kerajaan, GLC dan lain-lain; yang memperkasa, memartabat dan memperjuangkan hak dan keistimewaan Islam dan Melayu adalah berbuat sedemikian dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Memperkasa, memartabat dan memperjuangkan hak dan keistimewaan Melayu-Islam adalah dibenarkan undang-undang dan Perlembagaan.

Oleh itu, sebarang cadangan atau rancangan untuk mengharamkan sebarang parti politik, pertubuhan, persatuan, jabatan dan agensi kerajaan, NGO, GLC dan lain-lain daripada memperjuangkan, memartabat atau memperkasa hak dan keistimewaan Melayu-Islam adalah bercanggah sama sekali dengan peruntukkan Perlembagaan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Dan Karpal Singh sebagai seorang peguam veteran sepatutnya dan wajar mengetahui perkara ini!!!

Malah kalau Karpal mengkaji sejarah dunia Islam, akan jelas terbukti mana-mana pemerintahan yang berteraskan Islam akan bersikap adil dan saksama. Peristiwa pembukaan Kota Jerusalem oleh Sultan Salahudin Al-Ayubi, pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh adalah bukti keadilan dan kesaksamaan Islam yang tidak boleh dinafikan.

Tetapi lihat bagaimana sejarah serangan dan penaklukan Kota Jerusalem oleh tentera salibiah dalam Perang Salib sebagai bukti jelas bagaimana umat Islam, termasuk juga penganut kristian yang tidak sehaluan dengan mereka, diperlakukan dengan begitu kejam!

Lihat bagaimana perlakuan rejim zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin!

Ini semua bukti sejarah yang tidak boleh dinafikan lagi!

Saya juga menyarankan kepada Karpal Singh supaya mencerminkan diri dan parti dia sendiri! Adakah parti DAP itu sendiri bukan sebuah parti yang secara substantif berteraskan sikap rasis, extremis dan bersifat pelampau perkauman? Masih ingat catatan sejarah peristiwa 13 Mei 1969?

Sepatutnya Karpal dan partinya DAP membuat kajian adakah keujudan sistem pendidikan vernakular yang berteraskan kepada perkauman dan etnik tertentu yang menjadi punca kepada masalah perkauman yang menjadi semakin kronik dan serius?

Cuba kaji mengapa generasi muda dari kaum tertentu semakin menebal sifat perkauman mereka; malah sampai ke peringkat begitu biadap dan secara terbuka mempersoalkan perkara-perkara fundamental yang menjadi teras kepada keharmonian antara kaum dan agama dalam negara ini?

Apapun, persoalan yang mahu saya lontarkan terutama kepada sahabat dan kepimpinan PAS khususnya para ulama yang ada; berapa lama PAS mahu bertahan dengan karenah pimpinan DAP termasuk Karpal Singh? Tidakkah PAS merasa tercabar dengan sikap rakan sekongkol mereka yang kelihatan langsung tidak menghargai sumbangan PAS dalam persekongkolan untuk menumbangkan Kerajaan Melayu-Islam yang ditunjangi UMNO?

Cuba lihat kerajaan DAP Pulau Pinang; walaupun hanya ada seorang sahaja ADUN PAS iaitu Datuk Ustaz Saleh Man, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan ADUN Permatang Pasir, namun langsung tidak diberi tempat dalam barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang. Tidakkah itu satu gambaran jelas dimana letaknya PAS dikacamata DAP?

Terkini Pengerusi DAP Karpal sendiri begitu jelas dan terbuka tanpa sedikit keraguan mencadangkan parti seperti PAS dibatalkan pendaftaran! Adakah pimpinan PAS masih mahu berselindung disebalik jawapan standard 'itu pendirian peribadi Karpal bukan pendirian DAP?'.

Islam itu tinggi dan mulia. Yang merendahkan Islam, yang meletak Islam ketempat yang hina ialah manusia, bukan Islam itu sendiri! Islam akan terus mulia dan a'laa, yang rendah dan hina ialah penganutnya sendiri!

Wallahua'alamdan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
04 Muharram 1435
07 November 2013

12 September 2013

SURAT TERBUKA IMCA KEPADA KRISTIAN

IMCA-shaikhkareemPersatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari seluruh dunia.

Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013, yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad .

Dalam ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak gereja, beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam. Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar. Antara lainnya, Brunei dan Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab, IMCA berasa bimbang akan desakan badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan Maha Kuasa, Allah.

Kami ingin bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM), Persekutuan Krisitan Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berbuat demikian? Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran  yang  mereka percaya, seperti yang  biasanya dilakukan oleh orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain di sebalik langkah ini?

Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox Church) tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan berikut;

“Malangnya, kita terlalu kerap cuba untuk contextualize penyebaran Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja. Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani keseluruhannya”

(Gabriel Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada para pemimpin Kristian;1987)

Umum diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemui kejayaan. Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal Muslim World(Jurnal Pengajian Islam  volum XLVII 298)

“Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengenengahkan kesempurnaan (ideal) perpaduan semua manusia di bawah Kristian.

Bukanlah pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan “Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu peluang yang dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik dan mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah?

Pada ketika ini, adalah penting untuk kita menjelaskan penggunaan nama Allah dalam konteks Islam. Penjelasan yang paling tepat adalah dalam sebutan kalimah syahadah iaitu ‘La ilaha illlallah’, bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan Arab untuk tuhan ialah ilah dan nama Yang Maha Esa adalah Allah. Ia adalah suatu nama yang mana penggunaannya hanya merujuk kepada Yang Maha Esa yang wujud tanpa diwujudkan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah bukan hanya sekadar perkataan, tetapi suatu nama yang diwahyukan bahawa Dia, Tuhan Semesta yang memberi nama Allah. Justeru, Ya Allah Ya Tuhanku membawa erti bahawa Allah merupakan kata nama khas yang tidak boleh diterjemahkan sama sekali.

Penggunaan nama Allah yang tidak memenuhi syarat lebih-lebih lagi apabila perkataan itu membawa maksud yang lain akan mencemari nama Allah dan tidak menghormati Yang Maha Esa, Tuhan segala makhluk kerana ianya adalah nama Nya. Ia juga tidak menghormati kepercayaan penganut yang menyanjungi kesucian nama itu. Pada pendapat kami, bagaimana kita memanggil Tuhan yang kita akui haruslah berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Tuhan, bukannya mengikut pilihan sesuka hati.

Kami percaya bahawa setiap kepercayaan mempunyai konsep dan nama-nama yang berkait dengan konsep-konsep ketuhanan yang semestinya membawa pengertian yang selari dan bukannya bercanggah mahupun menimbulkan persoalan dalam mana-mana bahasa yang digunakan. Dalam apa jua agama, nama Tuhan adalah suci. Justeru itu, kepatuhan kepada nama-nama ini dalam bentuk asalnya harus menjadi amalan dalam penyebaran dakwah yang yang ikhlas dan benar.

Tidakkah keadaan haru-biru jika penganut Hindu memanggil Vishnu sebagai Jehovah, ataupun Kristian memanggil Bapa, Anak dan roh kudus sebagai Vishnu, Vishnu dan Vishnu (yang mana satu Vishnu atau ketiga-tiganya sekali Vishnu?) dan penganut Islam memanggil Tuhannya sebagai Dewa Buddha? Bagaimana pula jika orang Cina memanggil “Jesus” apabila menyembah Dewi Kuan Yin? Jika dipersoalkan hanya dari segi hak asasi manusia, setiap kumpulan mempunyai hak menggunakan apa jua nama yang mereka suka dan hak ini harus dihormati semata-mata atas dasar hak asasi.

Hujah bahawa ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan boleh juga digunapakai oleh semua golongan masyarakat. (Rev. Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bertegas “akan meneruskan amalan (menggunakan nama Allah) kerana ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan kita memanggil semua pihak menghormati hak itu.

Jika diikutkan sudut pandangan ‘hak’ semata-mata, sudah tentu keadaan menjadi porak-peranda.
J.Dudley Woodberry dalam “Contextualization Di Kalangan Muslim Menggunakan Rukun Biasa” ( Diterbitkan dalam International Journal of Frontier Missions, Volume 13:4 , Oct-Dec 1996) berkata;
Contohnya, “Allah” asalnya dari Syriac Kristian dan telah sekian lama digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad. ‘Wahy’ (wahyu) sekurang-kurangnya berkait dari segi etimologi dengan perkataan-perkataan Yahudi-Aramia dan Kristian Ethiopic dan digunakan oleh para penyair pra-Islam.

Dalam mukasurat 174 beliau berkata; “Bahagian pertama sebutan syahadah “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah” adalah berdasarkan ayat-ayat seperti surah 37:35/34 (“Tidak ada tuhan selain Allah”) dan 112:1-2(“Katakanlah, ‘Dia(adalah)Allah,Satu(Ahad).Perkataan tersebut, seperti yang ditunjukkan oleh Hartwig Herschfeld adalah berdasarkan shema dalam Deuteronomy 6:04 (Dengarlah, hai orang bani Israel, Tuhan Allah kita adalah satu (Ahad) Tuhan”)

Hujahan bahawa nama “Allah” berasal dari Syriac Kristian lantas menjustifikasi penggunaannya oleh Kristian zaman sekarang merupakan hujah yang kurang bernas.

Sepatutnya, penganut Kristian zaman moden boleh menggunakan nama Allah jika mereka mematuhi lunas “Deuteronomy 6:4; bahawa Tuhan Allah kita adalah Satu Tuhan”. Kami yakin jika penganut Kristian kembali kepada konsep asas bahawa Allah adalah Satu, Dia bukan Ayah, Dia tidak beranak, dan pengakuan ini dijunjung secara konsisten, penganut Islam tidak akan membantah kerana ianya adalah kenyataan benar. Jika Kristian mahu menggunakan nama Allah dalam semua bahan bercetak mereka dan mereka mengaku dan mematuhi dengan sepenuhnya bahawa Tuhan itu Satu (sepertimana Deuteronomy) (bukan bertiga), maka tidak akan ada bantahan.

Profesor Al Aidrus mengulas bahawa terdapat hujahan yang mengatakan bahawa nama Allah telah digunakan dalam kitab Bible Melayu 272 tahun yang lalu. Hujahan ini mengiktiraf tindakan kuasa penjajah yang menindas yang tidak merujuk mahupun menghormati umat Islam tempatan. Sebagai penjajah, mereka telah berbuat sesuka hati mereka termasuklah menggondol harta dan kekayaan negara. Dalam mengutarakan hujah sebegini, pihak gereja menyokong keganasan dan ketidakadilan itu yang jelas sekali bercanggah dengan doktrin Kristian ‘cinta sesamamu’ (love thy neighbour).

Kami juga berasa amat curiga akan hasrat gereja Kristian yang hanya menuntut untuk menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Bahasa Melayu. Mereka tidak berhasrat menggunakan nama Allah dalam semua bahan mereka yang dicetak dalam semua bahasa.

Prof Al Aidrus menyatakan bahawa “Perlu ditegaskan di sini bahawa terjemahan Gospel di negara China dan India yang masing-masing mempunyai jutaan umat Islam, tidak menggunakan nama Allah. Sebaliknya, mereka menggunakan  perkataan seperti “Sheng Fu, Sheng Zu dan Sheng Ling dan di dalam Gospel bahasa Tamil, perkataan Suthan, JesaPa dan Parisutha Avi untuk Bapa Suci, Anak Suci dan Roh Kudus”.

Jika begitu, apa pula motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian bahasa Melayu?

Di peringkat antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian telah mencipta dan merekabentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan dalam bahasa Arab Al Quran tetapi telah lama kelamaan telah mengambil bahasa Arab Al Quran. Sekarang, kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang bermula dengan ungkapan Islam “basmallah” and diakhiri dengan “sadaqallahul a’zim (ungkapan yang dilafaz oleh umat Islam). Apabila mendengar Kitab Gospel ini dibaca, mereka yang tidak prihatin akan menganggap Quranlah yang didengarinya.

Kita menyedari akan wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali sebagai “Rumah Jemaah Allah” dan kewujudan sebuah kolej yang mengajar Bahasa Arab dan kitab Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian.

Di Timur Tengah, terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab setiap hari.
Mengapakah gereja Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam menyebarkan kepercayaan mereka? 

Adakah pendekatan ini semata-mata untuk penganut Kristian sahaja ataupun ‘contextualization’ sebegini bertujuan menggerakkan hati penganut bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian?

Setelah mengkaji  agama dan amalam  Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini, iaitu untuk memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh diterima oleh masyarakat, dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep yang khusus kepada masyarakat yang  yang ditujukan, adalah amalan biasa dalam kepercayaan dan tatacara Kristian.

Kajian kami menunjukkan bahawa konsep “Trinity” berkemungkinan besar lahir di Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan Maharaja Rom, iaitu Constantine. Masyarakat Eropah antara lainnya, mempunyai sejarah ‘ agama tiga dalam satu yang terpahat dalam kepercayaan ‘pagan’ purba Eropah. (sila rujuk http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai konsep agama Eropah pra-sejarah ‘tiga ikon’ yang didakwanya menyuluhi kepercayaan “agama tiga dalam satu”).

Ada kemungkinan kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan agama Kristian lebih mudah diterima oleh masyarakat Eropah awal.

Dalam kertas kerjanya “The Trinity and Contextualization“, Rev Ralph Allan Smith menyangkal idea di atas.

Rev Ralph Allan Smith menulis: Masih banyak lagi yang perlu dikatakan. Perkembangan konsep Trinity Kristian ortodoks telah melibatkan penyingkiran (rejection) ” konsep tradisional, yang berkurun lama  – diguna pakai, yang boleh katakan hampir menyerupai Katolik, mengenai Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan seorang Bapa yang tidak tercemar (impassible Father) dengan dunia sementara, yang mempertengahkannya sebagai alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai. Doktrin Logos – doktrin yang digemari oleh ramai ahli teologi ortodoks terdahulu, telah dtinggalkan. Ahli-ahli teologi pro- Nicene, dalam erti kata lain, mengubah doktrin Gereja dan mengubah  secara radikal .

Dalam proses itu, mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical) yang telah terterap ke dalam tradisi Gereja dan mula meletakkan asas-asas bagi ekspresi pandangan dunia Gospel yang lebih meluas . Aktiviti begini melampaui anggapan contextualization linguistik. Kita boleh perhati melaui ilmuan Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk oleh Conn sebagai de- contextualization. Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan merekacipta suatu bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan-perkataan yang dipinjam .”

Rev Ralph Allan Smith menulis: Dari sudut pandangan ini, contextualization hanyalah satu usaha untuk menyalurkan secara berkesan kepada mereka yang bertutur bahasa berlainan dan mempunyai persepsi keduniaan yang berlainan daripada mereka yang berkebudayaan Eropah. Ini termasuklah menampilkan semula ajaran asas Gospel dalam bahasa yang mungkin asing kepada penutur bahasa Eropah, tetapi ini bukanlah bererti, dan bukan pula kelulusan untuk sesiapapun menukar ajaran Gospel Kristian itu sendiri.
Mari kita kaji satu contoh yang ringkas proses contextualization.

Kita melihat penyerapan kepercayaan “pagan” Eropah dalam bentuk perayaan Krismas dan Santa Claus. Pada hari ini, kita mengakui bahawa ianya satu pembohongan untuk mengaitkan kelahiran Nabi Isa (a.s) dengan perayaan Krismas (tiada bukti dalam Gospel bahasa Aramaic atau bukti sejarah yang menyokong tuntutan bahawa Krismas adalah sambutan kelahiran Isa (a.s), seperti yang diberitahu dan dinyanyikan oleh penganut Kristian sekian lama. Kita mengenali St Nicholas dari Myra dan perkaitan dongeng perayaan Krismas dengannya dan masyarakat Eropah meraikan perayaan St Nicholas pada 6hb Disember setiap tahun.

Walaubagaimanapun, ada segelintir sarjana sejarah yang berpendapat bahawa lagenda St Nicholas sebagai pemberi hadiah mempunyai unsur kepercayaan ‘pagan’ yang berasal daripada sumber-sumber pra-Kristian. Dewa mitos Teutonic Odin mempunyai janggut yang panjang. Ada sarjana yang berpendapat ‘janggut panjang’ merujuk kepada Thor, seorang tuhan Jerman. Thor mempunyai janggut putih yang panjang dan melayari awan dengan menaiki kenderaan yang ditarik oleh dua ekor kambing putih.

Apa yang pasti adalah Santa Claus bukanlah tokoh Gospel serta perayaan Krismas itu tidak mempunyai kaitan dengan rujukan Gospel.

Dr.Richard P. Bucher berhujah bahawa Santa Claus zaman moden merupakan hasil pencantuman beberapa sumber menjadikan ia suatu watak lagenda yang telah berevolusi berzaman-zaman lamanya. Sepanjang proses itu, unsur-unsur legenda pra-Kristian, cerita St. Nicholas, penghijrah Belanda ke Amerika, Washington Irving, Clement Moore, Thomas Nast serta syarikat Coca-Cola semuanya menyumbang terhadap proses itu.

Apakah yang ditakrifkan sebagai “Contextualization”? Memetik daripada Rev Ralph Allan Smith
“Hesselgrave dan Rommen memilih tiga cadangan awal;

1. Kami memahami istilah ini bermaksud membentuk konsep yang selari dengan sesuatu keadaan tertentu.(Byang H Kato)

2. Terjemahan unsur Gospel ke dalam bentuk lisan yang bermakna kepada orang-orang berlainan budaya dalam persekitaran mereka tersendiri.(Bruce J Nicholls)

3. Contextualization digunakan dengan betul bermakna membongkar implikasi sah Gospel di dalam satu satu keadaan. Ia lebih mendalam daripada aplikasi. Aplikasi, saya boleh lakukan atau tidak lakukan tanpa menjejaskan teks Gospel. Implikasi, dituntut oleh penelitian yang tepat terhadap teks ( George W. Peters ).
Menurut Conn , kita mesti menimbang “rangka presuppositional ” itu sendiri dengan ” penghakiman kata-kata Tuhan.  Untuk contexualize mesej Gospel ke dalam bahasa budaya yang lain, kita perlu keluarkan unsure-unsur yang wujud disebabkan oleh “cutural bias” kita sendiri.  Kita juga adalah sebahagian daripada matriks budaya yang merangkumi unsur-unsur anti-Kristian yang menghalang penyebaran Gospel kepada orang lain.”

Kita dapat melihat agama Kristian telah lama menggunakan kaedah contextualization. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan kebenaran, atau menghormati kesucian Rukun agama lain, dalam hal ini merujuk kepada nama Yang Maha Esa ALLAH, tetapi sebagai kaedah mentrampilkan agama Kristian sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh penganut agama lain yang mempunyai rukun kepercayaannya sendiri.

Untuk menjadikan lebih mudah diterima, istilah dan konsep yang  biasa digunapakai oleh masyarakat yang menjadi sasaran pendakwah itu diambil and digunakan, supaya kepercayaan Kristian diterima dengan senang.

Justeru, penghasilan buku Gospel dalam Bahasa Arab Al-Quran. Jelas kelihatan desakan menggunakan nama Allah merupakan satu strategi Kristianisasi .

Maka tidak jauh tersasarlah jika kita membuat kesimpulan mengenai persoalan apakah motivasi gereja Kristian Malaysia membuat tuntutan untuk menggunakan nama ALLAH dalam bahan bercetak mereka di kalangan masyarakat Melayu/Islam.

Begitu juga apakah motivasi mewujudkan kitab Gospel dalam bahasa Arab Al-Quran, atau mengadakan upacara keagamaan (service) pada hari Jumaat (seperti yang berlaku di Indonesia) dan bukannya pada hari Ahad.

IMCA berpandangan bahawa permintaan gereja Kristian Malaysia untuk menggunakan nama Allah adalah sebahagian daripada strategi contextualization yang telah lama digunakan, suatu strategi untuk mempengaruhi orang Melayu Islam untuk murtad daripada Islam. IMCA ingin menegaskan bahawa bukanlah niat kami untuk memperkecilkan kepercayaan Kristian.

IMCA dengan rendah diri meminta penganut Kristian Malaysia yang mencintai Tuhan untuk menimbang semula pendirian mereka dan menjunjungi jalan Kebenaran Kristian. Kami yakin bahawa orang Kristian yakin akan keteguhan agama mereka dan kebenaran iman mereka. Mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal, tanpa mengubahsuaikannya dengan istilah-istilah dan konsep yang lebih sedap didengar oleh orang bukan Kristian.

Kami memohon kepada penganut Kristian yang mendakwa diri mereka sebagai orang yang beriman, yang juga melafazkan Kebenaran supaya ikhlas dengan Kebenaran itu. “Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramaic bagi Tuhan yang dikatakan digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan kata Melayu” (Prof Al Aidrus).
Keikhlasan menuntut supaya mereka mencari penyelesaian kepada masalah ini berdasarkan Kebenaran dan fikiran yang waras.

Kami meminta mereka menarik balik tindakan dan tuntutan mereka, di atas nama KEBENARAN. Kami meminta mereka teguh dan konsisten dalam menggunakan nama Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Gospel Aramaik, bukan apa sahaja yang mereka gemari, kerana Gospel Aramaik adalah asas kepercayaan mereka.

Manusia hari ini terlalu banyak masalah. Kita berdepan dengan begitu banyak penderitaan, kebuluran, pembunuhan dan ketidakadilan.

Adalah lebih bermanfaat jika semua makhluk yang mengasihi Tuhan untuk menumpukan usaha untuk kebaikan manusia sejagat.

Menghormati setiap budaya dan kepercayaan sesama sendiri akan mengurangkan konflik dalam dunia yang sudahpun dipenuhi penderitaan. Kami meminta KEAMANAN.

Marilah kita bersama berusaha ke arah KEAMANAN dengan nama Tuhan.
 
Sheikh Kareem
Secretary General
International Muslim Consumer Association
Kuala Lumpur 5 Sept 2013

(Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Maksud asal artikel ini telah dipelihara sebaik mungkin oleh penterjemah. Namun begitu beberapa istilah yang spesifik mungkin tidak dapat dialihkan secara tepat.)

30 November 2012

MELAYU ITU ISLAM!

(Adakah persamaan logo hak asasi sedunia anjuran Yahudi dengan logo kempen pilihanraya Demi Rakyat PKR itu satu kebetulan atau sebenarnya satu acuan fikrah perjuangan?)

Salam 2 all.

Dimanakah kekuatan bangsa Melayu? Pada ekonominya kah? Pada kekuasaannya kah? Pada jumlahnya kah?

Sebenarnya kekuatan bangsa Melayu terletak kepada huruf 'Mim'! Huruf pangkal dalam perkataan 'Melayu' - 'Mim Lam Alif Ya Wau'! Tanpa 'Mim', dia akan jadi 'Lam Alif Ya Wau - Layu'! Dengan 'Mim' ia menjadi 'Melayu'!

Apa itu 'Mim'? Ia bermakna 'Muslim'! Melayu itu Muslim. Melayui itu Islam! Disitu lah letaknya kekuatan bangsa Melayu; iaitu pada agamanya - Islam!

Dan itulah uniknya bangsa Melayu di Malaysia ni. Bangsa Melayu Malaysia adalah satu-satunya bangsa didunia ini yang kewujudannya dikaitkan dengan agama! Dan Melayu adalah satu-satunya bangsa didunia ini yang ditakrifkan menurut undang-undang, dan diperuntukkan didalam Perlembagaan sebagai wajib beragama Islam!

Tanpa Islam seseorang itu tidak boleh mengaku Melayu; malah akan gugur status Melayu nya!

Begitu unik bangsa Melayu ini, hinggakan bangsa 'Arab, bangsa yang diturunkan para anbiya, tidak mendapat keistimewaan dikaitkan kewujudannya dengan Islam!

Maka sebarang usaha untuk memberi kebebasan kepada bangsa Melayu untuk memilih dan menukar agamanya kepada selain Islam adalah sebenarnya usaha halus untuk menghapuskan bangsa Melayu! Ianya wajib ditentang habis-habisan!

Mungkin ada suara sumbang diluar sana akan mendakwa mengapa bangsa Melayu didiskriminasikan hak untuk memilih agama! Mungkin juga ada suara songsang diluar sana yang akan memfitnah bahawa hak Melayu memilih untuk Islam atau tidak dibenarkan oleh Al Quran - la iqro hafiddin - kata suara sumbang dan songsang ini!

La iqro hafiddin - Al Baqarah 256: tiada paksaan dalam beragama! Nah, bukankah begitu jelas kata para sumbangsat dan songsangsat ini bahawa ALLAH sendiri yang memberi kebebasan untuk bangsa Melayu memilih atau menukar agama selain Islam. Kata para sumbangsat ini, orang Melayu tidak wajar dipaksa memilih atau kekal sebagai Islam! Itu melanggar hak asasi, itu bercanggah dengan kebebasan sejagat!

Kalau kita menggunakan sedikit akal yang ALLAH beri, kita akan dapati hujah itu jelas songsang dan sumbang! Rasionalnya? ALLAH menurunkan Al Quran kepada Rasulullah saw untuk menyampaikan satu risalah tauhid; iaitu memperbetulkan aqidah manusia yang sudah sesat daripada mensyirikkan dan memberhalakan ALLAH kepada menyembah ALLAH Yang Maha Esa melalui agama Islam!

Nah, agama apa selain Islam yang mentauhidkan ALLAH! Yang mengesakan ALLAH! Tidak ada agama lain selain Islam!

Jadi dimana logiknya ALLAH yang menurunkan Al Quran supaya manusia mentauhidkan ALLAH melalui agama Islam tiba-tiba memberi kebenaran kepada manusia termasuk Melayu untuk memilih agama selain Islam! Agama lain yang mensyirikkan ALLAH! Agama lain yang memberhalakan ALLAH! Agama lain yang mematungkan ALLAH!

Langsung tidak masuk akal! Langsung tidak logik! Langsung bercanggah dengan fikiran yang waras! Yang jelasnya ia satu pandangan yang songsang dan luar tabi'e! Yang hanya boleh difikirkan oleh manusia yang songsang dan luar tabi'e!

Nah, agama apa selain Islam yang mentauhidkan ALLAH! Yang mengesakan ALLAH! Tidak ada agama lain selain Islam!

Jadi dimana logiknya ALLAH yang menurunkan Al Quran supaya manusia mentauhidkan ALLAH melalui agama Islam tiba-tiba memberi kebenaran kepada manusia termasuk Melayu untuk memilih agama selain Islam! Agama lain yang mensyirikkan ALLAH! Agama lain yang memberhalakan ALLAH! Agama lain yang mematungkan ALLAH!

Langsung tidak masuk akal! Langsung tidak logik! Langsung bercanggah dengan fikiran yang waras! Yang jelasnya ia satu pandangan yang songsang dan luar tabi'e! Yang hanya boleh difikirkan oleh manusia yang songsang dan luar tabi'e!

Apa pun, kita bangsa Melayu wajib bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan kita bangsa Melayu ni'mat dan anugerah keistimewaan wajib beragama Islam; sehingga diperuntukkan didalam Perlembagaan dan undang-undang! Ni'mat dan keistimewaan yang tidak ALLAH beri kepada bangsa lain, hatta bangsa 'Arab itu sendiri!

Sebab itu wajib bagi orang Melayu menentang golongan yang cuba memperjuangkan hak kebebasan bangsa Melayu untuk memilih agama selain Islam! Orang Melayu wajib menghapuskan golongan songsang dan luar tabi'e ini! Orang Melayu wajib mencegah golongan songsang dan sesat ini termasuk rakan sekongkol dan sebantal mereka! Wajib!

Dan peluang terbaik untuk orang Melayu menentang, menghapuskan dan mencegah kaum songsang ini ialah dengan menolak mereka dalam PRU 13 nanti!

Satu undi untuk mereka bermakna keredhaan untuk Melayu dimurtadkan!

Satu undi untuk mereka bermakna persetujuan untuk Melayu dikafirkan!

Satu undi untuk mereka bermakna kesediaan melihat Melayu dihapuskan!

Hargai lah undi mike yop! Jangan jadikan undi mike sebagai pembuka kunci kepada kemurkaan ALLAH! Jangan jadikan undi mike sebagai alasan untuk dila'nat ALLAH! Jangan jadikan undi mike sebagai jalan menuju ke neraka ALLAH!

Yang baik datangnya daripada ALLAH; yang tidak datangnya daripada kelemahan teman sendiri yop!

Wallahua'lam & Wassalam!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 Muharram 1434
30 Nov 2012

29 November 2012

MELAYU SESAT?

(Bila agamawan menjadi bisu, umat pasti menjadi lesu-gambar hiasan)
Salam 2 all.

Melayu itu Islam! Melayu wajib Islam! Itulah peruntukkan Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mengkanunkan apa yang sudah diterima-pakai sekian lama.

Bertuah benar bangsa Melayu kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikanunkan kewujudannya dengan agama Islam. Alangkan bangsa Arab bumi anbiya pun tidak mendapat keistimewaan itu.

Malangnya dengan asakan dan gasakan daripada agama baru kebebasan tanpa had dan hak asasi kemanusiaan yang dipelopori zionis dan barat, muncul fahaman baru liberalisma dan pluralisma yang antaranya menuntut manusia kesemuanya wajib diberi kebebasan memilih agamanya!

Maka muncul juak-juak mereka dikalangan bangsa Melayu sendiri yang beriya-iya mahu memusnahkan bangsanya dengan menjuarai perjuangan konon mahu membebaskan bangsa Melayu daripada agama Islam!

Hampir sepakat para ulama, termasuk ulama nusantara yang kesal dengan pendirian sedemikian! Apatah lagi pandangan itu dilapik dan diselimutkan dengan ayat-ayat Quran! Kononnya laa iqro hafiddin - konon Al Quran sendiri membenarkan bangsa Melayu kebebasan memilih agama selain Islam!

Al Quran yang diturunkan melalui Rasulullah saw membawa risalah Islam untuk memperbetulkan aqidah umat manusia yang sesat dengan mempertuhankan selain ALLAH Maha Esa difitnah sebagai membenarkan umat  Islam untuk memilih agama selain Islam!

Alhamdulillah muncul para ulama, termasuk di nusantara ini, yang membantah dan membantai pandangan songsang sedemikian. Malah difatwakan sebagai sesat pandangan liberal dan plural ini. Antaranya ialah Imam Besar Masjid Negara Indonesia, Masjid Istiqlal, sebuah masjid terbesar di Asia Tenggara, di negara umat Islam terbesar didunia!

Prof Dr. Ali Mustafa Yaqub, seorang ulama muhaddisin dan pakar hadis, menegaskan bahawa pandangan membenarkan Melayu-Islam kebebasan memilih agama selain Islam adalah satu pandangan sesat! Yang pengemukanya wajib bertaubat!

Ikuti pandangan ikhlas dan jelas Prof Dr. Ali Mustafa Yaqub saperti yang dilapurkan di www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=712634.

Semoga kita semua mendapat menafaat daripada pandangan beliau!

Wallah hua'lam bissawab!

Jazakallah & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
15 Muharram 1434
29 Nov 2012

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=712634)

SESAT JIKA KATA ORANG ISLAM BEBAS PILIH AGAMA: IMAM BESAR ISTIQLAL
Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 28 Nov (Bernama) -- Orang Islam yang mengatakan bahawa orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Prof Dr Ali Mustafa Yaqub.

"Orang (Islam) yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.

"Apalagi kalau dia (orang Islam) katakan semua agama sama, mahu masuk, keluar (agama) dipersilakan, boleh menjadi kafir," katanya ketika ditemui di sini.

Prof Dr Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis, adalah imam besar di masjid negara Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.

Beliau diminta memberi pandangan tentang polemik berhubung kenyataan kontroversi baru-baru ini tentang pengertian sepotong ayat al-Quran yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama" serta kaitan dengan pandangan mengenai kebebasan beragama bagi orang Melayu di Malaysia.

Di Malaysia, orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam.

Ayat "tiada paksaan dalam agama" itu kata Prof Dr Ali Mustafa hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa masuk Islam tetapi setelah mereka memilih masuk Islam, mereka wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Islam.

"Analoginya begini, ada orang mahu masuk rumah, mahu masuk dipersilakan, tak masukpun dipersilakan, saya tak memaksa anda untuk masuk ke dalam rumah saya, tetapi kalau anda masuk ke rumah saya, anda mesti mengikuti aturan-aturan di rumah saya, seperti itu," katanya.

Beliau berkata orang yang berfahaman liberal mungkin keberatan dengan perkara itu kerana ia seolah-olahnya tidak menjunjung kebebasan hak asasi.

"Jawapan kepada persoalan itu ialah Islam tak menyuruh kamu untuk masuk Islam. Kamu mahu pilih menjadi kafir dipersilakan, itukan hak asasi kamu, tapi kalau sudah masuk (Islam), ikutilah aturan-aturan Islam.

"Kalau dah masuk Islam tapi masih mengikuti aturan yang bukan Islam, itukan kacau semuanya nanti itu," katanya.

Prof Dr Ali Mustafa berkata meskipun umat Islam di Malaysia tidak banyak seperti di Indonesia yang pada masa ini merupakan masyarakat Islam terbesar di dunia, tetapi umat Islam di Malaysia tetap dengan keIslamannya terutama orang Melayu.

Kepada isu lain, Prof Dr Ali Mustafa berkata perbuatan mendoakan kehancuran saudara sesama Islam hukumnya haram.

Beliau berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mendoakan yang buruk walaupun kepada orang bukan Islam, apa lagi kepada sesama Islam.

"Haram kalau kita mendoakan umat Islam untuk dilaknatkan begitu. Jangan mendoakan orang untuk diberikan laknat seperti itu, nanti salah-salah malah doa itu berbalik kepada diri kita," katanya.

Prof Dr Ali Mustafa diminta pandangan mengenai kontroversi yang timbul di Malaysia berhubung perbuatan mendoakan kehancuran Umno, yang dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai merugikan umat Islam sendiri terutamanya daripada segi imejnya kepada orang bukan Islam.

-- BERNAMA
JAKARTA 28 Nov. - Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
“Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.
“Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,’’ katanya ketika ditemui di sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud ‘tiada paksaan dalam agama’, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_01/Taubat-mohon-keampunan-Allah#ixzz2DaVuemGH
© Utusan Melayu (M) Bhd
JAKARTA 28 Nov. - Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
“Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.
“Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,’’ katanya ketika ditemui di sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud ‘tiada paksaan dalam agama’, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_01/Taubat-mohon-keampunan-Allah#ixzz2DaVuemGH
© Utusan Melayu (M) Bhd
JAKARTA 28 Nov. - Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
“Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.
“Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,’’ katanya ketika ditemui di sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud ‘tiada paksaan dalam agama’, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_01/Taubat-mohon-keampunan-Allah#ixzz2DaVuemGH
© Utusan Melayu (M) Bhd

15 January 2011

ENEMY OF STATE: THE TOOLS OF EVIL

(Pertemuan bersejarah pemimpin Melayu-Islam dibawah naungan Tuanku YDP Agong pada hari Jumaat 18 Muharram 1432 / 24.12.2010 sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam)

Salam 2 all.

Kebetulan teman berkesempatan menonton filem "Lawrence of Arabia" keluaran penerbit Yahudi Steven Spielberg, yang mengisahkan tentang peranan seorang pegawai tentera British Lieutenant T.E. Lawrence yang memainkan peranan besar dalam melaga-lagakan umat Islam Hijjaz supaya menentang pemerintahan Khilafiah Usmaniah di Istanbul, sehingga beliau terkenal dengan gelaran "Lawrence of Arabia" dalam gedung sejarah barat.

Lieutenant T.E. Lawrence memainkan peranan jarum halus mempengaruhi umat Islam Hijjaz tentang keburukan pemerintahan Khilafah Usmaniah; rasuah, salahguna kuasa, berpoya-poya, dan tidak mengikut Islam. Dia meracunkan pemikiran umat Islam Hijjaz supaya mempertikai khalifah dan para ulama' dibawah pemerintahan Usmaniah. Akhirnya dia menggunakan para 'ulama dan pejuang Islam di Hijjaz untuk bangkit menentang pemerintahan Khalifah. Akhirnya pemerintahan Khilafah Usmaniah di Istanbul tumbang, Hijjaz berpecah dan menjadi negara sendiri dikenali sebagai Sa'udi Arabia, dan beberapa negara kecil lain saperti Jordan, Syria, Emirat Arab Bersatu dan lain-lain. Akhirnya umat Islam hancur dan rosak, sehingga kini tidak bangkit-bangkit lagi.

Dan itulah yang sedang dibuat dan didalangi oleh kepimpinan DAP sekarang ini, khususnya di Selangor Darul Ehsan. Strategi dan taktik mereka sangat halus, dan tidak akan dapat dilihat oleh mata kalkatu, tetapi bagi yang mempunyai sedikit nur iman, dengan petunjuk ALLAH, akan dapat melihat dengan jelas betapa bahayanya kedudukan kita umat Islam sekarang.

Menggunakan isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor, mereka memainkan gendang kompang bahawa perlantikan itu sebenarnya membelakangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Sehingga rakyat dibohongi dengan kenyataan konon Tuanku bertitah bahawa "Tuanku tiada kuasa menerima atau menolak perlantikan itu". Menggunakan titah tunaku yang diputarbelit dan dibohongi itu, maka mereka mencanang ke seluruh negara bahawa "kami mahu mengembalikan kuasa Sultan", dan untuk itu mereka merancang mengadakan sidang haram pada 24 Januari 2011 untuk meminda undang-undang tubuh Kerajaan Selangor.

Persoalan pertama yang perlu rakyat sedar ialah, benarkah mereka mahu mengembalikan "kuasa Raja Melayu"? Apakah kita lupa antara dalang paling besar yang menentang kuasa Raja-Raja Melayu ialah Karpal Singh & Lim Kit Siang. Masih ingat peristiwa "krisis Perlembagaan" tahun 1980an, siapa dalang yang beriya-iya menyokong tindakan bodoh Kerajaan semasa itu (yang termasuk Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama UMNO masa itu) untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu? Cuba lihat balik tindak-tanduk Karpal & Kitsiang masa itu? Dan hari ini mereka mahu meminda Perlembagaan Selangor konon untuk mengembalikan kuasa Raja Melayu? Hanya kalkatu yang buta lagi bodoh yang akan terperangkap dengan mainan politik yang menjahanamkan ini!

Karpal, Kitsiang dan kepimpinan DAP sudah berjaya menjadikan Anwar dan juak-juaknya sebagai lembu tunggangan mereka. Jangan lupa Pengerusi DAP Karpal Singh peguam yang akan menentukan nasib pembelaan kes liwat Anwar terhadap stafnya Saiful Bukhori Azlan. Sedangkan inilah Karpal yang sama yang membuat pendedahan tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim didalam Parlimen pada 22.10.1997. Inilah Karpal yang sama yang memaklumkan kepimpinan PAS bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat sehingga mereka melabel Anwar "Al-Juburi". Inilah Karpal yang sama yang membuat pendedahan di Federal Hotel mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan homoseks & liwat. Inilah Karpal yang sama yang menjadi peguam menasihatkan Azizan (mangsa liwat Anwar). Inilah Karpal yang sama yang mendesak Anwar bertaubat dan berundur apabila pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan inilah Karpal yang sama yang menentang keras perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Pendekkata, Anwar adalah dalam genggaman mereka!

Apa yang mereka perlu buat sekarang ialah melumpuhkan sistem dan institusi Raja-Raja Melayu, sebagai benteng terakhir bangsa Melayu beragama Islam dalam negara yang dulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Berbalik kepada cadangan pindaan itu, teman dimaklumkan bahawa rancangannya ialah untuk meminda Fasal 52 Undang-Undang Tubuh Negeri dengan memasukkan klausa berbunyi saperti berikut:

"Artikel 52 di Bahagian Kedua Undang-Undang Perlembagaan Selangor 1959 adalah dipinda dengan memasukkan klausa berikut:

'Bahawa Tuanku Sultan hendaklah, apabila menerima cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang ditubuhkan dibawah Bab 10 melantik seseorang yang dinamakan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan cop mohor dan meterai Tuanku Sultan".

Nampak cukup cantik lagi menawan. Saperti Tuanku Sultan yang berkuasa menentukan siapa yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang & Pegawai Kewangan Negeri. Tapi betul kah? Cuba perhatikan provisonya pula:

" Tertakluk kepada syarat Tuanku Sultan hendaklah, sebelum bertindak diatas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri itu, menerima nasihat Menteri Besar dan boleh merujuk kembali kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri untuk dipertimbangkan semula".

Tak jelas lagi? Walaupun nampak atas kertas sapertinya Tuanku Sultan yang berkuasa melantik SUK dan lain-lain, tetapi sebenarnya kuasa mutlak dan muktamad ialah pada Menteri Besar! Dari segi undang-undang, kesan pindaan saperti itu sebenarnya meletakkan Tuanku Sultan dibawah telunjuk dan arahan "nasihat Menteri Besar", yang mengikut peruntukkan lain didalam undang-undang, Tuanku Sultan wajib menerima nasihat Menteri Besar!

Pokok pangkalnya, pindaan yang dicadang ini sebenarnya menurunkan taraf Tuanku Sultan sebagai kuda tunggangan Menteri Besar sahaja. Tuanku Sultan wajib mengikut telunjuk dan hawa nafsu serta kehendak Menteri Besar! Nama Tuanku Sultan akan menjadi penghias dan perisai mereka untuk melantik orang yang boleh diperlembukan oleh mereka. Dan kalau Menteri Besar hanya sekadar lembu yang dicocok hidung oleh puak cauvinis & rasis ini, boleh bayang apa nak jadi? Menteri Besar akan sekadar menjadi pepatung wayang kulit yang dicanai kekiri & kekanan, kedepan & kebelakang, keatas & kebawah oleh Tukang Karut yang mendalanginya! Ringkasnya, Tuanku Sultan akan menjadi kuda tunggangan kaum cauvinis & rasias ini!! Kalau umat & rakyat tidak nampak mainan politik kotor dan cauvinis ini, teman tak tahu nak kata apa lagi!

INI SATU PENGHINAAN BESAR KEPADA BANGSA MELAYU DAN INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU! MENERIMANYA SAMA SAPERTI MENANDATANGANI WARAN MATI KEPADA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DAN SURVIVAL BANGSA MELAYU! PERIOD!

Apa yang umat Islam dan rakyat Malaysia perlu sedar ialah tindak-tanduk mempertikaikan institusi-insitusi utama negara ini sebenarnya adalah perancangan halus musuh-musuh negara untuk memporak-perandakan dan menghancurkan negara ini. Ada pihak luar sebenarnya yang mahu melihat umat Islam dan negara ini hancur, sebagaimana hancurnya negara-negara umat Islam yang lain. Setelah menjahanamkan dan menghancurkan institusi badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Institusi Mufti & Mahkamah Syariah, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kini mereka beralih kepada benteng terakhir bangsa Melayu iaitu Raja-Raja Melayu! Dan yang paling malang, ada segelintir bangsa Melayu yang sanggup bersekongkol dan bersedia menjadi barua & balaci mereka untuk menjahanamkan agama & bangsa sendiri!!

Sedangkan kita orang Melayu yang beragama Islam sudah diperingatkan oleh firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya sekali-kali tidak akan redho Yahudi & Nasara (kaafiruun) kepada kamu (umat Islam) selagi kamu tidak mengikut cara mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang sebenarnya. Tetapi jika kamu mengikuti cara kehidupan mereka, setelah datang kepada mu 'ilmu (dan kebenaran), tidak adalah ALLAH sebagai pelindung dan penolong bagimu".

Ayat ini jelas memberikan peringatan kepada kita umat Islam tentang hati perut golongan kafir, terutamanya kafir harbi, yang tidak akan senang dan redho dengan kita umat Islam selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka. Dan mereka akan menggunakan pelbagai cara, strategi dan taktik untuk menghancurkan dan merosakkan kita. Dan kita disuruh berpegang kepada petunjuk Al Quran; dan jika kita memilih mengikut telunjuk kafiiruun ini, maka ALLAH tidak akan membantu dan menolong kita. Dan kalau ALLAH tidak membantu dan menolong kita, nantikanlah sa'at kehancuran kita, na'uzubillah min zaalik!

Secara licik, konsisten dan sitematik mereka memasukkan jarum-jarum halus untuk memperlekeh dan mempertikai institusi Raja-Raja Melayu. Dalam strategi ini, musuh-musuh negara ini tahu kalau mereka menyerang Raja-Raja Melayu secara terbuka, umat Islam bangsa Melayu akan bangkit menentang mereka. Jadi apa yang mereka buat ialah dengan memperlekeh dan mempertikai institusi disekeliling Raja-Raja Melayu. End-game nya ialah untuk menunjukkan Raja-Raja Melayu sebagai korup, rasuah, salahguna kuasa dan menjadi boneka UMNO-BN.

Sebab itu mereka tidak mempertikai YDP Agong secara langsung, mereka tidak akan berani. sebaliknya mereka mempertikai pembinaan Istana Negara yang baru. Walaupun projek itu sebenarnya telah diluluskan secara sah pada kos tender RM650 juta, dan terdapat penambahan kos apabila keperluan membina fly-over dari Jalan Duta untuk memasuki kawasan Istana Negara dengan kos tambahan RM150 juta, menjadikan ianya RM800 juta. Tetapi diputarbelitkan isu itu kononnya ianya isu kontrak, bukan isu Raja Melayu. Tetapi kalau kita tengok di media-cyber yang pro-pembangkang, kita akan sedar bahawa mereka menggunakan isu itu untuk menyerang Raja-Raja Melayu, termasuk YDP Agong. Kononnya Raja Melayu dah sapu hampir RM1 billion kedalam kantung mereka, kononnya UMNO dan BN telah membeli Raja-Raja Melayu ini dengan projek dan kontrak!!

Begitu juga apabila mereka menyerang Sultan Perak dalam isu Kerajaan DAP Perak. Mereka mendakwa konon Tuanku tidak mengikut kehendak rakyat. Sedangkan hakikatnya Tuanku Sultan Perak, seorang bekas Ketua Hakim Negara, telah mematuhi kehendak undang-undang dengan jelas. Semasa isu timbul untuk melantik Menteri Besar selepas 08 Mac, Tuanku telah memanggil semua ADUN untuk mengenal pasti mereka menyokong siapa. Walaupun kalau dilihat dari segi parti, BN yang mempunyai lebihan kerusi kerana parti lain iaitu PAS, PKR dan DAP masing-masing tidak mendapat cukup kerusi. Kalau benar Tuanku boneka UMNO/BN. Tuanku sudah boleh menggunakan kuasa melantik Tajul Rosli kerana partinya BN yang paling banyak kerusi berbanding parti lain. Tuanku boleh ketepikan "pakatan rakyat" kerana ia bukan parti berdaftar, ianya sekadar nama diawang-awangan. Tetapi sebagai Raja yang bertindak diatas undang-undang dan Perlembagaan, Tuanku mendapatkan dahulu pendirian kesemua ADUN yang akhirnya majoriti tipis memilih Nizar Jamaludin. Maka Tuanku memberi perkenan Nizar menjadi Menteri Besar.

Jadi apabila tiga ADUN daripada DAP & PKR hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti mereka, Nizar sudah hilang majoriti. Maka menjadi tanggunjawab Tuanku sebagai Raja untuk memanggil semula semua ADUN dan mendapatkan pendirian mereka. Itulah prosedur yang digunapakai oleh Tuanku semasa melantik Nizar, dan prosedur yang sama diguna melantik Zambry Abdul Kadir. Apa yang nak melentingnya. Soal ADUN mereka keluar parti dan menyokong BN tidak menjadi isu, kerana kebetulan beberapa minggu sebelum itu bila ADUN BN (Parit) Dato' Nasarudin melompat dari BN ke PKR, mereka berkompang sakan dan menyambut beliau sebagai hero! Malah pada masa itu manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan juga sedang rancak memujuk Ahli Parlimen BN supaya melompat ke PKR. Takkan kamu buat halal, orang lain buat haram kot!? Tetapi mereka memutarbelitkan isu itu untuk memperlekeh dan mempertikai institusi Raja-Raja Melayu.

Apa pun, end-game mereka ialah insitusi Raja-Raja Melayu mesti diperlekeh dan dipertikai sampai keperingkat orang Melayu hilang kepercayaan dengan Raja mereka sendiri. Dan akhirnya nanti, orang Melayu, terutamanya yang menjadi barua dan balaci mereka, akan dengan sendiri menjatuhkan Raja-Rajanya. Sebiji sama dengan apa yang dibuat oleh Lawrence dan British la'natullah di Hijjaz terhadap Khilafah Usmaniah di Istanbul. Saperti yang dibuat oleh Bush terhadap di Afghanistan, Iraq dan banyak negara umat Islam yang lain. Dan selepas jatuh, barulah umat Islam terbeliak dan ternganga. Kini sudah ada suara umat Islam saperti di Iraq yang menyatakan lebih baik hidup zaman Sadam Hussein daripada zaman "reformasi dan pembebasan ini". Tetapi nasi sudah menjadi bubur, yang sepatutnya menjadi i'tibar dan pengajaran kepada kita umat Islam yang lain.

Nasihat teman kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, kembalilah kepada Al Quran & Sunnah. Itulah neraca pertimbangan yang benar dan haq, tiada yang benar & haq melainkan Al Quran, petunjuk bagi manusia, petunjuk menuju ketaqwaan, pembeza antara yang haq & batil, benar & palsu, adil & zalim, dosa & pahala, pembeza diantara yang mana Islam, yang mana kafir. Neraca Al Quran jelas menunjukkan kepada kita bahawa parti bia-DAP, cauvinis dan rasis ini, kepimpinan kafir yang secara terang-terang menolak Islam "over my dead body" ini adalah musuh sebenar bagi umat Islam. Tiada dolak-dalik, tiada putar-pooSingh!

Cubaan mutakhir untuk memperkudakan Tuanku Sultan Selangor ini perlu ditentang habis-habisan. Jangan kita biarkan sehingga ianya menjadi luka yang tidak boleh disembuhkan lagi. Jangan ulangi kesilapan umat dahulu. Terlalu terpukau dengan kekaltuan yang menyinar, akhirnya cahay itu yang membunuh mereka! Umat Islam perlu bersatu menentang konspirasi jahat ini. Mereka adalah "enemy of the State", mereka sebenarnya adalah "The Tools of Evil". Tentang mereka habis-habisan, hancurkan mereka. Mereka ini golongan yang tidak faham bahasa diplomasi, mereka tidak faham bahawa demokrasi. Mereka hanya faham bahasa yang diajar oleh Al Quran kepada kita - wa' tasimuu bihablillah hi jami 'a, walaa tafarroquu. Bersatulah dibawah naungan Al Quran, berpadulah dibawah Panji-Panji Rasulullah saw. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Moga ALLAH anugerahkan petunjuk, hidayah & istiqomah kepada kita umat Islam.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
10 Safar 1432
15 Januari 2011

03 November 2010

ADDEENUL NASIHAH

(Gambar hiasan: beginilah berakhirnya Firaun yang begitu angkuh dan sombong terhadap ALLAH. Moga menjadi iktibar kepada insan yang punya walau sekelumit keimanan)

Salam 2 all.

Sebuah akhbar telah menyiarkan lapuran dibawah mengenai nasihat Dr. Asri dan saya sendiri kepada Anwar khususnya.

Agama itu nasihat. Begitu pesan Rasulullah saw. Sebenarnya kita semua mengasihani Anwar. Dikala umurnya sudah memasuki "zon maut" saperti yang disabdakan Nabi saw, diwaktu alam kubur sudah mula menggamit, dalam usia yang beliau sepatutnya lebih menumpukan masa dan tenaga membuat persediaan ke alam barzakh, dalam keadaan anak cucu mengharapkan dapat meluang masa bermesra dengan atuknya; namun Anwar masih bergelumang dalam dunia politik yang penuh dengan pembohongan dan putar belit, berhadapan dengan pertuduhan liwat yang memungkinkan beliau menghabiskan sisa umurnya disebalik tembok dan tirai besi.

Nasihat saya kepada Anwar, yang sudah itu sudahlah. Pintu taubat terbuka luas kepada hamba yang mengharapkan maghfirah Yang Maha Esa. Letakkanlah keyakinan sepenuhnya kepada ALLAH, dan bertaqwalah dengan sebenarnya kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan membuka laluan dan ruang yang tidak pernah terfikir pun oleh kita.

Moga ALLAH mengampunkan segala kesilapan dan kelemahan saya. Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
26 Zul Qaedah 1431
03 Nobv 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

DR ASRI NASIHATKAN ANWAR BERUNDUR DARI POLITIK
ZUL NOORDIN NASIHATKAN PAS KELUAR PAKATAN

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini tidak banyak menyentuh fasal Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau tiba-tiba menasihatkan Ketua Pembangkang itu sudah sampai masanya bersara dari politik kerana zaman Anwar sudah berlalu dam perlu diganti pemimpin baru.

Antara alasan beliau, generasi baru tidak akan terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama selain bagi mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

“Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,” tulis Dr Asri di blognya.

Menurutnya lagi, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah).

“Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. Maka semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Dr. Asri berkata, samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan.

Katanya, ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini dan biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik negara dengan kadar sumbangan yang sudah dibuat.

Menariknya, pandangan beliau supaya Anwar berundur dari politik turut disokong ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin.

Malah menurut Zulkifli, beliau sendiri sudah beberapa kali menasihatkan Anwar bermuhasabah diri dan menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dia hadapi.

“Setelah melihat sendiri bagaimana Anwar sanggup menggadai agama dengan mengheret saya kehadapan Lembaga Disiplin kafir untuk membicarakan saya dalam isu kalimah Allah,”.

“Di depan mata saya juga, Anwar sanggup mengenepikan persahabatan dia dengan Datuk Seri Zahrain selama 30 tahun hanya untuk membodek Lim Kit Siang dan anaknya, saya melihat Anwar bukan lagi Anwar yang kita kenal,” ulas Zulkifli di blognya.

Beliau juga berharap kepimpinan PAS dapat melihat bahawa mereka sedang mempercatur nasib umat Islam dan agama apabila berterusan bersekongkol dengan Anwar.

“Takkan mereka tidak dapat melihat lagi sandiwara Anwar? Kalau Konspirasi 16 Sept pun Anwar boleh bohong mereka bulat-bulat, apa lagi bukti yang mereka mahu?”

“Kalau sudah dibuktikan PAS hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Anwar, pun masih lagi terkial-kial nak menari ikut rentak Anwar, saya tidak tahu apa lagi yang kepimpinan PAS mahu buktikan?,” soalnya.

Menurut Zulkifli di Pulau Pinang, Anwar langsung tidak menghormati PAS.

Satu-satunya ADUN PAS, Salleh Man pun tidak diberi muka, hanya kerana mahu menjaga Kit Siang dan Lim Guan Eng.

"Dan kami semua pun tahu bahawa Anwar cukup tidak selesa dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ketrampilan "talibannya",” ujar beliau yang dipecat daripada PKR beberapa bulan lalu.

Katanya, PAS sebuah parti yang besar, keahlian ramai, jentera mantap dan petugas yang sangat komited boleh berdiri sendiri tanpa Anwar.

“Kepada Anwar, terimalah nasihat daripada Dr. Asri dengan hati terbuka. Berlapang dadalah. Mungkin sudah taqdir Allah jawatan Perdana Menteri bukan milik Anwar. Dan menjadi Perdana Menteri bukanlah segala-galanya di muka bumi ini,” ujarnya.

02 November 2010

ESTAWOO!


Salam 2 all.

Islam ini agama yang penuh dengan keajaiban dan kepelikan. Yang jika disampaikan kepada golongan kafir yang beraqal, pasti mereka akan tertarik kepada risalah Islam.

Contohnya pengalaman saya sendiri pernah berdialog dengan seorang ibu bukan Islam yang bangga anaknya menyambut "Mothers Day" setahun sekali dengan memberi hadiah kepada si ibu. Bila saya nyatakan bahawa dalam Islam umatnya disuruh menyambut "Mothers Day" dan "Fathers Day" tiap hari 5 kali sehari, dan dengan doa "Hey ALLAH, do have pity and mercy on my mother and father as they have pity and mercy on me during my childhood", saya nampak si ibu itu terusik hati sanubarinya. Ibu mana yang tidak mahu didoakan sebegitu, yang tidak terbayar dengan hadiah semahal mana pun!! Apa kesudahan pada ibu itu, sila layari kisahnya dalam tulisan saya terdahulu.

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi keajaiban Islam yang akhirnya membawa kepada berimannya seorang kafir. Ianya berdasarkan satu email yang dihantar kepada saya oleh seorang oleh seorang sahabat cyber.

Dalam satu program televisyen dipanggil "ONE FAMILY" di MAJD channel. Dr. Yahaya Al Yahhya yang mengetuai "CALL to Islam Committee" menceritakan pengalaman beliau berdialog dengan seorang lelaki Amerika bukan Islam yang kebetulan diwaktu yang sama televisyen sedang menayangkan siaran langsung solat daripada Masjidil Haram.

Lelaki Amerika tersebut hairan bagaimana berserabut dan sesaknya suasana di Masjidil Haram, dengan hampir 3 juta manusia berhimpit-himpit dan bersesak-sesak dipenghujung Ramadhan al kareem. Lalu terpacul dari mulut lelaki bukan Islam itu, "how disorganize the Muslims are!" ("betapa berserabut orang-orang Islam ini!"). Sambil masing-masing melihat kaca televisyen, Syeikh Yahya mula bertanya kepada si kafir itu.

Syeikh Yahya: berapa lama kamu rasa jutaan Muslim ini boleh menyusun diri mereka dan berbaris lurus?

Si Kafir: 3 jam paling cepat!

Syeikh: Tetapi Masjidil Haram itu 4 tingkat tingginya!

Si Kafir: kalau macam tu, mungkin 12 jam baru boleh!

Syeikh: tapi kamu perlu ingat jutaan Muslim itu datang daripada pelbagai negara dengan bahasa yang sangat berbeza!

Si Kafir: kalau macam itu mustahil untuk mereka beratur lurus dan berdiri membuat barisan yang teratur!!

Kemudian waktu mendirikan solat pun masuk, iqamah dilaungkan, dan imam Masjidil Haram, Syeikh Abdul Rahman As Syudais melafazkan "estawoo" = rapat dan luruskan saf!!

Dan dalam hanya beberapa sa'at, jutaan umat Islam dari pelbagai negara dengan bahasa yang berbeza dikeseluruhan pelusuk Masjidil Haram yang bertingkat itu berdiri memperbetulkan saf dan beratur cantik lurus tersusun - hanya dalam sekelip mata‫ !!‬

Lelaki Amerika bukan Islam itu terpegun dengan apa yang dilihatnya dihadapan televisyen, sesuatu yang tidak pernah dilihatnya, sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya boleh dilakukan, tetapi hakikatnya berlaku dengan kehendak ALLAH sebagaimana yang beliau saksikan sendiri didalam siaran langsung dari Masjidil Haram itu, lalu beliau terus berkata:‬

"Asyhadu alla ila ha illallah, wa asy hadu anna Muhammadar rosulullah"
Aku naik saksi tidak ada tuhan melainkan ALLAH, dan Muhmmad itu utusan ALLAH!!

Begitulah suatu keajaiban yang dikisahkan oleh Syeikh Yahya Al Yahya, semoga menjadi iktibar kepada kita. Satu persoalan besar yang ingin saya tanya diri saya dan saudara/i semua, berapa ramaikah golongan kafir yang pernah mendengar seruan kita kepada mereka supaya menyembah hanya kepada ALLAH yang Maha Esa! Ingatlah, kerja da'wah itu tugas dan tanggungjawab kita, dan itulah tugas yang telah Rasulullah saw laksanakan dengan sempurna dan penuh kejayaan.

Ingatlah tanggungjawab kita menyampaikan, yang menentukan hidayah hanyalah ALLAH swt.

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
25 Zulqaedah 1431
02 Nov 2010