Showing posts with label Dato' Adzib Isa. Show all posts
Showing posts with label Dato' Adzib Isa. Show all posts

19 June 2014

AQIDAH 69

Pengkhianatan & perpecahan dikalangan umat Islam, diikuti dengan muslihat musuh yang berterusan mahu menghancurkan Islam menyebabkan Masjid Al-Aqsa terus duduk dibawah cengkaman penjajah zionis!
Salam 2 all.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan profesionalisma pasukan Polis DiRaja Malaysia dengan mengambil sikap jalan tengah kerana menghormati perintah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sibil dalam kes jagaan anak yang masuk Islam kini dimaki hamun dan dihina tanpa sebarang pembelaan;

Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa, Pengerusi MAIS yang mempertahankan keluhuran Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 dengan mengambil sikap enggan memulangkan bibel versi bahasa Melayu yang menyalahgunakan kalimah Allah kini dimaki hamun dan dinisa;

Mohd. Ridzwan Abdullah, yang telah memilih memeluk Islam dan membawa anak-anaknya bersama ke aqidah Islam, dan mempertahankan aqidah mereka dengan mendapatkan perintah jagaan daripada Mahkamah Syariah kini dimaki hamun dan dihina, dan menjadi buruan para kafir harbi dengan mengguna segala jentera dan institusi kerajaan dan bukan kerajaan, dan beliau tidak mendapat sebarang pembelaan;

Abdullah Zaik, Presiden ISMA yang cuba mempertahankan institusi Melayu dan Islam daripada serangan bertubi-tubi pelampau liberalis dan extremis kebebasan dengan mengingatkan mereka asal usul keturunan dan warisan mereka di negara bekas Persekutuan Tanah Melayu ini kini diheret ke Mahkamah dengan pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara tanpa sebarang pembelaan;

Alvivian, dua makhluk kafir yang menghina Islam dengan mempersenda dan memperlekeh bulan Ramadhan dengan mengajak umat Islam berbuka puasa dengan babi dibebaskan daripada pertuduhan dibawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan konon atas alasan Seksyen itu tidak terpakai kepada non-Muslim;

Empat makhluk 'berjubah-purdah' daripada parti yang mengaku Islam mendesak supaya kuasa dan bidangkuasa MAIS mengenai Islam dan hal-ehwal Islam di Selangor dihapuskan dan mendabik dada konon ianya boleh dilakukan kerana persekongkolan DAP-PKR-PAS mempunyai majoriti 2/3 dalam DUN Selangor untuk menggubal undang-undang penghapusan kuasa MAIS itu;

Apa yang jelas daripada huraian diatas?

Bahawa hadis Rasulullah saw telah terjadi dihadapan mata kita.

Sabda Rasulullah saw yang maksudnya boleh dirumuskan seperti berikut, 'akan datang suatu masa kelak remaja kamu fasik, wanita kamu menderhaka, dan kamu meninggalkan jihad. Kamu tidak melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Malah lebih teruk yang mungkar jadi ma'ruf, dan yang ma'ruf jadi mungkar. Malah lebih parah kamu disuruh  buat yang mungkar, dan kamu ditegah buat yang ma'ruf"!

Iman umat Islam akhir zaman sudah jadi tunggang terbalik. Syariat umat Islam akhir zaman sudah jadi caca marba. Aqidah umat Islam akhir zaman sudah jadi Aqidah 69.

Na'uzubillah min zaalik!.

Melihat kepada keadaan semasa, saya teringat pesan Rasulullah saw yang telah saya ulang saban kali, akan datang suatu masa nanti, memilih kehidupan Islam diakhir zaman umpama mengenggam bara api. Kamu akan dilihat pelik dan asing, dan kamu akan dilayan pelik dan asing.

Kini kita sebenarnya sedang meniti zaman itu. Tan Sri Khalid sedang melalui zaman itu. Dato' Adzib sedang melalui zaman itu. Ridzwan sedang melalui zaman itu. Abdullah Zaik sedang melalui zaman itu. Dan saya jangka ramai lagi pejuang dan aktivis yang mahu memperkasa, membela dan mempertahankan Islam akan melalui zaman itu.

Penjara itu peluang beruzlah, dibuang daerah itu peluang berhijrah, dihukum gantung itu peluang untuk syahid - mungkin itu sahaja ruang yang akan tinggal kepada kita para pejuang dan pencinta Islam akhir zaman ini.

Mungkin sudah tiba masanya umat Melayu-Islam menggunakan senjata yang kita jarang gunakan selama ini - DOA!

Doa itu senjata muqmin!

Marilah kita bersama-sama mendirikan solat hajat, dan kalau boleh didalam bulan Ramadhan 1435 yang bakal menjelang ini, kita bangkit mendirikan solat hajat tiap hari, dan membaca doa qunut nazilah dalam tiap solat fardhu dan sunat, memohon kepada Allah supaya memelihara iman dan aqidah kita, memelihara agama kita, dan melindungi waris zuriat kita daripada malapetaka aqidah yang sedang melanda; dan diwaktu yang sama kita memohon kepada Allah supaya menghancur-musnahkan anjing-anjing mungkar dan kebatilan dan anak-anak dajjal yang sedang berkeliaran dimuka bumi kita ini.

'Ya Allah, sesungguhnya kami menyerahkan segala tengkok musuh kami kepada Mu, kami berlindung dengan Mu daripada segala kejahatan mereka;

Ya Allah, kembalikanlah tipudaya dan muslihat mereka kepada mereka, hancurkanlah kesatuan mereka, pecah-belahkan sesama mereka dan goncangkanlah pendirian mereka;

Ya Allah, hantarkanlah bala tentera Mu keatas mereka, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Perkasa, wahai Tuhan yang Maha Pembela, wahai Tuhan yang memiliki ketinggian dan kemuliaan;

Ya Allah Tuhan yang menurunkan kitab Al-Quran, ya Allah Tuhan yang mengarakkan awan, wahai Tuhan yang menghancur-lumatkan tentera ahzab dab musuh-musuh Islam, hancur-lumatkanlah mereka dan bantulah kami mengalahkan mereka;

Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada Islam dan umat Islam, kehinaan kepada syirik dan musyrikin, kufur dan kafirin, nifaq dan munafiqin, kezaliman dan dholimun, dan mereka yang bertopengkan Islam, sesat lagi menyesatkan;

Ya Allah, berikanlah pertolongan dan bantuan kepada kami dalam menghadapi mereka yang mengugut-ugut dan menakut-nakutkan kami, serta menyekat dan menghalang kami kepada jalan Mu ya Allah;

Ya Allah, janganlah Kau tinggalkan kami dalam keadaan sakit kecuali Kau sembuhkan penyakit kami, tiada dalam keadaan berdukacita melainkan Kau hilangkan kedukacitaan kami, tiada dalam keadaan dizalimi melainkan Kau memberikan pertolongan, tiada dalam keadaan berhajat melainkan Kau tunaikan hajat-hajat kami;

 Ya Allah, sekiranya Kau tidak mengasihani kami, nescaya kami termasuk didalam golongan orang yang rugi. Kurniakanlah kepada kami kebaikan didunia, kebaikan di akhirat, dan lindungi kami dariapad 'azab ap neraka;

Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan bantuan dan pertolongan Mu Ya Allah. Hasbunallah wani'mal wakil, walaa hau lawalaa quwwata illa billah hil 'aliyiil 'adheem;

Ameen ya robbal 'aalameen'.

Wallahua'lam dan assalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Sya'ban 1435
19 Jun 2014

16 June 2014

HORMATI PENDIRIAN MAIS

Bukti jelas bagaimana pendakyah kristian menyalahgunakan kebebasan yang diberikan Perlembagaan, dan menyalahgunakan bibel versi bahasa Melayu untuk tujuan dakyah dan pemurtadan!
Salam 2 all.

Saya merujuk kepada pendirian Pengerusi MAIS YBhg Dato' Setia Mohamad Adzib Bin Mohd. Isa yang memutuskan MAIS tidak akan mengembalikan semula 300 naskhah bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi perkataan-perkataan yang bercanggah & melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam (Enakmen Anti-Dakyah) Selangor.

Pada saya pendirian yang diambil oleh MAIS adalah betul dan berlandaskan undang-undang.dan  tidak bertentangan dengan pendirian Peguam Negara.

Ini kerana Peguam Negara hanya menilai kes tersebut dari aspek untuk menentukan samada suatu pertuduhan jenayah sibil boleh dibawa atau tidak berdasarkan kuasa Pendakwaraya dibawah Artikel 145 Perlembagaan.  Peguam Negara menyatakan tiada pendakwaan akan diambil terhadap penerbitan dan penyebaran bibel tersebut atas alasan antaranya ianya tidak "menjejaskan keselamatan negara".

Saya sendiri tidak bersetuju dengan pendirian Peguam Negara tersebut kerana isu bibel versi bahasa Melayu ini bukan soal 'keselamatan negara'. Ianya soal pelanggaran Seksyen 9 Enakmen Anti-Dakyah.

Setakat hari ini, Enakmen Anti Dakyah Selangor tersebut masih merupakan satu undang-undang yang sah dan berkuatkuasa di Negeri Selangor. Walaupun Pendakwaraya menyatakan tidak akan membawa sebarang pertuduhan jenayah terhadap pihak yang berkaitan, namun ini tidak menghalang MAIS melalui agensi penguatkuasaan dan pendakwaannya JAIS membawa pertuduhan atau prosiding di Mahkamah Syariah untuk perintah sewajarnya.

Apa pun, tindakan Kerajaan Negeri PKR-DAP-PAS Selangor memaksa MAIS mengembalikan bibel tersebut kepada Persatuan Bibel Malaysia sama seperti mengarahkan polis mengembalikan eksibit kes jenayah kepada seorang tertuduh.

Kerajaan Negeri tidak berhak dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau bidangkuasa untuk mengarah, memerintah ataupun memaksa MAIS untuk memulangkan bibel-bibel tersebut. Sama seperti Kerajaan tidak ada kuasa mengarah atau memaksa Polis mengembalikan sebarang barang kes jenayah kepada mana-mana tertuduh!

Apa pun keadaan, yang jelas ialah bibel versi bahasa Melayu tersebut mengandungi perkataan-perkataan yang jelas melanggar dan bercanggah dengan Seksyen 9 Enakmen Anti Dakyah.

Oleh itu menurut undang-undang, bibel-bibel ini adalah barang bukti didalam siasatan dan proses pendakwaan atau tindakan perundangan oleh pihak berkuasa.

Selagi proses penyiasatan atau pendakwaan tidak selesai, selagi itu barang bukti mesti disimpan atau ditahan oleh pihak berkuasa iaitu MAIS.

Dan jika penyiasatan atau pendakwaan selesai sekalipun, adalah menjadi tanggungjawab MAIS melupuskan barang bukti tersebut mengikut proses perundangan yang sedia ada termasuk memohon kepada Mahkamah yang berbidangkuasa untuk melupuskan barang bukti tersebut mengikut arahan dan perintah Mahkamah tersebut.

Sebarang arahan berbeza daripada mana-mana pihak lain termasuk pihak kerajaan atau pihak berkuasa lain akan dilihat sebagai mencampuri urusan perundangan dan kehakiman.

Oleh itu saya menyokong penuh pendirian MAIS dan mendesak semua pihak yang lain supaya tidak mencampuri atau cuba mempengaruhi urusan MAIS ini yang jelas sah dan mengikut undang-undang yang sah.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
18 Sya'ban 1435
16 Jun 2014