e

Showing posts with label uniqlo. Show all posts
Showing posts with label uniqlo. Show all posts

Friday, November 25, 2016

Jualan BLACK FRIDAY Di UNIQLO

Jualan BLACK FRIDAY Di UNIQLO

Assalamualaikum readers.

Bersempena Black Friday ini, Uniqlo.com telah membariskan beberapa item yang boleh didapati pada harga yang lebih murah berbanding harga- harga yang terdapat di butik mereka. Tumpuan utama diberikan kepada pakaian seperti jaket dan parka yang boleh digayakan mengikut keperluan mereka yang akan melancong keluar negara ketika musim sejuk ini.



Jualan Black Friday di butik atas talian Uniqlo ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini- Jumaat 25 November sehingga Ahad 27 November 2016. Jadi pada mereka yang ingin mencari pakaian yang bersesuaian ketika melancong ke luar negara semasa musim sejuk ini, bolehlah melayari http://www.uniqlo.com/my/store/

Wednesday, August 10, 2016

Rekaan Hana Tajima Boleh Didapati Di Uniqlo Malaysia

Assalamualaikum readers.

Buat para hijabsters, nama Hana Tajima pasti bukan satu yang asing lagi.

Sebelum ini juga Zam pernah kongsikan artikel mengenai Hana Tajima- pereka fesyen kelahiran UK kacukan Jepun ini di blog menerusi kisah pengislamannya.

Terbaru, pereka muda ini telah berkolaborasi dengan  Uniqlo, rangkaian butik pakaian terkenal dari Jepun dalam menghasilkan busana muslimah untuk pasaran negara asia tenggara, termasuklah Malaysia.

Jadi jika anda ingin mendapatkan koleksi terbaru Hana Tajima, bolehlah berkunjung ke butik Uniqlo yang berdekatan. Pilihlah mana-mana rekaan yang dirasakan sesuai dengan citarasa dan syariat :)