" Ngape la bagi anak main pasir..kan kotor tu..." Itu DULU..
SEKARANG... "pegi bawa anak main pasir. Boleh stimulate dia punya sensory dan lain2 lagi.."
Betul ke apa yg aku tulis ni? Masa dua anak terawal yg normal aku mendapat pendedahan bahawa bermain pasir adalah satu perkara yg bagus untuk tumbesaran anak. Tapi aku tak pernah hiraukan. Tambah2 aku bekerja & duduk pula di 'rumah merpati'. Jarang2 la anak2 bertemu dgn pasir kecuali bila ke pantai..
excited hasif dapat bergerak bebas..
Since my
yang teristimewa, Hasif lahir, aktiviti bermain pasir ingin sangat aku lakukan selalu bersamanya. Tambah2 bila melihat aktiviti untuk sensory motor di sekolahnya pun menekankan aktiviti bermain pasir nih! Sibuk aku mencari sand box utk hasif bermain di rumah. Bila dah jumpa, duk fikir balik. Mana la aku nak sumbatkan sand box yang 'gedabak' tu..hehe.. Akhirnya aku berjaya menemui alternatif yg paling aku sukai.. 3 minggu lepas, sewaktu merayau-rayau ngan anak2 di Giant KD, aku ternampak satu banting bertulis 'play sand,etc...' Bila aku masuk tanya adik2 yg keje kat situ diaorg kata "dah lama dah ada kat sini kak.."..la..ruginya..Sungguh tak alert ibu Hasif nih!! huhu..
1. 3 beradik..macam boy semua sudahnya :)
2. Hasif kena tanam...
3&4 Kakak & abang sibuk membina 'gunung'
Kita cerita pasal kelebihan bermain pasir ni dulu ye..
1. Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak2. Boleh main macam2 permainan dengan pasir ni.. Campak la apa2 mainan pun, anak2 akan dapat bermain dengan sepuas2nya Cth : bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang2 kat zoo dsb. Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri2 pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor).
Alhamdulilah.. dah boleh gunakan alatan skit2...
2 . Dari segi perkembangan fizikal, ia membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak2 boleh berlari, melompat, bergulnig2, menggali... dan jika di pantai pula anak2 boleh belajar berjalan di pasir yg kering ataupun basah.. Biarkan mereka membuat/melihat kesan tapak kaki mereka bila kaki mereka rapat, melangkah luas2 ataupun kesan bila mereka melompat di atas pasir tersebut.
3 : Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial
- tanam mainan dalam pasir - bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. -bantu dalam memisahkan anak2 dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2.
- tanam dinasour- anak2 boleh berangan menjadi arkeologist (imaginative)
- basahkan pasir dan biarkan mereka mencipta item2 yg mereka sukai. Keadaan ini dapat memberi ransangan semulajadi kepada anak2 dalam perkembangan bahasa melalui aktiviti yg kita anggap main2 je...
1. Sampai terbaring kakak...
2. Main kereta mainan yg dibawa dek abang
3. Cuba menstabilkan diri
4. Pasir tu tak boleh makan sayang...
5. Hasil usaha abg berjaya membina 12 biji gunung( x nmpk semua)
Banyak kelebihannya memberi peluang kepada anak2 untuk bermain pasir ni. Untuk
yang teristimewa, lagilah patut kita mencuba aktiviti ini bersama mereka. Saksikan hasif & abang kakaknya bermain pasir baru2 ni dalam gambar2 di atas ye.. Gambar2 di atas adalah kali kedua mereka ke sana. Kali pertama ada snap gambar tp tak berapa cantik coz guna handphone je. Mereka memang seronok sungguh cuma satu je yg mereka tak puas hati...tak boleh main pasir dgn air kat situ.. Tak pe la..dapat main pasir tu kira ok la kan...
Salam mesra,