Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Mini Pizza

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga anda semua sihat dan ceria di hari Jumaat yg penuh keberkatan ini. Pagi ni kita bf dngn mini pizza. Resepi boleh juga lihat di SINI, dan saya dah biasa gunakan resepi ni....hasilnya mmng memuaskan. Sebenarnya anak2 saya mmng gemar mkn pizza atau roti yg ada sosej ni...kalau buat roti jenis mcm ni mmng cepat laku...lagi pun membuatnya taklah rumit. Jom kita tngk bahan2 yg di perlukan. Pada kawan2 yg takde BM tu jngn risau ya...uli guna tangan pun ok, saya uli guna tangan je..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai dan ratakan.
  3. Sapukan sedikit sos cili/sos tomato...boleh juga sapukan sos prego. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Tabur mix vege, sosej yg di potong2, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Thursday, June 24, 2010

Pizza Gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua baik2 saja hari ini. Dah makan ke belum....rasanya ramai kawan2 dah masak untuk makan tengahari ni. Kemungkinan juga ramai kawan2 yg berpuasa sempena bulan rejab yg mulia ini...alhamdulillah. Hari ni saya buat pizza. Sebenarnya banyak resepi dan cara membuat doh di blog kawan2 yg lain. Di sini sekali lagi saya buat pizza menggunakan resepi Mat Gebu. Ramai kawan2 yg sudah mencubanya, dan ternyata memang gebu dan sedap. Bahan topping tu terpulang pada kita utk letak apa2 bahan. Kali ni saya guna daging cincang dan taburan yg lain. Minta izin saya C&P resepinya di sini ya CMG...terima kasih banyak2.

Pizza yang sudah masak
Pizza yang telah ditabur cheese
Pizza yang belum dimasak.
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :
  • 300 g tepung gandum (tpng roti pun boleh)
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :
  • 1 cwn daging cincang ( saya masak sebentar+ sedikit garam)
  • 5 btng crab stick (ptng serong)
  • 4 hirisan gegelang red capsicum
  • 4 hirisn gegelang yellow capsicum
  • 4 hirisan gegelang green capsicum
  • 1/2 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
  • 10 biji buah zaitun hitam
  • 1 cawan sos pizza/ sos prego/ sos spaghetti
  • 175 g keju mozzarella atau secukupnya (di parut)
UNTUK DOH PIZZA :
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
  2. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
  3. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :-
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
  2. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  3. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella.
  4. . Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.
  5. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
*Doh pizza yg siap di canai dan sudah naik, bolehlah di bakar selama 10 minit dahulu....lepas tu barulah di letak sos pizza dan bahan2 yg lain.....barulah bakar lagi selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Tuesday, March 30, 2010

Soft Crust Pizza

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni sebenarnya teringin nak makan pizza. Jadi saya merajinkan diri untuk membuatnya. Bila anak2 tahu mamanya nak buat pizza....wow sukanya mereka. Apalagi bila anak2 suka...mamanya lagilah suka sebab mesti laku punya. Saya pun buatlah doh pizza sama macam sebelum ni. Saya guna resepi dari Che Mat Gebu yg sememangnya pakar memasak tu....hanya bahagian topping tu terpulanglah pada selera masing2 ya.




Bahan Doh
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan Inti
1 cawan sos pizza(boleh juga guna sos prego/spaghetti)
4 biji cendawan butang-( hiris nipis)
1/2 biji bawang besar-( hiris bulat)
5 biji black olive-(ptng bulat)
-hirisan capsicum merah/hijau/kuning
5 keping salami/sosej-(ptng kecil2)
10 btng crab meat-(ptng kecil2)
Parutan keju Mozarella secukupnya

Cara membuatnya
UNTUK DOH:
  1. Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata.
  2. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
  3. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.
  4. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
  5. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
  6. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN:Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
UNTUK PIZZA:
  1. Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega.
  2. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi.
  3. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit.
  5. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos pizza/ sos spaghetti, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella.
  6. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata.
  7. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit.
  8. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!

Monday, March 1, 2010

Supreme Pizza

Salam sejahtera dan bertemu kembali. Hari ni saya merajinkan diri untuk membuat pizza lagi. Anak2 teramatlah gembiranya bila mamanya nak buat pizza. Kalau dulu kat Malaysia kena celebrate sesuatu barulah dapat makan pizza, bukannya apa regenya tu yg tak tahan...sekarang tidak lagi...hehehehe. Bila2 masa je nak makan mamanya pasti buatkan. Lagipun taklah susah mana pun. Ok mari kita lihat bahan2nya. Saya ambil resepi ni dari rumah Hana Kanazawa dan saya tambah sikit2 ikut kesesuaian dan toppingnya tu sesuka hati jelah ya nak letak apa.



Bahan-bahan.
* 200 gm tepung roti(saya guna 2 cwn)
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air>> tuang air sedikit-sedikit hingga jadi doh..
* 1 sudu butter - (saya guna 1 sb minyak zaitun dan 1 sb shortening)
* 1 sudu susu tepung
* 2 ulas bwng putih, cincang halus

* topping- keju mozarella, sosej, udang, mayonis, sos tomato, sos cili, parsley kering, black pepper, cendawan butang.

Cara-cara
1. Bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit, tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm, cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit. *tak bakar pun takpe....
3. Sapu kulit piza dengan mayonis, kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato,ratakan sos keseluruh bahagian. Tabur sosej,cendawan n udang yang di hiris kecil2 atau apa saja inti pilihan di atas kulit pizza. Taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
4. Masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!

**Kalau tak bakar doh pizza dahulu...masa masak sebenar adalah 20 minit.

Sunday, February 21, 2010

Hawaiian Pizza

Hai bertemu kembali. Hari ni sebenarnya saya buat pizza je. Buat sendiri puas jugalah makan. Biasalah duduk di perantauan ni nak makan pizza kenalah buat sendiri. Kalau teringin makan kat luar tu, rasa was2 pula. Jadi lebih baik buat sendiri. Sebenarnya macam2 resepi saya dah cuba, tapi yang ini paling mudah sekali. Sekali lagi saya copy je dari rumah Hana Kanazawa. Terima kasih ya Hana resepi yang sememangnya mudah dan sedap. Mari kita lihat bahan-bahannya. Minta maaf sekiranya saya ada tokok tambah ikut kesesuaian sendiri.


Bahan-bahan
* 200 gm tepung roti (saya guna 2 cwn)
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air
* 2 sudu butter - (saya guna 1 sb shortening dan 1 sb minyak zaitun)
* 1 sudu susu tepung

* topping- keju mozarella, sosej, nanas dlm tin, sos pizza/sos prego, parsley kering, , cendawan butang dan lada benggala merah.

Cara-cara
  1. Bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. Tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit. *tak bakar pun takpe...
  3. Sapu kulit piza dengan sos pizza/sos prego....ratakan sos keseluruh bahagian. Tabur sosej,cendawan, nanas dan lada benggala yang di hiris kecil2 atau apa sajer inti pilihan di atas kulit pizza. Taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
  4. Masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 10 minit.. enak dimakan panas-panas!

*Kalau tak bakar doh pizza dulu, masa memasak pizza sebenar mestilah 20 minit.
Related Posts with Thumbnails