Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Rendang Daging Istimewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kebetulan 24 sept hari ulangtahun perkahwinan saya, jadi buatlah pulut kuning dan rendang daging istimewa yg sedap ni. Ramai kwn2 yg bertanya resepinya. Saya pernah masak rendang sebelum ni diSINI. Di sini saya kongsikan sekali lagi bersama resepi pulut kuning sekali ya. Harap kwn2 berpuashati dan selamat mencuba. Saya mmng suka rendang ni, ianya tahan lama. Rasanya yg pedas2 manis buatkan ianya enak di makan bersama  pulut, nasi, ketupat, lemang,lepat dan pulut kuning. Waduh bila cerita ni terus laparlah....terasa2 lagi kesedapan rendang ni...kalau tak percaya tu, anda cubalah sendiri. Kali ni saya masak 2 kg walaupun cuma makan sendiri....tahan 2 hari makan....wallahhhhh sedapnya...



Bahan-Bahan
  • 1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 2 cawan santan (sedikit pekat)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut/daun kunyit
  • 1 cawan minyak masak utk menumis
Bahan Kisar Basah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - diketuk
Bahan Disangai/digoreng tanpa minyak dan Dikisar Kering
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
  8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..


RESEPI PULUT KUNING

 Bahan-Bahan

4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul

Cara Penyediaannya.
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 30 minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.

Wednesday, September 24, 2014

Pulut Kuning dan Rendang Daging Istimewa di Hari Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, hari ni  bersamaan 24 sept, genaplah 23 thn kami melayari bahtera perkahwinan. Syukur pdMu Ya Allah kerana merahmati dan memberkati hubungan kasih suci ini. Moga ianya berkekalan bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.
 Banyak suka dan duka di lalui bersama membuatkan kami suami isteri lebih menghargai satu sama lain dan makin mengeratkan lagi hubungan kasih sayang ini. Terima kasih suamiku Mohd Khata yg sentiasa memberi,menerima dan berlapang dada menjaga hubungan suci dan halal ini dngn penuh hikmah. Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati keluarga kita dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin...Tiada sambutan istimewa pun, sekadar menu2 biasa je ikut selera keluarga. Di hari yg istimewa ini juga saya sempat sediakan pulut kuning dan rendang daging tanda kesyukuran. Alhamdulillah...mood tetiba teringat anak2 yg jauh di mata tapi dekat sangat2 di hati...rindu Talhah ngan Seri Izati lah tuuuuu...




Monday, October 7, 2013

Pulut Serunding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita sekali lagi di hari isnin yg indah ini. Lama tak makan pulut serunding buatan sendiri. Gara2 dah teringin sangat, mlm tadi saya mengigihkan diri utk masak pulut dan serunding sekali.Kira mlm tadi tidur lenalah bila hajat nak buat dan makan pulut serunding ni kesampaian. Alhamdulillah....sedap tak terkata.. Bayangkan dah pkl 10 mlm mengukus pulut dan buat serunding....suami senyum je, siap tanya lagi....buat apa maaaa mlm2 ni..tidur jelah....he3..

Resepi mcm biasalah kopipes kat Mat Gebu. Kalau singgah blog DTS ni mmng semua menu nak di cuba. Sebelum ni pernah buat di SINI...mmng sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat pulut serunding tu, bolehlah buat ya...mmng sedap.



 BAHAN PULUT :-)
  • 300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • Santan cair secukupnya
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN SERUNDING :-)
  • 1 kelapa parut, pilih yang kulit basah
  • 1 batang serai, hiris halus*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 biji bawang merah*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 biji cili merah*
  • 1 camca besar ketumbar*
  • 1/2 camca teh jintan halus*
  • 1/2 camca teh jintan kasar*
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
  • Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)
  • 1 keping asam gelugor
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar cm guna scoop ais krim saiz sederhana, sapu sedikit minyak makan pada bahagian dalam scoop ais krim tadi, dan cedok pulut, tekan2 sedikit dan keluarkan. Kemaskan bentuknya dan golek dengan serunding kelapa). Boleh hidangkan...

Wednesday, January 9, 2013

Pulut Kukus Inti Kelapa Durian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan pulut kukus inti kelapa durian mmng sedap. Sebenarnya buat inti ni malam tadi, petang ni barulah sempat mengukus pulutnya, jadi bolehlah menikmatinya petang2 ni. Kalau nak lagi sedap bungkus dlm daun pisang, tapi kat rumah ni takde stok daun pisang, so cetak jelah dngn bekas lompang supaya menarik sikit. Bila nak tambah tu, ambil jelah kat loyang...hahhhh kan senang. Oklah pada peminat pulut inti durian tu, bolehlah cuba menu ringkas ni. Walau ringkas tapi enak banget. Jom semak resepi sempoi ni....



 Bahan Pulut Kukus
  • 2 cawan beras pulut
  • 100 ml santan pekat
  • 300ml air
  • 1 sudu kecil garam
Cara Kukus Pulut
  1. Beras pulut di cuci bersih dan rendamkan dlm 3 jam. Setelah itu cuci lagi dan toskan.
  2. Masukkan pulut dlm loyang bersama santan pekat, air dan sedikit garam.
  3. Gaul rata dan kukus dlm 20 minit.
  4. Angkat dan gaulkan perlahan guna chopstik. Bila dan sebati semuanya kukus lagi dlm 10 minit. Angkat dan sejukkan. Bolehlah di makan bersama inti kelapa durian.
  5.  Kalau ada daun pisang bolehlah bungkus pulut bersama inti durian.
Utk Inti Kelapa Durian
  • 1 biji kelapa parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka 
  • 3 sudu besar gula pasir(manis ikut suka)
  • 3 sudu besar lempuk durian- boleh guna isi durian juga
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Satukan gula merah bersama sedikit air panas. Gaul rata dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  2. Dalam kuali masukkan kelapa parut putih, gula pasir dan secubit garam. Gaul rata.
  3. Masukkan air gula merah/melaka tadi dan gaul rata. Masukkan daun pandan yg di simpul dan masukkan sekali lempuk/isi durian. 
  4. Guna api sederhana dan gaul rata sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan dan masak sehingga sedikit kering.
  5. Angkat dan keluakan daun pandan tadi. Sejukkan dan bolehlah di makan bersama dngn pulut kukus tadi. Boleh juga di buat inti kuih.

Sunday, December 9, 2012

Pulut Pandan & Serawa Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni layan serawa durian bersama pulut pandan pulak. Rasanya sama je mcm masak serawa durian sebelum ni...cuma kali ni saya tak letak gula merah/  gula melaka..saja je nak makan yg kaler putih..yummyyyy. Pulut tu plk, saya rendam dlm 2 jam, pastu kukus besama air pandan dan santan. Bila dah masak bolehlah di makan bersama serawa durian tu...mudahkan. Hari ni sebenarnya tak berapa sihat, sakit tekak dan selsema...pening semacam je. Jomlah layan gambar yg tak seberapa ni....daaaaa....



Bahan Kuah Serawa Durian
  • 1 biji durian atau lebih
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air atau secukupnya
  • 1 cwn gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Secubit garam
 Cara Memasaknya

  1. Satukan durian, air, daun pandan yg di simpul, garam dan gula ke dlm periuk. Masak hingga mendidih  dan sentiasalah di kacau. Guna api sederhana je.
  2. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak lagi hingga mendidih dan pekat.
  3. Bila dah cukup rasa, bolehlah matikan api dan hidangkan bersama pulut pandan tadi.
Bahan Pulut
  • 2 cawan pulut, cuci dan rendam 2 jam, toskan- saya redam bersama sedikit pewarna hijau
  • 1 1/2 cawan santan cair (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • secubit garam/secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit pewarna hijau
Cara Memasaknya
  1. Panaskan pengukus, sediakan loyang berukuran 8 inci.  Masukkan pulut ke dlm loyang dan tuang santan cair,pewarna, garam dan sedikit minyak. Gaul rata.
  2. Kukus selama 20 minit. Bila dah siap, gembur2kan pulut perlahan2 dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak. Bila dah siap, sejukkan dan bolehlah di makan bersama serawa durian.

Wednesday, July 18, 2012

Pulut Kuning, Rendang Ayam dan Nasi Impit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu ringkas yg saya masak semalam sempena hari ulangtahun kelahiran suami yg ke 44thn. Terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat semalam, gembira dan terharu dibuatnya. Suami saya senyum je masa baca komen2 dari kawan2 semua, terima kasih sekali lagi. Resepi pulut kuning seperti DISINI dan resepi rendang ayam saya guna resepi Kak Liza, tapi kali ni saya masak berkuah sikit sebab nak makan dengan nasi impit. Nasi impit pula masak yg segera punya je. Boleh juga buat sendiri seperti DISINI.



Monday, March 15, 2010

Pulut Serunding

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya nak berkongsi dengan kawan2 semua cara2 masak pulut yang mudah dan menjimatkan masa. Resepi ini saya dapat dari As di NurKasih dan saya sudah mencubanya. Sudah terbukti memang senang dan ringkas penyediaannya. Kalau kawan2 tak percaya...cubalah sendiri ya. Saya C&P ya As resepinya supaya kawan2 boleh mencubanya juga.



Biasanya pulut ni kalau nak cantik, dikukus...tapi saya nak kongsikan di sini kalau nak masak pulut sedap,cantik dan gebu, boleh guna rice cooker..... alhamdulillah saya dah guna cara ni, memang terbukti cepat dan mudah...

Bahan-Bahan.
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
  1. Cuci beras pulut hingga bersih... rendamkan 5 minit dan toskan.....masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker.
  2. Setelah mendidih...gaul pulut supaya tak berkerak....kemudian biarkan hingga masak..
  3. Setelah masak gaul rata supaya masak sekata dan bolehlah di hidangkan dengan serunding kegemaran anda semua.

Friday, March 12, 2010

Pulut Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Sebenarnya hari ini saya masak pulut kuning dan rendang daging sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah penantian dan harapan saya bersama suami akhirnya tercapai. Semalam adalah merupakan hari yang paling gembira buat saya serta keluarga. Ini adalah kerana anak sulung saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Anak saya mendapat 10A dan ianya amat menggembirakan hati saya.

Terima kasih juga pada kawan2 semua....mungkin ini adalah berkat doa kawan2 di luar sana juga anak saya berjaya.
Rasanya saya ingin terbang pulang ke Malaysia untuk sama2 meraikan kejayaan anak dan memeluknya dengan penuh kasih sayang.....tapi apakan daya. Hanya doa dan harapan moga anak saya sentiasa di lindungi sentiasa dan hidup sentiasa di berkati. Mudah-mudahan anak saya tidak leka dengan kejayaan ini dan akan terus berusaha untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Oklah mari kita lihat resepi pulut kuning yang saya buat tadi. Rasanya mahu saja saya panggil kawan2 semua untuk menikmati makanan ini bersama2. Ianya bukan untuk berbangga...sekadar berkongsi kegembiraan bersama kawan2 semuanya.




Bahan-Bahan
4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul
Cara-Cara
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 3o minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.
Related Posts with Thumbnails