Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Kerabu Jantung Pisang Ala Peranakan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni tayang kerabu jantung pisang ala peranakan gitew. Sejak nampak Mat Gebu buat aritu, tak sabar rasanya nak buat dan merasa. Kebetulan masa aritu saya baru balik pasar tani, adalah sayur2 kampung di beli termasuklah si jantung pisang ni. Dalam kepala dok berkira2 je bila nak buat. Hari ni sampailah hajat nak buat kerabu jantung pisang yg sungguh harum dan sedap ni. Suami saya suka betul makan kerabu ni, main ratah2 gitewwww je. Kena gigitan lada lagi..bertambahlah sedap katanya. Saya dok senyum je bila suami makan dngn penuh nikmat dan selera. Terima kasih Che Mat Gebu kerana berkongsi resepi kerabu yg sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji jantung pisang
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda, hiris halus
  • 2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 100 ml pati santan
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi*
  • 1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibuang sedikit kulitnya, rebus hingga lembut. Tos dan sejukkan, kemudian buang lagi lapisan kulit hingga dapat bahagian yang lembut. Belah dua, hiris dan toskan, kalau berair, perah sedikit dan letak dalam bekas.
  2. Santan dimasak bersama bahan tumbuk halus, guna api kecil, kacau rata dan masukkan udang, tambah garam dan gula secukup rasa. Bila udang masak, matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Masukkan hirisan daun limau purut, serai, bunga kantan dan bawang merah ke dalam bekas berisi jantung pisang tadi. Gaul rata dan masukkan no. 2, gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, sesuaikan rasa, jika kurang garam tambah sedikit lagi. Tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan..

Tuesday, May 31, 2011

Urap Pucuk Ubi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat urap pucuk ubi. Biasanya tunggu ada majlis kenduri barulah dpt makan urap ni. Kalau saja2 nak buat utk makan, mmng payahlah sikit. Kali ni saya merajinkan diri utk buat urap. Inipun gara2 dah teringin sangat nak makan. Saya lebih suka ratah2 gitew je sambil menonton TV. Siap anak saya pun pelik, napelah mamaNya dok makan sayur je...padahal inilah menu paling sedap yg diaorang tak tahu tu....Anak2 ni lebih suka sayur moden jek. Kalau pucuk ubi masak mcm ni mmng anak2 tak berapa nak makan, tapi kalau masak lemak pucuk ubi....mmng kegemaran diaorang.

Resepi kali ni saya C&P dari Mat Gebu lagi. Sejak cuti ni malas bebenor nak menaip....so kopipes jelah, yg penting hasil masakan tu adalah hasil airtangan kita sendiri ya. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kopipes kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 cekak pucuk ubi pulut
  • 2 cawan taugeh
  • 2 helai daun cekur- dihiris halus,saya tambah
  • 1 cawan kelapa parut putih, pilih yang kulit basah
  • Sedikit garam dan gula
  • 6 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci cekur*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 1/2 camva besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 biji cili merah*
  • 4 biji cili padi merah-*saya tambah
  • 1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pucuk ubi hingga lembut (saya tambah 1sudu besar minyak semasa merebus), toskan dan biar sejuk, perah airnya dan hiris sederhana halus. Taugeh dibuang ekor cuci dan toskan.
  2. Gaul kelapa parut bersama bahan2 tumbuk lumat, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan no 1 dan dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit, gunakan api sederhana besar. Alih ke dalam bekas dan boleh dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails