Showing posts with label The Walking Dead Series. Show all posts
Showing posts with label The Walking Dead Series. Show all posts

Monday, 7 November 2016

The Walking Dead Season 7




Oleh kerana tak sabar,aku cari dan download season 7 punya episod pertama sebab nak tau siapa yang kena bunuh oleh Negan,antara watak paling brutal dalam komik The Walking Dead.seperti dalam komik,jangkaan aku tepat.Glenn yang mati di bunuh oleh Negan,dan juga Abraham kedua2nya mati di pukul oleh Lucille,kayu baseball yang di lilit dengan dawai,senjata utama Negan.part ni memang sadis habis.watak Glenn di matikan pada awal episod season 7 ni.dan aku jangka season 7 ni akan lagi panjang jalan ceritanya.sebab kalau ikut versi komik,Negan ni memang tak mati lagi.


glenn kena bunuh versi komik




versi tv.sama macam komik bijik mata nak terkeluar dah


Promo tentang Ezekiel yang akan muncul dalam season ini pun memang ikut versi komik.Ezekiel ni dari komuniti 'The Kingdom' yang akan muncul dengan harimau dia yang bernama Shiva.sebelum zombie apocalypse,beliau merupakan seorang zookepeer.dia dan Rick akan bergabung untuk menentang Negan.cuma satu je masalahnya ialah,Ezekiel ni ialah ex boyfriend Michonne.boleh ke Rick terima? sebab Rick kan dah tidur sekatil dengan Michonne.heheh.

Tapi kalau producer TWD tak ikut versi komik,aku harap Rick akan balas balik kat Negan dengan cara yang lebih kejam.masa dia bermusuh dengan Governor Phillips pun tak ganas sangat.cuma jangan ada cerita Rick dengan Ezekiel bergaduh sebab berebutkan Michonne dah la,versi komik Michonne tidur sebantal balik dengan ex dia tu!..hahah..



Friday, 10 June 2016

The Walking Dead Season 6

Dah habis tengok pun..





Dalam banyak2 cerita pasal zombie/mayat hidup,siri The Walking Dead ni la yang paling lama aku layan.sekarang ni dah macam trend pulak,banyak sangat produksi filem/drama kat Amerika buat cerita pasal zombie,termasuk la filem2 melayu pun sibuk nak buat cerita zombie yang ntah apa2.pada aku siri The Walking Dead ni agak unik sedikit stail penceritaannya sebab drama ini asalnya dari siri komik yang di terbitkan pada tahun 2003.sehingga ke hari ini komiknya pun masih di terbitkan lagi dengan jalan cerita yang semakin menarik dan agak rumit.
Mungkin ada yang tak berapa suka drama ni sebab jalan ceritanya agak slow,tapi kalau pernah tengok sejak dari musim pertama lagi,mesti akan follow siri ni.(aku tengok dari season pertama lagi pada tahun 2010)anak Rick yang bernama Carl tu pun dah remaja dalam musim ke 6 ni.

Ok,macam biasa ulasan ringkas season 6 ni.
- Morgan (yang pernah tolong Rick masa kat season pertama lepas Rick sedar dari coma tu) join geng Rick  kat Alexandria.Rick dan gengnya cuba menghalau zombie berpuluh2 ribu zombie dari Alexandria.tetapi di sebabkan kesilapan teknikal,ada juga berpuluh zombie yang berkampung dekat Alexandria.

-Michonne dah bercouple dengan Rick pulak..heheh..sebab perempuan yang Rick suka tu dah kena makan dengan zombie.tak kena langsung la Rick ngan Michonne ni..heheh..

-Carol buat hal lagi,tinggalkan Alexandria sorang2,Morgan keluar pergi cari dan selamatkan dia yang hampir kena bunuh.

-Rick dengan geng Alexandria pergi menolong komuniti The Hilltop yang di peras ugut oleh geng jahat yang bernama The Saviors,kesemuanya berjaya di bunuh oleh geng Rick.

-Dan akhirnya karakter yang paling brutal dalam komik TWD ini yang bernama Negan muncul pada siri terakhir season 6 ni.watak ini di lakonkan oleh Jeffrey Dean Morgan,bukan Henry Rollins.siri ini berakhir dengan Negan memukul salah seorang dari geng2 ni dengan kayu baseball tapi masih menjadi tanda tanya siapa yang mati..kena tunggu season 7 pulak.(tapi kalau ikut pada komik Glen yang mati)

Kena tunggu season 7 nanti yang akan di tayangkan pada bulan oktober kalau nak tahu jawapannya.potong stim betul laa..

Untuk review TWD dari season 1 sampai 5 boleh tengok Kat Sini


Wednesday, 26 August 2015

Tuesday, 19 May 2015

The Walking Dead Season 5




Akhirnya The Walking Dead season 5 baru je abis layan.lambat habis sebab dia ada stop sekejap,bersambung pada febuari yang lalu dan berakhir pada bulan 29 mac lepas.season 5 juga banyak menampilkan watak2 baru dan juga kembali nya kawan lama Rick iaitu Morgan Jones,yang pernah muncul di season 3.
Ok,ni aku punya short review pada sesapa yang pernah follow Walking Dead tapi belum layan lagi season 5 ni..

Terminus.
Ni masa last episod kat season 4 yang Rick dengan geng2 dia semua kena kurungkan,yang kononnya Terminus ni safe zone,rupanya geng kat Terminus ni kanibal,gemar memakan kaki manusia,ketika Rick dan geng2 dia ni hampir di sembelih,datang Carol menyelamatkan diorang ni semua.Gareth dengan geng diorang (puak kanibal)berjaya melarikan diri.Rick dan geng2 diorang selamat.

Church
Pada masa diorang cari tempat pelindungan,diorang terserempak dengan paderi Gabriel,diorang berlindung kat gereja tempat paderi Gabriel ni tinggal,tetapi cuba di serang oleh geng2 Gareth,so geng Gareth ni semua kena bunuh dengan Rick,Bob mati di gigit zombie,Abraham,Maggie,Glen,Eugene,Rosita dan Tara meneruskan perjalanan ke Washington DC sebab Eugene kata dia ada penawar zombie,tapi yang sebenarnya Eugene bukan lah saintis seperti yang di dakwa,rupa2nya Eugene ni tipu diorang hidup2,dan akhirnya diorang patah balik ke gereja bergabung kembali dengan Rick.

Yang tak best dalam season ni Beth dah mati,kena tembak dengan sheriff perempuan ketua kat hospital tu,Tyrese pun mati.diorang tinggalkan gereja tu dan terus keluar cari tempat baru sehingga lah diorang jumpa Aaron,yang bawak diorang ni pegi penempatan baru yang bernama Alexandria yang di ketuai oleh Deanna.

Tu je lah review aku,malas nak cerita panjang2,kena tengok sendiri lah..heheh..

p/s : mungkin season 6 baru ada 'Negan' kot?karakter paling brutal dalam komik TWD

Saturday, 2 August 2014

The Walking Dead Season 5 Trailer

Trailer TWD season 5 dah pun diorang tunjuk kat festival Comic Con tempoh hari..tengok pada trailernya nampak macam makin best..dapat ke diorang pergi ke Washington nak hantar Dr.Eugene tu?puak kanibal kat Terminus tu boleh join dengan geng Rick pulak?Beth nampaknya selamat lepas insiden dia kena culik masa last episod season 4 tu..

Yang jadi tanya tanya sekarang ni adalah..adakah watak yang paling ganas dalam komik TWD iaitu Negan akan ada dalam season 5 ni?apa pun kena tunggu bulan october nanti..tak sabar pulak nak tengok.

Sementara tu layan je la trailer season 5 ni dulu eh..


Monday, 21 April 2014

The Walking Dead Season 4


Baru je abis layan season 4 ni..oleh kerana tak sabar,aku kena la beli dvdnya part by part.ada 3 part kesemuanya.nak tunggu full boxset season 4 ni memang lambat lah,di sebabkan rumah aku takda estrok (astro,memang aku tanak pasang pun)layan part by part macam ni pun kira ok lah..
Pada sesiapa yang pernah follow siri The Walking Dead dari musim pertama lagi dah tentu mesti akan ikut musim yang seterusnya..untuk musim yang ke 4,jalan ceritanya semakin menarik.antaranya :

-Permulaan episod pertama season 4 ni,separuh dari penghuni kem penjara yang di ketuai oleh Rick,di jangkiti suatu penyakit misteri yang membawa maut.hanya ada beberapa orang je yang selamat.

-Governor's return,Philips a.k.a The Governor yang dah tinggal sebatang kara,mula merancang strategi baru pasal dendam dia kat Rick belum selesai,beliau yang dapat kidnap Hershel dan Michonne telah menyerang kembali kem penjara tu dan membunuh Hershel.The Gorvernor akhirnya mati di bunuh oleh Michonne.

-Di sebabkan kawasan penjara yang menjadi kem diorang ni dah teruk kena serang dengan geng governor,menyebabkan kumpulan Rick ni berpecah.Daryl bersama Beth,Rick bersama anaknya Carl dan akhirnya jumpa Michonne semula.Beth kena culik,(tanpa di ketahui sapa penculiknya)Maggie yang dah kawin dengan Glen pun berpisah jugak.

-Ada watak baru seperti Tara,(yang teman Glen cari Maggie)Sgt.Abraham Ford,Dr.Eugene Porter (yang di katakan ada formula untuk menamatkan zombie apocalypse ni) dan Rosita Espinosa misi mereka untuk pergi ke Washington untuk menghantar Dr.Eugene terpaksa di tangguhkan sebab nak tolong Glen.

-Episod terakhir,mereka semua akhirnya bertemu kembali di Terminus yang kononnya zon selamat.Terminus di ketuai oleh Gareth (juga watak baru)tetapi zon selamat tersebut hanyalah sandiwara je,mereka semua di kurung dalam sebuah gerabak keretapi.dengan tagline terakhir dari Rick 'they're screwing with the wrong people'.tunggu sambungannya di season 5 pulak..heheh..



Ada spoiler dan khabar angin untuk season 5 ni yang aku baca kat internet antaranya..
-Kumpulan yang menetap di Terminus tu sebenarnya ialah puak kanibal yang suka makan daging manusia.tak di ketahui sama ada Gareth tu baik atau pun jahat.

-Mungkin season 5 ni ada watak villain sama dalam komik Walking Dead,antara watak paling jahat dan gore selepas governor yang bernama Negan.khabar angin mengatakan Henry Rollins (The Rollins Band) bakal membawa watak Negan tu.

karakter Negan dalam komik TWD

So,pada sesiapa yang belum layan lagi season 4 ni,cepat2 la tengok sebelum season 5 keluar.di jangka akan di tayangkan Oktober nanti.



Thursday, 12 December 2013

The Walking Dead Season 3

Ok..(bunyi muzik tema The Walking Dead)heheh..


Akhirnya berjaya juga aku menghabiskan musim ketiga series ni..makin lama layan makin syok pulak.walaupun kadang ada satu,dua episod yang agak boring sikit dalam drama ni,tapi tak mencacatkan jalan cerita keseluruhannya..masa yang terluang pada malamnya sempat jugak la melayan.nak tengok pun kena betul2 relaxs,tak boleh nak kalut,nanti tak faham jalan cerita dia..

boxset musim ke 3 ni ada 5 disc.disc ke 5 ialah the making dan delete scene

Sambungan dari season 2 yang aku cerita sebelum ni,rupanya orang yang selamatkan Andrea adalah seorang perempuan negro yang handal dengan pedang samurainya..yang menarik untuk season 3 :

-Diorang jumpa port baru,sebuah penjara lama.grop diorang semua tinggal kat situ sekarang.
-Lori (bini Rick)dah lahirkan baby,tapi Lori mati dan bertukar jadi zombie dan di bunuh oleh Carl (anak beliau)
-Diorang ada musuh baru,Gabenor Philips,mula2 tengok mamat ni macam baik je,rupanya lagi jahat dan kejam dari shane.Andrea pun dah jatuh cinta dengan mamat ni yang menyebabkan berlakunya konflik antara geng Rick dengan geng gabenor Philips ni.
-Daryl jumpa balik abang dia Merle tu,Merle pada mulanya berpihak pada gabenor Philips,akhirnya berpaling tadah dan join geng Rick.akhirnya Merle kena bunuh oleh gabenor Philips tu.part paling sedih bila Daryl nak cari Merle,tapi Merle dah jadi zombie
-T-Dog (mamat negro botak) tu pun dah mati,Hershel kaki dah kudung sebelah sebab kena gigit zombie.
-Gabenor Philips serang penjara tu,tapi tak dapat bunuh geng2 Rick ni,diorang balik kena serang ngan zombie.last2 bila pengikut Philips ni tanak ikut cakap dia,habis semua kena bunuh dan beliau melarikan diri.
-Rick ngan geng diorang nak selamatkan Andrea,tapi Andrea juga mati pasal kena gigit zombie dan bertukar jadi zombie.


Bonus features dia memang banyak kali ni,the making untuk setiap episod,interview dengan pelakon2 semua,dan juga ada deleted scenes..dah habis pun melayan season 3 ni..nak kena cari season 4 jugak la..tak boleh tahan nak tunggu nih..tak puas hati aku gabenor Philips tu tak mati2..heheh..

#Kalau nak tengok Scott Ian Anthrax jadi zombie,search kat youtube episode 'Everything Dies'

Thursday, 5 December 2013

The Walking Dead Season 2


Aku tau memang dah sampai season 4 dah cerita ni,tapi di sebabkan takda masa nak melayan,akhirnya semalam berjaya jugak la aku menghabiskan season 2 nih..
Ok,pada yang tak tau,The Walking Dead series ni sebenarnya di adaptasi dari siri komik dengan tajuk yang sama,(rambang mata juga haritu ternampak The Walking Dead Conpendium 1 & 2 punya komik,tapi kewangan tak mengizinkan untuk aku membelinya..)heheh..

ada 4 disc,dengan karakter dalam drama ada Dale,Daryl,Glen,Lori,Shane dan Rick
Untuk musim ke 2,ceritanya bermula dengan kehilangan Sophia,yang menjadikan kumpulan diorang kelam kabut,mereka berusaha mencari Sophia,nak di jadikan cerita,ketika Rick,Shane dan anak Rick bernama Carl terkena peluru sesat dalam hutan,yang kemudiannya di selamatkan oleh doktor Hershel,lepas tu kumpulan diorang ni menetap kat ladang milik Hershel ni.seperti yang producer series ni cakap,memang akan lebih banyak zombie (dalam drama ni diorang panggil 'walkers')so untuk musim kedua ni memang tak mengecewakan la..
Setiap episod mempunyai elemen kejutan yang buat aku teruja,antaranya.
-Dale mati,antara orang yang paling tua dalam grup ni,beliau antara orang yang suka menasihati dan memberi pendapat yang bernas untuk semua orang.kalau ikut dalam komik,Dale sebenarnya hangat bercinta dengan Andrea.
-Antara episod paling sedih,bila diorang bukak barn untuk bunuh zombie yang ada kat dalam tu,zombie yang akhir sekali keluar dari barn tu ialah Sophia.
-Shane pun mati,kena bunuh dengan Rick,aku suka mamat ni mati,pasal dia ni buat jahat tak nampak..heheh..dia la yang bunuh Otis dan Randall.Shane ni sebenarnya syok kat bini Rick tu,so banyak cara dia try nak singkirkan Rick.
-Ada sorang mamat misteri selamatkan Andrea dari kena makan oleh zombie,aku tak tau sapa mamat tu,nak kena tengok season 3 nanti..
-Last sekali lepas zombie serang kat ladang tu,baru Rick discover yang sebenarnya semua orang yang belum mati,memang dah ada virus zombie dalam badan..buktinya,lepas beliau bunuh Shane,tetiba Shane terus berubah jadi zombie,walau tak kena gigit oleh zombie.

Secara peribadi,aku suka watak Daryl,watak beliau pun semakin berkembang..walaupun Daryl ni agak selfish dan panas baran,tapi beliau lah antara orang yang tak berputus asa mencari Sophia walaupun seorang diri..


Bonus features dalam dvd ni,ada the making of walking dead,deleted scenes,dan ada satu hidden episode sebelum kejadian kat Atlanta tu..kira best jugak la layan..
Dah habis pun layan season 2,tengok la esok layan season 3 pulak..(dah ada pun boxset dia)nak kena kejar juga sampai season 4..pada peminat drama yang berunsurkan zombie,The Walking Dead adalah drama pilihan yang paling best..

Tuesday, 13 March 2012

The Walking Dead Season 1


Sebelum ni drama bersiri yang aku suka layan ialah Heroes,tapi di sebabkan lama sangat nak tunggu Heroes season yang terbaru ni keluar,aku pun layan la drama ni..yang sebenarnya The Walking Dead dah keluar season yang ke 2 pun..tapi kerana belum habis lagi tayangan nya di tv,aku nak cerita yang season 1 punya dulu.drama ni sebenarnya adalah adaptasi daripada grafik novel hasil tulisan dari pada Robert Kirkman,Tony Moore dan juga Charlie Adlard.di terbit dan di arahkan oleh Frank Darabont seorang pengarah yang pernah menghasilkan filem yang paling banyak memenangi oskar,iaitu "The Shawshank Redemption".siri ini telah bersiaran di US pada 31 oktober 2010 yang lalu dan juga di tayangkan di siaran tv Malaysia.siri ini menjadi paling hit dalam sejarah kerana di tonton oleh lebih 6 juta orang penonton hanya di US sahaja.
Dan pada yang tak tau,ni adalah drama bersiri kisah Zombie atau pun mayat hidup.memang betul dah terlalu banyak filem2 dari US yang bercorak zombie ni,tapi drama bersiri ni lain daripada yang lain..bukan saja menceritakan kisah zombie,tetapi menceritakan juga konflik antara mangsa2 yang terselamat dari serangan zombie tersebut.

Sinopsis :
Mengisahkan seorang sheriff bernama Rick Grimes yang cuba memberkas penjenayah yang akhirnya beliau telah di tembak oleh penjenayah tersebut dan menyebabkan beliau mengalami koma yang agak lama,apabila beliau telah sedar dari koma yang agak panjang,beliau mendapati hanya dia je yang tinggal keseorangan di hospital tersebut..ini menyebabkan beliau bingung dan menjadi tanda tanya kenapa hospital tersebut takda orang dan keadaan di kawasan situ menjadi lengang.dia akhirnya mengetahui selepas teserempak dengan seorang mangsa yang terselamat dari keadaan huru hara tersebut.seluruh kawasan di  bandar itu telah di serang oleh zombie..dan Rick juga mendapati anak dan isterinya telah hilang dan menjadi tanda tanya sama ada isteri dan anaknya masih hidup atau sebaliknya.Rick akhirnya mengambil keputusan untuk ke Atlanta,di mana beliau dapat informasi dari mangsa yang terselamat mengatakan mungkin anak dan isteri nya masih hidup dan tinggal di pusat kuarantin di Atlanta.
Di tempat kuarantin atau pun zon selamat di Atlanta isteri Rick yang bernama Lori dan anaknya Carl,yang terselamat dan bersembunyi bersama mangsa2 yang selamat yang lain dan juga kawan baik Rick iaitu Shane Walsh..Shane yang dah menganggap kawan baiknya Rick tu dah mati,mula menaruh hati kepada Lori,dan berlakunya konflik antara Shane dan Lori.keadaan bertambah rumit bila Lori dah mula menaruh hati kat Shane,Rick akhirnya muncul di zon selamat tersebut.ini menyebabkan Shane mula menjadi tak tentu arah dan cuba untuk membunuh Rick demi untuk merebut cinta dari Lori..
tu lah antara sinopsis yang boleh aku ceritakan serba sedikit..apa kesudahannya?korang kena la tengok sendiri..hehe..pada aku drama ni ok la,tidak hanya menceritakan pasal zombie je semata2,tetapi ada juga menceritakan tentang kasih sayang,semangat setiakawan,dan juga tekanan pada survival yang terselamat.memang drama ni tak boring,boleh layan walau pun ceritanya ada mcm ala2 movie "Dawn Of The Dead"..gaya penceritaan dan plot yang tersusun,tak hairan lah drama ni boleh menjadi hit di US.pada yang tak penah tengok drama ni,memang aku syorkan try la tengok..memang best.dan dengar citer The Walking Dead season 2 makin ada banyak zombie dan ada banyak adengan berdarah dan zombie yang semakin ganas..!

**(boleh layan)