Dah lama beli baru harini nak tampal kat sini..
Antara band metal tempatan yang mula2 aku kenal sekitar tahun 90an dahulu ialah Suffercation dan Sil Khannaz ni.setelah sekian lama menyepi,Sil Khannaz kembali dengan EP terbaru berjudul 'Thunder Roar'.pada mulanya ia di keluarkan dalam format cd dan kaset,tetapi versi kaset hanya terhad 100 unit sahaja,selepas itu baru lah Sil Khannaz riliskan dalam format piring hitam 7 inci pulak.
EP ini hanya mengandungi 4 lagu,walaupun cuma 4 lagu,tapi lagu2nya memang mantap dan terbaik.susunan muziknya tetap power walaupun anggota kumpulan ini bertukar ganti.Sil Khannaz masih lagi mengekalkan identiti death metal dalam muzik mereka.
Versi piring hitam ini telah di keluarkan dalam 3 pilihan warna,ada merah,hitam dan clear vinyl.aku pilih yang macam gambar kat atas tu.itu yang nampak menarik.EP 7 inci ini juga terhad,hanya ada 300 salinan je.dua lagu dalam bahasa melayu dan 2 lagu dalam bahasa inggeris memang agak menarik,aku suka lirik puitis bahasa melayu dalam lagu Sil Khannaz memang berseni.
Pada peminat muzik ekstrem,boleh beli album ni,tak rugi,setelah sekian lama scene metal tempatan sunyi,dengan adanya album ini dan juga dengar cerita ada lagi album2 metal tempatan yang akan di riliskan kembali,meriahlah kembali scene metal tempatan.