Showing posts with label Sepultura. Show all posts
Showing posts with label Sepultura. Show all posts

Tuesday, 18 November 2014

Sepultura - Arise LP (1991)

Yang aku punya ni versi limited edition 180g black vinyl..

depan



belakang


isi dalam.macam2 gambar sepultura lama


lirik


line up klasik sepultura


setlist.ada bonus tracks



double lp


Antara album paling best Sepultura yang di rakamkan di Morrisound Studios di Florida,studio yang dah lama Max mengidam nak rekod album kerana suka dan terpengaruh dengan idola dan juga sahabat baik beliau iaitu David Vincent dari Morbid Angel.secara peribadi,hanya dua album Sepultura yang betul2 aku suka,album 'Arise' ni dan album 'Beneath The Remains'.pada aku kedua album ini la yang menonjolkan sound 'classic death metal/thrash' yang unik.dengan kerja gitar yang betul2 'berat' dengan vokal growl Max yang agak 'ganas'.walaupun growl tapi sebutannya jelas di dengar tanpa tengok lirik.dengarkan saja lagu2nya seperti 'Arise',Dead Embryonic Cells','Desperate Cry','Under Siege', dan lagu cover dari Motohead 'Orgasmatron'.senang cakap semua lagu2 dalam album ni memang best2 lah.
So,kalau peminat Sepultura kecewa dengan album 'Chaos A.D.' dan 'Roots',sekurang2nya penyelamat bagi peminatnya ialah dengan album ini,dan juga album2 terawal Sepultura yang lain.

Kalau rasa nak dengar death metal klasik,album ini ialah jawapannya...

"Obliteration of mankind
  Under a pale grey sky
  We shall Arise!"

Thursday, 25 September 2014

Max Cavalera - My Bloody Roots (Part 3)

Untuk bahagian pertama dan kedua boleh tengok SINI dan DI SINI



Penubuhan Soulfly yang di asaskan oleh Max menggunakan idea kreatif Max,tiada anggota tetap,cuma menggunakan pemuzik undangan yang betul2 profesional dan memberikan komitmen 100 peratus terhadap muzik yang di hasilkan.antara pemuzik yang pernah bermain untuk Soulfly seperti Logan Mader (gitar) Dino Cazares (gitar) Roy Mayorga (drum) Marc Rizzo (gitar) Tony Campos (bass) Joe Nunez (drums) David Ellefson (Megadeth- bass) dan anak Max sendiri Zyon Cavalera (drums) Max juga suka menjemput penyanyi2 hebat dalam dunia metal untuk berduet dengan beliau dalam setiap album Soulfly antara penyanyinya seperti Burton C.Bell (Fear Factory) Alex Newport (Fudge Tunnel) Fred Durst (Limp Bizkit) Chino Moreno (Deftones) Corey Taylor (Slipknot) Mike Patton (Faith No More) Tom Araya (Slayer) dan David Vincent (Morbid Angel)
Konsep album terawal Soulfly seperti album Sepultura 'Roots' tetapi mereka kembali kepada akar Thrash Metal  dengan album "Dark Ages"album ini sebenarnya melambangkan kesedihan Max dengan kehilangan sahabat baik beliau gitaris Dimebag Darrel dan kematian cucu beliau iaitu Moses (jangan tak percaya pada ketika ini Max dah ada cucu)



Selepas 10 tahun Max sukses bersama Soulfly,tanpa di sangka,pada satu hari pada tahun 2006,Max dapat panggilan telefon dari Igor.dalam keadaan sedih bercampur gembira,Max dan Igor kembali bersatu mengegarkan scene thrash metal dunia dengan lahirnya "Cavalera Conspirasy"Igor juga cerita selepas Max tinggalkan Sepultura,beliau menghadapi tekanan yang panjang ketika bersama Sepultura,dengan perangai Andreas dan Derrick (penyanyi baru Sepultura)Igor bertahan kerana sayangkan Sepultura kerana band tu di tubuhkan atas idea Max dan beliau sendiri.bak kata pepatah,buang yang keruh ambil yang jernih Cavalera Conspiracy juga sukses dan terkenal di seluruh dunia..



Max juga cerita yang beliau dulu memang seorang akoholik,setiap hari dan paling banyak beliau minum selepas atau sebelum waktu konsert.tetapi beliau berjaya juga mengurangkan tabiat buruk beliau tu.ada juga cerita yang boleh di katakan lawak dalam buku ni antaranya :

-Max pernah merakamkan kembali lagu dari Motorhead iaitu "Orgasmatron"(album Sepultura Arise) ketika tour Sepultura bersama Motorhead,Max pernah meminta izin pada Lemmy untuk menyanyikan lagu tersebut dan duet bersama Lemmy,tapi Lemmy cakap takmau dan tak benarkan Sepultura nyanyi lagu Orgasmatron sewaktu live (biasala Lemmy dengan perangai rockstar dia memang tak peduli siapa pun)sehingga ada sessi fotografi bersama majalah Kerrang!,Max secara tak sengaja telah muntah kat baju Lemmy,lagi la orang tua tu angin!..heheh..Max dan Sepultura juga penah mendajalkan Motorhead ketika Motorhead sedang beraksi di pentas.sehingga Lemmy betul2 anti dengan Max ni.tetapi selepas Max keluar dari Sepultura,beliau pernah berjumpa Lemmy secara peribadi dan meminta maaf padanya dan Lemmy juga melahirkan rasa simpati pada Max atas apa yang berlaku (kematian anak tirinya Dana dan di singkir dari Sepultura)Lemmy juga memberikan kata2 perangsang pada Max untuk meneruskan kehidupannya sebagai pemuzik.

-Max juga secara tak sengaja pernah muntah kat baju Eddie Vedder (Pearl Jam) ketika mereka melepak dalam tour bus sewaktu tour bersama,tapi Eddie tak marah,malah menjadi sahabat baik sehingga ke hari ini.

-Ketika tour Sepultura di Indonesia pada tahun 1992,ketika sampai di Surabaya,mereka telah di jemput oleh pihak berkuasa Indonesia dan telah soal siasat.mereka di soal muzik jenis apakah kumpulan Sepultura ini,dan yang lawaknya mereka di minta beraksi di depan pihak berkuasa tersebut seperti mereka beraksi di pentas,dan Andreas melakukan headbanging sambil bermain gitar,yang lawaknya mereka kata pihak berkuasa Indonesia bertepuk tangan dan melepaskan mereka.sehari sebelum konsert bermula,mereka telah di jemput oleh jutawan paling kaya di Indonesia yang merupakan peminat Sepultura dan bermain kesemua setlist lagu yang akan mereka mainkan ketika konsert secara private di villa mewah jutawan tu.

-Sepultura juga pernah bermusuh dengan Slayer,kerana Slayer mengenepikan nama mereka untuk tour di Amerika,maka terjadi la 'perang mulut' yang panjang antara Kerry King dan Max yang kutuk mengutuk antara satu sama lain dalam majalah2 metal.

-Sehingga ke hari ini Max memang tak reti nak solo gitar.Max cakap kalau letak pistol kat kepala dia pun suruh dia solo memang dia tak tau.

Dan Max juga berpesan,pada band2 yang ghairah sangat nak ada album sendiri,jangan hampiri segala jenis dadah seperti kokain,heroin,crystal dan segala jenis dadah baru.ini katanya akan menghancurkan masa depan band itu sendiri.apa yang penting berkarya dan meningkatkan mutu muzik sesuatu band itu sendiri.
Overall buku ni memang terbaik,Max tidak malu untuk menceritakan keburukan diri dan kesalahan lampau yang beliau lakukan kata beliau untuk di jadikan iktibar untuk peminat metal di luar sana agar berpijak di bumi nyata dan sentiasa merendah diri..

Pada peminat Max dan Sepultura kena beli dan baca buku ni..memang terbaik!

Thursday, 20 March 2014

Sepultura - Chaos A.D. (1993)

"The Beginning of the End". Mungkin ini ayat yang paling sesuai untuk mengambarkan Chaos A.D.
Tapi pastinya ada juga yang tidak akan bersetuju. Biasalah...selera lain-lain.
- Berteromber (Chaos A.D. review 29 April 2013) klik Sini.

Aku setuju dengan abang Berteromber,Chaos A.D. merupakan berakhirnya era Thrash/Heavy Sepultura,tiada lagi album2 seperti Beneath The Remains,Arise,Schizophrenia dan Morbid Visions..


Antara album terakhir Sepultura yang di miliki ialah album ini dan juga Roots.keluarnya Max Cavalera dari Sepultura,terus aku tak follow dah.pada aku Sepultura yang sekarang ni sepatutnya kena tukar nama.Sepultura hanya sinonim dengan Max.bila sebut Sepultura,mesti ramai peminat metal secara otomatiknya akan ingat Max,bukan si Derrick orang minyak tu..heheh..





"Nomad", with its characteristically slow riffs, was described by lead guitarist Andreas Kisser as the answer to Metallica's "Sad but True". - Wikipedia

Walaupun sound dan groovenya berat,kalau untuk peminat tegar Sepultura era 80an pasti kecewa dengan album ni,jikalau anda mengharapkan riff yang laju menggila  seperti album Sepultura yang lepas,tidak akan ada dalam album ini..muziknya lebih 'perlahan' kalau nak di bandingkan dengan 'Beneath The Remains' atau pun 'Arise'.
Pada aku album ini masih lagi boleh di dengar jikalau anda betul2 memang minat dengan Sepultura era Max ni.untuk album ini lagu2 nya banyak berkisarkan tentang masalah dunia yang berlaku sehingga sekarang.lagu Refuse/Resist merupakan lagu protes terhadap sistem pemerintahan dunia (demokrasi?)Territory pulak ialah lagu konflik antara Israel dan Palestin yang tak pernah berakhir (chekidot video lagu ni memang best) lagu Kaiowas,Sepultura cuba bereksperimen dengan world music (yang mana album Roots merupakan kombinasi antara metal dan irama tradisonal Brazil atau world music).Biotech Is Godzilla,ala Industrial dan Hardcore,dan lagu fav aku Propaganda..


Album ni ok,masih boleh di dengar lagi jika anda betul meminati Sepultura era Max ini.vokal growl Max masih lagi power dan bunyi bass drum Igor yang padat dan padu tu..tiada lagi thrash metal kreatif dari Max Cavalera,orang yang bertangungjawab membawa nama Sepultura terkenal di seluruh dunia.

Max pakai jersi Harimau Malaya..gambo cilok kat gugel