Showing posts with label Classic Rock. Show all posts
Showing posts with label Classic Rock. Show all posts

Monday, 29 May 2017

Battle Of The Bands - Round 2 (1986)

Dah 31 tahun album ni.aku lupa aku ada beli rupanya.heheh..ok sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa Ramadan Al Mubarak pada semua..



Oleh kerana demam rock 80an belum reda lagi pada ketika itu,di terbitkan pula bahagian kedua album Battle Of The Band ini.ALi Bakar adalah salah seorang yang bertanggungjawab menaikkan scene rock 80an pada ketika itu.dan pada yang taktau,album kedua2 album BOTB ini di terbitkan oleh Allahyarham M.Sharif ( The Zurah II) yang juga merupakan salah sorang pemain gitar hebat pada zaman pop yeh yeh dahulu.

Seperti album pertama,antara kumpulan yang terlibat dalam album ini yang dah jadi lagenda sekarang ialah Lefthanded,SYJ,Bloodshed,Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel.kerana album ini jugalah lahirnya pemain gitar yang hebat seperti Man Kidal dan Lord.walaupun begitu,stail muzik bagi setiap kumpulan dalam album ini ada identiti sendiri memang pengaruhnya banyak di ceduk dari band2 barat tetapi mereka berjaya membentuk muzik bagi identiti kumpulan masing2.seperti Ella & The Boys banyak di pengaruhi band2 era 70an seperti Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple,SYJ lebih kepada glam rock ala Motley Crue,Bloodshed kuat pengaruh heavy metal ala Loudness dan Lefthanded dengan pengaruh Iron Maiden nya.





Dalam album ini juga tak banyak lagu jiwang cuma dari Lefthanded 'Kenangan Bersamamu' dan Ella & The Boys 'Hanya Secebis Jawapan'.lain2 lagu dalam album ini semua berunsurkan nasihat dan juga lagu mengecam lanun cetak rompak seperti 'Mata Sepet' dari SYJ (lagu yang paling rebel,terang2 dia sindir..heheh)dan 'Hapuskan Lanun Cetak Rompak'.secara peribadi lagu yang aku paling suka dalam ni ialah 'Manusia Dan Janji' dari Bloodshed dan lagu 'Mata Sepet' dari SYJ dan lagu paling tak best ialah 'Hanya Dalam Mimpi'..heheh.selain telah menjadi lipatan sejarah dalam rock Malaysia,kerana album ini juga muzik rock pada ketika itu tok jibby kata gejala yang merosakkan moral dan akhlak anak muda pada ketika itu.






Pasal soundnya aku malas la nak cakap,asyik2 cakap benda yang sama je nanti orang marah pulak kan?heheh..apa pun bagi sesiapa yang terlepas beli kaset cetak rompak album ni dulu boleh beli cd album ini dengan harga biasa atau harga kapitalis.boleh tukar lagu jadi 'Hapuskan Kapitalis Penghisap Darah'.hahah!

Monday, 17 April 2017

Wings - Belenggu Irama LP ( Reissue 2017)

Selepas piring hitam 'Hukum Karma' di riliskan,kali ini piring hitam 'Belenggu Irama' pula di riliskan dalam format piring hitam..





Dengar khabarnya sebelum ini dah di jual versi warna biru tapi di jual semasa konsert Wings and Superfriends di istana budaya tempoh hari.dan sempena Record Store Day nanti,pihak Dream Studio akan jual edisi khas piring warna hijau pulak dengan free bandana dan tshirt.


dulu bila tengok gambar ni aku ingat black tu penyanyi utama.heheh


Ok pasal piring berwarna hitam aku pulak.album ini di cetak di German.yang aku punya ni dapat free gold cd 'Belenggu Irama' (cd je takda cover) dengan bandana warna biru.kalau dari soundnya pulak mengikut pada telinga aku yang takda sijil sound menyaound ni bila main kat sistem cap ayam aku memang sedap la bunyi nya.menepati piawaian telinga aku.taktau la kalau kat telinga orang lain.heheh..


free gold cd dengan bandana


Tapi yang paling best dalam album ni dah tentunya kerja gitar Syam.semua lagu dengan kerja gitar dia memang aku suka terutama solo dalam lagu 'Intanku Kesepian' memang syahdu solo dia.kalau Wings panggil dia join balik pun ok jugak kan.dia pun boleh tahan hebat macam Jo Branko.


piring kehitaman

Dan yang lain2 aku takda nak komplen la.packaging pun puas hati,terperinci.tak main tangkap muat je.kalau rasa nak beli album ni boleh contact Dream Studio atau pun pergi Victoria Music kat Amcorp Mall.

Tuesday, 11 April 2017

Search - Fenomena (CD 2017 + Filem Fenomena 1990)

Walaupun takda sijil sound engineer,aku tetap beli jugak.sold out kat Malaysia aku pergi beli kat US. :p




Cakap pasal album Fenomena ni,sejak belum di terbitkan lagi memang banyak la kontroversinya.setelah melalui pelbagai masalah.album ini akhirnya di riliskan pada tahun 1989.pada ketika itu aku baru je tingkatan satu.kaset Fenomena abang aku yang beli.sebelum pergi sekolah,(aku sekolah sessi petang pada ketika itu)memang aku akan mainkan kaset Fenomena ni.tapi bila part lagu 'Isabella' memang aku fast forward kan terus ke lagu 'Derap Komando'.aku memang tak suka lagu 'Isabella' tu sejak dulu lagi.heheh..tapi dalam tak suka lagu ni menjuarai carta radio Pujaan 10 Nescafe 8 minggu berturut2.(kalau salah tolong betulkan)memang aura lagu 'Isabella' berhantu habis.dari awek,budak kecik sampai la makcik2 pun suka lagu ni.





Selain dari itu filemnya juga pun terkena tempias.sebelum menggunakan tajuk 'Fenomena' pengarah Aziz M.Osman terpaksa berebut dengan penerbit filem Indonesia untuk menggunakan tajuk yang sama,yang mana akhirnya filem arahan Aziz M.Osman  menggunakan tajuk 'Fenomena'.filem Isabella terbitan Indonesia juga di kritik peminat.kenapa Nia Zulakrnain yang membawa watak Isabella,sedangkan Julia Rais (pelakon kacukan melayu-inggeris) hanya pelakon pembantu? sepatutnya Julia Rais tu la yang bawa watak Isabella.tapi di sebabkan 90 peratus produksinya memang kepunyaan Indonesia,peminat terpaksa la akur.








Selepas 28 tahun,Fenomena akhirnya di riliskan kembali dengan edisi terhad made in USA.(sebelum ni pernah di keluarkan kembali pada tahun 2003)tapi nampaknya 'sumpahan' Fenomena tu macam dah 'melekat' pulak.ada juga beberapa kontroversi yang melanda tentang album buatan dari Amerika ini.bab ni aku tanak ulas la pasal benda ni dah banyak orang ulas kat facebook dan juga kat laman sosial yang lain.lagi pun macam aku cakap kat atas tadi,aku takda degree sound engineer.

Akhir sekali aku nak cakap,pada otai2 rockers kat luar sana tu,jangan la hati tisu sangat..terimalah teguran/komen peminat dengan hati yang terbuka baru la boleh di panggil lagenda..tak gitu?


Cerita menarik pasal Fenomena dari Berteromber boleh tengok kat sini :
http://berteromber.blogspot.my/2017/03/fenomena-made-in-usa.html

Friday, 10 February 2017

Stryper - The Covering (2011)



Aku memang takda satu pun album Stryper ni.kalau nak tahu pasal band ni pun aku selalu jenguk kat blog Berteromber.pernah la cuba dengar lagu2 mereka masa zaman belang2 dia orang tu kat youtube.heheh..apa yang buat aku teringin nak dengar Stryper ni sebab album The Covering ni.oleh kerana kat sini memang susah nak jumpa album ni,maka versi sedut adalah pilihan yang kedua.album ini menurut Stryper merupakan satu penghargaan mereka untuk band2 yang mana lagunya di cover oleh Stryper merupakan sumber inspirasi kumpulan ini sejak mula di tubuhkan lagi.apa yang menarik minat aku untuk dengar cover version dari Stryper ni adalah senarai lagu2 yang ada dalam album ini.kesemua lagu2nya yang aku pernah dengar sejak aku budak2 lagi.

Antara lagu yang ada dalam album ini :
1.Set Me Free (Sweet)
2.Blackout (Scorpions)
3.Heaven And Hell (Black Sabbath)
4.Lights Out (UFO)
5.Carry On Wayward Son (Kansas)
6.Highway Star (Deep Purple)
7.Shout It Out Loud (Kiss)
8.Over The Mountain (Ozzy Osbourne)
9.The Trooper (Iron Maiden)
10.Breaking The Law (Judas Priest)
11.On Fire (Van Halen)
12.Immigrant Song (Led Zeppelin)
13.God (lagu terbaru Stryper yang di selitkan dalam album ini)

Senarai lagu dalam album ni memang best2.tapi yang aku suka cuma beberapa lagu la yang kena dengan vokal Michael Sweet ni (dah tua pun sweet eh) ialah 'Lights Out','Over The Mountain','On Fire','Immigrant Song','Carry On Wayward Son' dan 'Breaking The Law'.lagu yang lain2 tu so-so je lah.album ini juga di kecam oleh peminat Stryper sebabnya Stryper ni kan christian band.kenapa christian band mesti nak mainkan lagu2 cover dari kumpulan rock lain.tapi yang sebenarnya Stryper nak tunjuk yang mereka juga menghormati pemuzik dan band lain walaupun band tu 'sesat' macam Ozzy contohnya..heheh.
Album ni masih boleh di layan kalau tak minat Stryper pun.lagu2 yang lain pun ok la boleh tahan juga.

Untuk album2 Stryper yang lain boleh rujuk kat blog Berteromber KAT SINI

Thursday, 5 January 2017

Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (1987) Reissue 2016

Tahun 2017 album ni genap 30 tahun.




Antara album rock terbaik dari kota singa.siapa yang tak kenal Rusty Blade,antara 'big four' dari Singapura seangkatan dengan Lovehunters,Rockers dan Helter Skelter.(ini dari pandangan aku lah,aku tau ramai kecam Helter Skelter pasal lagu Helloween tu kan?heheh...)Rusty Blade juga di beri gelaran sebagai 'Iron Maiden Singapura' kerana lagu2nya memang kuat pengaruh dari Iron Maiden.so sesiapa yang minat IM mesti minat Rusty Blade punya.

Ok,pertama sekali aku nak cakap pasal cd reissue ni ialah senarai lagunya.ada sedikit kesilapan teknikal.lagu 'Kehilangan' versi instrumental tu sebenarnya lagu instrumental 'Mahkota Sukma' dari album 'Awas' dan ada penambahan trek lagu terakhir yang bertajuk 'Gadis Lincah' dari album 'Ikrar Perwira',dan juga tajuk lagu 'Tarian Duka' jadi 'Tarian Luka'.(berjangkit dengan Sony Music ke ni?heheh..)tak tau la sama ada kesilapan teknikal atau pun pihak Life Record memang nak bagi lagu bonus kot.tapi sepatutnya kalau versi cd ni ikut sama macam kaset pun ok,kat inlay pun takda gambar band member Rusty Blade,cuma ada lirik je.yang ni memang aku sedikit kecewa la..harap pihak Life Record peka pasal ni.sebab reissue keluaran mereka sebelum ni ok je takda masalah.





Dan yang keduanya untuk lagu2 dalam versi cd ni soundnya memang puas hati.memang dari master tape asal kot.sound analog 80an dengan bunyi yang lagi sedap.senang cakap macam album2 Judas Priest dan Iron Maiden era 80an yang di remasterdkan.memang berlemak bunyinya kan?.yang paling best di dengar ialah kerja gitar Khalid Mobin tu.

Akhir sekali lagu2 yang ada dalam album ni yang menjadi lagu kegemaran aku sejak dulu sehingga sekarang:

-'Langsuir Liar'- Lagu seram ala King Diamond.memang lagu seram terbaik sepanjang zaman la,band heavy metal melayu cerita pasal langsuir,antara kisah seram yang menjadi mitos dalam lagenda seram melayu zaman berzaman.tahun 1987 aku baru darjah 5,bila abang aku pasang lagu ni memang aku takut betul,part intro bunyi gitar dengan bunyi anjing menyalak tu sampai aku nak tidur malam pun teringat2 je..heheh..dan kalau nak tau,sampai sekarang lagu ni kalau malam memang aku skip (sehingga la ketika entri ini di tulis)..heheh..sampai sekarang pun terasa aura seram dia woo..

-'Taming Sari' - Walaupun di gelar 'Iron Maiden Singapura' Rusty Blade tetap tak lupa sejarah.antara lagu sejarah kegemilangan Melaka,Hang Tuah lima bersaudara dan juga keris Taming Sari.selain dari lagu 'Taming Sari' ni,Rusty Blade juga pernah buat lagu 'Jasa Tok Janggut' pendekar terkenal dari Kelantan.susunan muzik untuk lagu 'Taming Sari' ni pun best,lagu yang menaikkan semangat dan aura Hang Tuah tu pun terasa bersama dengan jeritan Yantzen tu.

-'Ketagihan'- intro drum dan riff lagu ni best.lagu berunsur nasihat.dulu kalau kata dengar dan minat muzik rock je kan mesti di kaitkan dengan dadah.walaupun rockers tu tak main dadah tetap di labelkan sebagai 'mat pet'.lagu ni memang kuat pengaruh Maidennya.tapi best.






-'Rintangan Hidup Dunia' - Lagu nasihat dan juga lagu untuk mengajar kita jadi sendiri,mencapai impian yang di impikan dan jangan putus asa.antara liriknya yang berbunyi "capailah kemenangan dengan sikap bistari.musibah melewati tiada lagi merugi".siapa kata muzik rock tu melalaikan?banyak lagu2 rock melayu yang berunsur nasihat sebenarnya.

-'Tiada Lagi Aku' - Lagu kecewa, mid tempo yang kena dengan mood lagu.stail vokal Yantzen pun dengan nada kecewa.memang kena la dengan lagu,lagi pulak dengan solo yang mendayu2 tu melengkapkan emosi kecewa keseluruhan lagu  ni.

-'Penantian' - Ini pun sama lagu kecewa jugak.lagu di tinggalkan kekasih hati.suara Yantzen pun bunyi sedih je.memang terbaik la di tunekan suara dia sesuai dengan mood lagu sedih ni.

Itu la antara 6 lagu yang paling aku suka dalam album ni.tetapi album ini masih boleh di kategorikan antara album rock terbaik sepanjang zaman dari Rusty Blade.kalau anda peminat Rusty Blade mesti kena dengar album ni.dengar cerita versi piring hitamnya akan di keluarkan dalam tahun ni jugak.memang pecah tabung la jawabnya..heheh..

Friday, 4 November 2016

Bryan Adams - Reckless Vinyl ( 1984 )

Ini bukan album rock leleh tau.ini memang album rock baik punya.dah berusia 32 tahun..






Tahun 1984 memang tahun kegemilangan muzik rock dan juga new wave (sudah tentunya Duran Duran)antara album modern rock yang popular pada tahun 84 ialah The Smith,Van Halen,Wham!,Bruce Springsteen,Prince (album Purple Rain),sountrack Footloose,dan juga album 'Reckless' dari Bryan Adams ini.sebelum Celine Dion,Bryan Adams lah satu2nya artis dari Canada yang berjaya menembusi pasaran Amerika dengan album ini.majalah Classic Rock pula telah menyenaraikan album ini antara 100 album modern rock terbaik sepanjang zaman dan 'Reckless' berada di tempat yang ke 99.Bryan Adams,selain beliau menjadi penerbit dalam album ini,beliau juga bermain gitar dan kebanyakkan lagu2 adalah ciptaan beliau.boleh di katakan Bryan Adams ni pemain gitar yang hebat juga.



Add caption




Bryan Adams band member


Album ini juga merupakan nostalgia bagi aku.sebabnya pada tahun itu abang aku yang sulung sering kali aku dengar dia pasang kaset Bryan Adams ni di radio kecilnya.lagu yang kerap kali di putarkan ialah lagu 'Heaven'.lagu ini menjadi single no.1 di carta Billboard di Amerika.memang syahdu lagu ni.sampai sekarang aku suka dengar.selain dari lagu yang aku cakap tadi,lagu 'Summer Of '69' lagu gumbira yang popular sehingga kini,lagu duet beliau dengan Tina Turner 'Its Only Love', lagu rancak 'Run To You' pun best,lagu 'Somebody' dan 'One Night Love Affair' pun best.kesemuanya merupakan single hit yang menembusi industri muzik Amerika dan dunia.kalau beli yang 30th anniversary edition yang rilis pada tahun 2014 yang lalu ada dapat cd live Hammersmith Odeon London tahun 1985.









piring side 1



piring side 2



Kadang kadang bila mood nak relax kat rumah biasanya aku akan putar rekod album ini.kalau rasa nak dengar album solo artis rock luar negara,aku cadangkan dengar album Reckless Bryan Adams ini.antara album guitar oriented terbaik sepanjang zaman yang menduduki carta tertinggi Billboard Hot 100.

Monday, 24 October 2016

Sweet Charity Reissue

Dah lengkap album Sweet Charity aku..


cd sweet charity 88' je aku lupa letak



Aku kenal Sweet Charity melalui arwah ayah aku.beliau kerap memutarkan piring hitam album 'Pelarian' ketika pulang dari kerja atau ketika di hari cuti.Sweet Charity merupakan ikon rock melayu dari Singapura yang menjadi sumber inspirasi banyak band2 rock Malaysia pada era 80an.media Singapura dan Malaysia menggelarkan kumpulan ini sebagai 'Deep Purple' Singapura.pada aku muzik Sweet Charity lebih kuat pengaruh Led Zeppelin dan Uriah Heep tetapi dengan beridentitikan rock melayu.ketika zaman rock kangkang berada di puncak pada tahun 80an.

Kebanyakkan kumpulan2 rock melayu yang baru di tubuhkan memainkan lagu2 cover dari Sweet Charity seperti 'Batu','Penunggu','Zakiah','Terharu' dan beberapa lagu yang kerap di mainkan ketika pertandingan untuk mencari bakat baru dalam kumpulan rock.(bukan macam event sampah tu yang undi guna sms.muka lawa tapi walau suara ke laut pun dapat undi paling tinggi dia la juara)
Line up Sweet Charity memang ramai sebab kumpulan ni di tubuhkan pada penghujung 60an.lama betul tu.tapi line up klasik Sweet Charity paling aku suka ialah Ramli Sarip,Rosli Mohalim,(gitar hero legend ni) Sarwanie Ahmad,Syed Hassan Al-Attas dan Ahmad Jaafar.







Ok,album reissue yang terakhir di keluarkan minggu lalu ialah album 'Berita Gempa' di sertakan sekali dengan kotak ataupun 'boxset' tak boleh di panggil boxset pun sebenarnya..heheh.hanya kotak yang berlipat tapi bila di susun kesemua album Sweet Charity ni nampak menarik.









susunan album berterabur tak ikut tahun di terbitkan







Akhirnya complete dah.tunggu lepas 2-3 tahun boleh jual dengan harga lebih kejam dari kapitalis piring hitam dan kaset.heheh..






Friday, 14 October 2016

Queen - Classic Queen (1992)

Antara album kompilasi terbaik dari Queen





Sesiapa yang biasa layan muzik rock era 70an-80an pasti kenal dan tahu kumpulan Queen ini.antara band progresif rock era 70an yang seangkatan dengan Deep Puple.Uriah Heep,Rush,Thin Lizzy dan UFO.antara yang menyebabkan kumpulan Queen ni unik ialah penyanyinya iaitu Freddie Mercury.Queen ni dah wujud sejak pada tahun 1970an lagi.tidak pernah bertukar anggota kumpulan,(hanya John Deacon je yang nak pencen main muzik)sehingga kini walaupun selepas kematian Freddie Mercury,Queen masih lagi aktif bersama penyanyi Adam Lambert.Queen juga merupakan sumber inspirasi bagi kumpulan progresif rock Indon iaitu Dewa 19.














Album ini menghimpunkan kesemua lagu2 hit Queen yang pernah di jadikan single dari tahun 1972 sehingga tahun 1990.antara lagu2 yang kerap aku dengar masa aku kecik2 dulu,memang banyak lagu Queen yang best2 sebenarnya.antaranya seperti lagu 'A Kind Of Magic' yang pernah di jadikan sountrack untuk filem 'Highlander'.lagu 'Bohemian Rhapsody' lagu yang paling popular sehingga kini.juga di jadikan sountrack untuk filem 'Suicide Squad' lagu duet bersama David Bowie 'Under Pressure' baru aku tau rupanya lagu 'Ice Ice Baby' dari Vanilla Ice ambil sample dari lagu ini.lagu yang hard rock 'Stone Cold Crazy' juga best.sehinggakan lagu ini di nyanyikan kembali oleh Metallica pada tahun 1991.









Lagu2 lain yang boleh tahan best seperti 'Radio Ga Ga' 'Tie Your Mother Down' 'Who Wants To Live Forever' dan lagu yang menaikkkan semangat 'The Show Must Go On'(solo Brian May dalam lagu ni best)Keseluruhannya lagu2 dalam album ni memang tak jemu di dengar.oleh kerana aku memang tak dapat nak kumpul semua album2 Queen,album ini dah cukup berbaloi untuk di miliki.




Pada anda yang nak cuba dengar progresif rock 70an bawaan Queen,atau pun anda peminat tegar kumpulan Dewa 19,boleh dengar album kompilasi Classic Queen ni.antara kompilasi yang best.

Monday, 25 July 2016

Hidayu - Perjanjian (1991) Reissue 2016





Pada mulanya aku nak skip album ni taknak beli,tapi di sebabkan pernah dengar lagu hitnya 'Impian Lain Warna' yang kerap juga aku dengar di radio dulu,terus aku ambik.sejak dah banyak sangat band meleweh yang di riliskan semula,memang aku tak beli la.nak suruh aku dengar Ukays? memang tak laa..hahah.

Kumpulan Hidayu ni sebenarnya merupakan anak didik kumpulan May yang juga berasal dari Ipoh Perak.ketika May buat road tour dulu,kumpulan Hidayu lah yang menjadi opening untuk May.kalau di perhatikan pada album ini,kebanyakkan lirik lagu hasil daripada Mus May.juga yang menarik tentang band ini ialah,lagu2 dalam album pertama mereka ini juga di tulis oleh mereka sendiri kecuali lagu 'Impian Lain Warna' di cipta oleh Nasha dan JS Kevin.





Lagu2 rancak/hard rock pun juga menarik.track pertama 'Perjanjian' intronya ada di ceduk sedikit dari 'For Whom The Bell Tolls'.lagu 'Hidup Metal Rock' tapi bukan berentak metal,masih mengekalkan hard rock.'Aku Adalah Aku' pun boleh tahan.'Pembela Bangsa' sound yang agak heavy,ok boleh tahan.ada dua lagu slow rock leleh juga ciptaan Hidayu (mungkin untuk siaran radio)iaitu 'Kenangan Cinta Silam' dan lagu 'Walaupun Sangsi'.apa yang aku perasan,suara vokalis nya sama seperti vokalis kumpulan Vagrant.adakah orang yang sama?jeritan nada tinggi beliau pun seakan sama.








Sound untuk cd ni pulak kali ini agak menarik juga.bunyi petikan bassnya ala Steve Harris memang dengar satu persatu,juga bunyi bass drumnya pun padat dan padu.entah di mana silapnya,kumpulan Hidayu ini hanya setakat satu album je.dengar cerita selepas album ini mereka berpecah.sayang kumpulan ini berbakat dalam penciptaan lagu tetapi tak bertahan lama.pada aku album ini masih boleh di layan,(mungkin sebab pendengaran dari telinga aku yang dah biasa dengar bunyi rakaman analog 80an)kalau rasa nak dengar hard rock penghujung 80an dan awal 90an.



Thursday, 21 July 2016

Joe Satriani - The Extremist (1992)




Antara album gitar instrumental paling di gemari,dan album ini la yang buat aku kenal siapa itu Joe Satriani selain Yngwie Malmsteen.cd ni merupakan kali kedua di beli tapi versi remastered.cd yang dulu entah siapa pinjam sampai sekarang tak di pulangkan balik.
Ok sebut pasal gitar hero,antara gitar hero kegemaran aku ialah Yngwie Malmsteen,Jeff Hanneman (Slayer) Kirk Hammett (solo2 dalam album terawal Metallica aku suka) Eric Johnson,Vinnie Moore dan juga Joe Satriani ini.












Pada yang taktau,Steve Vai,Kirk Hammett dan Alex Skolnick (Testament) pernah berguru dengan Joe Satriani ini.gelaran 'guitar virtuoso' memang sesuai la dengan beliau.ramai lagi pemain gitar hebat yang pernah berguru dengan beliau dan menjadi pemain gitar hebat.Joe Satriani juga pernah menjadi 'bidan terjun' menggantikan Ritchie Blackmore yang pada ketika itu meninggalkan Deep Purple ketika tour di Jepun pada tahun 1993.kira banyak jugak la jasa beliau dalam dunia muzik.dan yang terkini beliau menyertai supergroup 'Chickenfoot' yang di anggotai oleh Sammy Hagar (ex Van Halen) Chad Smith (Red Hot Chili Peppers) dan  Michael Anthony (ex Van Halen)





Berbalik pada album ini,walaupun kesemua lagu dalam album ini instrumental,JS bijak dalam memainkan peranan sebagai pemain gitar.lagu2nya semua ada pelbagai mood.lagu dengan mood sedih ialah 'Cryin' lagu gembira 'Summer Song' ( lagu ni ramai dj radio era 90an guna untuk di jadikan lagu latar) lagu untuk kawan2 'Friends' mid tempo tapi best kalau dengar sambil melepak dengan kawan2.lagu sedih lagi dengan bunyi gitar akustik yang mendayu dalam 'Tears In The Rain' dan lagu sedih,marah,geram,sakit hati dalam 'War'.kesemua solo2 dalam setiap lagu memang mengikut mood lagu tersebut.kalau sedih memang mendayu2 solonya.kalau gembira solonya juga bergembira jugak..heheh..Joe Satriani menggunakan gitar signature series beliau berjenama Ibanez.







Kepada anda yang meminati pemain gitar solo ataupun yang meminati bunyi bunyian gitar tanpa vokal,boleh dengar album Joe Satriani The Extremist ini.dengar ketika pemanduan jarak jauh pun best.takda la mengantuk.

Tuesday, 28 June 2016

Aplikasi Fizik Dalam Lagu 'We Will Rock You'

Oleh : The Patriots


Queen

Pasti kita semua mengenali atau pernah mendengar lagu 'We will rock you’ bukan? Lagu dari kumpulan Queen ini pasti akan kedengaran setiap kali berlangsungnya temasya sukan suatu ketika dahulu. Lagu ini juga merupakan pasangan kepada lagu ‘We Are The Champion’ hasil ciptaan Freddie Mercury dan sering dimainkan secara berpasangan oleh stesen radio.


Disebalik populariti lagu ini, tersimpan satu fakta menarik untuk dikongsikan, iaitu pembikinan lagu ini turut menggunapakai pengetahuan dalam ilmu fizik. Lagu ini dicipta pada tahun 1977 oleh pemain gitar utama bagi kumpulan Queen, Brian May. Beliau memiliki ijazah dengan kepujian dalam bidang fizik dari Imperial College London, salah sebuah universiti terkemuka di UK. Identiti utama bagi lagu ini sudah tentunya pada rentak ‘stomp-stomp-clap’ yang menggunakan kombinasi hentakan kaki dan tepukan tangan. Menurut Brian May, rentak ini dicipta dengan tujuan untuk mewujudkan kesatuan dan interaksi antara penonton dan kumpulan Queen setiap kali lagu ini dipersembahkan secara live.


Sewaktu sesi rakaman bagi lagu ini, Brian May ingin mewujudkan satu kesan audio dimana bunyi rentak ‘stomp-stomp-clap’ ini seolah-olah dihasilkan oleh seribu orang. Namun pada waktu itu belum ada lagi mesin audio yang boleh menghasilkan kesan sebegitu. Di sinilah Brian May menggunakan pengetahuan fiziknya dalam bab hubungan antara gelombang bunyi dan jarak. Menurut Brian May, kesan audio ini dihasilkan dengan merakamkan bunyi rentak tersebut berulang kali pada jarak yang berbeza dari mikrofon. Jarak antara mikrofon dan sumber bunyi ini pula ditetapkan mengikut nisbah nombor perdana.

Rakaman audio bagi rentak ini kemudiannya dilapiskan satu sama lain dan dijarakkan sedikit bagi menghasilkan kesan seakan sebaran bunyi dari pelbagai arah. Akhirnya kesan audio ini berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan empat orang ahli kumpulan Queen sahaja.

Pada konsert Live Aid tahun 1985, kesan audio yang sama telah berjaya dihasilkan oleh 75,000 orang yang membanjiri stadium Wembley. Objektif penciptaan rentak ini oleh Brian May juga turut berjaya dicapai. Persembahan ini diiktiraf oleh pemuzik profesional dan pengkritik sebagai antara ‘Persembahan live terbaik sepanjang zaman’.


Kali terakhir lagu ini dipersembahkan di temasya sukan secara besar-besaran adalah sewaktu acara penutup Sukan Olympics London 2012




Monday, 30 May 2016

Riyadh - Media 88'- 89' ( 1989 ) Reissue 2016






















Aku tak berapa tahu sangat info pasal album ni,dulu kasetnya pun abang aku pernah beli.cuma yang aku tau penyanyi untuk kumpulan ini iaitu Akil Hayy sekarang dah pun jadi ustaz,ceramah beliau boleh tengok di youtube.hanya 2 lagu yang pernah aku dengar di radio suatu ketika dahulu iaitu lagu 'Hanya Ketenangan' dan 'Dugaan'.

Oleh kerana album ni di terbitkan pada ketika zaman kejatuhan rock melayu,menyebabkan kumpulan ini agak kurang di kenali walaupun lagu2 mereka kerap keluar di radio dulu..walaupun mungkin ramai yang kurang mengenali,bila rilisnya reissue ni sekurang2nya generasi baru tau ada rock yang lagi dasyat dari lagu yang mereka dengar sekarang..heheh,,sound untuk reissue ni pun ok,tiada cacat celanya.

Pada anda yang ingin dengar suara ustaz Akill Hayy menyanyi dalam album ini,boleh dapatkan album ini di pasaran .sekali lagi terima kasih dan syabas buat Sony Music.harap lepas ni Sony Music akan reissuekan balik semua album rock lama2.

Wednesday, 18 May 2016

May - Rahsia ( 1990 ) Reissue 2016






Album ke 3 May yang juga merupakan album kegemaran aku.sebabnya stail muzik mereka lebih matang dan ada unsur thrash dalam album ini.ketika album ini di riliskan,aku berada di tingkatan 2,kerap kali juga aku dan kawan2 bila balik sekolah kongsi duit nak main lagu 'Racun Bermadu' kat radiogram.(satu lagu 50 sen) bila di ingatkan balik,bila dengar lagu 'Racun Bermadu' dulu kononnya memang dah rock gila2 punya la.heheh..pada waktu tu trend yang di gelarkan GQ (seluar slack yang ada klip di pinggang,dengan pakaian yang kemas) aku betul2 anti ngan geng GQ ni,kononnya true la taknak ikut trend terkini siap dengan stail rambut yang macam pelakon Hong Kong.heheh..







Ok,berbalik pada album ini,pertama sekali yang aku nak puji ialah soundnya,memang terbaik.seperti remastered.kerja yang terbaik dari Sony Music.typo pun takda.(tapi taktau la kalau kat lirik,sebab aku tak tengok pun) susunan lagu pun sama seperti versi kaset terbitan tahun 1990.dalam banyak2 rilisan Sony Music,album May ini je yang tak failed.semua lagu heavy dalam album ni memang aku suka seperti 'Racun Bermadu' 'Pahlawan Mimpi' 'Genggam Bara' dan 'Rahsia Kota'.dan untuk lagu slownya dalam album ini ada 4 lagu.kalau di perhatikan betul2,keempat2 lagu ni seakan jadi satu cerita kisah cinta,mereka bertemu,bercinta,berpisah dan kembali bercinta.cuba perhatikan setiap lirik dalam lagu 'Gadis Bertudung Putih' (bertemu) 'Terukir Janji' (bercinta) 'Diari Cinta Pertama' (berpisah) dan 'Pasrah Impian Siksa'(kembali bercinta) kiranya happy ending la gitu.heheh..






Apa pun album ni kira unik la juga kan.sesuatu yang lain pada ketika itu walaupun mungkin ramai yang tak perasan keunikkan album Rahsia ini atau ramai yang memang tak ambik tau pun.terima kasih Sony Music kerana meriliskan kembali album rock terbaik era 90an ini.muzik May berubah dan lebih matang dengan album Rahsia ini.

Lagi cerita pasal album ini boleh jenguk kat blog  Kaemm Reutn Kat Sini


Monday, 16 May 2016

Dedication : The Very Best Of Thin Lizzy (1991)





Thin Lizzy merupakan band dengan stail psychedelic rock yang berasal dari Ireland.Phil Lynott antara anggota yang paling di kenali dan juga pengasas band ini.juga merupakan artis kulit hitam pertama dari Ireland yang sukses dengan band Thin Lizzy ni.selain dari Phil Lynott yang juga merupakan antara pemain bass terbaik era rock 70an,pemain gitar blues rock terkenal dunia iaitu Gary Moore juga pernah menganggotai kumpulan ini.










Aku mula mengenali kumpulan ini melalui lagu yang pernah di cover oleh Metallica iaitu 'Whiskey In The Jar' yang sebenarnya lagu ini merupakan lagu tradisional Irish.ketika single ini di riliskan pada tahun 1973,Phil Lynott marah kerana lagu ini belum siap sepenuhnya dan beliau ingin merakamkan kembali susunan lagu ini.tetapi yang terjadi sebaliknya single 'Whiskey In The Jar' mendapat no.1 di carta muzik Ireland dan UK.dan satu lagi lagu yang aku tau dari band ini ialah 'Bad Reputation',itu pun dalam game Guitar Hero 2 di Playstation 2.sejak itu aku cuba dengar kesemua lagu2 Thin Lizzy yang lain nya.Phil Lynott dan Thin Lizzy juga menjadi sumber inspirasi Cliff Burton (pemain bass asal Metallica) gaya dan imej beliau sama seperti Phil Lynott.ironinya,Phil dan Cliff meninggal dunia pada tahun yang sama (1986)


cerita pasal Phil dan Thin Lizzy.kalau nak baca klik kasi besar




Kesemua lagu yang pernah hit dalam album the best of ini,ada antara lagunya popular ketika aku belum di lahirkan lagi dan juga ketika umur aku baru setahun jagung..heheh..seperti lagu 'Bad Reputation' (1977) 'Whiskey In The Jar' (1973) 'The Boys Are Back In Town' (1976) dan juga 'Jailbreak' (1976).selain lagu yang aku sebutkan tadi tu,lagu2 lain pun menarik juga macam lagu 'Dancin' In The Moonlight' 'Rosalie' 'Wild One' dan juga 'Still In Love With You'.lagu2 Thin Lizzy juga di kenali kerana bunyi bass Phil Lynott dan juga solo gitar mendayu dari Brian Robertson,Scott Gorham dan juga Gary Moore.






Pada sesiapa yang sukakan rock 70an dan suka dengar Queen,Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple era 70an dan ingin mengetahui tentang muzik Thin Lizzy,boleh dengar album the very best of Thin Lizzy ni.antara psychedelic rock yang terbaik.