my Friends

click2 laaaa

Showing posts with label married life. Show all posts
Showing posts with label married life. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

sakit jiwa kah?

assalam semua,

nak tanya la, life korang berubah 100% tak bila dah kawen? bila dah ada anak? for me, totally change terus. dah kawen, berubah cket la sebab dah ada dua famili kan. bila jumlah famili dah bertambah, masa weekend adalah paling sibuk ya. kadang2 marah jugak dalam ati sebab tak dapat nak dating beria cam dulu2. pastu isnin mest grumpy sebab penat nak ngemas umah, basuh baju yang berlambak sebab wiken tak sempat nak buat.

tapi time dah kawen, ada jugak la berjalan2 even dah kurang. time dah ada anak nih, jangan harapla.everything, suma attention p kat anak tau. kena lebihkan dia dulu. kalo keluar pon ada time limit sebab anak tak ikut sekali. sudahnya si mak la kena confine sekali ngan anak. and waktu tido pon memang upside down. dapat yang bangun menyusu ikut waktu, alhamdulillah. tapi kalo yang ikut mood, pengsannnn. memang mata panda la si mak tu. then bila dah keje, siangnya nak stay awake kat opis plak kan. kalo tak keje pon, nak kene kemas umah, masak, basuh baju. kene pandai organize supaya ada masa buat semua tu sebab baby kan suka berkepit kalo dah terjaga. maka, time dia tido adalah waktu emas untuk mak-mak buat keja kan? hebatnya mak-mak, macam2 boleh buat dalam masa 3jam tau.

then, time management memang lari la.kalo biasa appointmnt doc kul 3, kuar kul 2.30 pon sempat. tapi bila ada anak, jangan harap ya sebab nak kuar kena ikut mood anak. kadang dia cranky, kadnag dia tengah tido, kadang dia mandi lambat, kadang dia nak menyusu. ada macam-macam kadang tu maka bersedia la. agak2 tengok anak dah ready, kuar je la even baru kul 2. 

sebenarnya i pon tak tau point ape i nak cakap. cuma taip ikut rasa je. agaknyer kegeraman sebab asyik kena stay at home kot maka cakap pon ikut rasa je. ye la, dulu banyak source lepaskan geram. boleh tengok wayang, kuar window shopping, main games. now semua tu takde, ilek. macam kena kurung pon ya jugak. hurmmm


Monday, July 2, 2012

rushing nak bersiap!

assalam peeps!

i tengah bersiap untuk bertandang. dah siap nikah sebelah pagi. alhamdulillah, dah selamat jadi wifey akhirnya. punya la nebes.dalam ati ni, dag dig dug, tuhan ja yang tau. orang makin ramai kat luar tu. riuh rendah je bunyi. nama pon kenduri kannn.takkan la nak senyap2 kowt. eh, ade jugak orang buat kenduri ari isnin ek? ada ke orang nak datang? sukati i je kannnn.

takde la. ni tengah mengenang setahun yang lepas. hikhikhik. arini genap setahun when our hands hold together till forever..insyaAllah..tahun lepas kami berempat sahaja. hubby, me, smokey and shirou. this year dah tambah lagi sorang, Hussein :) alhamdulillah atas rezekimu ya Allah..



bila ingat balik, rindu nak jadi gila buat persiapan kawen. banyak benda jugak buat last minute. bad habit btol.hehehe. takpe, nanti buat persiapan besday hussein la.skali ngan smokey and shirou ya. save bajet.muahaha


to Syed Abdul Rahman Almahdaly, happy 1st anniversary sayangg!i dunno how to berjiwang2 here. as long as u tau how much i love u, cukup la kan.
  • thanks sebab jadi hubby yang penyayang even though ade jugak u buli i time i dalam pantang.huhuhu :p
  • thanks for always being there for me. 
  • thanks sanggup layan i bila i cried like a baby. 
  • thanks sudi teman i dalam labour room satu ari suntuk..
  • thanks teman i tido kat spital. first time kena warded, takde la rasa horrible sangat.hehe
  • thanks tolong jagakan smokey and shirou while i'm not around
  • thanks sanggup tunaikan my wishes yang mengada2 nih nak itu dan ini
  • many2 thanks la pendek kata. nak listkan kat sini tak muat..



Friday, May 18, 2012

pengalaman bersalin baby H-Part 2

assalam semua,

sambung balik ek. dalam kul 4 camtu, i kena seluk lagi. bukaan still 4-5cm ja. contractions pon dah slow. ntah nape ntah. tiba2 i rasa loya. cepat2 cakap nak muntah. nurse ezalze masuk LR just in time utk bagi bekas muntah, i terus muntah. tapi, tak keluar ape sangat la kan. just air n kurma yang i telan before that. dah itu je yang i makan. then, dorang cakap jangan minum air dah lepas ni. bibir rasa kering gila kot. pastu lembik memang takyah cakap. agaknyer kesan meds yang second time after epi tu kot. after dalam dua jam camtu, i muntah lagi sekali. then i tanya dorang, takleh minum langsung ke. sebab memang dah tak larat sangat2x. dorang cakap boleh, tapi cket2. and i kena VE lagi. this time dah bukak sampai 8-9cm. i macam dah start demam sebab rasa seram sejuk. tapi dorang kata maybe seram sejuk tu sebab amek epi. then, i tertidur sebab dah lembik sangat.

bila dorang check temp after that, sah i memang demam. dorang kejutkan i, bagi panadol. dalam pukul 8pm macam tu, temp i still tak turun. heartbeat baby plak dah 162++. dah lebih normal rate. my hubby cakap dah cecah 170. terus doc masuk LR, wat VE. alhamdulillah, masa ni i dah fully dilated. maka, bersedia untuk beranak. bila dengar je nak beranak, air mata i terus mengalir. ntah nape, rasa sedih plak time tu sebab parents i takde dengan i. nurse suma tenangkan i cakap takmo nangis2. hubby n MIL ada kat dalam LR. MIL pesan suruh selawat banyak2. disebabkan epi, i tak rasa sangat contractions. cuma i rasa discomfort dalam perut. nurse dok tekan2 perut i utk rasa contractions sambil tengok monitor. bila ada contractions, dorang akan jerit suruh push. rasa macam dalam fun fair plak time tu. kalo tak silap, ada dalam 4 orang nurse time tu. ramai kan?tapi bila part last2 tu, i memang rasa kepala baby dah kat hujung. time tu memang rasa nak terberak sangat2x. so ,i push sekuat ati. and i rasa sumthing big terlepas kat bawah tu. then, i rasa macam ada tersangkut cket. time ni i push dah tak kuat sebab energy pon takde. i rasa, tu bahagian bahu dia. doc pon tolong jugak sebab dia guna vakum untuk tarik baby keluar. after baby dah kuar, doc terus letakkan baby H atas dada i. mengalir lagi air mata.. air mata gembira. finally, baby H selamat keluar. mulut tak henti ucap syukur. mata baby H terbukak luas. tak nangis pon padahal nurse tengah sedut2 lendir2 kat badan dia. then dorang amek n bersihkan baby H. masa tu baru i dengar baby H menangis. tapi kejap je. bila dorang bagi balik kat i, dia dah diam. suma tegur mata dia yang terbukak luas. hehe. then, dorang cakap baby H kena masuk NICU sebab dia stress cket. ye la, dah kena vakum kan. pastu masa dalam perut lagi heartbeat dia dah tinggi. kepala baby H ada lebam cket n macam ke kiri, kesan vakum. rupanya position baby H dalam perut tak btol sangat. padanla masa rasa contractions tu, i rasa sakit kat pelvic kiri. agaknya baby H dok tolak2 ke arah tu la kot. hubby ikut baby H ke NICU untuk diazan dan diqamatkan. hubby kata dia tak nangis pon. dok pandang sana sini. curious btol anak mak sorang ni ya. hehe

then, tiba part jahit. dr idris sendiri yang jahit. i tak rasa sakit, tapi i rasa la dia touch2 time nak jahit tu. tak tergerak ati plak nak tanya kena bape jahitan. tapi rasanya takde koyak sebab kena episiotomi. then, dorang bagi i rest kat LR dalam 2 jam macam tu. pastu transfer kan i ke wad bersalin. malam tu, setiap 2 jam, nurse datang check BP and temp. baby H stay kat NICU sampai esoknya. tapi before datang temankan i kat wad bersalin, hubby sempat jumpa pediatrik, dr kamarudin. dr kama kata baby H dah ok, insyaAllah pagi soknya dah boleh join i kat wad bersalin.

there, abes satu chapter part bersalin sahaja. suma ada pengalaman masing2. btol la kata orang, lama2 u akan lupa sakit bersalin tu macam mana. sakit memang sakit, tapi bila tengok muak comel baby, terus rasa berbaloi dengan sakit yang macam tu. tapi for me, for now, i still ngeri cket. nak bersalin tu, ok lagi kot sebab ade banyak ubat blh tlg kurangkan sakit. tapi, dalam pantang ni yang ngeri. nak jalan susah, nak duduk susah. nak poo poo, lagi laaaa ngeri. huhuhu

pic baby H malam pertama bersama i. sejibik muka abah dia :)

pengalaman bersalin Baby H-Part 1

Assalam semua,
Now my phone dah jadi macam lappy plak. Since dah bersalin,x pernah on lappy lagi. Anything pon kat phone je. BW pon kt phone je. Tu yg kadang lambat balas komen kawan2. Thanks pada yang sudi singgah blog ni dan ucapkan tahniah. Dah masuk ari keenam berpantang. Still kekok nak handle baby. tengah learning la skang ni..

sebenarnya nak cite pasal pengalaman bersalin. jumaat lepas, 11 may 2012, last checkup with dr idris. dr idris bagi surat untuk serah diri ke hospital on 12 may 2012 untuk diinduce. so, malam tu memang prepare diri la sebab tau akan bersalin esoknya. memang i makan puas2 apa yang i rasa nak makan. tido dalam kul 12.30malam kot.

tiba2 dengar my mom ketuk2 pintu. aduh, malasnyer nak bangun. takkan dah pagi kot? sebab alarm phone tak bunyi pon lagi. dah my mom 2-3 kali ketuk, bangun jugak la bukak pintu. then, nampak dorang sibuk berkemas baju. aikk? pelik ni. muka ma macam lepas nangis. rupanya my grandma kat kampung meninggal......... terkedu i kat situ. terkejut sangat. no respon came out from my mouth. nasib tak terduduk jer. sebab sianynya, adik i ada cakap tok tak sihat. tapi tok memang slalu tak sihat skang ni. and last news yang i dapt earlier tu, tok dah masuk kecemasan dah, tunggu turn nak masuk ward je sebab ward penuh. bila i sedar yang ni bukan mimpi, terus berderai air mata. first Q i, skang kul bape? 3am. then, i g kejut hubby yang tengah tido. sedihnya tak tau nak kata. tengah type ni pon bila ingat balik, bergenang airmata. memang malam tu kami semua berendam air mata. even my abah menangis. 1st time i tengok abah nangis teruk camtu. then, bila dorang dah balik, kitorang try sambung tido. ye la, sebab i need energy to push nanti kan. but its really hard. susah nak tido. i tak sure kul bape i tertido balik.

sedar2 je, i rasa perut i cramps. macam period pain tu. tengok jam, pukul 5.45am. i time the contractions. 15minit sekali. tapi, i macam tak percaya je tu contractions. sebab before ni banyak sangat false alarm kan. then, i p toilet. ada titik darah kat panties. btol la ni, i nak beranak rupanya. syukur, baby nak jugak keluar sendiri. terus kejut hubby cakap perut sakit. agak kelakar bila hubby terus ajak jom ke spital. i plak yang slumber jawab, eh mandi la dulu. so, we took our time mandi, bersihkan litter box smokey n shirou, kemas cket dapur and grab bag spital. dalam kete, i dok tengok jam dashboard je. sampai kat spital around 7am++. masa tu, contractions i dah 4minit sekali. sakitnyaaaa. terus masuk labour room. nurse suma ingat nak induce sebab memang dah diinform awal2 kan. i said no, i dah sakit nak beranak ni. masuk labour room, dorang terus suruh i tukar baju spital and check my contractions. masa tu, paling kuat pon i tengok kat monitor 40++. then, masuk nurse india, ambikai nama dia. dia buat VE. ouchhh!! sakit gila okehh! i rasa nak sepak je nurse tu. dia kata i tak relax. dahtu, dah sakit, camne nak relax. dahle perut pon tengah sakit. pas check, dia kata dah bukak 2cm. after VE tu, i rasa ade discharge. memang ada darah yang kuar. then, dorang biar je i kat dalam LR tu.

dalam kul 9am++ rasanya, dr idris datang. and dia pon buat VE lagi. aduhhhhh!! tapi kan, cara dia buat macam kurang sakit dari nurse ganas tu buat. tapi i memang tak relax pon. tu yang sakit tu. dah tahan nafas pon, still tak relax. dr cadangkan i amek epi sebab baru buat VE pon i macam ni, macam mana nak beranak? kepala baby nanti lagi besar. i pon angguk jer said ok sebab sakit weyhhhh. then nurse ambikai masuk bagi enema, untuk paksa berak. ubat cocok bontot okeh!! menjerit i! macam rasa melecet pon ade. huhuhu.pas cocok je, terus rasa mau p toilet. after that, dorang dah tak bagi i makan berat. makan yg light2 je. sementara nak tunggu anesthetic, dr joseph, nurse ezalze datang cucuk tangan untuk letak drip. tapi dia kata vein i tak straight, susah nak cucuk. dia try cucuk sekali, tapi tak kena vein. dahla jarum drip besar n panjang tau. last2 dia cakap tunggu dr joseph buat la. selamat nurse tu memahami. if not, banyak la bekas jarum kat tangan i nih. huhuhu. tunggu dr joseph, agak lama gak ar. i rasa nak mengamuk dah kot apsal dr lambat sangat sebab sakit makin kuat. dah naik sampai 70 rasanya. ya, i memang tak tahan sakit. i rasa, orang len relax lagi kot kalo 70 nih. tak berapa ingat dr joseph datang kul bape. rasanya dalam kul 11am lebih. dia cucuk kat tangan, skali ja. then, dorang amek darah i skali untuk stemlife. pastu dia cucuk kat belakang badan, kat tulang belakang tu untuk epi. sakit tapi tak sesakit yg kat tangan sebab jarum dia lagi kecik. bila epi dah start berkesan, memang i relax sangat2. naik sampai 100 pon i tak rasa pape. tapi, memang badan sebelah kiri rasa numb. nurse suruh tukar posisi baring sebelah kanan plak bagi ubat tu gerak sebelah kanan. bosan, i pon dok update fb. haha!! tengah dalam LR pon dok update fb. my MIL n SIL datang jenguk kat LR. MIL memang tunggu i kt LR daripada pagi. memang dorang takde la tinggalkan i sorang2. alhamdulillah.. kalo i sorang2, mesti dok berendam air mata memikirkan both my parents xde dgn i. dalam tengahari camtu, dr idris masuk lagi, buat VE. time ni, i memang tak rasa pape dah. rasa la ada sumthing masuk kat bawah tu tapi tak sakit. so, relax ja. bukaan dah 4-5cm. he estimate dalam kul 3-4pm, beranak la ni. sebab bukaan n contractions pon laju. then, he suggest induce air. nurse panggil acceleration. untuk cepatkan bukaan. disebabkan ade epi, drip induce tu macam laju cket. 

tapiiii, dalam kul 2 lebih camtu, i start rasa sakit. aneh! sakitnya macam tak amek epi. nurse datang check. padahal contractions cuma 40++, tapi i bley rasa sakit tu. adakah sebab ubat induce tu?? then, dr joseph bagi i ubat lain, oksitoksin kot nama dia. i pon x sure untuk apa. tapi, epi still going on. after amek 2nd med tu, baru tak rasa contractions. time ni, i macam dah lembik cket sebab lunch tu, just makan sandwich wholemeal and tak abes pon. rasanya setiap 2-3 jam, i kena VE. dah terlupa dah bape kali kena sebab amek epi, tak rasa sakit tu kan. kalo sakit, konpem ingat punya :p tapi memang after first VE, i kena pakai pad. sebab after that, memang ade heavy discharge. orang kata ni namanya kembar darah and its more painful. ntahla..

alamak, my lunch dah ready plak. kena makan dulu, kang perut masuk angin. nanti, i sambung ya. :)
p/s: cookies yg spital bagi sempena hari ibu. sweet kan?? :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 16, 2012

Pengalamn malam pertama baby di rumah

Assalam semua,

Arini ari kedua kat umah. Semalam baby H mengamuk sakan. Nangis nak berdukung je. Tukar tempat baru kot. Sebab masa kat spital,xde plak nangis teruk camtu. Kat spital,light2 je. So arini,mak bapak dia muke memang rabak af. Ngantuk gila kot. Bagi susu pon nangis. Huhu. Sangat la perlukan kesabaran yang tinggi. Rasa nak marah pon ade. Tapi bila tengok muka comel Hussein,terus tak jadi marah. Nangis sampai merah2 muka pon still comel. Hehe.

P/s: even semalam tdo setengah jam then bangun,still sempat mimpi. Mimpi pasal smokey n shirou. N mimpi tu bersambung2 plak tu but still pasal dorang. X sabar nak tgu 2-3weeks pantang. Dah kuat cket,bley g tgk dorang. rindu sangat2..

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 15, 2012

Our lil joy!

Assalam semua,

Lama jugak vee menyepi kan? Sekarang tengah belajar macam2 benda. Especially pasal breastfeeding. Baca orang cerita,macam senang. Tapi bila sendiri nak buat,mencabar sungguh!

Oh ya,perkenalkan my lil junior yang lahir on 12 may 2012, kul 8.25malam seberat 3.12kg.



Itu adalah gambar dia pada ari kedua ya. I had quite a long labour jugak la. So far,alhamdulillah,mak ngan baby sihat. Sakit? Beranak,mestila sakit kan. Tipu la kalau cakap tak sakit. If xde pape,siang nanti dah boleh discharge. Akan berpantang dengan mertua. Hehe. Nanti i story pasal kisah nak bersalin ya.

P/s: skang baru rasa x ckup tdo. Thanks hubby banyak tolong i, teman i tiap2 malam. Bersyukur jadi isteri kamu tau. Muahhh!

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2012

cord blood banking

Assalam semua!

i'm still at home. pagi tadi, kul 4am, cramp cket. tapi sekejap je. pastu ilang. and still sihat walafiat. akan hit 41weeks dahni. hai la baby. cepat la keluar. semua orang dah bertanya pasal kamu tau. kesian mak kamu ni, kena tahan telinga je. nenek kamu dah nak balik. nanti mak kamu ni kena pantang sendiri la jawabnya. abah kamu pon dah tak sabar nak jumpa kamu tau. please sayang, kuar cepat ya. jangan bagi mak kena induce ya sebab orang cakap kena induce tu sakitttt. huhuhu

ok, arini nak cakap pasal ape ye? erm, pasal cord blood banking boleh? actually, dah agak lama tau pasal cord blood banking nih. dia simpan stem cell baby untuk kegunaan masa depan. ye la,raw cell kan. anything pon boleh buat. menurut akak stemlife tu, untuk siblings baby pon boleh pakai, tapi selalunya paling tinggi persamaan dia pon cuma 25%. tapi, kalo untuk parents baby, persamaan dia adalah 50%. even not 100% jaminan ini boleh membantu in future, tapi kalo ada sedikit harapan pon, anything boleh jadi kan. i tak reti la nak expalin pajang lebar kat sini. cuma yang i ingat masa akak tu explain, coverage stemlife ni datang dengan insuran rm100k. so, kalo stem cell yang disimpan tu tak boleh pakai, dorang akan carikan stem cell dari donor oversea and akan cover transportation and pembedahan suma. bayaran plak, kalo lumpsum rm5k.ni termasuk dengan bayaran storage la. dia akan simpankan selama 21 tahun. besday baby yang ke 22, kena start bayar balik rm250 per year. kalo nak bayar ansuran, bayar dulu rm2.5k and then kena bayar tiap2 tahun masa besday baby sebanyak rm250 sampai baby umur 21 tahun. 

once dah signup, dia akan bagi kit macam ni
 
ada gambar depan and belakang kit. kat kit tu ada tulis nama ibu, num ic and contact person stemlife tu. and sebelum seal kit tu, kita akan check sama2 with contact person tu barang2 yang ada dalam kit. basically ada vials, pastu plastik ape ntah. i pon tak ingat sangat. ada 12 item kalo tak silap. sebelum nak bersalin, bagi jer kit ni kat doc yang akan sambut baby nanti. tapi, yang i tau, spital swasta memang galakkan cord blood banking nih. spital gomen, cuma hukm ja yang buat. spital lain tak buat, ntah kenapa. mayb ada orang rasa tak perlu, membazir and ragu2. tapi kan, stemlife ni company pertama yang bukak kat malaysia. then, baru ada yang lain2 tu. if ada duit lebih, apa salahnya melabur sikit untuk kesihatan anak. i ngan hubby bertuah sebab rezeki baby, ada yang sponsorkan. thanks sangat2 to that person. sebenarnya banyak tau rezeki baby nih. banyak barang2 yang kitorang tak perlu beli sebab ada orang bagi. tapi, kalo i tulis satu2, nanti ada plak orang cakap nak menunjuk. so baby, cepa2 la kuar ya sayang. muahhh!



Tuesday, May 8, 2012

Akar fatimah- kembang sampai??

Assalam semua!

Hehe. Vee masih takde rasa sakit2 ke ape. Masih sihat lagi. Cuma semlm demam cket and now dok seselma. Baby nak tunggu induce ke ek? Hurmmmm

Last checkup,jumaat lepas. Berat terkini,73.9kg. Naik balik 400g. Agaknyer sebab melantak mcd before p jumpa doc kot. Hehe. Tekanan darah,normal. Heartbeat baby 127,pun normal. Pale baby memang dah engage banyak. Doc said jumaat depan dtg lg. If x beranak jugak,sabtu masuk ward,kena induce.

Kawan2, sedara suma dah tertanya2 bila la i nak beranak. Bila la baby ni nak kuar. I sengih je la. Ahad lepas,i siap p tawaf ikea lagi. Larat lagi tuh. Pon still takde pape contractions ke ape. Dalam ati ni,risau jugak. Tapi,nasib baik baby aktif. Selalu je gerak bila mak dia panggil. Tapiii,nape dok kat dalam lama sangat ni baby? Suma orang dah tanya pasal kamu tau..

Semalam jugak, i baru rendam akar fatimah yang kawan i bagi. I rendam guna air yasin n air zam zam. Ni la rupa dia ms baru2 rendam tu



I selawat je and baca ayat kursi. After 2hours rendam,dia jadi camni



Patut kembang lagi ke? Tak sure sekembang mana patutnya dia. Tapi,i dah start minum dah. Untill today,takde pape lagi la. sakit pinggang pon takde. Cool giler x? Before ni,cramp bagai,ingatkan akan bersalin awal dh. rupenyer tak. Huhu

posted from Bloggeroid

Friday, May 4, 2012

Sihat sihat saja....

Assalam semua!

Vee masih kat umah,masih sihat walafiat lagi. Semalam ada rasa contractions. Tp sekali dua ja. Pastu takdak pape dah. Hurmmm.. petang ni,de checkup ngan doc. Kita tunggu ja la doc nak kata apa kan.

Lately vee banyak nak tido ja. Tak makan pon xpa,janji tidoq. Ish,penyakit M ke? Ntahla,tapi memang nikmat gila if dapat tidoq. Adoyaii.. jangan baby ikut perangai camni,dahle. Hehe. My parents nak datang sok. Dorang plan to stay untill vee bersalin. Ye la,dorang pon x biase ngan jalan kat sini. datang awal,bley p survey kedai mana nak p beli barang, kat mana nak cari bekpes suma. Hehe. Tapiiii,umah tunggang langgang niiii. Malam ni,kena mengemas la jawabnya. Huhu. Take care everyone. Doakan vee ya. Ahad ni ada besday party anak sepupu hubby kt midvalley. Agak2 nya,vee sempat p tak? Semangat lagi nak p jalan2 tu. Hehe :p

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 2, 2012

Today is the day?

Assalam semua!

Vee still sihat walafiat. Hehe. Still sempat p jalan2, makan2, tengok avengers :p sukati i jer kan. Hehe



Tu my dinner kelmarin dulu. Kt alamanda. Sempat berjalan2 n memborong di mph. Xde la borong sangat,beli buku ni jer :)


Beratur 40min lebih tau time nak bayar. Nak pitam rasa berdiri lama. Oh,sangat mengada kan statement tuuu. Hikhikhik. Tp,alhamdulillah,dpt jugak beli. Kalau la vee tau yang siang tu Tun mai sign,dh lama den p siang tu. sedeyyyy tak dapat sign Tun. Oh ya,i peminat Tun ya. Cakap la apa saja,Tun tetap di hati. Chewah! Hehe

Then,ini adalah lunch semalam. Late lunch actually


Grilled salmon. Sedapppp! Semalam last dorang bukak. Start arini, dorang tutup 2weeks for renovation. Lucky us! Ni kat manhattan fish market,alamanda. Alamanda lagi ek? Dahtu,nak p ioi,jem. Wat sakit pale je sangkut jem tu. Ngeee


Me,makan dengan bestnyer. Tetiba de orang upload pic nih. Cis! Mr hubby ni,xde keje ar tu. Hijack phone i yeeee. Malamnyer plak,lepak minum jap with member. If x,sush la nak jumpa kan sebab masing2 dah de family, waktu senggang pon dah lain. Hehe. Neway,im happy dapat jumpa dorang

Arini bangun dengan berdebar. Ikut due date scan,today is the day. Tapi,xde pape tanda pun. Kalo ikut kiraan,it shud b 4th,means jumaat nih. I prefer jumaat nih lagi,senang hubby nak cuti. Lagipon,jumaat kan penghulu segala hari. so, baby nak tunggu sampai jumaat tak? Ngeeee.

P/s: beg spital dah kemas,finally kan. Ya,slumber me. sukati ja baru kemas beg. Ngeeeee

posted from Bloggeroid

Saturday, April 28, 2012

checkup semalam

Assalam kawan2..

watpe arini? jalan2? me,dok umah je. malas nak menyesakkan diri dengan jem BERSHIT tu. hehe. setiap orang ada pandangan masing2. i ada terjumpa link nih masa mengoogle BERSHIT 3.0. klik SINI. ntah kenapa, bangsa kita nak sangat ikut telunjuk Pengerusi BERSHIT nih. dorang ni otak bergeliga, bak kata kawan i kat fb, 
"BERSIH: ada sesuatu yang tersembunyi yang diperjuangkan yg akan memakan bangsa sendiri. Pandanglah di sekelilingmu, apa yg berlaku pada bangsamu. Sedarlah sebelum bangsamu dikekang di bumi sendiri..."

tu pandangan i la. pandangan orang len, no komen. sebab i warga penang. i kesian dengan warga penang yang dok pulau skang ni. ni. gara2 kononnya bangsa lain itu boleh mentadbir dengan lebih baik dan lebih adil. adil ke yang depa dapat skang? kene tindas lagi, ade la. erm, kang cakap lebih2, kate berat sebelah plak. tapi, p tengok sendiri la..

ok, ni nak cite pasal checkup semalam. Dr Idris takde, ade emergency. so, kene jumpa anak dia, Dr Ana. dulu, i pernah ada experience buruk bila checkup ngan dr ana. so, macam agak gerun la nak p jumpa dia. tapi, nak wat camna, takdak pilihan. p timbang ebrat, berat i turun balik hampir sekilo!. hurmmm.. dorang kate, dekat nak beranak, memang berat akan stay or turun. so, berat terkini adalah 73.5kg. masuk ja jumpa. bagi salam, dr ana dah senyum. ahh, arini mood dia baikk! alhamdulillah.. hehe. then, as usual la, dia tanya baby gerak ok ke tak. ada sakit2 tak. i said, ada, tapi tak interval la. then, i asked her, boleh tak nak scan sebab nak tau berat baby. die kate, boleh jer. hehe

i pon p la baring untuk scan. dia check blood pressure, dia kata ok, normal. memang style dr ana ni, dia letak jeli sejuk tu banyak2 before scan. memang sememeh cket la. tapi, scanner dia canggih. hehe. dia check everything la, dah macam detail scan plak. die check saiz kepala baby, saiz badan baby, panjang tulang kaki baby, air ketuban cukup ke tak. overall, suma ok. masa scan, baby tengah sujud, dalam position nak kuar. hearttbeat dia 126 which is normal tapi kurang dari minggu lepas. berat baby skang adalah 3.14kg. wow! tak sangka plak my baby dah cecah 3kg. ingatkan bawah 3kg lagi. ye ar, sebab perut i ni kecik je. tak macam nak tunggu ari sangat pon. anyway, i bersyukur my baby sihat semuanya. yang penting, jangan kuar arini ye sayang. kalo kuar arini, memang ada chance la abah kamu jadi bidan terjun kang. hikhikhik



Friday, April 27, 2012

breastpump dah sampai! :)

Assalam semua!!

okeh, yang ni takmo emo2 dah. nak cakap pasal ni sebenarnya. 



weekend lepas i ada order barang from littlewhizz.com. buat shipping address umah MIL sebab takut takde orang kat umah i. then , dapat call semalam dari orang courier, cakap tak jumpa umah? hahaha!! lawak gila. dah lama kot dorang dok situ, tak pernah2 posmen tak jumpa rumah. orang delivery, cab suma, jumpa ja. pelik sungguh! hikhikhik. sudahnya, i bagi alamat umah i la. tapi, i mintak dorang anta pagi ni sebab petang i ade checkup. so, arini, kul 10.30 tadi, barang tu pon sampai. happy weyh! lega sebab barang yang i nak dah dapat. hehehe. jom tengok satu2, nak? tak nak pon, kena paksa tengok jugak. muahahaha

ok, i order set breastpump dari littlewhizz nih. bagi i agak berbaloi sebab sebelum ni yang i prasan diorang takde set camnih. set breastpump with cooler bag skali.

dalam pakej ni ada bereastpump medela swing with calma teat, reusable autumnz ice pack(3 pieces), autumnz storage bottles(8 pieces), autumnz cooler bag. price yang i dapat is RM759.00 which is to me berbaloi jugak la. if nak tau lebih lanjut, boleh tengok SINI. cooler bag tu muat untuk simpan breastpump jugak and boleh sangkut kat stroller, pegang gitu jer or buat macam sling bag. ok la even tak dapat medela citystyle pon. sebab yang tu kena carry macam handbag. then, my handbag nak campak mana? ke dah ada anak nanti, tak yah bawak handbag? hurmmm

dah order, takkan nak order 1 barang je kan. rugi shipping tau. oh ya, shipping dia free for purchase above Rm200 untuk weight yang below 6kg. mine, tentu la tak sampai 6kg pon. hehe. then, i order jugak backpack supaya senang nak bawak breastpump berjalan2. rupa dia adalah macam ini ->
harga dia RM99.90. ada less RM10, so tinggal RM89.90. alang2 nak beli, i amek je. cooler bag yang dapat free tu, muat untuk masuk dalam beg nih, kat bahagian atas dia. bahagian zip bawah tu, boleh letak pump. bila nak pump, bukak jer zip tu. kat bahagian belakang plak ada opening untuk plug kan power outlet pump. takyah susah2 kuarkan pump dari beg. more info, tengok SINI ya :)

ada lagi ke i order ek? ada! hehehehe! i  order 2 nursing wear and 1 nursing tank. hubby kata, nursing tank nih, nak buat apa? seksi bukan main! laaa, if i pakai baju yang bukan nursing or takde butang depan, dah pakai tank ni, i still boleh selak2 without nampakkan any skin kan? hehe. i order jugak nursing poncho autumnz tu, color dark purple.harga dia RM39.50. tapi sayangnya, masa nak deliver, abes stock plak. maka yang itu, dorang tak deliver lagi. tunggu next batch la jawabnya. total damaged suma dalam 1k. agak cam nanges jugak masa nak bayar. seb baek share ngan hubby. hehe. thanks mucuk! muahh3x!

alhamdulillah, dapat jugak lengkapkan keperluan nursing untuk baby nih. i memang nekad nak bf my baby. harap2 ada la susu nanti. skang ni, memang takde pape lagi. ada m2b yang dah ada susu time preggy lagi, rezeki masing2 kan. even if awal2 tu, kalo terpaksa bagi fm, i redha. i tetap akan usaha utk bf lepas tu. semoga dipermudahkan. aminnnn

oh ya, tadi ada orang tak sabar nak unbox everything. maka box ini dah dibuka :p poyo kan? orang lain beli fs pon tak gedix macam i. takpe la, i excited ngan barang sendiri. ok what. hehe


i just bukak gitu jer. tak try pon assemble everything. tengok la, malam kang ke, esok ke, try assemble. nak dengar bunyi dia bising ke tak. ok, done! pasni nak kene siap2 mau p checkup. kena p awal sikit arini sebab konpem jalan2 banyak kena tutup kan. maka lama la kat dalam keta nanti.

Tuesday, April 24, 2012

kisah weekend lepas

Assalam semua!

semalam monday blues tak? hehe. ni cite weekend aritu. before this, i ade cakap de besday party kan? haa, ni la besday party nya. malam sabtu lepas. ada birthday boy and besday girl. its more to makan2 and tiup kek. among family je. tapiiii, ada party pack tauu! thanks to k.ngah sebab sangat rajinnn. layankan gambar ya. tak banyak pon, cket jer. hehe

 yusuf and mohamad. mohamad is the besday boy!

 comeinyerr dak sorang neyh

 my aunty and my hubby

 kak long and mohamad. kaklong tengah bukak party pack dia

 ada orang dah terbaring kekenyangan. tak senonoh btol! haha

 chu, hubby's uncle. chu nak snap gambar yusuf, tapi sebab dia pon macam beraksi bagai, i snap gambar dia. hikhikhik

 besday boy and besday girl. ni akak sedara hubby

 alamak, tak sempat amek gambar time blow cake. sempat amek masa potong jer. kira aci la kan. hehe. blackforest cheese. sedappppp

 mohamad unwrap adiah besday dia. tapi, dia bukak gitu je, tak kaur kotak pon. tunggu balik umah, baru nak bukak kot. hehe

enjoying his present! :)

ops! tetiba terselit gambar dak naughty nihh. hehehe. he also dah jadi sangat manja skang ni :)

esoknya, ahad, kitorang g amcorp mall. layan flea market dia. and i nak cari novel murah2 kat bookexcess. nak wat stok untuk time pantang nanti. tapiiiii, i kena ceri beri plak. tak dapat nak jalan2 sangat tengok barang. asyik dok ulang alik p toilet ja. almost every floor plak tuh. sedeyyy. seb baek de watson. SIL said, charcoal tablet bley makan. so, p la beli and makan. alhamdulillah, petangnya dah stop dah ceri beri tuh. tapiii, penat weyh. memang terus ketiduran pas sampai kat umah.

since semalam, kaki dah start bengkak balik. tangan plak asyik dok kebas2. apakah? hurmmm



Saturday, April 21, 2012

checkup 38 minggu

Assalam semua..

selamat berhujung minggu! hehe. ni nak cite hal semalam. semalam p checkup. skang, dah start checkup seminggu sekali kan. sampai klinik lambat semalam sebab hujan lebat kan, so kene drive slow2 jer. sampai2 je, nampak ada sorang tengah menunggu. alhamdulillah, tak lama la kalo camni. hehe. terus p timbang berat. berat sekarang adalah 74.2kg! pergh! membesar dengan jayanya! tu la komen i pas timbang berat. this time, nurse lain. nurse tu senyum je sambil komen anak sulung kan, biasa la tu. lagipon tengah tunggu hari. hehehe. then, pegi toilet, untuk test urin. kuar dari toilet jap je, dorang dah panggil masuk. tak sempat pon nak baca novel yang i bawak. hehe

as usual, dr idris tanya how are u, sihat? sihat, alhamdulillah. tapi i cakap dia, baby macam gerak tak kuat sangat. before ni kan, sekali tendang, senak perut mak dia. skang, macam light2 gitu. so, he asked me to baring la untuk scan. tapi, tiba2 dia dapat phone call plak. maka i pon berborak dengan nurse dia dulu. lupa nak tanya nama nurse tu. i tanya dia, nape everytime datang, nurse lain2? dia kata, oo, dorang ada 3 orang. yang layan i semalam, memang duty dari pagi sampai petang. yang lagi dua orang, tukar2. ada shift pagi and petang. ooo, so nurse yang kene sound minggu lepas tu dah keje shift pagi semalam. padanla tak nampak dia. hehe

pastu dr idris datang. dia check blood pressure. pastu check perut. kat bahagian atas, dah kosong cket sebab baby dah turun bawah. he asked ada contractions tak. i said, ada, tapi tak regular la. he said its normal la sebab baby dah engage kan. memang akan rasa. and disebabkan baby dah gerak ke bawah, memang pergerakan dia tak kuat macam sebelum ni. ooooo, baru tau. hehe. agaknyer sebab i sampai lambat, he just scan pakai doppler tu jer. heart beat baby semalam adalah 130. agak rendah la compared ngan minggu lepas tapi still dalam normal range. ye la, minggu lepas, before masuk checkup, i dok kunyah chocolate. agaknyer sebab dapat caffeine, baby macam aktif terlebih kot. kot jer la. then, he gave me mc for next week. after that, i memang dah start cuti bersalin. he told me jangan banyak jalan sangat. orang dok cakap banyak jalan boleh cepatkan bersalin, tapi tak semestinya pon. i tanya dia, my weight ok ke? risau plak naik banyak dalam seminggu. he said ok, naik cket je tu. hurmm, rasanya kalo tak mc, maybe tak naik2 kot berat i nih. skang dok kat umah jer kan, jalan2 pon dalam umah je. hikhikhik

after checkup, kitorang g makan. sebab i pon dah nak dekat waktu bersalin, maka p makan yang sedap2 la. nanti dalam pantang, dah takleh nak makan macam2 kan. layan gambar jer la ye. hehe









kitorang amek starter and pasta je. kate makan bertiga, dengan baby sekali tapiiii, makan banyak tu pon tak abes. tengok la gambar last, i dah tersandar kekenyangan dah. dah macam ular sawa plak. hahaha!! tapiiii, i memang suka pasta kat sini. even just classic carbonara, memang sedapppp! ngeee. tu jer story arini. pasni nak p umah mertua, got besday party. tido sana. sok, nak jalan2 lagi. if larat. ngeee. how's your weekend? :)


p/s: simptom minggu ke-38, baru rasa panasnyer badan nih! tengahari tu, rasa nak berendam je dalam bilik air sampai petang. adoyaiiiii


Wednesday, March 14, 2012

Emo lagi

Assalam semua,

tengah sedih neyh.. nak nangis jer rasa. memang lately ni, cepat rasa tersentuh. cepat rasa nak nangis. out of many people kat luar sana, i expect this one person to understand keadaan skang neyh. tapiiiiiii, rupanya takkk. sentap i rasa. my hubby busy cket lately. dah namanya kerja, bukannyer pi enjoy clubbing ke hape. so, please la understand. yes, i tengah sarat skang. eh, jap. takde la sarat mana kan? sarat cket jer. tapi, saat2 ni la hubby kena tinggalkan i sebab urusan kerja. i tak kisah, orang len plak yang kisah. i know my own body. i rasa okey jer. bukannya jauh pon dia g. if anything happen, i call ambulance jer la. ingat i suka ke kena tinggal2 neyh? tapi, dah terpaksa kan? bukan sengaja pon. dia keja susah payah cari rezeki, untuk family kami jugak. bukan macam orang len, goyang kaki jer, keje dia, sume orang tolong buatkan. so please, kalo tak nak paham, then tolong diam. tak payah nak serabutkan kepala i ya. buat i sedih ja...huwaaaaaaaa

Tuesday, August 2, 2011

Anniversary sebulan! :)

Assalam peeps! arini first day sahur nasi. semalam minum air kosong ngan supplement jer. ahaha! idup orang bujang..camni la..setakat ni alhamdulillah segar lagi. korang.. korang nak tau tak, arini kan 1st anniversary sebulan kami! dah sebulan rupenyer ye. cepat sungguh! sesi post wedding pun tak abes lagi photoshoot. hikhikhik.. nasib baik OP cool Big Grin

Alhamdulillah..rupenyer peristiwa sebulan lepas bukan mimpi. kenyataan yang nyata. sebulan lepas, kira-kira pada pukul 10.30pagi vee selamat menjadi isteri kepada Syed Abdul Rahman Almahdaly dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah, sepanjang tempoh bertunang dulu, tak banyak dugaan yang kami lalui. gaduh2 manja tu biasa la kan. kalo tak gaduh cket2, bosan jugak kan. hehe Happy macam tu jugak pas kawen. we tried untuk bertoleransi to each other. dah mula kenal perangai masing-masing dari sudut yang berbeza. like how he is so immune dengan bunyi alarm clock die yang sangat kuat tu and me sensitif giler dengan bunyi alarm. haha!! ya, i know, we do complement each other Blushing

walau pon kami ni jumpa time weekend jer, boleh rindu-rinduan kan? hehe. memang betul kata orang, bercinta lepas kawen lagi nikmat. skang dah boleh kuar tengok wayang midnight. hehe. kalau dulu, susah cket sebab vee tak gemar nak kuar malam tak tentu pasal ni. skang lesen dah besar kan? hehe. rasa bahagia bila ada tempat mengadu, ada kawan nak berborak, hangout sama2. bukanla maksudnya vee takde kawan. cuma kawan yang ini sentiasa available untuk vee. alhamdulillah..

vee tak reti nak buat entry romantik2 nih. hubby vee nih jenis yang suka buat lawak. memang tak kering gusi la vee ari2. his family pon awesome! best rupenyer ada kakak2 and abang. syukur..hehe

 

to Aman,

  • Thanks sudi jadi hubby saya yang awesome!
  • harap perhubungan ni kekal bahagia selamanya. Aman kene sayang ina ari2 tau! jadi pemimpin keluarga yang baik, jangan stress2 dengan perangai Ina ek Love Struck
  • harap kite cepat dapat ahli family yang baru. amin…. Big Grin

SELAMAT ANNIVERSARY SEBULAN HUBBY! Kiss

credit pic to izul zahrin(chanteeq pictures) and munzir(jejari pictures)

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers