my Friends

click2 laaaa

Showing posts with label after wedding review. Show all posts
Showing posts with label after wedding review. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

review hantaran

Assalam semua..

i tak pernah fully review my wedding kan? haha!! dah nak dekat setahun dah kot kawen. ngeeee. gambo kat facebook pon i baru upload dalam bulan ni jugak. sebab i dapat softcopynya lambat. bila dah lambat, mood nak upload dah ke laut disebabkan excited nak citer pasal baby. hehe. anyway, nak jugak tepek cket2 review pasal my wedding kat sini. supaya nanti, bila dah tua, i baca blog i sendiri, i boleh ingat balik apa yang berlaku. kalo my children nak tau kisah parents dorang pon, boleh la baca blog ni jugak kan? hehe

this time, i nak cakap pasal hantaran. i bagi kat hubby 9 dulang berbalas 7. i buat sendiri all my hantaran. masa tunang dulu, tempah. macam tak feel plak tempah. so, i buat sendiri. my parents pon macam percaya tak percaya jer i nak buat sendiri. ngehngehngeh. simple2 je i buat. tapi, OP tak amek gambar suma dulang plak. makanya i tunjuk apa yang ada jer la ek. basically, suma dulang lebih kurang sama jer rupa dia. tema warna dia biru and kuning. guna bunga plastik ja sebab kalo guna fresh flower, takut tak sempat plak nak hias2 sebab buat sorang2 kan. dulang dia plak, my fren pinjamkan. hehe. jimatt disitu Big Grin

Tafsir Al-Quran. i beli online jer. dia siap bagi dengan beg. tapi lupa plak i beli ngan web mana

belt and key holder

cincin untuk hubby

set perfume

robot transformers. hehe. budak2 datang, suma dok geram ja kat robot neyh. ada jugak yang tanya, why robot nih? sebab hubby suka la. die memang suka kumpul, so apa salahnya buat hantaran kan?

sirih junjung. haaa, yang ni, i tak buat sendiri. i tempah ngan my wedding vendor. time tunang, dorang jugak yang gubah hantaran untuk i. and this one, guna fresh flowers. bab sirih junjung, memang tak yakin nak buat, sebab tu i tempah.

lagi dua dulang, kemeja and kuih bahulu. setiap dulang i ada bantal2 kecik tu color biru and kuning. gigih tau nak jahit. dahla i takde mesin jahit. kena jahit tangan tuuuu. tapi separuh jer. separuh lagi, i jahit guna mesin bila balik umah my parents. hehe.  bunga dia plak, i main cucuk jer. asal sedap mata i memandang Tongue

hantaran ni suma amek masa sehari jer nak gubah2 dia. simple jer kan. tapi yang lama tu nak jahit bantal2 kecik tu. and everything siap 2-3 days before kawen. ngeeee. i memang suka last minit. not good..not good..hehe

ni checklist yang i buat dulu.

sebelah hubby plak, cousin dia tolong buatkan. she memang talented and suka bab2 gubahan nih. tapi, takde plak yang upclose punya. cuma ada pic nih ja..

my hubby with his hantaran boys. hehe. ni suma cousin2 dia. hantaran dia pakai fresh flowers. dah sampai kat kedah, baru his cousin start gubah. hebat kan? hehe

there, abes satu review. fuh! lega… hehehe

p/s: takde sape nak ajak i buat gubahan ker? gatal tangan plak nak menggubah. muahahahaha!!!

Thursday, February 9, 2012

entry suka hati :)

assalam semua!

alhamdulillah, semalam kaki dah tak cramp. tak tau la sampai bila bertahan. vee sapu balm dlu, baru pakai stokin. jalan dalam umah pon, bila malam, pakai selipar hotel tu. tido plak, memang kaki den dok atas bantal. gedix kan? kaki pon nak letak atas bantal. harap2 takde la cramp lagi pasni. insyaAllah.. tengah edit gambo kawen. tak edit sangat pon, adjust lighting jer. tempek la sekeping. hehehe

yup! i tau, i memang gemok. orang nak kawen, slim kan badan, i plak macam di pam2. muahaha. senang ati la katakan. skang dah preggy, rasanyer, muke i lagi slim dari gambar nih. hehehe :p




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, December 5, 2011

gambaq baru?

assalam semua

sekarang banyak masa lapang. banyak masa nak godek blog. bosan juga rupanya bila takdak benda nak buat. or memang ada benda nak buat, tapi malas tahap dewa. hehehe.

dah tukar header. amek gambar dari album salah seorang OP yang dorang letak kat fb. Mohd Munzir nama dia. munzir ni assist ja. main OP i dah letak kat wedding review before nih. sebabnya? sebab suka sangat gambar ni. tak taula kenapa. cantik tak header baru i? any komen untuk memperbaiki blog nih? kot2 la nampak serabut ka..

Wednesday, July 20, 2011

terima kasih b2b Lala!!

assalam semua!! tadi blogwalking, pastu rajin plak skroll ke entry2 lama. then, LV terjumpa ini!! http://misilala.blogspot.com/2011/07/review-wedding-b2b-veesakura.html

review pasal majlis LV kat sungai petani,kedah! terima kasih banyak2 lala!! first time LV jumpa member blogger. agak kekok jugak la. tapi memang terharu ar. LV pon takde buat review lagi pasal hari persandingan aritu. haha!! memang lambat btol kan? sooo sowie. pasni, LV promise akan cube buat review satu persatu secepat mungkin. ngeeee

to Lala, LV doakan majlis pertunangan dan perkahwinan kamu akan berjalan lancar semuanya ya. aminnn

Friday, July 15, 2011

sesi nikah 2 julai 2011

assalam peeps! dah sudah kawen, blur jap. tak tau nak tulis ape. hm… ok la, review pasal nikah la.

i nikah ari sabtu,2 julai 2011, dijadualkan pada pukul 10.00 pagi. memang pagi tu bangun awal giler. dahle malam sebelum tu i tido kul 2.30 pagi. so, i slept about 4 jam jer. memang new record la sebab i ni jenis yang tidur cukup 8 jam. hehehe. i request nak nikah kat umah tapi tok imam insist nak jugak p kat masjid yang jauhnyer cume 10minit dengan berjalan kaki. dahle time tu i period. agak geram jugak la

i g masjid dengan 2 buah kereta. walaupun dekat takkan nak suh menapak kot dengan heels sume. my dad’s car, die yang bawak. ada me, my pengapit(ijat) and farah, my schoolfriend. the other car ada both my brothers, makngah, pakngah, tok sebelah mak and adik sepupu. tu jer. disebabkan kelam kabut i tak bawak pon cincin untuk batal air sembahyang and bantal nikah. even my mom pon tak datang masjid. sedihh siot. i wish both my parents ada untuk tengok i nikah. but then mak kate ada banyak keje nak buat kat umah. sob..sob..Crying face

sampai kat masjid, rombongan hubby blom sampai lagi. since i tak boleh masuk masjid, i just duduk akt laur masjid, kat koridor tu. tok imam datang, die cakap kat my father suh turun bawah lagi which is tempat yang orang pijak2 dengan kasut tu. bodoh giler! nak mengamuk i kt situ. i degil, i g duduk kat tangga. konon de tempat khas untuk orang yang tak boleh masuk masjid. tak lama lepas tu rombongan hubby sampai. dorang datang dengan 15 buah kereta tau. malu giler i masa tu. rasa macam kawen lari jer. takde whole family sume, kene buat kat masjid, duduk tepi tangga lagi. memang pagi tu bergenang juga la mata ni. tapi tahankan jer.

bila sume dah amek tempat, upacara pon dimulakan. lagi sekali darah i menyirap sebab tok imam tu tak guna mic. langsung tak dengar pape. memang terpinga2 la. tau2 jer dah sah jadi bini orang. 1 thing yang buat i sedih and terkilan, bukan father i yang nikahkan i tapi tok imam. anak pompuan dia sorang ja.. sedih giler time tu. tengah taip ni pon, mengalir air mata bila ingat saat tu. after sah nikah dengan sekali lafaz, my hubby datang dekat i dan bacakan taklik. alhamdulillah, btol la i dah jadi isteri yang sah. lepas baca taklik, my hubby masuk dalam masjid semula tapi i tak tau untuk ape.

settle everything, kitorang bergambar depan masjid. memang sikit giler kot gambar time tu. nasib baik hubby’s relatives banyak snap gambar. so, sume gambar ni i cilok from hubby’s relatives and my friend’s fb.

me tengah cuak nak g masjid. this is my bilik pengantin. love it! In love

this is me and my pengapit, farizat aka ijatt. ijatt ni one of my bff dari dulu sampai skang. kecik molek jer orangnya Winking smile

us masa pembacaan taklik

the husband and wife! Open-mouthed smile

pic credits to farizat, sheha and simfoni rias

Wednesday, July 6, 2011

1st update!

assalam guys! LV tengah rehat2 ni. best jugak cuti lama ni ek. tapi cam bosan pon ade gak. hahaha. skang vee kat bilik lama vee. so, smlm tido sorang la, tido ngan kucing2. hehe. malam ni balik umah mertua semula.

so, nak review pe dulu ek? just letak jer la my nikah n bersanding pic. gambar2 ni, banyak sedara hubby yang snap.

ya, vee memang debab! hahaha!! nanti vee tunjuk gambar penuh baju nikah with review skali ya. gambar ni diambil right after nikah. masih malu2 kucing lagi tau! hahaha

ni plak baju untuk bersanding. memang vee nak color royal blue. sangat2 berterima kasih dengan k.yan, my mak andam sebab dapat cari apa yang vee mintak. bersyukur sangat. hehe. thanks to my school friend yang snap gambar ni. ally, thanks a lot tau! :)

sume gambar tadi tak diedit langsung. ni ada 2 gambar yang my OP letak kat fb diorang. memang cantik di mata vee. hehe

sangat suka gambar yang last tu. hahaha!! memang outcome sangat cantik. sebab tempat tu takde la cantik mana pon. seriously, vee suka sangat. weekend ni, sebelah hubby OP yang sama jugak yang akan snap. kene ajak hubby praktis pose nih. hehehe Big Grin

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers