Search This Blog

Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Rakyat Sarawak Harus Bijak Tolak Pakatan Rakyat!


Salam,

Seperti dijangka, DUN Sarawak sudah pun dibubarkan. Pembubaran ini membuka laluan kepada PRU ke-10 bagi negeri Sarawak. Maka lenyaplah sudah teka-teki pilihanraya Sarawak dan berakhirlah sudah ramalan yang mengatakan PRU 13 serentak dengan pilihanraya Sarawak. Cuma yang belum berakhir, teka-teki bila PRU 13 akan diadakan ?

Di atas kertas, BN pasti akan mengekalkan kedudukan memerintah negeri Sarawak. Pakatan Rakyat bukanlah saingan untuk BN. Kalau pun ada saingan, mungkin cuma DAP sahaja akan kacau daun, mencacatkan kemenangan bergaya BN. Politik janji bulan bintang dan permusuhan yang dipelopori pembangkang tidak akan berkesan di Sarawak.

Sama seperti Sabah, rakyat Sarawak dahagakan pembangunan. Masih banyak lagi prasarana asas yang ditagih. Bekalan air, elektrik dan kemudahan pendidikan adalah keperluan utama bagi penduduk pedalaman. Dan kemudahan ini hanya akan mampu disediakan oleh kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin dengan nasib rakyat.

Kemampuan dan tanggungjawab ini semacam tidak dapat dilaksanakan oleh pakatan pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan. Apalagi melihat senario yang ada sekarang, dengan PKR umpamanya ibarat sebuah kapal yang sedang 'rabak' menunggu karam. Bayangkan bagaimana PKR mahu fokus untuk memerintah Sarawak ketika pergolakan dalaman parti pun tidak dapat diatasi?

Malah bagaimana pula nak menerajui pemerintahan negeri dan menguasai Putrajaya sebagaimana yang digembar-gemburkan, jika pemimpinnya asyik terpalit dengan dakwaan seks sepanjang masa? Nak bagi DNA pun takut pulak tu...

Kita percaya dengan kemampuan rakyat Sarawak berfikir dan menilai untuk membezakan antara kaca dan permata. Pasti rakyat tidak akan terkeliru dan terpesona dengan kaca berwarna 'jingga' yang belum pasti menjanjikan apa-apa, berbanding begitu banyak 'permata' yang telah diberikan kepada negeri Sarawak selama ini.

Namun begitu, jentera BN tidak boleh berasa selesa. Usaha mendekati rakyat harus diteruskan. Mana yang keliru mesti disedarkan. Biar mereka tidak dilamun mimpi dan berpijak di bumi nyata, memilih BN untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negeri sarawak!

Monday, February 28, 2011

PRU13 sudah hampir tiba...


Salam,

Berjumpa seorang kawan lama dari sebuah daerah di Pantai Timur Sabah baru-baru ini. Terima kasih kepada Facebook yang menemukan kami selepas lebih sepuluh tahun terputus hubungan. Kerana lama tidak berjumpa, banyak cerita dibualkan. Macam-macam...

Yang menarik hati bila kawan ni mengajukan soalan : Bila Pilihanraya Umum?

Saya jawab: sepatutnya penggal ke-12 ini akan berakhir pada Mac 2013. Yang pasti pilihanraya akan berlangsung di Kerdau dan Merlimau. PRU DUN Sarawak pula saya kata akan diadakan sebelum bulan Julai ini. Bila tarikhnya, tiada siapa pun tahu.

Kawan ni kata, pilihanraya umum hampir tiba. Makin dekat sudah katanya. Saya tanya, macamana kau tau?

Kawan ni kata: Sekarang ni para pemimpin termasuk para YB rajin masuk kawasan. Banyak acara diadakan di sana-sini. Boleh katakan setiap hujung minggu, pasti ada sahaja acara dilakukan. Memang nampak sibuk, memang meriah. Bagai tak cukup muka surat akhbar melaporkan aktiviti ni.

Saya jawab: Ini bukan petanda yang jelas pilihanraya akan tiba. Pemimpin yang bertanggungjawab memang begitu, akan berusaha mendekati rakyat sepanjang masa, tanpa mengira pilihanraya dekat atau lama lagi. Lagi pun saya kata, baguslah kalau banyak acara diadakan. Mudahlah rakyat dan wakil rakyat berdamping dan saling berhubung. Banyak masalah boleh diselesaikan.

Kawan ni tetap tidak puashati. Dia tetap menekankan yang pilihanraya ni memang sudah dekat. Katanya, silap-silap tahun ni juga. Saya kata, mana mungkin tahun ni....mustahil.

Cuba bayangkan, kata kawan ni. Kalau acara peringkat kampung secara kecil-kecilan, yang tidak melibatkan orang kenamaan, malah tidak menjemput YB pun disinggahi YB, bukan itu tanda pilihanraya sudah dekat? Acara ni katanya setiap tahun diadakan, tidak pernah ada YB singgah pun...

Biasanya, kata kawan ni, kalau YB baik semacam ja, mesti pilihanraya hampir tiba. Adalah maksudnya tiba-tiba ja rajin singgah. Dulu macam tidak pernah nampak pun.

Saya kata baguslah YB singgah. Nanti dia tidak singgah, kau mengata juga... Saya menasihatkan dia melupakan perkara tersebut. Tunggu ja bila tarikh pilihanraya. Bila sudah sampai, jangan lupa pergi mengundi.

Kepada jentera pilihanraya BN dan PAS di Kerdau dan Merlimau, jadikan PRK ini sebagai proses demokrasi yang mesti dihormati. Selamat berkempen!

Thursday, April 2, 2009

UNDILAH SIPADAN!

Salam,

Ini bukan kempen pilihanraya kecil. Tiada kaitan dengan Bt Gantang, Bt Selambau atau Batang Ai. Sesekali kita release, jangan cerita pasal PRK...

Pulau Sipadan, sebuah pulau pelancongan terletak di Timur Sabah. Menjadi kegemaran kepada perenang skuba kerana keindahannya, terutama perairannya yang belum tercemar dan sangat indah.

Pulau Sipadan telah dicalonkan sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia yang baru, dan akan bersaing dengan beberapa lokasi dan monumen lain. . Untuk ke pusingan akhir, Pulau Sipadan mesti menduduki sekurang-kurangnya tempat ke-11.

Supaya pulau cantik ini dapat bersaing dan akhirnya terpilih sebagai satu keajaiban, semua dijemput untuk mengundi. Mungkin ini satu cara kita membantu sebuah pulau di negara kita mencatat nama di persada antarabangsa.

Bagi yang tidak mengundi di PRK 2 Bukit 1 Batang atau tidak dapat mengundi semasa Perhimpunan Agung Umno, undilah di sini.http://www.new7wonders.com/nature .

UNDILAH SIPADAN!!!

Saturday, February 14, 2009

Misi Menawan Dua Bukit: Siapa Jeneral ?

Salam,

SPR telah menetapkan PRK bg kerusi DUN Bukit Selambau dan Bukit Gantang secara serentak pd 7 April ini, manakala penamaan calon pd 29 Mac. Ketika PRK dilangsungkan, Pemilihan Pucuk Pimpinan Umno telah selesai dijalankan.

Soal calon mungkin tidak mjadi masalah kerana di Bkt Selambau scara tradisinya dkuasai MIC, dan Umno di Bkt Gantang. Siapa ? pastilah BN akan meletakkan calon yg bpotensi dan 'boleh menang'.

Soalnya siapa yg akan memimpin Barisan Perang dlm ptarungan tsebut dan menjayakan misi menawan dua bukit ini ?

Jeneral sudah pasti tiada psoalan DS Najib Tun Razak. Bagaimana dgn 'Mejar Jeneral' ? Ada 3 calon yg boleh mbantu, siapa ya...

Bagi kompeni pemuda, ada 3 kapten bsiap sedia : Kapten KJ, Mukhriz dan Khir. Agak-agak siapa yg berani mengambil tanggungjawab mjalankan misi ini ?

Kompeni wanita, Kapten Rafidah dan Sharizat juga sdg bsedia. Rasanya, bg la kapten yg muda sikit.

Kompeni puteri ? Semuanya muda belaka. Tenaga masih kuat, so pilihlah yg ada pengalaman 'perang'.

Untuk barisan yg lain tu, pilihlah barisan yg benar-benar boleh mbantu, bukan sokong mbawa rebah. Yang mguna jawatan untuk kepentingan peribadi, tentulah tidak sesuai ke medan perang!

Tuesday, February 10, 2009

Soalan Untuk SPR?

Salam,

Seperti yg dlaporkan, sah dua Bukit kosong, atas sebab yg b'beza.

Di Bukit Gantang, MP Allahyarham Roslan Shahrum, meninggal dunia kerana serangan jantung. D'ucapkan takziah kpd keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di sisi para solehin.

Di Bukit Selambau pula, dikosongkan atas sebab yg cuma V.Arumugam saja yg tau. Nampak gayanya trend mengosongkan kerusi smakin mjadi-jadi - semuanya atas nama rakyat.

Nasib baik Sultan Perak tidak perkenankan pembubaran DUN Perak, kalau tidak pilihanraya sakan kita nampaknya pd awal tahun ni - selepas lebih kurang setahun PRU12, dan PRK Permatang Pauh serta Kuala Terengganu.

Dalam keadaan ekonomi gawat ni, ditambah lg dgn suhu politik yg sentiasa 'panas' - lebih-lebih lagi selepas kejadian di Perak - kemudian bhadapan pula dgn PRK, maka tumpuan kita rasanya lebih cenderung utk bpolitik - tentunya 'perlawanan', sebab di Malaysia jika tidak berlawan bukan politik namanya!

Ada satu soalan utk SPR : Bolehkah PRK dlm kes sbegini tidak diadakan ? Jawabannya tentulah tidak boleh sebab undang-undang mengkehendaki kerusi kosong mesti diisi. Mungkin utk kawasan Bukit Gantang kita maklum sebabnya, tp bagaimana dgn Bukit Selambau ?

Dicadangkan supaya dwujudkan undang-undang yg menangguhkan sesuatu PRK kpd tempoh t'tentu. Undang-undang sedia ada menetapkan dua tahun menujuj ke tarikh PRU berikutnya tanpa PRK, hendaklah dsemak semula. Apalagi ketika ini semasa ekonomi gawat - pilihanraya pasti mgunakan pbelanjaan yg banyak - dan 'pcakaran' politik yg bagai tiada kesudahan. Bolehkan SPR ?

Kita khuatir, tumpuan utk memulihkan ekonomi di kalangan rakyat tanpa mengira parti mana, akan tjejas apabila asyik m'fokus kpd soal politik dan perkara yg bkaitan dgnnya. Banyak masa tbuang utk 'projek mengalahkan pihak lawan', sedangkan alangkah eloknya jika masa dan tenaga yg ada itu dgunakan utk m'atasi kemelut ekonomi yg tidak menentu ini.

Rasanya elok juga SPR mbincangkan cadangan ini...

Friday, December 5, 2008

Jangan Biar Ayah Pin Bertanding!

Salam,

Disahkan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pd 17 Januari 2009 dgn pnamaan calon pd 6 Januari 2009.

Wah, meriah la K.Terengganu kali ni, sah memang ramai yg turun padang bkempen. Tentu ramai yg sibuk, yg menyibuk pun ramai.

Tapi ingatan utk ahli Umno, datang kempen untuk menangkan calon Umno nanti, bukan nak kempen utk diri sendiri atau 'kuda' sendiri pulak!

Gunakanlah tempoh yg ada utk menawan hati pengundi memilih Umno-BN, sebab majoriti pilihanraya lalu tu pun bukannya banyak mana.

Untuk SPR pula, jgn biar Ayah Pin btanding, kacau kita nanti!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin