Search This Blog

Showing posts with label pemimpin. Show all posts
Showing posts with label pemimpin. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Pemimpin Rakyat, Berjiwa Rakyat!


''Jangan ada tembok antara kita dengan rakyat. Kita mesti menjadi seorang pemimpin rakyat, berjiwa rakyat. Inilah tema kita untuk kita berjaya dalam sistem demokrasi di negara ini.
Salam,

Perdana Menteri DS Najib berterusan tanpa jemu menggariskan kriteria yang wajib dimiliki oleh pemimpin BN, demi memastikan mereka tidak alpa bahawa kuasa yang dimilik sekarang boleh hilang apabila rakyat sudah bosan dengan karenah pemimpin mereka. Terbaru semasa merasmikan AGM BAKTI, pandangan yang sama terus diutarakan.

Menurut Najib, pemimpin hari ini harus peka dengan perkembangan semasa. Harus sentiasa bersikap telus dan jangan sama sekali membohongi rakyat. Mungkin ada perkara yang mahu disorok dari pengetahuan rakyat, tetapi dengan kecanggihan tekonlogi maklumat hari ini, lama-kelamaan pasti akan terbongkar jua.

Elok rasanya jika seseorang pemimpin lebih terbuka dan berterus-terang dengan rakyat. Katakan perkara benar, jangan sesekali menganggap rakyat 'bodoh' dan tidak tahu. Pada era maklumat di hujung jari sekarang, tiada lagi perkara yang harus dirahsiakan dari pengetahuan rakyat. Apalagi sikap menipu, tidak jujur dan tidak amanah, semuanya hanya akan menunggu masa untuk diketahui rakyat akhirnya.

Najib juga dilaporkan mahu pemimpin mengurangkan protokol dalam perjumpaan dengan rakyat. Perjumpaan dengan rakyat atau pemimpin kecil di peringkat bawah harus kerap diadakan, untuk mencari jalan terbaik terhadap sesuatu perkara. Jika berkaitan dengan kemajuan dan keselamatan kampung, pastilah dengan JKKK. Jika berkaitan parti tentulah dengan Ketua Cawangan.

Protokol zaman feudal dengan para Laksamana, Temenggung dan Bendahara datang bersembah mengadap Raja pada masa yang ditetapkan, sudah tidak lagi sesuai pada zaman ini. Seorang pemimpin harus sentiasa bersedia mendengar laporan dari para pembantu, pemimpin tempatan atau rakyat biasa setiap masa. Datang ke sesuatu kawasan hanya kerana ada acara dirasmikan bukan cara terbaik mendekati rakyat.

Sudahlah jarang bertemu, datang pula di kelilingi oleh para balaci, pencacai dan 'yang biasa-biasa' bersama dengannya sehingga rakyat tiada ruang untuk bersemuka dengan pemimpin harapan mereka. Akhirnya, wujud jurang pemisah di antara pemimpin dengan rakyat. Rakyat cuma mampu melihat pemimpin mereka dari jauh. Dan pemimpin tidak dapat mendengar rintihan, aduan atau denyut nadi rakyat.

Jika saranan PM Najib ini diambil peduli dan dilaksanakan oleh para pemimpin BN, sebagai pemimpin rakyat berjiwa rakyat, pasti BN akan terus mendapat sokongan padu rakyat. Perubahan yang dituntut oleh PM Najib di kalangan pemimpin BN, jika segera diambil tindakan, pasti suara sumbang di kalangan rakyat - sebahagiannya penyokong BN - tidak lagi kedengaran.

Harapnya, mereka akan mendengar!



Friday, September 4, 2009

Renungan Pagi Jumaat: Untuk Para Pemimpin.

Salam,

Pagi Jumaat, 14 Ramadhan ini elok rasanya kita merenungi 'ingatan' berguna daripada DS Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Khusus kepada para pemimpin - tidak kira parti apa pun yang anda wakili - ingatan ini sangat berfaedah untuk diberikan perhatian.

Beliau dilaporkan meminta para pemimpin mengikis sikap angkuh, menjauhi perbuatan yang dibenci rakyat dan berusaha untuk mendekati rakyat sepanjang masa. Apa yang disebutkan ini penting untuk memastikan keberkesanan seorang pemimpin menunaikan tanggungjawabnya.

Usaha mendampingi dan membela nasib rakyat hendaklah dilaksanakan secara berterusan, tanpa mengira masa walaupun dalam bulan Ramadhan ini, demi memastikan nasib rakyat bawahan terus terbela. Janganlah hanya manis muka dan murah senyuman ketika musim kempen pilihanraya sahaja!

Kalaupun bukan kerana takut dihukum rakyat semasa pilihanraya akan datang atau bimbang rakyat memilih pembangkang, ingatlah bahawa kepimpinanan ini adalah amanah dan tanggungjawab. Pemimpin dipilih rakyat kerana mereka mengharapkan pemimpin dapat berbuat sesuatu untuk mereka, membantu dan mewakili mereka sebagai rakyat.

Sempena bulan mulia ini, wajar rasanya para pemimpin bermuhasabah dan menginsafi diri, mengatasi kesilapan lalu dalam usaha menjadi pemimpin yang berkesan, pemimpin yang disayangi rakyat.

Harum semerbak namanya dengan kebaikan, bukan pemimpin yang apabila namanya disebut, rakyat akan mencebikkan bibir!

Wednesday, February 25, 2009

Mencari Pemimpin Seperti Rasulullah.

Salam,

Seorang pengunjung di blog ini mhantar komen berikut :

...kalau bab pemimpin ni, aku nda kira la siapa2 dia karabat abang musa ka?anak buah ka? sapupu ka? asalkan dia beriman dan mempunyai kelayakan sudah cukup bagi aku. pasal aku ambil iktibar dari rasulullah, beliau melantik abu bakar ( mentua dia ) ,ali ( Menantu dia )..kalau kita tafsir sekarang ni kira kerabat la atau kroni....tapi aku punya tafsiran bahawa mereka ini beriman dan berkelayakan......rasulullah mau bagi contoh bahawa tidak salah melantik atau memilih dari kalangan kerabat atau kroni asalkan mereka beriman dan berkelayakan....allah hu alam.

Nampak komen diberi memang cukup cantik, m'ambil iktibar daripada kepimpinan Rasulullah. Menurut pengunjung ni juga, dua kriteria yg mcukupi untuk mjadi pemimpin : Beriman dan berkelayakan.

Bab beriman memang kita jelas. Pemimpin yg tiada iman memang tidak mungkin mampu memimpin orang b'iman. Sebab itu manusia diutus para rasul memimpin mereka ke jalan yg benar. Hanya manusia saja yg lalai dlm 'm'ingat' ajaran para rasul tsebut, lalu memilih pemimpin yg nampak b'iman tp beraja di hati, bsultan di mata!

Cuma soal kelayakan ni, kita agak keliru sedikit. Bagaimana kelayakan yg sesuai mjadi pemimpin ? Rasanya soal ini agak subjektif. Jika ijazah mjadi kelayakan 'asas' memilih pemimpin, berapa ramai pimpinan kita t'utama di peringkat bawah yg kita angkat tidak memiliki ijazah.

Ah, ijazah bukanlah ukuran utama memilih pemimpin. Memiliki segulung ijazah bukan b'erti memiliki kebijaksanaan. Berapa ramai pemimpin yg tidak b'ijazah tp bijak dlm b'politik umpamanya. Lagi-lagi politik putar alam @ putar belit, tidak perlu sijil bjela-jela...

Sayangnya, sekarang ni pemimpin yg 'seperti' Rasulullah itu amat sukar kita temui. Lim Guan Eng di Pulau Pinang yg hendak meniru kepemimpinan Umar Abdul Aziz pun, rasanya jangankan separuh, suku pun dia belum dapat contohi!

Bagaimana kepimpinan Rasulullah ? Dicatatkan sbg contoh :

Sebagai ketua negara, baginda tidak segan untuk bergaul dengan rakyat biasa tanpa mengira status sama ada fakir miskin, kanak-kanak atau hamba, Baginda juga sedia memenuhi undangan para sahabat nya termasuk pembantu rumah. Bahkan dalam peperangan Khandak umpamanya, Baginda menyertai sahabat-sahabat untuk menggali parit sehingga tubuh Baginda penuh dengan debu dan tanah.

Adakah lagi pemimpin kita seperti ini ? Tepuk dada, jangan tanya siapa-siapa, tanyalah diri sendiri!

Thursday, January 15, 2009

TIPS UNTUK PENGUNDI KT!

Salam,

Tinggal 25 jam lagi utk calon btanding di PRK Kuala Terengganu bkempen untuk memikat phatian pengundi. Tinggal 33-34 jam utk seramai 80,325 pemilih di kawasan P.036, memilih wakil mereka.

Siapa pilihan ? Tpulang kpd selera masing-masing, sendiri mau ingat la. Namun, perlu juga diingatkan kpd para pemilih, sbelum memangkah sabtu ini, sila ambil phatian thadap beberapa perkara.

Berikut disenaraikan tips untuk pengundi Kuala Terengganu :

1. Jangan jadikan pilihanraya seperti menukar baju
2. BN tidak perlu watak Casper untuk menang
3. BN yakin sokongan golongan muda
4. Ikhlas bangunkan Terengganu
5. Tips pemimpin yang baik
6. Tips memilih pemimpin

Smoga sdikit panduan ini boleh mbantu memilih YB baru 17hb nanti!

Sunday, January 11, 2009

Tips Pemimpin Yang Baik Ala Najib

Salam,

Tim. ( Bakal ) Presiden Umno, DS Najib Tun Razak, semasa bkempen di Kuala Terengganu beberapa hari yg lalu, telah memberikan beberapa tips untuk menjadi pemimpin yg baik. Klu ikut laporan Utusan, pemimpin BN/Umno yg baik, so yg lain jgn tiru.

1. Bsikap rendah diri
2. Jangan berlagak...naik kereta mewah
3. Jangan berlebihan ( ketika bertemu pengundi )
4. Pegang prinsip, pemimpin hamba rakyat
5. Turun padang supaya mesra rakyat
6. Sentiasa mdekati rakyat
7. Lambai tangan kepada rakyat yg berada di tepi jalan
8. Sentiasa tersenyum
9. Memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira waktu dan ketika

Walaupun tips ini untuk PRK Kuala Terengganu, ia relevan digunakan oleh setiap pemimpin di mana sahaja berada. Kepada perwakilan Umno, tips ini mungkin boleh digunakan utk mnilai pemimpin yg hendak dipilih Mac nanti.

Menjelang PRU 13 nanti, mungkin banyak lagi tips yg boleh diberikan oleh DS Najib kepada para pemimpin BN/Umno. Hendaknya selalu juga diingatkan kepada mereka nasihat ini, khusus kpd para MP, ADUN dan Penjawat Post penting, supaya mereka tidak lupa. Bukan apa, pengalaman menunjukkan, selepas menang kebanyakan mereka jadi lupa diri....

Sunday, November 16, 2008

SABAR AJALAH !

Seorang kawan yang berhajat menawarkan diri bertanding satu jawatan utama dalam Pemilihan Umno di sebuah Bahagian baru-baru ini, telah ‘dinasihatkan’ supaya membatalkan hasrat tersebut dengan alasan untuk berkompromi dan mengelakkan perpecahan.

Sebagai tawaran, kawan tersebut ‘dijanjikan’ satu jawatan utama yang dilantik oleh pimpinan bahagian. Ketika itu, kawan tersebut telah mula mendapat pencalonan daripada cawangan yg bsidang. Demi menghormati pimpinan bahagian, kawan tersebut dengan kejujuran dan keikhlasan hati, telah bersetuju dengan ‘nasihat’ yg diberikan.

Apa yang blaku kemudiannya kini menjadi sejarah. Selesai pemilihan, dalam mesyuarat yg diadakan baru-baru ini, kawan ini hanya diberi jawatan kecil – tidak sebagaimana yg dijanjikan. Kawan tersebut mjadi keliru, dan menolak jawatan tsebut.

Kawan tsebut terus dalam dilemma : Menjadi penyokong ‘setia’ atau ‘pemberontak’ – Kalau mjadi pemberontak mungkin tpaksa dipujuk dan diberi ganjaran tapi kalau jadi penyokong setia, beginilah jadinya…

Pengajaran daripada kisah kawan ini, dalam politik jangan cepat percaya dengan ‘nasihat’ dan ‘janji’. Mungkin ada udang di sebalik mee. Kepada kawan tsebut, nasihat saya : SABAR ajalah – inilah pkataan yg paling baik boleh diberikan. Dalam politik juga, pkataan SABAR ni kena simpan banyak-banyak…

Tunggu dan sedia untuk 3 tahun lagi, mungkin ada cerita !

Wednesday, November 12, 2008

Menunggu Respon Para Pembesar

Peristiwa : Demo Pengkid
Tempat : Perkarangan KLCC
Tarikh : 7hb November 2008
Masa : Jam 3.oo petang
Sebab Demo : Menentang Fatwa Pengkid Haram
Cerita Demo Pengkid : disini atau disini atau disini

Sudah beberapa hari blalu, belum ada seorang pun pembesar yg bsuara pasal demo ni yg terang lagi bsuluh mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sama ada pemimpin parti Umno, PAS, PKR - yg Islam la - ndakan kecut perut dgn budak-budak belum cukup umur ni. Ndakan mau tunggu pemimpin MCA, MIC, Gerakan, PPP atau UPKO bsuara mptahankan fatwa.

Ingatan untuk YB Menteri Pelajaran : Daripada kecoh satu Malaya pasal sajak kematian, baik Datuk Seri buat ulasan pasal budak Pengkid ni !!!

Wednesday, October 8, 2008

TIPS MEMILIH PEMIMPIN


Salam,

Dua hari lagi, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri akan bermula, berlanjutan sehingga 9hb November nanti. Sempena mesyuarat tersebut, saya bkongsi pandangan seorang kawan baru-baru ini. Katanya, pemimpin ada lima jenis :

1. Pemimpin Raja Muda @ RM
Pemimpin jenis ini adalah peminpin yg mempertaruhkan kedudukan dan wang ringgit sebagai aset untuk disokong. Kebiasaannya, pemimpin begini akan menutupi kelemahan mereka dengan harta yang dimiliki dan sanggup membeli sokongan dengan wang ringgit, disamping menggunakan kedudukan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain.

2. Pemimpin Kura-kura
Pemimpin jenis ini ialah mereka yang datang secara bermusim. Ibarat kura-kura yang hanya mengeluarkan kepala bila perlu sahaja. Semasa tiada pemilihan atau aktiviti, mereka hilang entah di mana tanpa khabar berita.

3.Pemimpin Burung Murai
Umpama burung murai yg terkenal dengan mulut becok, pemimpin jenis ini juga petah berkata-kata dan beretorik tetapi tiada tindakan. Aset mereka hanyalah kebijakan menarik sokongan dengan janji manis.

4. Pemimpin Dinosaur
Seperti dinosaur yang hanya tinggal sejarah, pemimpin dinosaur ini juga wajar menjadi tatapan sejarah. Walaupun mungkin mereka memiliki kuasa dan boleh membuat apa sahaja tetapi era mereka sudah berlalu. Sewajarnya mereka memberi peluang kepada pelapis baru mengambil peranan untuk memimpin.

5. Pemimpin Kontemporari
Pemimpin sebegini ibarat peribahasa Melayu : Dicampak ke darat menjadi gunung, dibuang ke laut menjadi pulau. Mereka bijak memainkan peranan dan berfungsi kepada masyarakat dan negara. Masa kini adalah masa mereka menonjolkan diri.

Terpulanglah kepada kita, hendak memilih pemimpin yang mana satu?

KEMASKINI 10/10/2008 10:05
KIMANIS : TAHNIAH KPD SDR. MOHAMAD ALAMIN MENGEKALKAN JAWATAN KETUA PEMUDA & SDR. DURAMIN TAPA DIPILIH NAIB KETUA PEMUDA - SMOGA SDR.2 TRUS DBERI KEKUATAN DLM PJUANGAN.
KEMASKINI 12/10/2008 13:00
BEAUFORT : TAHNIAH KPD SDR. ISHAK HJ IBRAHIM DAN SDR.AZMAN DSP LAJIM, DIPILIH SBG KETUA & NAIB KETUA PEMUDA UMNO BEAUFORT & PIMPINAN PEMUDA UMNO BEAUFORT - TERUSKAN PJUANGAN.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin