Search This Blog

Showing posts with label debat. Show all posts
Showing posts with label debat. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

Teruskan Debat...


Salam,


Selepas idea Kerajaan Perpaduan yang dicanang PAS, akhirnya ditolak pula oleh PAS juga, timbul pula idea baru, debat. Datuk Nik Aziz mengajak DS Najib berdebat. Surat jemputan sudah pun dihantar.


Nik Aziz berhasrat untuk berjumpa Najib sebelum berdebat, untuk menyatakan syarat-syarat debat, jika dipersetujui. Kita mencadangkan supaya DS Najib menyahut cabaran berdebat ini, jika...


1) Debat ini membantu memulihkan krisis ekonomi yang sedang dihadapi sekarang. Sebaik sahaja debat berakhir, negara dapat menangani kemelut ekonomi dan ekonomi negara pulih seperti sedia kala.


2) Debat ini membolehkan penyatuan fikrah di kalangan orang Islam di negara. Selepas debat berakhir, perbalahan dan perpecahan di kalangan orang Islam yang terbahagi tiga: Umno, PAS dan PKR, akan selesai dan orang Islam akan senada seirama sehati sejiwa, terutamanya dalam mempertahankan hak dan kepentingan bersama.


3) Debat ini membolehkan negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz terkeluar dari senarai negeri termiskin. Selepas debat berakhir, Kelantan bukan lagi tergolong negeri termiskin di Malaysia malahan menjadi negeri termaju!


4) Debat ini membolehkan politiking pembangkang yang tidak berkesudahan ini akan berakhir. Selepas debat, PAS-PKR-DAP mengiktiraf kemenangan BN dan berperanan sebagai barisan pembangkang yang membina!


Jika empat perkara ini boleh berlaku selepas debat yang dicadangkan berakhir, maka eloklah DS Najib masuk gelanggang.


Jika tidak, rasanya tidak perlulah rakyat Malaysia, khususnya orang Islam membuang masa

melihat debat yang tidak perlu itu!


Thursday, July 17, 2008

DEBAT 2008


Salam

Agak lama tidak berkesempatan menulis di ruangan ini. Keterbatasan waktu dan kesibukan tugas harian, menjadi kekangan utama…

Kelmarin, selepas menghadiri dua mesyuarat penting pada sebelah petang, bergegas pulang ke rumah. Elok-elok sampai, jam di dinding menunjukkan waktu hampir jam 9.00 malam. Selepas, ‘berebut’ dgn anak-anak rancangan tv yg ‘mesti tonton’, semestinya TV9 pilihanku, rancangan Debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Chek vs Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas sejam menonton tv, memang mengkagumkan…kepetahan berbicara ( baca : beretorik ) DSAI masih seperti dulu. Hebat juga…keberanian DASC berhadapan dgn pemimpin pembangkang ( baca: katanya PM in waiting ).

Hari ini jadi kerajaan, esok turun harga minyak. Kesimpulannya…bagi saya:

- Tiada benda / formula baru yg selalu diwar-warkan oleh DSAI semenjak sebelum pilihanraya yang lalu kecuali cadangan penurunan 50 sen.
- Sanggahan DASC boleh diterima dan meyakinkan tmasuk keperluan pensrukturan subsidi yang dlakukan oleh kerajaan.

Siapa menang? Pemenangnya ialah budaya baru apabila pihak yang bertentangan boleh berdiri di atas pentas yang sama, berhujah secara professional menegakkan pendirian masing-masing. Mungkin ini satu permulaan yg baik….

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin