Maaf sekali lagi, blog ini agak lambat dikemaskini. Kali ini kesibukan dengan tugasan 'khas' benar-benar tidak mengizinkan. Untuk itu, kita rileks dulu...Baca cerita ini.
Pada suatu hari, pada zaman dahulu kala, telah diadakan satu pertandingan memanjat pokok kelapa di kalangan katak. Ingat, ini cerita katak betul...bukan katak lain.
Pada hari yang ditetapkan, berkumpullah segala macam katak di lokasi pertandingan. Pokok kelapa yang dijadikan 'venue' untuk dipanjat tegak berdiri, setinggi bangunan tiga tingkat.
Urusetia pertandingan pun bhempas pulas mendaftarkan peserta yang menyertainya. Dianggarkan lebih 1000 ekor katak turut serta.
Di sudut lain, para doktor, bomba, ambulan dan sukarelawan lain bsiap sedia menangani sebarang kemungkinan.
Para penonton yg hadir sambil berbisik-bisik membodohkan katak yg menyertai pertandingan tersebut. Kata mereka ini bukan pertandingan nyanyian yg selalu dikaitkan dgn katak. Tidak mungkin katak mampu memanjat, kerana kepakaran mereka hanya melompat. Sebab itu, timbul kata-kata lompat katak!
Tepat pada masa yg ditetapkan, pengadil pertandingan pun meniup wisel menandakan acara bmula. Maka bduyun-duyunlah para peserta mencuba untuk memanjat. Setiap kali mereka cuba memanjat, setiap kali itulah mereka akan terjatuh.
Dari tempat duduk penonton, kedengaran suara yg jelas mengutuk dan merendah-rendahkan kebolehan katak. Ada yg bsuara menyuruh katak pulang, jangan mbuang masa. Cuma sebahagian kecil ja penonton yg positif mberi dorongan. Laksana di stadium bola, hiruk-pikuk penonton memang riuh-rendah.
Beberapa minit berlalu, tidak kelihatan pun ada katak yang berjaya memanjat. Yang ramai, katak yg mengundur diri sambil mengeluh kepenatan. Ada juga menyesal menyertai pertandingan tsebut.
Hiruk-pikuk masih bterusan, katak semakin keletihan dan smakin bkurangan. Tiba-tiba, keadaan mjadi gempar seketika. Seekor katak puru bwarna coklat, kelihatan agak tua sudah sampai hampir di pertengahan pokok kelapa.
Urusetia tkejut beruk, penonton smakin cemas, katak lain memandang sinis. Ah, tidak mungkin ada katak yg dapat memanjat....
Masa blalu pantas, katak tua tadi berjaya sampai ke kemuncak. Ya, dia bjaya, memang dia sudah sampai di celah-celah daun kelapa...Ketika itu, riuh-rendah smakin kuat kedengaran mengagumi khebatan seekor katak.
Para wartawan pantas mengambil tempat d bawah pokok untuk menemuramah, Ketua Kampung pantas diberitahu dan dibawa ke lokasi menyaksikan peristiwa penting tsebut.
Khidmat bomba tpaksa digunakan untuk mbawa sang katak hebat turun ke bawah. Rupanya, katak cuma mampu naik ke atas, tidak mampu turun sendiri. Jika katak turun melompat, nescaya dia akan tsembab ke bumi dan menempa maut.
Apabila sang katak sudah dtanah, bpusu-pusulah dia dkerumuni. Ptanyaan btalu-talu, dgn pelbagai soalan, semua bkisar tentang rahsia kejayaannya. Sang katak selamba, cuma tsenyum tidak mberi jawapan, tmasuk utk soalan Ketua Kampung.
Ketua Kampung naik berang dgn kesombongan sang katak juara yg hanya tsengih-sengih, tidak mjawab soalan. Kalau soalan wartawan tidak dijawab, tidak mengapa, ini soalan Ketua Kampung pun cuma dbalas dengan tsengih seperti kerang busuk.
Lalu diarahkan doktor mbuat pemeriksaan, mengapa sang katak ini diam mbisu ketika yg lain ingin bkongsi rahsia kejayaan. Selesai diperiksa, doktor berbisik kpd Ketua Kampung : Tok Ketua, katak ni pekak, dia tidak mdengar...
Oh, patut la....