Search This Blog

Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Wednesday, February 25, 2009

Mencari Pemimpin Seperti Rasulullah.

Salam,

Seorang pengunjung di blog ini mhantar komen berikut :

...kalau bab pemimpin ni, aku nda kira la siapa2 dia karabat abang musa ka?anak buah ka? sapupu ka? asalkan dia beriman dan mempunyai kelayakan sudah cukup bagi aku. pasal aku ambil iktibar dari rasulullah, beliau melantik abu bakar ( mentua dia ) ,ali ( Menantu dia )..kalau kita tafsir sekarang ni kira kerabat la atau kroni....tapi aku punya tafsiran bahawa mereka ini beriman dan berkelayakan......rasulullah mau bagi contoh bahawa tidak salah melantik atau memilih dari kalangan kerabat atau kroni asalkan mereka beriman dan berkelayakan....allah hu alam.

Nampak komen diberi memang cukup cantik, m'ambil iktibar daripada kepimpinan Rasulullah. Menurut pengunjung ni juga, dua kriteria yg mcukupi untuk mjadi pemimpin : Beriman dan berkelayakan.

Bab beriman memang kita jelas. Pemimpin yg tiada iman memang tidak mungkin mampu memimpin orang b'iman. Sebab itu manusia diutus para rasul memimpin mereka ke jalan yg benar. Hanya manusia saja yg lalai dlm 'm'ingat' ajaran para rasul tsebut, lalu memilih pemimpin yg nampak b'iman tp beraja di hati, bsultan di mata!

Cuma soal kelayakan ni, kita agak keliru sedikit. Bagaimana kelayakan yg sesuai mjadi pemimpin ? Rasanya soal ini agak subjektif. Jika ijazah mjadi kelayakan 'asas' memilih pemimpin, berapa ramai pimpinan kita t'utama di peringkat bawah yg kita angkat tidak memiliki ijazah.

Ah, ijazah bukanlah ukuran utama memilih pemimpin. Memiliki segulung ijazah bukan b'erti memiliki kebijaksanaan. Berapa ramai pemimpin yg tidak b'ijazah tp bijak dlm b'politik umpamanya. Lagi-lagi politik putar alam @ putar belit, tidak perlu sijil bjela-jela...

Sayangnya, sekarang ni pemimpin yg 'seperti' Rasulullah itu amat sukar kita temui. Lim Guan Eng di Pulau Pinang yg hendak meniru kepemimpinan Umar Abdul Aziz pun, rasanya jangankan separuh, suku pun dia belum dapat contohi!

Bagaimana kepimpinan Rasulullah ? Dicatatkan sbg contoh :

Sebagai ketua negara, baginda tidak segan untuk bergaul dengan rakyat biasa tanpa mengira status sama ada fakir miskin, kanak-kanak atau hamba, Baginda juga sedia memenuhi undangan para sahabat nya termasuk pembantu rumah. Bahkan dalam peperangan Khandak umpamanya, Baginda menyertai sahabat-sahabat untuk menggali parit sehingga tubuh Baginda penuh dengan debu dan tanah.

Adakah lagi pemimpin kita seperti ini ? Tepuk dada, jangan tanya siapa-siapa, tanyalah diri sendiri!

Wednesday, November 26, 2008

Sekadar Ingatan

Hari ni cuma mau kongsi emel seorang kawan baru2 ni.

Ilmu utk dikongsi bersama : Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh" Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh" Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr.. Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye" Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya. Kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....


Catatan : Ini bukan fatwa baru, sekadar ingatan untuk semua Muslim. So, yg lain jgn sibuk pulak. Puak Hindu Sangam ka @ mana yg lain, jgn lak buat demo @ memorandum nak buat bantahan. Kalau tidak faham jgn memandai, tanya la ustaz Zawawi. Tk

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin