Search This Blog

Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Cabaran Yang Tidak Perlu!

Salam,

MB Perak, DS Zambry Kadir mencabar DS Nizar Jamaluddin bersama 27 ADUN pembangkang untuk mengosongkan kerusi mereka bagi diadakan pilihanraya kecil. Tujuannya untuk melihat sejauh mana pengaruh pembangkang di kalangan rakyat Perak.

Cabaran ini dilontarkan Zambry gara-gara kenyataan Nizar untuk membubarkan DUN jika keputusan mahkamah berpihak kepada beliau. Elok rasanya semua pihak - Zambry dan Nizar - bersabar menunggu tarikh 9 Februari, jadual Mahkamah Persekutuan bersidang menentukan MB Perak yang sah. Sementara menunggu tarikh tersebut, tidak perlulah cabar-mencabar yang cuma memperlihatkan sikap kebudak-budakkan!

Seperti kata Zambry. fokus utama kerajaan negeri BN yang diterajuinya adalah untuk membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Perak. Seharusnya tumpuan ke arah fokus tersebut dilaksanakan dengan jayanya tanpa terikut-ikut dengan rentak pembangkang, yang cuma sibuk dengan pilihanraya. Selesai pilihanraya, gagal pula mengurus dengan baik. Banyak janji gagal ditunaikan.

Jika pembangkang terutama PKR dikutuk sebelum ini dek kerana kecenderungan untuk berpesta pilihanraya, dengan perletakan jawatan ADUN dan MP hanya kerana alasan remeh, apa pula perlunya seorang MB melontarkan cabaran mengosongkan kerusi?

Ada banyak lagi perkara yang hendak dibuat untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat selain pilihanraya.

Tuesday, September 8, 2009

Isa Samad Calon Bagan Pinang?



Salam,

Alfatihah untuk Allahyarham Allahyarham Azman Mohammad Noor (ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan) telah kembali ke rahmatullah pada 4 September lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat!

Nasib orang politik, terutama yang berjawatan wakil rakyat. Belum pun hilang kesedihan keluarga kehilangan orang tersayang , sudah timbul cakap-cakap siapa pengganti?

Di pihak Umno, telah mula wujud spekulasi Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas MB, Menteri dan bekas Naib Presiden Umno bakal dicadangkan. Melihat sokongan yang diterima di media, harapan besar untuk Isa melakukan kebangkitan semula.

Isa diakui memiliki pengalaman luas dan berpengaruh. Rakyat pula masih menaruh keyakinan tinggi terhadap beliau. Pendek kata jika Isa dicalonkan oleh BN-Umno, kemenangan sudah hampir pasti! ( Cuma Paneh Miang sahaja yang tidak menyenaraikan Isa? )

Tidak kisahlah siapa yang dicalonkan untuk mengekalkan DUN ini, yang pasti pucuk pimpinan kena berhati-hati dan wajar meneliti setiap rekod yang dimiliki oleh bakal calon diketengahkan. Diharap jangan kesilapan di Permatang Pasir diulangi semula.

Dun Bagan Pinang 'wajib' dikekalkan. Cukuplah kehilangan Kuala Terengganu dan kegagalan di PRK lain sebagai penawar moral penyokong BN -Umno yang semakin jemu melihat kegagalan. Biarlah mungkin di sini menjadi pentas kebangkitan Umno!

Ini semua tidak akan berlaku, malah kerusi ini boleh pula dirampas PAS jika Umno tidak berhati-hati, apalagi meletakkan calon yang salah. Calon yang kewibawaan dan personalitinya boleh dipertikaikan. Atau, ada rekod buruk yang pasti akan dijaja pembangkang.

Rasanya, calon yang terkenal dengan kisah 'Padang Mahsyar' dan diambil tindakan displin parti kerana politik wang tidak sesuai menjadi calon. Kalaupun mungkin boleh menang - berdasarkan majoriti besar dalam PRU12 lalu - namun ia tetap tidak baik untuk proses transformasi Umno.

Takkanlah Umno ketandusan calon - yang lebih muda, dinamik dan bersih akhlak - untuk diketengahkan?

Wednesday, August 26, 2009

Iktibar Dari Permatang Pasir



Salam,

Seperti dijangka, PAS mengekalkan kerusi satu-satunya kerusi mereka DUN Permatang Pasir. Tahniah kepada YB Salleh Man, selepas enam percubaan untuk menjadi YB, kali ini ia berhasil. Harapnya amanah pengundi dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Bagi Umno, tiada apa yang harus diriuhkan, sememangnya kerusi ini milik PAS sebelum ini. Usaha telah dilakukan, namun kemenangan masih jauh untuk dicapai. Post-mortem untuk pilihanraya ini wajar dilakukan, mencari di mana silapnya.

Umno kena meneliti pelbagai faktor yang menyumbang kepada penolakan pengundi Permatang Pasir di sebalik tawaran menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas Kerajaan Persekutuan. Kajian harus disegerakan melihat mengapa momentum di Manik Urai seakan tidak dapat dikekalkan.

Pada masa depan, Umno sewajarnya meneliti dengan mendalam dan berhati-hati calon yang hendak diketengahkan. Kena pastikan calon yang dipilih mempunyai 'wow factor', yang boleh menghasilkan kemenangan, atau paling kurang memberi saingan sengit. Janganlah dipilih calon asal ada calon berlawan.

Bukan calon yang sejak hari pertama tempoh berkempen lagi sudah diserang dengan isu moral, calon yang peribadinya boleh dieksploitasi oleh pihak lawan sehingga menyebabkan kempen dijalankan untuk mempertahankan moral calon pula. Walaupun apa yang dijaja adalah fitnah dan tidak benar, namun tempoh 8 hari tidak memadai membersihkan nama seorang calon.

Takkanlah dalam beribu ahli Umno di Permatang Pauh / Permatang Pasir, Sdr. Rohaizat Osman menjadi calon terbaik yang boleh ditampilkan?

Bukan salah Sdr. Rohaizat, tapi 'panel pemilih' calon kena bertanggungjawab di atas pilihan yang silap ini!

Thursday, August 20, 2009

Kota Siputeh: Apa Kamu Buat YB?


Salam,

Selepas 7 PRK, satu lagi PRK diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah. Dilaporkan oleh Malaysiakini, DUN tersebut bakal dikosongkan apabila ADUN sekarang, Datuk Abu Hasan Sharif hilang keanggotaannya setelah gagal hadir dua kali persidangan DUN Kedah.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri Kedah memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Amatlah malang jika PRK ini terpaksa diadakan gara-gara ADUN gagal hadir bersidang, yang tentunya di luar pengetahuan Speaker sehingga Speaker terpaksa pula menghantar surat ke pejabat SPR negeri. Keputusan berkaitan perkara ini akan ditentukan oleh ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Apa alasan bagi ADUN ini, yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun gagal hadir dua kali berturut-turut tidak pula diketahui. Namun dari segi moralnya, perbuatan 'ponteng' - tanpa makluman pula - amatlah tidak wajar! Tidak adil bagi pemilih di kawasan yang diwakili.

Mungkin jika PRK ini diadakan kelak, Umno kena memastikan Abu Hasan bukanlah calonnya. Pilih sahaja orang lain dan ketepikan ADUN ini. Sudah empat penggal mewakili kerusi berkenaan, seharusnya kesilapan begini tidak berlaku.

Umno juga wajar meneliti senarai calon yang bakal diketengahkan. Jangan sampai selepas penamaan calon, timbul cerita di sana sini berkaitan isu moral!

Thursday, June 25, 2009

Menunggu Hasil Post-Mortem di Manek Urai

Salam,


BN dilaporkan mengkaji faktor kekalahan semasa PRK Kuala Terengganu, satu kawasan yang dimenangi BN pada PRU 12 tahun lalu. Post mortem juga dilaporkan akan dibuat, mengkaji kenapa BN khususnya Umno terus tewas di PRK Bukit Gantang.


Post-Mortem di dua kawasan ini - Kuala Terengganu dan Bukit Gantang - penting untuk diketahui, khususnya oleh barisan hadapan Umno kerana kedua-dua kawasan ini adalah majoriti Melayu yang dikuasai oleh Umno sebelum ini.


Dengan adanya post-mortem, Umno boleh menganalisis segala faktor kenapa pengundi di dua kawasan menolak Umno, sedangkan sebelum ini Umno tidak bermasalah. Dapat diketahui faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan Umno.




Malah, post-mortem ini dapat pula digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk menghadapi siri pilihanraya seterusnya. Tindakan susulan boleh dibuat dan pembetulan dilaksanakan, jika perlu. Kesilapan yang telah berlaku hendaknya janganlah diulangi.


Minggu depan Umno akan berdepan lagi dengan PRK Dun Manek Urai. Bagaimana strategi Umno menawan kawasan yang dikuasai PAS ini tidak dapat dipastikan, apatah lagi mengambil kira post-mortem kekalahan Umno dalam PRK sebelum ini juga tidak diketahui, sama ada sudah dibuat atau belum.


Jika post-mortem sudah dibuat maka bolehlah Umno merangka strategi dengan segala kekuatan yang ada untuk menggempur Manek Urai dan memastikan kemenangan berpihak kepada Umno.


Namun, adalah sangat malang jika post-mortem yang dimaksudkan belum dibuat atau masih dalam proses menyiapkannya. Bagaimana Umno hendak berdepan dengan pengundi Manek Urai dalam keadaan masih teraba-raba, ibarat si buta tidak bertongkat sebagai panduan?


Jika begitu keadaannya, maka bersedialah kita untuk berdepan satu lagi siri kekalahan!


Saturday, May 30, 2009

Penanti : Benar dan Tepat...


Salam,


Tinggal sehari untuk mengundi, Pengerusi PKR P.Pinang, Zahrain Hashim menempelak calon Bebas Siti Aminah Abdullah. Seharusnya Kak Min menumpukan perhatian kepada kempen pilihanraya, bukannya mengungkit perkara yang tidak berkaitan.


Zahrain 'naik angin' apabila Kak Min dalam kempennya bertindak membuka pekung PKR. Kak Min berkempen 'menelanjangkan' PKR dan memperlihatkan wajah sebenar PKR.


Ya, kita setuju, sewajarnya Kak Min menjelaskan kepada pengundi DUN Penanti apa yang mampu dilakukannya, jika dia dipilih sebagai wakil mereka. Apa agenda dan perubahan yang bakal dibawanya dalam membela nasib rakyat Penanti, berbanding wakil mereka yang terdahulu.


Sememangnya menjadi kewajipan setiap calon dan parti yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya untuk mempromosi tawaran yang mereka akan buat apabila diberi peluang. Sebagai wakil rakyat, sewajarnya pengundi diberi tawaran yang memungkinkan suara rakyat itu didengari dan diambil perhatian.


Namun biarlah tawaran itu realistik, munasabah dan memang mampu dilaksanakan. Bukan janji kosong yang penuh dengan retorik, langsung tidak berpijak di bumi nyata.


Benar dan tepat, cuma mungkin Zahrain terlupa satu perkara. Ingatan baiknya ini wajar juga ditujukan kepada tukang kempen PKR, kerana apa yang terlihat di Penanti bertentangan dengan kata-katanya.


Bukankah kempen PKR juga langsung tidak berkaitan dengan pilihanraya, apabila yang banyak dibicarakan ialah keputusan Mahkamah Rayuan. Malah yang lebih buruk lagi, kritikan banyak pula dihalakan kepada BN/Umno, parti yang tidak bertanding!


Nampaknya Zahrain dan PKR lebih kurang sama ja dengan Kak Min!

Wednesday, April 29, 2009

Kejutan Di Penanti!



Salam,

Jika BN/Umno tidak meneruskan hasrat mencipta rekod baru pilihanraya di Malaysia dengan tidak menyertai PRK, pasti Penanti bakal menyaksikan senario 'luar biasa' kempen Umno.


Mungkin tiada lagi gaya kempen seperti ini:


1. Pemasangan poster berwajah PM, calon dan lambang dacing serta bendera BN/Umno di sana sini.

2. Perasmian pelbagai program perasmian 'mengejut' para Menteri @ Tim. Menteri.

3. Penyampaian pelbagai bentuk bantuan.

4. Kempen merayu undi rumah ke rumah oleh Wanita Umno dan Puteri.

5. Konvoi mat motor mengiringi para pembesar @ VIP.

6. Penerangan situasi semasa sambil merayu sokongan oleh media massa.

7. Ceramah kempen, besar atau kecil oleh calon dan para pemimpin.

8. Kesibukan 'orang luar' turut berkempen dgn gaya elitis, berkerte mewah dan pakaian berjenama.

9. Dan pelbagai taktik dan strategi kempen yang biasa kelihatan dalam mana-mana pilihanraya.


Kempen cara biasa ini tidak akan digunakan lagi kerana dilaporkan BN/Umno akan melakukan kempen luar biasa, yang tidak pernah digunakan sebelum ini.


Bagaimana caranya?


Kita tunggulah 23hb Mei nanti, selepas penamaan calon. Ini yang dijanjikan oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Tidak sabar rasanya melihat style baru ini...agak-agak camanalah tu ya?


Umno Wajib Letak Calon

Salam,


SPR sudah menetapkan PRK Dun Penanti akan berlangsung pada 31 Mei. Penamaan calon pula dijalankan pada 23 Mei 2009. Tempoh berkempen selama 9 hari.


BN belum membuat keputusan sama ada menyertai PRK ini atau memboikot sahaja. Dilaporkan DS Najib menunggu mesyuarat Biro Politik untuk memutuskan keputusan muktamad. Sementara menunggu mesyuarat, kita mencadangkan supaya pandangan ini diambil kira.


Umno wajar menyertai PRK ini. Inilah masa yang sesuai untuk menguji sejauhmana sama ada perubahan pucuk pimpinan kerajaan dan Umno dapat menawan hati rakyat atau masih ada ruang untuk diperbaiki.


PRK itu nanti sewajarnya menjadi medan untuk Umno memperlihatkan ia masih relevan berjuang dan menjadi payung kepada orang Melayu di negara ini, khususnya di Pulau Mutiara. PRK ini boleh digunakan untuk mempromosi segala macam pembaharuan yang diwar-warkan.


Lagi pun, kita ingin melihat sejauh mana kepimpinan DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang. Di peringkat Umno, beliau sudah membuktikan dengan undi terbanyak Naib Presiden. Adakah rakyat di Penanti juga dapat menerima perlantikan beliau?


Umno tidak perlu khuatir untuk sekali lagi menerima kekalahan di kubu kuat PKR. Adat pertandingan pasti ada yang menang dan tewas. Namun, untuk takut bertanding bukanlah pilihan yang bijak. Siapa yang dapat menentukan Umno akan tewas, PKR pasti menang.


Jika 13 orang calon Bebas di Bukit Selambau begitu berani menyertai PRK, dalam keadaan peluang mereka untuk menang terlalu kabur, masakan Umno dengan pelbagai kisah kejayan, pengalaman dan komitmen ahlinya menyerah kalah!


Inilah masanya, ahli Umno membuktikan segala keinsafan dan kesedaran mereka selama ini bukanlah retorik yang dijadikan bahan ketawa. Inilah peluang bagi Umno Pulau Pinang, khususnya di Permatang Pauh dan Penanti menunjukkan bahawa mereka masih mampu bernafas.


Lainlah kalau Umno sendiri merasa mereka sudah ketandusan idea dan hanya mampu pasrah dengan cabaran yang menimpa...lalu membiarkan saja parti lain mendabik dada!


Friday, April 17, 2009

Kita Teruskan Pesta...

Kita Teruskan Pesta...

Salam,

Mohd Fairus Khairuddin ADUN Penanti dari PKR, selepas meletakkan jawatan sebagai TKM dan Exco Pulau Pinang pada 8 April lalu, hari ini nekad meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Dalam tempoh 60 hari, pesta pilihanraya pasti akan tiba. Belum pun kebah penat di 2 Bukit 1 Batang, kita akan dihidangkan lagi dengan aksi kempen pilihanraya.

Kecuali PRK Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Batang Ai yang kehilangan wakil rakyat, PRK di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan bakal menyusul Penanti, PRK akan diadakan gara-gara untuk memuaskan hati wakil rakyat.

Ironinya, 2 + 1 PRK diadakan apabila wakil rakyat PKR bertindak meletakkan jawatan. Satu untuk memberi laluan kepada suami, satu sebab misteri dan satu ini pula katanya untuk membersihkan nama tercemar.

Kecualikan 3 PRK, nampaknya PRK sudah disalahguna untuk memuaskan nafsu pihak berkepentingan. Atau, adakah PKR memang ditubuhkan untuk berpilihanraya?

Nampak gayanya menuju PRU13, kita akan terus menyaksikan pesta pilihanraya. Mungkin elok juga, supaya para pengundi tidak lupa cara memangkah!

Monday, March 23, 2009

Nasib Umno Di Tangan Mereka...

Salam,

Seorang kawan berkata Umno sekarang sudah lari dari perjuangan. Wang ringgit dan nilai projek yang dikejar. Jika keadaan ini tidak berubah, katanya dalam PRU13, Umno akan berkubur.

Seorang kawan lain berkata, Umno kini sedang nazak dan hanya menunggu masa untuk 'mati'. Sesuai dengan usianya lebih setengah abad, Umno perlu ditransformasi. Baginya pemilihan kali ini landasan tepat melakukan transformasi tersebut.

Kebetulan, hanya tinggal 1-2 hari lagi, para perwakilan Umno akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih saf kepimpinan Umno yang akan menerajui parti untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Dimulakan oleh ketiga-tiga sayap: Wanita, Pemuda dan Puteri pada 25hb, diikuti pemilihan Majlis Tertinggi pada 26hb. Apabila perhimpunan dimulakan pada 27hb, saf pimpinan baru akan mengambil tempat.

Bagi calon yang bertanding, nasib mereka bakal ditentukan oleh perwakilan. Sama ada kempen di saat-saat akhir akan berkesan hanya akan terjawab selepas pengumuman keputusan nanti.

Jauh daripada itu, nasib Umno bergantung juga di tangan perwakilan sejumlah lebih kurang 3000 orang. Ahli Umno yang bukan perwakilan dan rakyat yang bukan ahli Umno akan mengikuti rapat 'pilihan' hati perwakilan ini. Pilihan perwakilan ini pasti akan dinilai.

Sama ada perwakilan memilih intan atau kaca, yang menghulur atau tidak, yang penuh idealisme atau penuh retorik, yang amanah atau hipokrit atau pun memilih pemimpin masa depan atau pemimpin masa lalu yang mahu dikitar semula.

Semuanya terserah di tangan perwakilan...merekalah yang menentukan. Sama ada pilihan perwakilan dipersetujui rakyat - dan ahli Umno - akan teruji pada 3 PRK nanti. Sama ada saf pimpinan baru ini nanti mampu menunaikan amanah dan harapan hanya akan dapat dilihat selepas PRU13 nanti.

Maka atas sebab itu, tugas perwakilan Umno kali ini amat berat. Nasib Umno benar-benar di atas tangan mereka!

( Catatan : Dua orang kawan tersebut bukan ahli mana-mana parti. Rasanya pandangan mereka tidak memihak dan ikhlas! )

Tuesday, February 10, 2009

Soalan Untuk SPR?

Salam,

Seperti yg dlaporkan, sah dua Bukit kosong, atas sebab yg b'beza.

Di Bukit Gantang, MP Allahyarham Roslan Shahrum, meninggal dunia kerana serangan jantung. D'ucapkan takziah kpd keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di sisi para solehin.

Di Bukit Selambau pula, dikosongkan atas sebab yg cuma V.Arumugam saja yg tau. Nampak gayanya trend mengosongkan kerusi smakin mjadi-jadi - semuanya atas nama rakyat.

Nasib baik Sultan Perak tidak perkenankan pembubaran DUN Perak, kalau tidak pilihanraya sakan kita nampaknya pd awal tahun ni - selepas lebih kurang setahun PRU12, dan PRK Permatang Pauh serta Kuala Terengganu.

Dalam keadaan ekonomi gawat ni, ditambah lg dgn suhu politik yg sentiasa 'panas' - lebih-lebih lagi selepas kejadian di Perak - kemudian bhadapan pula dgn PRK, maka tumpuan kita rasanya lebih cenderung utk bpolitik - tentunya 'perlawanan', sebab di Malaysia jika tidak berlawan bukan politik namanya!

Ada satu soalan utk SPR : Bolehkah PRK dlm kes sbegini tidak diadakan ? Jawabannya tentulah tidak boleh sebab undang-undang mengkehendaki kerusi kosong mesti diisi. Mungkin utk kawasan Bukit Gantang kita maklum sebabnya, tp bagaimana dgn Bukit Selambau ?

Dicadangkan supaya dwujudkan undang-undang yg menangguhkan sesuatu PRK kpd tempoh t'tentu. Undang-undang sedia ada menetapkan dua tahun menujuj ke tarikh PRU berikutnya tanpa PRK, hendaklah dsemak semula. Apalagi ketika ini semasa ekonomi gawat - pilihanraya pasti mgunakan pbelanjaan yg banyak - dan 'pcakaran' politik yg bagai tiada kesudahan. Bolehkan SPR ?

Kita khuatir, tumpuan utk memulihkan ekonomi di kalangan rakyat tanpa mengira parti mana, akan tjejas apabila asyik m'fokus kpd soal politik dan perkara yg bkaitan dgnnya. Banyak masa tbuang utk 'projek mengalahkan pihak lawan', sedangkan alangkah eloknya jika masa dan tenaga yg ada itu dgunakan utk m'atasi kemelut ekonomi yg tidak menentu ini.

Rasanya elok juga SPR mbincangkan cadangan ini...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin