Search This Blog

Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Selamat Hari Polis ke-204!


Salam,

Lupakan seketika keriuhan cerita video seks. Kita serahkan kepada pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan wajar. Jika benar perlakuan tersebut, hadapkan individu berkenaan ke mahkamah untuk diadili. Sebaliknya, jika terbukti palsu, Datuk T juga tidak harus dilepaskan. Mereka juga wajar dihukum.

Bab ini kita serahkan kepada pasukan khas penyiasatan yang ditubuhkan PDRM. Kita percaya polis berpengalaman dalam menyelesaikan kes sebegini. Jika perlu bantuan daripada mana-mana agensi asing, dapatkan demi mencari kebenaran.

Kita yakin dengan kewibawaan pasukan polis mengendalikan pelbagai kes, sehingga kes yang lebih rumit daripada ini pun pernah diselesaikan oleh pasukan polis. Ini kan pula cuma kes kes yang terakam dalam video. Kacang ja bagi polis kita.

Umpamanya berita ini : Kadar indeks jenayah bagi tiga bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan terutama di empat negeri yang menjadi sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Menteri KDN. Ini adalah satu contoh kejayaan polis kita dalam menangani jenayah di negara kita.

Kita berharap sempena Hari Polis ke 204 hari ini, tekad dan semangat pasukan polis makin tinggi dalam menjalankan amanah.

SELAMAT HARI POLIS KE - 204 untuk semua anggota PDRM!

Thursday, September 23, 2010

Alhamdulilah...


Salam,

Selepas agak lama tidak berkesempatan menulis di blog ini, pertemuan sekali ini dimulakan dengan ucapan Alhamdulilah.

Bersyukur masih diberi kesempatan untuk terus bersuara dan menulis lagi, dalam kekangan waktu dan kesibukan masa yang semakin menghimpit. Semoga ruang yang ada mampu digunakan untuk terus bersama mengikut denyut nadi perkembangan semasa.

Alhamdulilah...syukur juga akhirnya manusia tidak bertamadun ini telah menemui hukuman sewajarnya terhadap kekejaman yang dilakukannya terhadap seorang kanak-kanak.

Diharapkan penjenayah haiwan paling dahsyat bertopeng manusia membunuh dan membakar mayat mangsa juga akan menemui hukuman paling wajar. Mungkin sudah sampai masanya hukuman mati tali gantung dikaji semula.

Alangkah eloknya pembunuh kejam juga dibunuh sepertimana cara mereka membunuh?

Thursday, August 12, 2010

Takziah Untuk Anggota PDRM.


Anggota polis kejar penjenayah meninggal

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Seorang anggota polis, Lans Koperal Nik Faizi Nik Din yang koma sejak tiga hari lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sentul, Rabu lalu meninggal dunia hari ini.

Anggota polis berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut ketika cuba mengejar penjenayah di Jalan Segambut.

Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemergian Allahyarham yang juga peninju Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja ditangisi oleh ahli keluarganya malah turut dirasai oleh rakan-rakan termasuk Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan.

Zakaria ketika ditemui di surau kuarters HKL hari ini memberitahu, beliau mengenali Allahyarham sejak April lalu, sebagai seorang yang pendiam, berbudi bahasa tinggi dan terkenal dengan sifat berani.

"Saya bangga dengan Nik Hafizi yang sanggup bergadai nyawa demi menjalankan tugas dan tanggungjawab membanteras jenayah.

*****************************

Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Demikian mulianya tugas polis, dalam menunaikan kewajipan kepada negara.

Tertunggu-tunggu pulak ulasan mereka dulu yang buat kecoh masa kes Aminulrasyid. Mana sudah suara durang? Sepatutnya yang buat kecoh tu, ucapkan juga takziah buat anggota polis kita!


Saturday, May 8, 2010

Polis & Remaja...


“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ “Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’- Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Salam,

Lagi kes remaja ditembak polis. Polis suka menembak remaja atau memang ada masalah sistem sosial remaja kita hari ini?

Atau, para ibu bapa kita memang bermasalah dalam memantau pergerakan anak remaja seawal umur 15 - 17 tahun? Terutama pada waktu yang sepatutnya anak-anak kita berada di rumah?

Terlalu banyak persoalan yang boleh dilontarkan berkaitan dengan kes-kes seumpama ini. Dan memang mudah untuk menuding jari menyalahkan siapa-siapa saja.

Jika anggota polis terbabit terbukti bersalah, hukuman setimpal wajar dikenakan. Pada masa yang sama, kajian harus dibuat untuk 'menjawab' persoalan yang berlegar dalam masyarakat sekarang.

Thursday, May 6, 2010

Terima Kasih Polis...


Indeks jenayah 4 bulan pertama tahun ini menurun

KUALA LUMPUR 6 Mei – Indeks jenayah di seluruh negara bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini telah menunjukkan penurunan hasil daripada inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh tersebut, indeks jenayah menurun sebanyak 15.35 peratus, manakala jenayah jalanan pula menurun 38.7 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Salam,

Diucapkan terima kasih kepada pasukan polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara. Tanpa usaha gigih kalian, memastikan keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat di negara, tidak mungkin kita menikmati keselesaan hidup sekarang.

Pedulikanlah apa yang dikata oleh segelintir rakyat yang keliru, yang tidak tahu berterima kasih. Rakyat yang cuma tahu menuding jari, cuma sengaja mencari walau seinci kesilapan dan kesalahan demi kepentingan politik mereka. Sedang terbentang luas di depan mata, sekian banyak kejayaan dan pengorbanan kalian.

Diharapkan semangat kalian tidak akan kendur, tidak akan patah semangat untuk terus berkhidmat demi kemaslahatan hidup rakyat Malaysia. Teruskan berjuang...

Facebook Kelab Penyokong Polis Di Raja Malaysia ( PDRM ), klik di sini

Monday, May 3, 2010

2 Kisah Untuk Renungan Kita....


Salam,

Lupakan sejenak kisah politik, kes Aminulrasyid, Ezam dilantik Senator atau persediaan penamaan calon PRK Sibu. Kita baca dua kisah ini sebagai renungan untuk pengajaran kita semua. Selamat membaca...

Kisah 1 : Sarjan polis mati dilanggar pemandu dipercayai mabuk

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dilanggar oleh pemandu yang dipercayai mabuk ketika mengawal keadaan lalu lintas di Jalan Chan Sow Lin di sini ekoran kemalangan yang membabitkan enam buah kereta lain awal pagi tadi.

Harjit Singh, 50, yang bertugas sebagai penyelia kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dilanggar oleh sebuah kereta Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu.

Pemandu kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan secara melulu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Pemandu kereta yang berumur 27 tahun itu cuba melarikan diri, tetapi dia dapat diberkas sejurus selepas kejadian di kawasan berhampiran.

"Pada waktu itu berlaku kemalangan membabitkan enam buah kereta di Jalan Chan Sow Lin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Jenayah ”Balik Kampung” di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Harjit Singh meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Kisah 2 : Orang ramai diminta jangan pertikai tugas polis – Musa

SERDANG 3 Mei – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tidak mempertikaikan tugas polis berikutan insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah yang mati akibat terkena tembakan polis pada Isnin lepas.

Beliau berkata, polis mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras jenayah.

"Apa yang mereka (NGO) nak cakap itu hak mereka dan tunggu sehingga siasatan kita selesai. Saya mahu menjalankan siasatan secara adil untuk mencari keadilan,” katanya.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas melawat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Sarjan Roslan Bachik, 49, di Hospital Serdang yang patah kaki kanan akibat dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya petang kelmarin.

Beliau berkata, kes-kes yang melibatkan anggota polis sehingga mengalami kecederaan atau kematian dalam menjalankan tugas langsung tidak mendapat perhatian daripada NGO atau masyarakat.

Saturday, May 1, 2010

Keadilan Untuk Aminulrasyid dan PDRM...


"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,"

Salam,

Alfatihah dan doa untuk arwah Amulrasyid Amzah. Semoga rohnya bersama para salehin...Amin.

Dalam riuh mencari keadilan untuk arwah Aminulrasyid, keadilan untuk pasukan PDRM wajar tidak dikesampingkan. Janganlah hendaknya kerana kes ini, satu pasukan polis dihukum. Biarkan pasukan penyiasat menjalankan tugas mereka.

Ahli politik berkepentingan jangan sama sekali mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Ini bukan kes pilihanraya atau perlawanan Pakatan vs BN. Ini kes jenayah yang mesti diadili oleh pihak yang berkenaan. Khalid Samad tidak perlu 'menyibuk' untuk menjadi jurucakap keluarga arwah.

Jika anggota polis yang terlibat didapati bersalah, hukuman setimpal wajar dikenakan ke atas mereka. Namun, biarlah ia dilakukan melalui proses undang-undang. Bukannya melalui ugutan untuk melakukan demo di seluruh negara atau menuntut perletakan jawatan sesiapa.

Tindakan mengugut dan memberi kata dua kepada anggota keselamatan bukanlah tindakan wajar dilakukan oleh ahli politik. Sebagai pemimpin, sewajarnya para MP melakukan usaha untuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan membendung jenayah. Bukannya berlagak hero dan memperlihatkan teladan buruk kepada rakyat.

Saya percaya, KPN dan seluruh anggota PDRM pun tidak mahu kejadian begini berlaku. Ringkas kata, sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, tidak perlulah membuat spekulasi yang tidak akan menguntungkan sesiapa...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin