"Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.
Salam,
Momentum kemenangan BN di Bagan Pinang ( Umno ) dan Hulu Selangor ( MIC ), gagal diteruskan oleh SUPP di Sibu. Daripada kemenangan bergaya dengan majoriti 3235 pada PRU 2008, Sibu terlepas ke tangan DAP dengan majoriti 398. Apa yang ketara, ketika DAP menambah 2942 undi, BN kehilangan 691 undi.
Sebagai parti pemerintah, BN wajar menganalisa faktor kekalahan mengapa undi DAP bertambah dan umnid BN menurun. Peratusan yang keluar mengundi rendah bukanlah jawapan terbaik kepada persoalan kekalahan ini. Mungkin ada sebab yang lebih besar, yang gagal disedari oleh BN.
Post-mortem ini wajar disegerakan memandangkan PRU Negeri Sarawak bakal diadakan dalam tempoh terdekat. Kegagalan mengatasi permasalahan yang berlaku, mungkin akan menyebabkan BN berputih mata dan terpaksa menyerahkan kuasa.
Mungkin benar, seekor ayam berkokok bukan tanda hari sudah siang. Namun, jika tidak berjaga-jaga dan mengambil tindakan drastik, masih lena diulit mimpi, bagai tiada apa-apa yang berlaku, dibimbangi nanti bila hari sudah siang, semuanya sudah terlambat untuk berbuat sesuatu.
Sewajarnya mana-mana faktor kekalahan ini ditangani segera. Jika perlu ditukar YB yang tidak relevan lagi, tukar saja dengan orang lain. Jangan kerana seekor monyet yang makan nangka, habis semuanya terpalit.
Langkah awal dalam tindakan segera untuk mengelakkan nanah menjadi barah, mungkin Tan Sri Taib elok mengumumkan pelan peralihan kuasa seperti Samy Vellu. Biar rakyat nampak siapa pengganti yang boleh diharapkan...