Search This Blog

Showing posts with label Shafie Apdal. Show all posts
Showing posts with label Shafie Apdal. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

Datuk Sahfie Apdal di Batang Ai

Salam,

Tugasan pertama Datuk Shafie Apdal selepas menang Naib Presiden Umno ialah membantu jentera pilihanraya kecil BN bagi kawasan DUN Batang Ai. Nampaknya, tiada bulan madu bagi pemenang jawatan utama Umno...

Bagi yang belum mengenali kawasan DUN Batang Ai, dinukilkan profil kawasan pilihanraya ini:

DUN Batang Ai terletak dalam kawasan Parlimen Lubok Antu, selain DUN Engkili. Jumlah Pemilih Berdaftar - 8,006 (7,963 pemilih biasa dan 43 pemilih pos). 95% pengundi Iban / 3.5% Cina / dan 1.5% Melayu/Melanau.

Dalam PRU 2008, DUN ini dimenangi oleh BN:

Datuk Dublin Unting Ingkot (BN) - 3,295 undi
Nicholas Bawin Anggat (Snap) (2,489 undi)

Profil umum kawasan ini boleh klik di sini.

Secara umumnya, DUN Batang Ai ini adalah kawasan pedalaman. Banyak kemudahan asas seperti jalanraya, elektrik dsb yang belum dinikmati. Maknanya, siapa pun menang antara dua calon Malcolm Mussen atau Jewah Gerang, tugas berat menanti mereka.

Cuma, Jewah Gerang sebagai bekas Ahli Parlimen kawasan Lubok Antu, patut bertanya diri sendiri, apakah yang telah dilakukannya selama 3 penggal menjadi MP? Jika dia sebagai MP BN yang menjadi kerajaan memerintah negeri Sarawak, dia tidak 'mampu' membantu mengatasi permasalahan pengundi di sana, bagaimanakah dia boleh membantu sebagai ADUN pembangkang?

Mungkin Datuk Shafie boleh menggunakan modal ini sebagai satu bahan kempen menangani kempen PKR. Sebagai Naib Presiden yang baru 'ditabal', Datuk Shafie kena menunjukkan 'belang' dengan berusaha memenangkan Malcolm Mussen. Baharulah perwakilan dan ahli Umno berbangga mendapat Naib Presiden yang 'gagah perkasa'.

Walau bagaimanapun, janganlah hendaknya pengundi DUN Batang Ai dijadikan mangsa pertentangan politik antara BN dan PKR, sehingga pembangunan yang dijanjikan menjadi impian penduduk Batang Ai. Apalagi janji retorik yang tidak berpijak di bumi nyata...

Sunday, November 2, 2008

Ayuh, Teruskan Datuk Seri !!!


Kami ahli-ahli Umno bawahan yang tidak berjawatan menyokong penuh pencalonan DS untuk merebut jawatan Naib Presiden, pada pemilihan parti Mac nanti.

Kami berdoa walaupun DS ketika ini berada di tangga keempat pencalonan, berkat keizinan Allah dengan usaha gigih DS berkempen nanti akan memintas dan berjaya menjadi ahli Umno Sabah pertama sebagai Naib Presiden.

Sememangnya DS layak duduk di sana dengan pengalaman DS sebagai MP Semporna, Menteri Kabinet Persekutuan dan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah. Sewajarnya, DS diberi peluang sebagai menghargai peranan Umno Sabah dalam PRU lalu.

Lagi pun, ndakan perwakilan Umno nda boleh memberi ruang kepada wakil Umno Sabah di jawatan kanan tersebut, selepas Presiden, Tim Presiden, 2 Naib Presiden, Ketua Pemuda, Wanita & Puteri? serta majoriti MT & Exco Sayap parti sudah dikuasai dari negeri lain.

Usah DS gundah gulana dan resah gelisah, walaupun ada bahagian di Sabah 'keberatan' mencalonkan DS kerana takut mengkali kena 'sergah', doa kami ahli biasa mengiringi DS. Ayuh DS teruskan perjuangan !!!

Monday, October 20, 2008

GANDINGAN MANTAP


Tahniah diucapkan kepada DS Najib dan TS Muhyidin yg telah berjaya melepasi kouta pencalonan Umno Bahagian untuk jawatan Presiden dan Tim. Presiden. Setakat ini, hanya mereka bdua sahaja yg melepasi kouta yg ditetapkan.

Situasi ini menunjukkan kepercayaan pwakilan Umno kpd DS & TS bdua utk menerajui Umno selepas ini. Harapnya janganlah dihianati kepercayaan dan amanah yg diberikan ini, bukan sahaja sebagai ahli parti malahan untuk menerajui kerajaan nanti.

Khususnya, janji-janji untuk reform Umno selepas ini spt membuang sistem kouta, membanteras politik wang dsb. Umno di tangan tuan bdua sewajarnya dapat diperkasakan lagi.

Sekalun tahniah juga kepada DS Shafie Apdal, yg juga telah melepasi kouta pcalonan Naib Presiden. Mungkin sudah tiba masanya kepimpinan ahli Umno dari Sabah diiktiraf di peringkat nasional dengan jawatan lebih kanan. Untuk itu, DS kena usaha dgn lebih gigih lagi...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin