Search This Blog

Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Isa Samad Calon Bagan Pinang?



Salam,

Alfatihah untuk Allahyarham Allahyarham Azman Mohammad Noor (ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan) telah kembali ke rahmatullah pada 4 September lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat!

Nasib orang politik, terutama yang berjawatan wakil rakyat. Belum pun hilang kesedihan keluarga kehilangan orang tersayang , sudah timbul cakap-cakap siapa pengganti?

Di pihak Umno, telah mula wujud spekulasi Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas MB, Menteri dan bekas Naib Presiden Umno bakal dicadangkan. Melihat sokongan yang diterima di media, harapan besar untuk Isa melakukan kebangkitan semula.

Isa diakui memiliki pengalaman luas dan berpengaruh. Rakyat pula masih menaruh keyakinan tinggi terhadap beliau. Pendek kata jika Isa dicalonkan oleh BN-Umno, kemenangan sudah hampir pasti! ( Cuma Paneh Miang sahaja yang tidak menyenaraikan Isa? )

Tidak kisahlah siapa yang dicalonkan untuk mengekalkan DUN ini, yang pasti pucuk pimpinan kena berhati-hati dan wajar meneliti setiap rekod yang dimiliki oleh bakal calon diketengahkan. Diharap jangan kesilapan di Permatang Pasir diulangi semula.

Dun Bagan Pinang 'wajib' dikekalkan. Cukuplah kehilangan Kuala Terengganu dan kegagalan di PRK lain sebagai penawar moral penyokong BN -Umno yang semakin jemu melihat kegagalan. Biarlah mungkin di sini menjadi pentas kebangkitan Umno!

Ini semua tidak akan berlaku, malah kerusi ini boleh pula dirampas PAS jika Umno tidak berhati-hati, apalagi meletakkan calon yang salah. Calon yang kewibawaan dan personalitinya boleh dipertikaikan. Atau, ada rekod buruk yang pasti akan dijaja pembangkang.

Rasanya, calon yang terkenal dengan kisah 'Padang Mahsyar' dan diambil tindakan displin parti kerana politik wang tidak sesuai menjadi calon. Kalaupun mungkin boleh menang - berdasarkan majoriti besar dalam PRU12 lalu - namun ia tetap tidak baik untuk proses transformasi Umno.

Takkanlah Umno ketandusan calon - yang lebih muda, dinamik dan bersih akhlak - untuk diketengahkan?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin