Search This Blog

Showing posts with label Noh Omar. Show all posts
Showing posts with label Noh Omar. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

Noh Omar tidak perlu mohon maaf : PERKASA


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin.

Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah". Sebaliknya beliau mendakwa ucapan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor telah "disalahtafsirkan" oleh media berbahasa Cina.

"Petikan ucapan itu merupakan fakta sejarah kerana ia termaktub dalam sejarah Malaysia. Adakah cakap fakta sejarah adalah salah?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Selanjutnya di sini...Malaysiakini.

Friday, April 9, 2010

Noh Omar Memohon Maaf?


'Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Tun Tan Siew Sin - 30 April 1969.

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara. Tun V.T Sambanthan - 1 Jun 1965.

Salam,

Petikan ucapan dua pemimpin MCA dan MIC pada tahun 60-an telah dibacakan oleh Datuk Seri Noh Omar semasa Konvensyen BN Selangor. Noh Omar cuma mengulangi fakta yang tertulis dalam banyak buku sejarah. Siapakah yang boleh menafikan hakikat kebenaran ucapan kedua-dua pemimpin tersebut?

Apa pula perlunya Noh Omar meminta maaf kerana memetik ucapan tersebut, sehingga membuat ada yang tersinggung? Apakah kerana ucapan itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang telah mendorong Noh Omar memohon maaf? Atau, khuatir menjejaskan kempen BN di Hulu Selangor?

Entahlah...cuma Noh Omar yang tahu jawapannya. Sebab, selama ini daripada sekian banyak tindakan dan kata-kata yang telah menyinggung perasaan kaum Bumiputera, ada sesiapa yang dilaporkan memohon maaf?

( Diingatkan untuk Noh Omar, akan datang tidak perlulah membaca petikan ucapan sesiapa jika takut untuk mempertahankannya dan terus meminta maaf...nampak sangat pengecutnya!)

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin