Search This Blog

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Monday, November 23, 2009

Bertuahnya Menjadi Husam Musa...

Salam,

Perhatikan petikan kata di bawah:

“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

Kata-kata ini lagi hebat :

“Saya selama ini tidak sebut kerana takut kecil hati Exco lain sebab mereka ada portfolio masing-masing, tetapi portfolio Husam iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan. Banyak fikiran dia selamatkan politik Malaysia,”


Seperti yang dilaporkan, kata-kata ini adalah suara MB Kelantan Datuk Nik Aziz ketika menafikan desas-desus perletakan jawatan exconya, Datuk Husam Musa. Memang sangat bertuah menjadi pemimpin seperti Husam Musa.

Disayangi MB, dipuji melambung tinggi. Bertuah Kelantan memiliki pemimpin 'cerdik' macam Husam. Nampak rugi negara kita kerana pemimpin hebat seperti Husam tidak diketengahkan. Mungkin PM Najib boleh mengusahakan sesuatu seperti melantik Menteri Kewangan III, sekembali dari luar negara nanti. Bukan apa, untuk selamatkan politik Malaysia.

Cuma peliknya, bagaimana pemimpin hebat macam Husam ni kena belasah oleh Ustaz Nasa dalam pemilihan PAS tempohari? Kalau hebat tentulah menang bergaya, senang-senang menang, bukannya kena titik dengan Ustaz Nasa. Agaknya perwakilan PAS 'buta' tak nampak, macam MB Kelantan nampak!

Monday, November 16, 2009

Kelantan Semakin Panas ( Walaupun Banjir...)


Salam,

Dalam musim tengkujuh dan banjir yang melanda, ironinya suhu politik negeri Kelantan pula semakin panas. Semuanya gara-gara tajaan menunaikan haji kepada MB dan keluarga.

Walaupun akhirnya pemergian ke Mekah ini telah dibatalkan, namun imej MB yang bergelar Tok Guru telah tercalar. Imej PAS juga merosot kesan isu ini.

Sama ada isu ini benar atau fitnah, atau seperti kata Nik Aziz berkaitan kafir Quraisy, hanya akan diketahui apabila siasatan pihak berkuasa selesai. Rakyat pula melihat dengan teliti perkembangan terbaru ini dan rakyat pasti akan menghakimi 'kesilapan' yang berlaku.

Apa yang jelas pengajaran daripada insiden ini ialah PAS sebagai sebuah parti yang berpeluang memerintah, tidak lepas dari melakukan kesilapan. Bukan maksum dan kebal daripada kesalahan yang biasa dilakukan oleh manusia.

Mungkin selama ini mudah untuk PAS menuding jari atas kelemahan Umno dalam pelbagai perkara, dari insiden ini terlihat bahawa PAS juga 'mampu' lemah seperti mana ia menuduh orang lain.

Cuma yang ingin dilihat selepas ini tentulah bagaimana PAS mahu menguruskan isu ini. Bagaimana PAS mengatasi kemelut ini akan dinilai rakyat. Pastinya rakyat tidak mahu melihat PAS terus menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri!

Thursday, June 25, 2009

Menunggu Hasil Post-Mortem di Manek Urai

Salam,


BN dilaporkan mengkaji faktor kekalahan semasa PRK Kuala Terengganu, satu kawasan yang dimenangi BN pada PRU 12 tahun lalu. Post mortem juga dilaporkan akan dibuat, mengkaji kenapa BN khususnya Umno terus tewas di PRK Bukit Gantang.


Post-Mortem di dua kawasan ini - Kuala Terengganu dan Bukit Gantang - penting untuk diketahui, khususnya oleh barisan hadapan Umno kerana kedua-dua kawasan ini adalah majoriti Melayu yang dikuasai oleh Umno sebelum ini.


Dengan adanya post-mortem, Umno boleh menganalisis segala faktor kenapa pengundi di dua kawasan menolak Umno, sedangkan sebelum ini Umno tidak bermasalah. Dapat diketahui faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan Umno.




Malah, post-mortem ini dapat pula digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk menghadapi siri pilihanraya seterusnya. Tindakan susulan boleh dibuat dan pembetulan dilaksanakan, jika perlu. Kesilapan yang telah berlaku hendaknya janganlah diulangi.


Minggu depan Umno akan berdepan lagi dengan PRK Dun Manek Urai. Bagaimana strategi Umno menawan kawasan yang dikuasai PAS ini tidak dapat dipastikan, apatah lagi mengambil kira post-mortem kekalahan Umno dalam PRK sebelum ini juga tidak diketahui, sama ada sudah dibuat atau belum.


Jika post-mortem sudah dibuat maka bolehlah Umno merangka strategi dengan segala kekuatan yang ada untuk menggempur Manek Urai dan memastikan kemenangan berpihak kepada Umno.


Namun, adalah sangat malang jika post-mortem yang dimaksudkan belum dibuat atau masih dalam proses menyiapkannya. Bagaimana Umno hendak berdepan dengan pengundi Manek Urai dalam keadaan masih teraba-raba, ibarat si buta tidak bertongkat sebagai panduan?


Jika begitu keadaannya, maka bersedialah kita untuk berdepan satu lagi siri kekalahan!


Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin