Search This Blog

Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

Tahniah...


Salam,


Sekalung tahniah dititipkan untuk Majlis Daerah Beaufort yang bertindak proaktif mengambil respon terhadap aduan.


Sebelum ini, blog ini pernah menegur iklan amaran MDB yang menggunakan bahasa yang salah. Selain blog ini, difahamkan ramai individu yang prihatin dan cintakan bahasa yang betul juga menegur kesalahan tersebut.


Tindakan MDB ini memang wajar dipuji, betulkan apa yang memang ternyata satu kesilapan adalah tindakan berani dan mulia. Hanya sedikit yang mampu melakukannya, ramai yang bersikap langsung tidak boleh dijentik!


Terima kasih kepada MDB yang telah membetulkan kesalahan bahasa tersebut. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sewajarnya dimuliakan, ditinggikan kedudukannya dan dipastikan tidak berlaku kesilapan.


Cuma mungkin penguatkuasaan kepada amaran tersebut sahaja yang perlu diperketatkan. Denda sahaja pembuang sampah yang degil!


Friday, May 1, 2009

Krisis Identiti di RTM

Salam,

Statik tidak berubah tidak baik juga, tiada perkembangan. Terlalu banyak perubahan pun susah juga, buat pening kepala. Kalau perubahan itu membawa impak yang baik, bolehlah diterima. Bagaimana kalau perubahan itu tidak menambah kebaikan, malah membawa penurunan jumlah penonton?

Situasi inilah yang berlaku kepada TV RTM, saluran nasional, warta kerajaan. Dahulu dikenali RTM 1 dan RTM 2, kemudian diubah TV 1 dan TV 2. Belum pun fasih lidah menyebut, sudah pun berubah kembali kepada sebutan lama, RTM 1 dan RTM 2. Ini zaman DS Zainuddin Maidin.

Begitu juga, waktu siaran berita RTM. Selepas sekian lama berita perdana berbahasa kebangsaan diingati pada jam 8 malam, tiba-tiba diubah ke jam 9. Jam 8 berita tamil dan 8.30 malam pula berita mandarin. Ini zaman DS Ahmad Shabery Cheek.

Datang DS Rais Yatim, baru beberapa hari dilantik Menteri Penerangan, perubahan pertama dilakukan waktu siaran berita. Baguslah, berita perdana kembali ke jam 8 malam di RTM 1. Berita Tamil dan Mandarin pula di RTM 2.

Ingatkan inilah kemuncak segala perubahan, rupanya tidak!

Diumumkan waktu siaran berita Tamil dan Mandarin berubah lagi di RTM 2. Berita Inggeris jam 7, Tamil 7.30 dan Mandarin 8 malam. Ertinya, semasa berita perdana disiarkan jam 8 malam di RTM 1, ada berita Mandarin di RTM 2. Penonton RTM masih dipisahkan mengikut kaum.

Padanlah kalau ada segelintir rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan!

Peliknya, siaran Buletin Utama sejak dulu jam 8 dan Nightline jam 12.00, tetap mendapat rating tertinggi, walaupun hari ini sudah ada pelbagai saluran lain yang bersaing. RTM ?...masih lagi mencari identiti!

Tuesday, March 10, 2009

Hello, Boleh Minta Tolong Sikit...!!!

Salam,

Rasanya, amat jarang minta tolong, bukan tidak perlu tp setakat ni belum ada keperluan untuk minta tolong. Cuma kali ni, rasanya tiada pilihan lagi. Mau tak mau mesti minta tolong juga...

Ala bukan selalu, kali ni saja. Pertolongan yg diminta ni pun bukannya besar sangat. Bukan nak pinjam duit...bukan juga nak minta belanja makan. Pertolongan yang diminta, rasanya kecik sangat...

Ya, minta tolong hal seciput jak...khusus utk saudara-saudara seIslam dan sebangsa, kali ini betul-betul nak minta tolong.

Kita minta tolong supaya isu bahasa, isu PPSMI ni tidak dipolitikkan. Tidak dihuru-harakan dgn demonstarasi jalanan yg sangat tidak perlu.

Kita faham kalau para pejuang bahasa menentang PPSMI...kita faham kalau mereka mhantar memorandum ke Istana Negara. Kita memahami hasrat mereka yg tidak bsetuju lagi dgn pelaksanaan PPSMI.

Cuma kita gagal memahami mengapa perlunya perarakan, demo dan provokasi kpd pihak bkuasa...serta kita juga tidak memahami apa alasan parti politik spt PAS dan PKR, mjadikan pjuangan mdaulatkan bahasa kebangsaan dlm pengajaran Sains dan Matematik ini, sbg modal utk kepentingan politik mereka.

Harus diingat, isu bahasa dan PPSMI ini amat dekat di hati rakyat Malaysia yg patriotik tanpa mengira fahaman politik mereka. Pjuangan mdaulatkan bahasa ni bukan hak milik mutlak pembangkang saja!

Di pihak kerajaan pula, sewajarnya keputusan bkaitan PPSMI lebih elok disegerakan. Jika diteruskan, umumkan..atau jika dihentikan, umumkan juga. Semakin lambat keputusan ini dibuat, semakin rancak pihak pembangkang menangguk di air keruh. Tolong juga kpd pimpinan kerajaan, jgn mpolitikkan keputusan PPSMI ni..Btindaklah segera mdengar suara rakyat.

Sebab tu, wajar bagi kita utk minta tolong...TOLONG JANGAN POLITIKKAN PERJUANGAN MDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN NI!

Saturday, February 28, 2009

Bahasaku Tercemar Di Beaufort...


Salam,

Cuba kita teliti gambar di atas. Gambar ini sempurna dan tiada yg salah. Ini adalah notis amaran kpd orang ramai, dibina oeh Majlis Daerah Beaufort, diletakkan di tempat strategik di Pekan Beaufort.

Hasrat murni pihak bkuasa mberi 'ingatan' mlalui papan tanda ini, wajar diberi pujian. Kita juga b'harap orang ramai akan m'ambil peduli ingatan ini, dengan tidak mbuang sampah merata-rata, atau dgn kata lain, buanglah sampah di tempat sewajarnya.

Sayangnya, hasrat murni pihak bkuasa ini t'cemar dek kerana bahasa yg salah. Spintas lalu, apa yg dfahami dr papan tanda ini, si pembuang sampah boleh mengenakan denda, bukan didenda!

Mungkin ayat di papan tanda ini boleh dpbaiki...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin