Search This Blog

Showing posts with label Ayo yo Samy. Show all posts
Showing posts with label Ayo yo Samy. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Umno Maafkan Vell Paari?


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anggota Jawatankuasa Pusat MIC Vell Paari seharusnya memberi bukti yang jelas bahawa Umno terlibat dalam perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Kuala Lumpur Ahad ini.

Salam,

Sebelum sempat Vell Paari mendedahkan bukti penglibatan Umno seperti diminta Tun Mahahthir, dan seperti biasa Vell Paari memohon maaf.

“Memandang perkembangan terbaru, adalah jelas kepada saya bahawa Umno tidak terlibat dalam apa cara dengan gerakan GAS (gerakan anti Samy Vellu). Kebanyakan pemimpin Umno secara terbuka bahawa mereka tidak mempengaruhi atau bekerja dengan Mugilan dalam apa cara sekalipun,”

“Justeru, saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” kata Vell Paari dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, “Saya juga telah menjelaskan kedudukan saya kepada Perdana Menteri, awal hari ini. Saya berharap semua ini boleh diketepikan atau dilupakan dan kita perlu bekerjasama seperti selalunya dalam keluarga BN,”

Dan seperti biasanya, sesuai dengan tradisi kita, selepas Vell Paari menyatakan Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk menyingkirkan bapanya, Datuk Seri S Samy Vellu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari itu sebagai sesuatu yang biadap...kita pasti akhirnya akan memaafkan Vell Paari!

Sebelum ini pun, kita memang mudah memaafkan...

Tuesday, May 25, 2010

Kalungkan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu! ( dan anaknya Vell Paari )


Salam,

Sempena perkembangan terbaru dalam MIC dan 'kehebatan' Samy Vellu dalam memecat ahli, disiarkan semula 'Kalungan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu'. Kali ini, bukan sahaja untuk Samy Vellu tetapi untuk anaknya juga, S Vell Paari.

Kalungkan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu

Tindakan Tun Mahahthir memberi pandangan ikhlas kepada MIC, ternyata mendapat reaksi yang bukan sedikit. Apa yang disuarakan Tun Mahahthir juga merupakan suara majoriti kaum India dan keseluruhan rakyat, yang dibuktikan melalui penolakan calon MIC dalam PRU lalu.


Perwakilan MIC bercadang mengalungkan selipar kepada gambar Tun Mahathir. Walaupun akhirnya cadangan ini ditolak, namun tindakan sebegini buruk untuk mengaibkan seorang negarawan amatlah dikesali.

Mungkin perwakilan MIC ini terleka bahawa kemakmuran negara yang dinikmati kini sebahagian besarnya adalah hasil 'buah tangan' oleh arkitek pembangunan negara yang mahu diaibkan. Bukan sedikit nikmat yang dikecapi oleh perwakilan ini dan ahli MIC umumnya hasil kegigihan Tun Mahahthir.

Sebenarnya yang menjadi masalah kepada MIC bukan Tun Mahathir, atau orang lain. MIC lemah dan tidak disokong oleh kaum India hari ini ialah kerana kegagalan MIC melakukan perubahan mengikut peredaran masa. MIC gagal melakukan transformasi seperti dikehendaki kaum India.

Masalah utama kepada MIC ialah kepimpinan Samy Vellu yang sudah terlalu lama. Dia gagal membaca kehendak majoriti rakyat yang telah menolaknya di Sungai Siput. Malah menolak calon MIC di kebanyakan tempat, sehingga pengaruh MIC semakin susut. Ramai pemimpin India dalam parti lain seperti PKR mampu pula menang.

Seharusnya Samy Vellu dan MIC meminta maaf kepada Tun Mahathir di atas keceluparan mereka. Apa guna menjadi pemimpin popular di kalangan ahli parti sendiri tetapi rakyat jemu dan bosan. Akhirnya, rakyat bertindak menolak bukan sahaja MIC tetapi BN. MIC menjadi liabiliti BN!

Jika Samy dan Vellu masih berkeras, kalungkan saja selipar buruk itu kepada Samy - bukan gambar Samy!

Thursday, April 15, 2010

Maruah MIC...Ada Lagikah Maruah Parti Ni?

" Sehubungan itu, katanya, mereka tidak mahu seseorang itu dicalonkan bertanding di situ mengikut 'pintu belakang'. Ini, katanya, adalah mengenai soal maruah parti".

Salam,

Demikian kata A. Saktivel, jurucakap 18 Ketua Bahagian MIC Selangor ketika mendesak pucuk pimpinan BN supaya memperakukan calon pilihan Samy Vellu, G.Palanivel dalam PRK Hulu Selangor.

Ketika PKR sudah menamakan calon kitar semula, Zaid Ibrahim, BN belum dapat memutuskan tokoh terbaik di kalangan India yang akan berdepan dengan PKR. V.Mugilan, anak tempatan yang dijangka diumumkan petang ini bakal berdepan tindakan pecat parti jika dipilih menjadi calon. Nampaknya Samy ni dah mula buat perangai lama...

MIC berkeras dengan Palanivel yang sudah ditolak oleh pengundi Hulu Selangor. Data PRU 12 2008, adalah bukti jelas penolakan pengundi kepada Palanivel. Samy Vellu dan Palanivel serta 18 Ketua Bahagian MIC ini pun tahu. 3 DUN boleh menang bergaya dengan majoriti besar, Palanivel pula kalah.

Di tempat lain, MIC termasuk Presiden Samy Vellu tewas di Sungai Siput. Daripada 9 kerusi parlimen, cuma 3 ja menang nyawa-nyawa ikan di kerusi majoriti Melayu. Prestasi paling buruk buat parti ini sehingga BN gagal membentuk majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Masih mahu bercakap soal maruah? Kalau iya pun nak melobi, gunalah alasan lain. Janganlah bercakap soal maruah sebab maruah apa lagi yang tinggal dengan MIC ni? Maruah apa jika orang India pun sudah menolak Samy Vellu.

( Cadangan untuk pimpinan BN : Demi menyelamatkan maruah MIC, biarkan saja Palanivel bertanding dan taruhannya jika MIC gagal, semua kerusi majoriti Melayu yang dipinjam MIC ketika ini hendaklah ditandingi calon Umno pada PRU 13 )

Tuesday, September 15, 2009

Kalungkan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu!


Salam,

Tindakan Tun Mahahthir memberi pandangan ikhlas kepada MIC, ternyata mendapat reaksi yang bukan sedikit. Apa yang disuarakan Tun Mahahthir juga merupakan suara majoriti kaum India dan keseluruhan rakyat, yang dibuktikan melalui penolakan calon MIC dalam PRU lalu.

Perwakilan MIC bercadang mengalungkan selipar kepada gambar Tun Mahathir. Walaupun akhirnya cadangan ini ditolak, namun tindakan sebegini buruk untuk mengaibkan seorang negarawan amatlah dikesali.

Mungkin perwakilan MIC ini terleka bahawa kemakmuran negara yang dinikmati kini sebahagian besarnya adalah hasil 'buah tangan' oleh arkitek pembangunan negara yang mahu diaibkan. Bukan sedikit nikmat yang dikecapi oleh perwakilan ini dan ahli MIC umumnya hasil kegigihan Tun Mahahthir.

Sebenarnya yang menjadi masalah kepada MIC bukan Tun Mahathir, atau orang lain. MIC lemah dan tidak disokong oleh kaum India hari ini ialah kerana kegagalan MIC melakukan perubahan mengikut peredaran masa. MIC gagal melakukan transformasi seperti dikehendaki kaum India.

Masalah utama kepada MIC ialah kepimpinan Samy Vellu yang sudah terlalu lama. Dia gagal membaca kehendak majoriti rakyat yang telah menolaknya di Sungai Siput. Malah menolak calon MIC di kebanyakan tempat, sehingga pengaruh MIC semakin susut. Ramai pemimpin India dalam parti lain seperti PKR mampu pula menang.

Seharusnya Samy Vellu dan MIC meminta maaf kepada Tun Mahathir di atas keceluparan mereka. Apa guna menjadi pemimpin popular di kalangan ahli parti sendiri tetapi rakyat jemu dan bosan. Akhirnya, rakyat bertindak menolak bukan sahaja MIC tetapi BN. MIC menjadi liabiliti BN!

Jika Samy dan Vellu masih berkeras, kalungkan saja selipar buruk itu kepada Samy - bukan gambar Samy!

Saturday, September 12, 2009

Samy Oh Samy!


Salam,

Dua hari lalu, pemegang rekod Presiden MIC 'terlama' Samy Vellu mengeluarkan kenyataan berikut, sebagai membidas Tun Mahathir yang wawancaranya disiarkan suratkhabar Tamil.

‘‘Dr. Mahathir pernah menghadiri Persidangan MIC Kebangsaan sebanyak 28 kali, kami pernah meminta beberapa peruntukan dan permintaan untuk kesejahteraan kaum India.

‘‘Tetapi satu pun tidak pernah diambil kira atau dipertimbangkan olehnya, ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri,’’ dakwanya.

Mr. Samy ni berang kerana Tun menyuarakan suara hati majoriti rakyat - bukan sahaja kaum India - yang 'bosan' dengan gelagat Mr. President ni. Masih mahu bergayut dengan kuasa walaupun jelas sudah ditolak rakyat dan kaum India.

"Kalau dulu semua (orang India) sokong MIC, sekarang ini tidak ramai yang sokong dan mereka beri alasan yang sama iaitu mereka bosan dengan Samy yang mahu kuasai MIC sampai siapapun tidak boleh ambil alih daripada dia. kata Tun M hari ini.

Malahan, tuduhan Samy bahawa Tun M tidak membantu kaum India, ini jawaban Tun ...
satu ketika dahulu Samy pernah membuat kenyataan yang sama dalam sebuah akhbar, tetapi kemudiannya menghubungi beliau di Syria untuk membuat penafian kononnya laporan itu tidak benar.

"Tetapi bila saya balik ke sini, akhbar itu tunjuk rakaman yang membuktikan memang benar dia kata saya tidak bantu orang India.

"Itu memang tidak benarlah, saya tolong semua kaum, bukan orang Melayu saja," katanya.

Berdasarkan apa yang dipaparkan media ini, maka mudahlah dikenali wajah sebenar Samy. Ketakutan kemenangan calon bukan pilihannya, yang memungkinkan kehilangan kuasa Presiden.

Elok Samy Vellu mendengar nasihat Bung Mukhtar, Berundur Demi Kepentingan BN!

Mungkin bila nasihat Bung ini didengar, baharulah MIC dapat memenuhi KPI yang disasarkan oleh DS Najib. Jika tidak...jadilah MIC liabiliti kepada BN, agaknya...


Sunday, April 12, 2009

Mungkin Masa Untuk IPF...

Salam,

IPF sebuah parti serpihan MIC, berteraskan kaum India ditubuhkan oleh Mendiang Pandhitan. Parti ini ditubuhkan kerana perasaan tidak puas hati kepada Samy Vellu.

Sudah bertahun-tahun memohon masuk BN tetapi tidak berjaya akibat bantahan BN. Sampai ke mati, Pandhitan merayu masuk BN tetapi gagal akibat dasar BN yang tidak akan menerima masuk komponen baru jika ada bantahan.

Biarpun berada di luar BN, IPF konsisten menyokong dan tidak pula memberi sokongan kepada PR. Hati dan jiwa IPF bersama dengan BN. Berbeza dengan HINDRAF yang main kasar.

Mungkin sudah tiba masanya, bagi BN melihat kepada IPF sebagai alternatif kepada MIC terutama Sany Vellu yang nampak gagal menjalankan tugas mempengaruhi kaum India. Selain kekalahan semasa PRU12 lalu, bukti terbaru kegagalan MIC ialah di Bukit Selambau!

Wajar BN menimbang semula kemasukan IPF ke BN untuk mengimbangi MIC. Apalagi IPF khabarnya dianggotai oleh kaum India peringkat akar umbi dan kurang 'dibenci' oleh kaum India berbanding MIC.

IPF wajar diberi pertimbangan, apatah lagi selepas MIC timbang keluar Kabinet. Dilaporkan MIC tidak berpuashati dengan barisan kabinet yang katanya meminggirkan kaum India, dan mengancam bertindak menarik diri daripada kabinet Najib walaupun terus menyokong BN.

Inilah namanya MIC yang tidak sedar diri...Yang dipinggir bukan kaum India, tapi MIC yang asyik gagal dalam pilhanraya. Samy Vellu pun berharap undi orang Melayu untuk menang. Dapat jawatan menteri pun cukup untung.

Ha, Datuk Najib...panggil Presiden IPF tu, ajar sikit si Samy Vellu yang masih rasa muda ni. MCA, Gerakan, Umno sudah 2-3 kali bertukar Presiden, dia masih duduk di situ. Kalau tidak dibenci kaum sendiri tidak apa juga!

Entah-entah HINDRAF pun lahir kerana kebencian kepada MIC dan Samy yang tidak sedar diri!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin