Search This Blog

Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Kasihan Zaid Ibrahim : Kalah Sebelum Bertanding...


Salam,

Tahniah kepada BN-PBS yang berjaya mempertahankan Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar dan BN-Umno yang merampas DUN Galas daripada PAS. Kejayaan yang diraih hasil daripada usaha gigih semua pihak.

Biarlah kemenangan ini lebih mematangkan BN untuk terus menunaikan janji dan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat. Ternyata kemenangan besar di dua PRK ini menunjukkan harapan tinggi rakyat terutama di luar bandar kepada perkhidmatan BN membangunkan kawasan mereka, berbanding mereka yang menjual janji palsu penuh retorik!

Kita pun tidaklah berminat untuk mengulas tulisan sebelum ini, berkaitan kes pemberian 'zakat' oleh MB Kelantan. Seperti dijangka, pasti ada sahaja jawapan diberi demi 'menghalalkan' perbuatan tersebut. Nak kata zakat, biarlah zakat....

Daripada buang masa berpolemik isu tersebut, baik kita sampaikan rasa simpati yang amat tinggi dengan calon Tim Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Kasihan...belum pun selesai pertandingan sudah angkat bendera putih. La ingatkan Datuk ni hebat sangat, rupanya mental pun lemah juga. Pertandingan masih berjalan dah menyerah....aparaaaa.

Melihat apa yang terjadi kepada Zaid, memang wajar kita bersimpati. Apabila dia meninggalkan Umno dulu, seolahnya PKR adalah 'parti suci' yang katanya lebih sesuai untuk politik Malaysia. Kelihatan seperti dia akan berjaya, dalam tempoh singkat dia sudah diterima. Menjadi ahli Biro Politik, calon PRK Hulu Selangor, Ketua PKR WP seterusnya calon Tim. Presiden.

Tapi ternyata, Umno yang ditinggalkannya jauh lebih baik daripada PKR yang disertainya. Terbukti semasa bersama Umno, dia tidak diperlakukan sepertimana apa yang dilakukan PKR. Tidak apa Zaid nasib badan. Orang tua dulu-dulu sudah berpesan: Kalau mendengar guruh langit, air di tempayan jangan dicurahkan...

Harap-harap lepas tarik diri dan letak semua jawatan ni, jangan jadi katak pulak...

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010...


Salam,


Tahun Baru datang lagi. Dengan semangat dan azam baru, melangkah yakin menyambut tahun 2010.


Diharapkan tahun baru 2010 membawa sinar dan harapan baru dalam segenap bidang diceburi. Negara akan terus maju, makmur dan harmoni bagi setiap werga.


Cuma mungkin yang merencatkan sambutan tahun baru kali ini tentulah kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Pasti produk berasaskan gula seperti kuih muih akan mengalami kenaikan harga.


Patut la gula kurang di pasaran kebelakangan ini, menunggu kenaikan harga rupanya...


Update:


Satu perkara lagi yang pasti akan merencatkan sambutan tahun baru kali ini pasti keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang membenarkan kalimah 'Allah' boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.


Selepas ini, dengan keputusan mahkamah siang tadi, pasti nama suci Allah boleh digunakan di mana-mana ruang dan tempat oleh golongan bukan Islam. Ringkas kata, kalimah suci ini bukan lagi milik umat Islam!


Menyedihkan di ambang tahun baru 2010 ini, keputusan mahkamah ini 'disokong' oleh mereka yang bergelar di kalangan pimpinan politik yang beragama Islam.


Entahlah labu....

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin