Search This Blog

Showing posts with label 16 september. Show all posts
Showing posts with label 16 september. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

PKR dan Badi 16 September


Salam,

Setahun lalu, ketika heboh Anwar Ibrahim 'have a number' menubuhkan Kerajaan Persekutuan, dikatakan sasaran beliau ialah MP Sabah dan Sarawak. Satu ketika, impian beliau seolah akan menjadi kenyataan.


Seperti yang diketahui umum, impian beliau menjadi mimpi ngeri. Kerajaan yang hendak ditubuhkan tidak kesampaian. Mimpi tinggal mimpi, yang menjadi kenyataan ialah perubahan pimpinan kerajaan persekutuan tapi bukan Anwar PM!


Seakan terkena badi, semenjak itu pelbagai masalah menimpa kepimpinan PKR. Di sebalik semakin ramai nama besar politik tanahair menyertai PKR, bukan sedikit pula yang 'kecewa' dan 'lari' dari perjuangan keadilan yang dihebohkan.


Terbaru, perletakan jawatan Dr. Jeffrey Kitingan diikuti Christina Liew - yang terkenal sebagai antara pelopor PKR Sabah, tentulah berita yang akan menyebabkan tidur Anwar tidak lena.


Nampaknya perjalanan Anwar ke Putrajaya semakin berliku, apalagi dengan 'kehilangan' tokoh penting seperti Jeffrey dan Christina, pastinya disertai penyokong yang bukan sedikit.


Sabah yang dahulunya diharap menyumbang kepada pembentukan kerajaan, kini bukanlah seperti yang diangankan. Mungkinkah badi 16 September akan terus menghantui PKR?

Wednesday, September 16, 2009

16 September Hari Malaysia!


Salam,

Hari ini 16 September, hari pembentukan Persekutuan Malaysia dengan gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu. Hari ini juga adalah hari kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak dan Singapura, bebas daripada penjajahan Inggeris.

Seharusnya hari ini menjadi hari 'besar' yang memberikan impak kepada semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini pada tahun 1963, bermulalah sejarah baru negara bernama Malaysia.

Malangnya di Sabah dan Sarawak hari ini dingati sebagai hari cuti umum, dan di negeri-negeri lain hari ini adalah hari biasa. Di Sabah cuti pada hari ini dijadikan cuti sempena Harijadi Rasmi Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri Sabah.

Mungkin sudah sampai masanya untuk menjadikan hari ini sebagai hari yang benar-benar bersejarah, hari yang akan terus diingati oleh generasi mendatang. Sebelum ini sudah ada suara kedengaran mengangkat mertabat 16 September, namun hilang begitu sahaja.

Kita raikan 31hb Ogos sebagai Hari Kebangsaan @ Hari Kemerdekaan dan 16 September diangkat menjadi Hari Malaysia.

Mungkin selepas ini, 16 September tidak lagi berlalu sebagai hari cuti sahaja....

Saturday, May 9, 2009

Cubalah Menjadi Rasional!

Selepas selesai bersidang, songkok semua letak tepi...

Salam,


Mahkamah hanya akan memutuskan MB Perak yang sebenar hari Isnin nanti. Dari sudut perundangan, sehingga Isnin ini belum pasti siapakah MB Perak ketika ini.


Namun, dari segi hukum demokrasi yang kita pegang selama ini, MB Perak ialah DS Zambry Kadir. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini tetapi inilah realiti politik. Inilah hakikat demokrasi yang kita iktiraf selama ini. Melainkan kita bersetuju membakul sampahkan demokrasi!


Mengikut peraturan demokrasi, parti yang memiliki majoriti berhak membentuk kerajaan. 28 kerusi dimiliki BN disokong 3 kerusi bebas menjadikan BN mempunyai majoriti mudah dan tentulah BN berhak membentuk kerajaan Perak. Berbanding 28 kerusi dimiliki PR.


Mungkin ada polemik bagaimana BN mendapatkan sokongan 3 ADUN Bebas, mungkin perbuatan melompat parti boleh dikatakan tidak bermoral, atau apa sahaja tanggapan yang wujud, namun selagi ia masih dalam lingkungan Perlembagaan, apa masalahnya? Setakat soal moral, ada banyak lagi yang tidak bermoral terus dipertahankan.


Ketidak fahaman ke atas prinsip demokrasi yang diagungkan selama ini, ego kerana tidak dapat menerima realiti dan sikap tidak endah terhadap 'peraturan' yang dirasa tidak memihak kepada pihak sendiri, disertai sikap hanya sendiri yang betul, orang lain salah, menyebabkan adengan yang tidak ingin kita lihat berlaku di Perak semalam.


Cubalah kita menjadi rasional...mengambil sikap berlapang dada. Menghormati 'aturan' yang kita iktiraf sebelum ini. BN ketika tewas dalam PRU12 dan kehilangan kuasa, terkejut tetapi tidak berdiam diri, bangkit menyusun strategi dan terbukti ia berhasil. Malanglah jika Pakatan Rakyat mengambil tindakan semberono, asyik berpolitik dan tidak belajar daripada apa yang berlaku.


Bukankah elok jika kita mengurangkan seketika suhu panas politik negara. Tidak puashati ? Tunggulah PRU13 membuat perhitungan. Jika benar 3 PRK yang dimenangi oleh PR berbanding 1 oleh BN sebelum ini adalah petunjuk jelas rakyat bersama PR, bersabarlah. Pasti kuasa yang dikejar selama ini - sehingga terpaksa berjanji 16 September tarikh peralihan - akan menjelma jua.


Rasanya, jika semua bersikap rasional, menerima hakikat dan dapat bersabar, pasti Perak akan terus harmonis, tidak terusik oleh gangguan yang tidak perlu. Dan kejadian memalukan dan mencatat sejarah baru negara semalam, tentulah dapat dielak.


Sayangnya...banyak pihak yang kelihatan gagal mengawal diri!


Wednesday, September 17, 2008

ALKISAH 16 SEPTEMBER

Salam, ada banyak kisah berkaitan dengan tarikh keramat ini :

Kisah 1
Pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak & Singapura merdeka melalui pembentukan sebuah negara bernama MALAYSIA, bersama dengan Semenenjung Tanah Melayu. Alhamdulilah....

Kisah 2
Di sebuah surau, malam menjelang 16 September 2008, seorang pakcik bercerita berkaitan dengan perasaan bimbang dan takutnya dengan cerita 'rampasan kuasa' oleh sebuah pakatan ke atas sebuah kerajaan yang sah. Katanya: macamana indak takut, durang pakai pistol bah.

Kisah 3
Siang 16 September 2008, sms 'karut' disebarkan oleh anasir yg bertanggungjawab. Bunyi sms tu mcm ni : Yb Anuar Ibrahem petang ini 16 Sept 2008 selamat mengangkat sumpah sbg Perdana Menteri M'sia yang baru di depan "gambar" Yg Di Pertuan Agong dalam rumahnya di Segambut. Majlis ini turut disaksikan oleh ahli-ahli DAP, PKR dan PAS.

Kisah 4
Hari ini 17 September 2008, kebimbangan pakcik malam tu tiada asas, SMS karut tu pun memang sah karut...yang pasti kerajaan masih macam kerajaan kemarin dan pastinya puasa ada 13 hari lagi sebelum kita beraya sakan !

Monday, September 15, 2008

Menghitung Detik Waktu !


Salam,

Hari ni masuk 15 Ramadhan bersamaan 15hb September 2008.

1. Raya - sudah masuk separuh dari kewajipan sebulan puasa dalam bulan Ramadhan, bermakna ada separuh lagi sebelum merayakan Hari Raya.

2. 16 September - tinggal kurang 24 jam lagi tarikh yang diheboh-hebohkan semenjak bulan 3 yg lalu. Apa kes ? Penubuhan kerajaan baru Malaysia. Ada tanda ? Belum nampak apa-apa signal. ( Dengar khabar tarikh ditunda lagi, betul ka ? )

3. Jadi jangan nda jadi, 16 September ni...kalau tidak malu wooo, mana mau taruh muka wooo !!! Raya tetap jadi !!!

Monday, September 8, 2008

Menghitung Hari !!!


Salam,

Hari ni, 8 September 2008 bersamaan 8 Ramadhan 1429H. Bagi umat Islam dan rakyat Malaysia, situasi terkini menunjukkan kita menghitung hari...

Hari Raya - tinggal 22 hari lagi untuk berpuasa, PASTI tiba saatnya untuk beraya...

16 September - tinggal 8 hari lagi...BELUM PASTI, tapi nampak gayanya, tiada tanda-tanda yang anak bulan akan kelihatan...kita tunggu siapa yang kena!!!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin