Followers

Showing posts with label pelik tetapi benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tetapi benar. Show all posts

Friday, 1 March 2013

Berumah di Surau

As-salam.

Pagi-pagi ini Mak Aji terbaca kisah seorang lelaki yang menumpang tidur selama enam minggu di perpustakaan Universiti Cambridge New York. Cerita ini mengingatkan Mak Aji tentang kisah benar salah seorang kenalan sekuliah berpuluh-puluh tahun dahulu.

Pada suatu pagi semasa di dalam dewan kuliah, Mak Aji duduk di belakang kenalan ini dan setelah seketika terbau sesuatu yang hapak. Mak Aji dan kawan-kawan masing-masing berpandangan sesama sendiri dan sejurus selepas itu salah seorang kawan menuding ke arah kenalan itu di hadapan kami! Rupa-rupanya bau datang daripadanya. Dari situ timbullah cerita bahawa dia sebenarnya selama tempoh pengajian tiga tahun itu tidak pernah tinggal di tempat lain selain di surau sebuah fakulti bersebelahan fakulti kami!! Agaknya beg besar yang dibawa dari kampung (pantai Timur) rupa-rupanya disimpan di situ juga. Segala urusan mandi-manda serta mencuci pakaian dilakukan di tandas fakulti berhampiran surau itu!! (Pak Aji - rakan sekuliah Mak Aji, he he! - dan juga sebahagian besar pelajar lelaki memang mengetahui hal itu tetapi pada mereka perkara itu agak biasa-biasa sahaja!).

Mak Aji cuba membayangkan di mana agaknya kenalan itu sekarang?? - Kalau kakitangan kerajaan sudah tentu berjawatan tinggi dengan gaji lumayan dan entah-entah sudah bergelar Datuk/Dato???

Namanya Mak Aji kurang pasti tetapi rupanya masih boleh dibayangkan lagi! Pelik tetapi benar!!


Orang yang tidak berumah - sekadar hiasan sahaja.



Bagaimanakah dengan anda? Sanggup anda berbuat seperti dia? Mak Aji agak mungkin kenalan tersebut datang daripada keluarga yang agak daif sehinggakan terpaksa menempuh hidup seperti itu! Bersyukurlah kita yang kita terkecuali daripada terpaksa berbuat sepertinya!

Sumber foto: nursing322sp10.wordpress.com




Friday, 9 November 2012

Ikan Masin RM40 Sekilo

As-salam.

Mak Aji biasa membeli ikan masin apabila balik kampung, terutama sekali kalau ke pasar Tok Bali. Biasanya Mak Aji simpan stok ikan masin tamban, gelama dan pelata. Harga sekilo pula tiadalah mahal sangat.

Tempoh hari kami ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu untuk membeli ikan bilis. Terjumpa pula ikan gelama yang kelihatan agak 'cantik' sebab nampak segar tanpa apa-apa kesan garam yang memutih. Apabila ditanya berapa harga, dijawab penjualnya, "RM40 sekilo!" Terkejut kami langsung ditanyakan mengapa begitu mahal. Kami diberitahu bahawa itu gelama sungai dan bukannya gelama laut. Lagipun ikan itu tidak masin dan perlu disimpan dalam freezer di rumah nanti. Teragak-agak juga kami untuk membelinya, namun Pak Aji ingin tahu sejauh mana istimewanya ikan masin itu. Lantas dibelinya setengah kilo. Ini rupanya ikan masin mahal itu:

Ikan masin gelama sungai.
Dari dekat.

Setelah mencubanya, pada Mak Ajilah, rasanya lebih kurang sama sahaja dengan ikan masin gelama yang biasa, cuma yang ini tidak perlu direndam air garam dahulu untuk menghilangkan garamnya. Lain kali boleh beli yang biasa sahajalah, tidak perlu membeli yang semahal itu!



Monday, 20 February 2012

Pelik Tetapi Benar: Mati Kerana Makan

Kejadian pelik ini berlaku pada tahun 2005 di Taman Negara Everglades, Florida, Amerika Syarikat. Seekor ular sawa gergasi berukuran 13 kaki (3.9m) meletup selepas menyerang dan mencuba untuk menelan seekor aligator (spesis buaya). Renjer taman negara tersebut menjumpai ular itu terbaring dengan seekor aligator berukuran 6 kaki   (1.6m) terjulur di bahagian perut ular itu!! (Itulah dia, agak-agaklah apa yang hendak dimakan!!)

Cuba bayangkan ular sawa hendak menelan aligator seperti ini - mana tidak pecah perut??!!
Entah apalah yang ditelannya!
Mak Aji sendiri pernah melihat ular sawa yang dijumpai orang kampung selepas menelan seekor babi. Macam inilah lebih kurang rupanya:

Ular sawa telan babi hutan
Sumber Foto: Google
Sumber berita: http://www.weirdfacts.info/

Monday, 13 February 2012

Pelik Tetapi Benar: Ayam Jantan Bertelur!

Para saintis China sedang menyiasat suatu kejadian pelik yang melibatkan seekor ayam jantan yang mula bertelur apabila kesemua ayam betina disembelih dan dimakan tuannya.

Tuan punya ayam ini, Huang Li, 47 tahun, memelihara ayam jantan ini bersama-sama tujuh lagi ayam betina di sebuah ladang kecil di Kampung Chumiao, kota Mengcheng, daerah Anhui, di wilayah tengah China. Beliau berkata bahawa keluarga mula menyembelih ayam secara beransur-ansur semasa musim sejuk sehinggalah ayam jantan ini sahaja yang tinggal - dan beliau amat terkejut apabila mendapati terdapat telur di dalam reban pada keesokan harinya.

Inilah ayam jantan yang bertelur!
Beliau pada mulanya ingatkan bahawa jirannya yang cuba bergurau. Namun perkara yang sama berulang pada hari kedua dan ketiga. Berita tentang hal itu tersebar meluas apabila sebuah stesen TV membuat liputan. Ekoran daripada itu para saintis datang dan meminjam ayam jantan itu untuk melakukan kajian. Huang Li  berkata, "Mereka ingin menyiasat sama ada ayam jantan itu sebenarnya ayam betina yang menyerupai ayam jantan atau sama ada ayam itu berubah jantina selepas semua ayam betina hilang kerana disembelih. Apa yang saya tahu ayam ini memang berkokok nyaring untuk mengejutkan kami dari tidur dan ayam ini juga memang berkelakuan sebagai ayam jantan semasa bersama-sama dengan ayam betina."

Sumber: web.orange.co.uk
Diterbitkan pada: 12 Februari 2012


Catatan: Jangan ingat manusia sahaja boleh bertukar jantina, ayam pun!!

Saturday, 31 December 2011

Pelik Tetapi Benar: Orang Mati Kena Saman

Hiroyuki Joho - sudahlah mati dilanggar keretapi, disaman lagi!

Seorang remaja berusia 18 tahun, Hiroyuki Joho telah terbunuh pada tahun 2008 akibat dilanggar keretapi pada kelajuan 112 km sejam. Hiroyuki pada ketika itu berlari ke arah keretapi dengan berpayung dalam hujan apabila peristiwa tersebut berlaku. Sebahagian besar badannya terpelanting sejauh 30 meter ke platform mengarah ke selatan lalu terkena Gayane Zokhrabov yang ketika itu berusia 58 tahun. Gayane jatuh lantas patah kaki dan pergelangan tangannya serta bahunya tercedera. Seterusnya Gayane menyaman Hiroyuki, tetapi hakim daerah Cook membuang kes tersebut dengan alasan bahawa Hiroyuki tidak mungkin menjangka bahawa badannya akan menyebabkan kecederaan tersebut pada Gayane. Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan menolak dengan alasan bahawa adalah "agak boleh dijangkakan" bahawa keretapi akan membunuh remaja itu dan menghumbankan badannya kepada penumpang lain yang menunggu untuk naik keretapi. 
Peguam yang mengendalikan kes rayuan Gayane, iaitu Leslie Rosen berkata, "kes ini agak pelik dan menggerunkan tetapi tetap kes kecuaian. Jika anda bertindak sebodoh remaja ini, maka anda perlulah bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku akibat daripadanya."  

Sumber imej: Huffinton Post
Diterbitkan pada 30 Disember 2011

Catatan: Inilah contoh klasik "Sudah jatuh ditimpa tangga." Siapalah agaknya nanti akan membayar saman remaja ini? Ibu-bapanyalah agaknya?? Inilah kesedihan berganda untuk ibu-bapa!

Tuesday, 27 December 2011

Pelik Tetapi Benar: Sarat Mengandung, Masuk Maraton!!

Amber Miller, seorang ibu (beranak satu yang berasal dari Illinois) berusia 27 tahun, yang mengandung 39 minggu telah berjaya menamatkan penyertaannya dalam maraton Chicago (sejauh 26.2 batu) dengan rekod masa 6 jam 23 minit.  (Beliau telah terlebih dahulu mendapat kebenaran doktor untuk berbuat demikian). Amber mengalami contraction ketika hampir menamatkan maraton itu dan beliau terpaksa berlari separuh, berjalan separuh. Selepas beberapa jam selesai perlumbaan beliau selamat melahirkan bayi perempuannyanya, June Audra dan beliau sempat memberi komen, "perlumbaan maratonnya lebih mudah daripada pengalaman bersalin."  

Amber Miller mendokong bayinya, June Audra.
Amber semasa berlari maraton dalam perlumbaan tersebut
Sumber: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2047560/Pregnant-Amber-Miller-runs-Chicago-Marathon-hours-giving-birth.html

Catatan: Kalau orang lain sibuk berlari ke hospital bila mengalami contraction, Amber sibuk menamatkan maraton!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...