Semasa Mak Aji di 'Bali' tempoh hari, keadaan pantai agak lengang kerana hampir tiada pengunjung - orang yang berjual satar di tepi pantai lebih ramai daripada pengunjung yang datang! Apa tidaknya ombak cukup besar, adalah sekitar melebihi ketinggian Mak Aji yang sekadar 5 kaki lebih sedikit ni!!
| Menakutkan! |
| Bunyi cukup kuat bagai mengaum! |
| Bukan musim yang sesuai untuk mandi-manda. |
| Jalan-jalan tepi pantai sahajalah. |
Melihatkan ombak besar kecut perut Mak Aji dan ketika itu juga Mak Aji terkenangkan peristiwa bot Vietnam yang karam di tempat yang sama sekitar tahun 1977 (semasa Mak Aji muda remaja - si manis 17 ketika itu!). Masih terbayang di mata seorang ibu yang mati lemas bersama-sama anaknya yang dipeluk erat. Kedua-duanya menjadi manga lemas bersama-sama berpuluh-puluh orang yang lain. Mayat-mayat tersebut disusun berderet di pantai. Kemudiannya mayat mereka diangkut dengan lori dan dikebumikan bersama-sama di dalam sebuah kubur besar di sebuah kampung di Semerak.
Mak Aji rasa nasib Pantai Bisikan Bayu akan menyamai nasib Pantai Sabak juga - lama kelamaan akan hilang begitu sahaja jika tiada usaha untuk menyelamatkannya dengan cara membina benteng konkrit atau yang sepertinya!!
Di pantai inilah tempat kami (zaman dulu-dulu) sekeluarga beriadah apabila hujung minggu. Mananya mampu hendak ke Bali, ke Medan macam budak-budak zaman sekarang. Satu lagi sebabnya, zaman dulu mana ada Air Asia?? Sekarang Everyone Can Fly! Then, almost nobody flew, except for only a few!!