Tengah hari ini masih dalam mod 'daun palas' (tercucuk duri palas - tak rajin!). Teringatkan nasi beriani, maka Mak Aji minta Boy keluar belikan nasi tersebut. Di Bukit Rahman Putra (kawasan belakang the Store, Sungai Buloh) ada dua tempat nasi beriani, satunya restoran ini dan satu lagi di medan makan, di seberang jalan dari restoran ini. Kedua-duanya memang ramai pelanggan. Yang di restoran, harganya lebih mahal berbanding yang di medan selera. Mak Aji pernah makan di kedua-dua tempat dan dari segi rasa lebih kurang sahaja. Ini makan tengah hari kami:
| Lauk beriani ayam |
| Set nasi beriani gam |
Berikut video pembukaannya tidak lama dahulu:
Harga nasi beriani RM9.90 untuk ayam. Harga untuk lauk kambing berbelas ringgit. Jom makan!!