Followers

Showing posts with label masalah air. Show all posts
Showing posts with label masalah air. Show all posts

Monday, 13 October 2014

If It's Number 1, Don't Flush!

As-salam.

Pernahkah anda dengar kata-kata yang menjadi tajuk entri Mak Aji hari ini?? Kalau anda biasa tonton rancangan Extreme Cheapskates di Astro, tentu anda tahu, kan! Untuk manfaat anda yang tidak tahu, maknanya - kalau buang air kecil, tidak usah pam tandas tu! Ini semua gara-gara menjimatkan air. 

Kalau selama ini Mak Aji dengar di TV, semalam Mak Aji terpaksa sebut kata-kata yang sama kepada anak bujang Mak Aji, Boy! Nasib baiklah hanya kami bertiga yang ada di rumah, (apabila bekalan air terputur dek tumpahan minyak disel) jadi penggunaan air bolehlah dijimatkan sementara bekalan air kembali normal. Kami juga hanya menggunakan tandas cangkung sahaja. Semua tandas duduk dilarang penggunaannya! 

Mak Aji juga tersenyum apabila Boy bertanya, "Boy nak mandi, boleh Ma??" Mahu mandi pun kena tanya Mama? Mak Aji nampak Boy (orang dewasa) berdiri memakai tuala tetapi terbayang budak lelaki memakai tuala kecil meminta izin untuk mandi! Kelakar betul - geram, geram juga (kepada Syabas) tetapi kelakar pun ada juga apabila timbul dialog dan adegan yang mencuit hati ini!

Bekalan air terputus sejak pagi semalam dan malam tadi sebelum tidur Mak Aji dapati air masih tiada. Walau bagaimanapun bangun dari tidur Subuh tadi alhamdulillah bekalan air sudah pulih! Apa lagi, hari ini operasi mencuci - pinggan mangkuk, kain baju, ......


Sumber foto: www.venusbuzz.com



Saturday, 31 August 2013

Air Oh Air!

As-salam.

Sejak malam tadi rumah kami mengalami masalah bekalan air. Menjelang petang ini, air tangki sudah hampir habis, sudah menitik keluarnya! Dengar khabar masalah ini akan berlanjutan selama kurang lebih seminggu! Mahu sahaja Mak Aji lari ke rumah Along di Skudai selama beberapa hari. Apakan daya esok ada jemputan kenduri kahwin kawan baik Madihah. Mak Aji insya-Allah mesti hadir sebab Madihah pastinya tidak mampu hadir. Hari Isnin pula menantu Mak Aji mula naik kerja selepas cuti bersalin selama 2 bulan. Jadi, Mak Ajilah inang pengasuh si Aleesya tu! 

Petang tadi alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi, Mak Aji minta anak bujang keluarkan tong air yang besar untuk ditadah air hujan, sekurang-kurangnya untuk cuci mencuci apa-apa yang patut. Air dari water dispenser sudah hampir habis. Alamat kenalah keluar membeli air minerallah jawabnya untuk air minuman! 

Operasi menadah air hujan untuk bekalan kami.

Entah berapa lama lagilah begini keadaannya?! Kalau diikutkan hati mahu sahaja Mak Aji melancong ke Paris, he he!! Di sana tentunya tiada masalah air, kan!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...