Followers

Showing posts with label anak ayam. Show all posts
Showing posts with label anak ayam. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

Anak Ayam Mula Menetas

Lama betul Mak Aji tidak bercerita fasal ayam kami. Bapa ayam sudah masuk ke kawasan pagar orang sebelah dan sudah tidak tahu hendak balik - sekarang menumpang tidur di atas pokok rambutan di laman orang. Kami memang cam suara kokokannya walaupun dari jauh! Pak Aji pun tidak menyebut hal itu kepada orang sebelah. Jadi tinggallah ibu ayam sendirian. Walau bagaimanapun ibu ayam bertelur, mengeram dan akhirnya anaknya menetas (oh,.... curang ya!!).

Pagi-pagi lagi hari ini Mak Aji terdengar suara anak ayam - sudah menetas rupanya. Entah berapa ekorlah anaknya. Belum lagi dijenguk - seronok juga dengan bunyi anak ayam ya!

Tiga sahaja yang hidup anak ayamnya.
Ibu dan anak ayam.
Ibu ayam banyak bertelur tetapi hanya tiga sahaja yang hidup. Pak Aji kata ada tiga ekor yang mati di dalam sarang kerana terpijak. Kata Pak Aji lagi, ini kes ibu muda yang belum pernah beranak, tidak tahu budget, hinggakan terpijak anak sendiri. Beranak sulunglah katakan. Agaknya bayi yang mati kerana lemas akibat terhimpit susu emaknya, macam inilah juga kesnya! Agaknyalah!

Saturday, 19 November 2011

Anak Ayam Turun Sepuluh

Anak Ayam Turun Sepuluh - inikah nama lagu yang menceritakan tentang sepuluh ekor anak ayam yang akhirnya seekor demi seekor hilang/habis?


Mak Aji tidak berapa ingat. Semacam itu jugalah kisah anak ayam di rumah. Daripada enam sudah tinggal tiga sahaja. Pagi ini Mak Aji jenguk, alhamdulillah masih tiga (sudah dipastikan tempat tinggalnya selamat daripada pembunuh tempoh hari). Rupa-rupanya anak ayam sudah mula tumbuh bulu baru (bukan hanya bulu kuning halus semasa menetas. Entah apa nama jenis bulu ini ya?? 




Sebentar tadi bapak ayam berkokok, Mak Aji jengok jam, sekitar 10.00 pagi. Kokokannya disahut ayam jiran pula. Maka bersahut-sahutanlah kedua-dua ayam selama beberapa minit. Betapa besarnya kejadian Allah - ayam pun boleh tahu masa dan berkokok ' on time!!'

Mak Aji bersyukur ada ayam kerana sekurang-kurangnya kalau ada baki makanan bolehlah diberi ayam dan tidaklah dibuang begitu saja. Itulah namanya rezeki ayam.

Thursday, 17 November 2011

Menjejak Pembunuh!

Selepas menyoal siasat anak yang menjadi saksi di tempat kejadian pembunuhan tiga anak ayam Mak Aji, maka selesailah sudah penyiasatan. Menurut penjelasannya, sekitar jam 2 pagi, dia terdengar anak-anak ayam 'menjerit'. Dia (masih belum tidur ketika itu) terus meluru keluar ke belakang dan apabila dia menjolok-jolok di bawah kayu tempat anak ayam diletakkan, dia  ternampak tikus besar keluar. Saiz tikus dua kali ganda saiz anak ayam! Memang sahlah, itulah dia pembunuhnya! Sekarang tinggallah lagi tiga anak ayam, kesian mereka.  

Anak Ayam Tewas

Seperti yang Mak Aji sebut tempoh hari, Mak Aji tak suka bila terpaksa mengambil alih menjaga 'ahli keluarga baru' kami semasa ketiadaan Pak Aji. Dia balik kampung lagi atas urusan keluarga. Jadi tugas tersebut terpaksa Mak Aji pikul sepenuhnya. 

Malam tadi, agak lewat, awal pagi agaknya, anak Mak Aji sebut dia terdengar bunyi anak ayam dan bila dijenguk, seekor sudah mati, entah apa yang menggigitnya. Menjelang pagi semasa dia nak keluar ke tempat kerja,  dua lagi mati, dengan seekor putus kepala! Mak Aji cepat-cepat menelefon Pak Aji bertanya apa nak dibuat supaya tidak berlaku lagi. Dia memberi arahan dan anak sudah melaksanakannya. Mak Aji harap benda yang datang malam tadi tak datang lagi malam ini. Kalau datang pun, tak dapat berbuat apa-apa, insya-Allah!  Ya Allah, janganlah berlaku apa-apa lagi sementara menunggu Pak Aji balik. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...