Followers

Showing posts with label abaya/jubah. Show all posts
Showing posts with label abaya/jubah. Show all posts

Wednesday, 10 October 2012

Ole-ole dari Yaman

As-salam.

Pak Aji alhamdulillah selamat sampai dari Yaman pagi semalam. Dalam pada Mak Aji demam terpaksalah juga menggagahkan diri ke KLIA untuk menjemputnya kerana Zhafran bekerja semalam. 

Sebelum sampai ke rumah kami bersarapan lewat di R&R - Pak Aji kepingin makan nasi lemak setelah seminggu asyik makan roti dan nasi beriyani. 

Mak Aji tiadalah mengirim apa-apa sebab tidak tahu sangat apa yang ada di Yaman - belum berpeluang menjejak kaki ke sana. Berikut apa yang dibawa pulang:

Two-piece abaya. Bahagian luar seperti mini
kaftan jenis kain chiffon.
Ini yang bahagian dalam dari kain yang memberi.
Dari dekat - jenis bling-bling!
Yang ini agak biasa, berleher bulat, berzip di dada.

Tidaklah kusangka pandai juga Pak Aji membeli (selama ini kurang boleh diharap kalau kain bercorak - colour and design-wise). Alhamdulillah dari segi saiz, ngam-ngam sahaja, tidak perlu dibetulkan. Abaya yang agak fancy itu macam yang jenis untuk majlis formal sedikitlah (sedikit seksi pun ada, itu yang perlu dipakai selapis lagi agar jadi decent sedikit!!) manakala yang kedua yang biasa-biasa sahaja. Katanya dia berkenan yang pertama itu yang on display! Oh ya, abaya yang pertama itu lengkap dengan tudung belit dan juga niqab labuh juga dari kain chiffon. Mak Aji cuba pakai satu set, senyum Pak Aji! Macam manalah orang sana pakai, Mak Aji pakai sekejap pun berasap!! 


Buah delima dan asam limau nipis.

Buah delimanya besar-besar dan isinya cukup manis. Asam limaunya pula berkulit nipis. Kata Pak Aji orang Yaman blend sebiji-sebiji sebab kulitnya nipis. Insya-Allah akan dibuat benih untuk ditanam nanti.

Cara paling mudah mengeluarkan isi delima - gunakan hulu
pisau yang berat dan ketuk setelah dibelah dua buah delimanya.
Perhatikan betapa besar biji-biji delima, cukup manis!!

Madu dari Tarim, Hadramaut, Yaman. 

Pak Aji memang suka mengamalkan makan tamar yang direndam ke dalam susu segar. Minum susu dan telan sesudu madu untuk sarapan pagi - perut Pak Aji memang elok selepas mengamalkan petua ini - dia sebenarnya lactose-intolerant.

Minyak wangi oud.
Di atas pula minyak wangi daripada oud. Kalau selama ini Mak Aji kurang gemar oud, yang ini pula agak kurang kuat baunya, cukup wangi. Kata Pak Aji untuk lelaki dan juga perempuan, unisexlah tu!

Jazakallah my dear for the gifts, lain kali bolehlah pergi lagi, dan lain kali juga bawalah i sekali ya!!




Tuesday, 27 March 2012

Abaya dari Jedah

Sepupu Pak Aji yang merupakan salah seorang jiran kami baru balik dari Mekah kerana menguruskan beberapa orang jemaah pergi umrah. Seperti biasa, dia membawa balik abaya dari sana. Sebelum Mak Aji bergerak pulang ke rumah petang semalam, dia menelefon mengajak Mak Aji ke rumah untuk minum air zam-zam sambil menjenguk abaya yang baru dibawa balik. 

Mak Aji sukakan abaya dari sana sebab jenis kainnya fursan - agak sedikit keras, berat, tebal dan tidak melekap di badan bila kita memakainya. Potongannya juga kembang, jadi untuk mereka yang berpinggul besar, tidaklah berasa agak conscious apabila memakainya dan berjalan di hadapan orang. Ini kerana kalau tidak kena gaya berjubah atau berabaya mungkin lebih menonjolkan susuk tubuh badan berbanding memakai baju kurung! Biasanya ini untuk kes jenis kain lembut yang boleh melekap ke badan, terutama sekali apabila ada elektrik statik kerana duduk lama di dalam bilik berhawa dingin! Jadi, awas dengan jenis kain jubah/abaya anda! 

Ini dua abaya yang sempat Mak Aji pilih!:

Abaya dengan corak macam batik di lengan dan di belakang.
Ini belakangnya!
Yang ini agak kurang jelaslah pulak.
Nampak tidak lengannya? Ada gabungan kain fursan dan lycra. Coraknya juga agak subtle
Sebenarnya Mak Aji sudah lama melupakan perangai lama yang asyik menjahit (hantar ke Batu Pahat untuk jahit sembat!) baju kurung. Sejak sekian lama memasang niat untuk berpencen, usah tunjuklah lagi kain pasang, sudah geleng kepala, tidak mahu lagi. Mak Aji sendiri dan juga pada mulanya dengan pujukan Pak Aji ingin berhijrah ke abaya/jubah. Pak Aji pula suka Mak Aji pakai abaya/jubah hitam. Jadi bila dia tengok Mak Aji pakai yang sebegini, sukalah dia! Sebenarnya inilah dia pakaian Mak Aji bila pencen nanti - Lady in black!! Apapun pada hari Jumaat ramai yang memakai abaya/jubah sebegini, termasuklah Mak Aji sendiri. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...