Pages

Showing posts with label UNL. Show all posts
Showing posts with label UNL. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Thanksgiving dinner dan Black Friday

Khamis lepas kami sekeluarga memenuhi jemputan Thanksgiving dinner di rumah Dr. Brewer; Head of Department of Entomology, UNL. 3 tahun berturut-turut kami ke sana. Tahun pertama kami di sini je yang kami tak pergi. Masa tu naif lagi. Entah apa-apa je yang difikir masa tu. Isu utamanya bab makananlah. Buat apa pergi kalau tak boleh makan? Nanti ada 'minum-minum' macam mana? Itulah penyebab utama kami tak turut serta di rumah Dr. Brewer.

Lepas itulah belajar sikit-sikit cara bersosial di sini. Kalau nak diikutkan, bukanlah nak pergi makan sangat pun. Sekadar tunjuk muka sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka tahu Muslim juga bergaul dengan non-Muslim. Sekurang-kurangnya juga persepsi negatif mereka terhadap Muslim (sekiranya ada) berubah sedikit sebanyak. 'Minum-minum'? Minuman yang memabukkan memang biasa dihidangkan. Biar sahajalah mereka nak 'minum'. Dah itu memang minuman mereka.


Masing-masing baru sampai je masa ni. Tahun ni tak ramai ke rumah Dr. Brewer berbanding dua thanksgiving dinner yang lepas. Ada yang dah balik ke negara asal masing-masing dan ada juga yang punya agenda tersendiri.


Juadah utama. Dah 3 kali kami ke sana, Mrs. Brewer pun dah tahu ada sesetengah makanan yang kami tak boleh makan. Awal-awal lagi dia maklumkan makanan mana yang boleh makan, yang mana kami tak boleh makan. Berbanding kali pertama dulu, kami kena terangkan. Kini, dia dah sedia memahami :).


Makan, berbual, makan, berbual...


Pinggan saya. Sikit je yang saya ambil. Tekak tak gemar sangat makanan omputih. Sikit-sikit bolehlah.


Tuan rumah; Dr. & Mrs. Brewer.


Dessert.


Sempat bersembang sebelum beredar.


Lebih kurang 3 jam juga kami di rumah Dr. Brewer. Sampai rumah terus terbaring. Pinggang sakit akibat duduk lama. Hampir tengah malamnya pula, suami keluar. Pergi shopping sempena Black Friday sale :p. Saya memang tak dapat nak pergilah. Ikutkan hati nak jugalah tengok sendiri macam mana keadaannya semasa Black Friday sale ni. Masa anak baru seorang pun suami tak bagi ikut, inikan pula dah dua orang. Ditambah pula perut yang semakin memboyot ni...lagilah dia tak bagi ikut.

Nak kata betapa 'hebat'nya penangan Black Friday, seawal jam 4 petang orang dah menunggu di luar kedai sedangkan sale hanya bermula pada waktu tengah malam. Black Friday punya pasal, sanggup orang beratur berjam-jam lamanya di luar kedai dalam keadaan sejuk. Macam tak ada kerja lain pula yang boleh dibuat >_<.

Usai solat Subuh pagi esoknya, barulah saya tengok apa yang suami beli. Baju anak-anak je pun. Yang paling berbaloi, winter jacket Shakir. Harga asalnya 60 dollar. Harga Black Friday sale, 15.95 dollar. Murah sangat! Sebelum ni lagi suami mencari baju winter untuk Shakir tapi tak terbeli sebab harga mahal. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Shakir masa Black Friday.

Saya tak mengharapkan apa-apa pun. Susah nak dapat apa yang saya mahukan. Sekali suami tanya ada tengok ke baju yang dibeli untuk saya? Saya ternampak macam baju kemeja dalam beg plastik tapi saya fikirkan baju suami. Jadinya, saya tak usiklah. Rupanya, baju saya! Kedua-duanya warna biru, bukan warna kegemaran saya, lagilah saya tak sangka itu baju saya. Tak sangka ada juga 'habuan' untuk saya masa Black Friday tahun ni ^_^.

Walaupun warnanya bukan kegemaran saya, kedua-dua baju ni memenuhi kriteria yang saya inginkan; berlengan panjang, cutting longgar dan labuh mencecah paras lutut. Sangat selesa pakai baju begini! Di sini, baju begini dipanggil dress. Kalau bukan waktu sale, paling murah harganya antara 60-70 dollar. Kalau sale pun biasanya dalam 20-35 dollar. Susah nak dapat baju macam ni waktu sale...saiz saya selalu kehabisan stok >_<. Yang suami saya belikan ni sehelai 11 dollar, sehelai lagi 15 dollar. Rezeki :).



Nota:

  1. Cerita thanksgiving dinner tahun 2010 boleh baca di entri Safiyyah dan Thanksgiving Dinner. Yang tahun lepas saya tak buat entrinya. Angin M melanda rasanya masa tu >_<.
  2. Bagi yang tak tahu apa itu thanksgiving, black Friday...boleh baca dalam entri Thanksgiving. Black Friday. Cyber Monday. :)

Wednesday, November 21, 2012

International Bazaar 2012

Kali kedua ke International Bazaar. Kali pertama adalah pada tahun 2010 [International Food Bazaar]. Tahun lepas tak dapat pergi. Tak ingat sebab apa. Kalau tak silap, suami ke ladang, buat field work. Masih dibuat di tempat yang sama; di UNL City Campus Union. Masa pun masih sama; 11 pagi hingga 2 petang. Juga dibuat pada bulan November. Tahun ni dibuat pada 16 haribulan. Haruslah tak dilepaskan peluang. Masa ni sahajalah dapat membeli makanan Malaysia.

Seingat saya, tahun 2010 lebih banyak gerai dibuka oleh persatuan-persatuan pelajar antarabangsa. Tahun ni tak banyak sangat. Waktu tu juga ramai sangat yang pergi bazar ni. Bersesak-sesak dibuatnya. Tahun ni sedikit lengang. Tak tahulah kalau itu hanya perasaan saya semata-mata.

Kami sampai di Union pada jam 11 pagi kalau tak silap. Kebanyakan gerai pun masih belum mula beroperasi. Masing-masing masih sibuk menyusun atur makanan di gerai masing-masing termasuklah gerai NUMSA (Nebraska University Malaysian Student Association). Kami datang awal pun sebab ada urusan di bank.

Sempat singgah di gerai persatuan pelajar Thailand sebelum ke bank. Depan Safiyyah tu Juthamas (Thai) namanya. Kami kenal Juthamas melalui Sumardi yang dah pun pulang ke tanahairnya; Brunei beberapa hari sebelum Aidiladha lepas.


Selesai urusan di bank, terus ke gerai NUMSA. Tak sabar-sabar nak makan! ^_^


Seperti dua tahun lepas, NUMSA menjual nasi lemak dan karipap gergasi. Bezanya, dua tahun lepas ada menu tambahan. Tahun ni hanya nasi lemak (3 dollar) dan karipap (2 dollar) sahaja yang dijual. Tahun lepas pun nasi lemak juga kalau tak silap saya. Mungkin tahun-tahun mendatang pun nasi lemak juga yang dijual NUMSA..hihi. Saya suka je sebab memang suka nasi lemak ^_^.


Yum, yum!


Kami makan sekali dengan anak-anak dara bertiga ni; Hasanah, Fizah dan Elfha. Kebetulan terserempak dengan mereka. Masing-masing kepedasan masa ni. Berapi sungguh sambal nasi lemak tu. Memang tak tahan tahap kepedasannya. Saya yang suka pedas pun tak dapat habiskan sambalnya.


Anak teruna ni lepas makan nasi lemak dan karipap, makan kuih Arab pula. Tak tahu kuih apa namanya. Suami tak minat nasi lemak, dia cari makanan lain. Shakir ni bab makan tak ada masalah. Pantang nampak orang makan, mesti nak ^_^.


Dah kenyang, terus lena! Mengantuk sangatlah ni. Kalau tak, tak sesenang ni dia tidur. Selagi tak menyusu, susah dia nak lelapkan mata.


Selingan....

Hasil yang diperoleh dari Wells Fargo bank...

2 ekor kuda ^_^. Kalau buka akaun, akan dapat seekor kuda (bukan kuda betul pun :p). Kebetulan hari tu baru mula promosi ni. Buka satu je akaun baru tapi disebabkan buat akaun bersama (joint account), ia dikira 2 akaun. Makanya dapatlah 2 ekor kuda. Tak adalah berebut dua beradik di rumah ni. Bukannya mereka nak main pun tapi kalau hanya ada satu...adalah punca mereka nak berebut >_<.




Wednesday, October 31, 2012

Evening walk

Sengaja menggunakan 'Evening walk' sebagai tajuk entri kali ni. Terkenang memori lalu dengan arwah atuk. Sewaktu hayatnya, arwah atuk rajin berjalan waktu pagi. Balik dari surau, dia akan bersiap-siap untuk 'bersenam'. Bersenam cara orang tualah...berjalan perlahan-lahan sekitar kawasan perumahan sendiri dan kejiranan. Kalau tanya dia nak ke mana pagi-pagi begitu, pasti dijawab, "Atuk nak pergi morning walk". Itulah istilah yang arwah atuk gunakan..morning walk :).

Pernah juga saya ikut sekali atuk pergi morning walk. Boleh tahan jauh jugalah dia berjalan. Masa tu barulah tahu seronok rupanya berjalan waktu pagi. Udara nyaman dan menyegarkan. Patutlah arwah suka sangat berjalan waktu pagi.

Berbalik pada tajuk entri. Antara aktiviti saya dengan anak-anak...bersiar-siar di waktu petang. Dah nama pun berjalan waktu petang, makanya evening walk la jadinya :). Suami selalu suruh bawa anak-anak main di luar. Saya ni punyalah liat nak teman anak-anak main di belakang rumah. Bukan apa, 'letih' melangut seorang diri memerhatikan anak-anak.

Solusinya, saya akan bawa anak-anak berjalan sehingga ke UNL East Campus. Saya seronok mengambil gambar sepanjang jalan, anak-anak pula seronok bermain dan meneroka. Win-win situation kata omputih. Kata ahli biologi pula, simbiosis...kedua-dua pihak dapat faedah ^_^. (Sewenang-wenangnya guna perkataan simbiosis :p).

Kena fikir panjang jugalah sebelum nak bawa anak-anak berjalan ke east campus tu sebab kena melintas jalan besar. Tu yang paling saya risaukan. Takut tak terkawal kedua-duanya. Waktu Shakir kecil dulu tak ada masalah bersiar-siar bertiga. Safiyyah saya letakkan di stroller, manakala Shakir saya dukung guna carrier atau ring sling. Ni Shakir dah besar, tak mampu dahlah dukung walaupun dibantu carrier/ring sling.

Alhamdulillah, dah 3 kali berjaya bawa anak-anak berjalan ke east campus. Gambar-gambar ni pun kali terakhir (buat masa ni) berjalan bertiga ke east campus (10 Oktober). Hanya ketika nak melintas jalan besar je saya dukung Shakir. Selainnya, saya pimpin tangannya. Ada masa, Shakir tak mahu dipimpin. Terasa dia dah besar sangatlah tu. Safiyyah masa baya Shakir pun macam tu juga. Sekarang ni Safiyyah sendiri hulur tangannya untuk dipimpin :).


Macam budak besar je. Dah masuk kawasan kampus, dah tak risau dah. Saya lepaskan je kedua-duanya. Nak berlari ke, nak main rumput ke, nak bergolek-golek atas tanah/rumput ke...ikut sukalah ;).








Bukan main seronok dua beradik ni dapat lepas bebas begini.





Setiap kali jumpa bunga, Safiyyah mesti cium. Macam tengah mengkaji bau bunga. Umminya ni jarang sekali nak cium bunga. Kalau orang tanya bunga tu bau wangi ke tidak, pasti tak boleh jawab >_<.


Shakir tunjuk perasaan. Nak berdukung pula dia. Manalah larat nak dukung dia lama-lama lagi dah. Selalunya mendukung ni kerja papa dia. Ni papa dia tak ikut sekali...jenuh kalau buat perangai macam ni. Mujur juga tak ada orang masa dia melalak ni. Saya biarkan je, sudahnya bangun juga dia :D. Err...tapi lepas tu terpaksa juga dukung dia sampai balik rumah...dah tak mahu berjalan langsung...nak patah pinggang ummi dibuatnya! Huhu..







Thursday, June 14, 2012

Bermesra dengan serangga dan ulat

Jumaat lepas (8 Jun 2012) department suami saya mengadakan 'rumah terbuka'. Sesiapa sahaja boleh masuk Entomology Department dalam tempoh 2 jam (4-6 petang). Saya berserta anak-anak dan Ain (undergrad student) keluar rumah hampir jam 5 petang. Jalan kaki je pun. Dekat je department suami dengan rumah.

Mulanya ingat nak pergi pukul 4 tapi suami saya kena bertugas jadi penyambut tetamu dari pukul 4 sehingga 5 petang. Pergi awal saya takut tak terlayan dengan karenah anak-anak. Jadinya sekejap je la kami di sana. Tak sempat nak masuk kesemua 'bilik terbuka'. Harapnya tahun depan dibuat lagi la program macam ni.




Dalam ni ada lebah. Kami tengok-tengok gitu je.


Spesies kupu-kupu dan rama-rama.


Safiyyah dah jumpa ni memang tak nak la dia bergerak ke tempat lain. Ajak ke tempat lain melalak-lalak dia..huhu. Memang betul-betul peminat rama-rama dan kupu-kupu ni.


Sebahagian daripada serangga yang ada di Nebraska.


 Ain melayan Safiyyah.


Tengah tengok serangga yang dipamerkan, tiba-tiba kami dihiburkan dengan tiupan harmonica ^_^. Safiyyah terus tutup telinga dengar bunyi harmonica tu. Dia memang tak suka dengar bunyi-bunyian yang kuat.


kala jengking
Kala jengking yang sangat kecil. Dalam gambar ni nampak besar sikit sebab saya ambil gambar dari jarak dekat. Mungkin anak kala jengking agaknya.


rama-rama
Ketiga-tiga ni rama-rama (moth), bukan kupu-kupu (butterfly). Ada beza rama-rama dan kupu-kupu. Dulu saya selalu tertukar. Saya fikirkan yang cantik adalah rama-rama tapi salah sebenarnya. Yang cantik berwarna-warni adalah kupu-kupu. Yang warnanya seakan sama (kebanyakannya berwarna coklat) macam dalam gambar ni adalah rama-rama. Rama-rama aktif di waktu malam manakala kupu-kupu aktif di waktu siang. Dan badan rama-rama (yang bahagian tengah tu) lebih besar berbanding kupu-kupu. Lepas tengok spesies rama-rama yang ada, cantik juga sebenarnya tapi kenapa saya selalu bayangkan rama-rama tak cantik? :p


Seorang staf menerangkan sesuatu pada suami saya. Shakir pun turut sama mendengar. Gayanya tu macam faham je ^_^


Safiyyah berkenalan dengan pak belalang.


Suami saya tengah terangkan pada Ain beza belalang dan mentadak (praying mantis).


Pelbagai jenis kumbang. Tak sangka kumbang pun sebegini banyak spesiesnya.


Si kenit ni sengih je. Bukannya kenal serangga pun lagi. Takpe Shakir...tahun depan kalau ada program ni lagi insyaAllah kita pergi ye :).


Geli tengok ulat ni! Besar saiznya. Kata suami saya, ini ulat gonggok yang bersaiz besar. Belum pernah lagi saya jumpa ulat gonggok besar begini.


ulat sutera
Ada yang kenal ulat ni? Inilah ulat sutera. Pertama kali saya tengok secara live. Ye, ulat ni memang hidup. Setakat ambil gambar boleh la. Nak pegang minta maaf la...geli! Saya memang geli dengan segala macam ulat, cacing, lintah, pacat dan sepupu-sepapatnya :p.


belalang
Belalang. Tak banyak serangga hidup yang dipamerkan. Kebanyakannya yang dah mati dan diawetkan.


Kebetulan terjumpa dengan budak-budak bujang.


Ain, Aizuddin dan Alif Sophian berbincang tentang perbezaan rama-rama dan kupu-kupu. Safiyyah senyap balik la dah nampak rama-rama dan kupu-kupu tapi dia masih tak dapat bezakan lagi. Semuanya dia sebut by-fly walaupun yang ditunjuk tu sebenarnya moth ^_^.


Serangga ni macam asam keping kata Ain ^_^. Tak tahu la nama apa serangga ni.


Saya suka 3 serangga di bawah ni...Allah jadikan serangga-serangga tersebut boleh menyamar. Subhanallah.


camouflage insect
Nampak tak serangga dalam gambar ni? Badannya betul-betul macam daun kering.


serangga boleh menyamar
Yang ni pula badannya macam dahan pokok.


Ni spesies belalang agaknya. Sayapnya tu seakan-akan daun.


Lawrence Bruner Entomology Club booth. Ada 2 album diletakkan di situ yang memuatkan gambar-gambar aktiviti kelab.


Belek-belek album, terjumpa pula gambar suami saya dan Safiyyah ^_^. Gambar ni diambil pada bulan Januari lepas masa majlis Holiday Party anjuran Entomology Club.


Lepas puas bermesra dengan serangga dan ulat (bermesra la sangat :p),  kami ke UNL Dairy Store pula.

Makan aiskrim! ^_^
Nyamannya tekak dapat makan aiskrim di waktu panas begini.




Seronok la kak long ni dapat makan aiskrim.


Shakir sedih tak dapat aiskrim :p. Saya suap juga aiskrim padanya sikit-sikit. Tunggu la 2 tahun lebih nanti baru bagi makan aiskrim betul-betul.