Pages

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan 1434 H

Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Saya sekeluarga mohon kemaafan andai ada hati yang terluka dengan kata-kata mahupun perbuatan kami. Mudah-mudahan taqwa milik kita bersama...ameen.

InsyaAllah kami di Lincoln akan mula berpuasa esok bersamaan hari Selasa, 9 Julai 2013.



Salam Ramadhan daripada kami sekeluarga di Lincoln, Nebraska.


Nota:

  • InsyaAllah tahun ni Ramadhan kami yang terakhir di bumi Lincoln :).
  • InsyaAllah juga kami akan berpuasa selama lebih kurang 16 jam 30 minit. Doakan semuanya dipermudahkan ya :).



Sunday, May 12, 2013

Salam Rejab

Dah masuk bulan Rejab dah pun. InsyaAllah dalam tempoh lebih kurang 2 bulan, Ramadhan pula bertandang. Semoga diizin Allah untuk melalui Ramadhan sekali lagi...ameen..

Salam Rejab buat semua :).




Nota:
Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu! :)
Selamat Hari Ibu juga buat diri sendiri ^_^.


Wednesday, November 14, 2012

Ketiga: Trimester pertama

Dah masuk tahun baru 1434H dah. Sekejap sahaja tahun demi tahun berlalu. Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam!


Sedikit catatan bagi trimester pertama untuk kehamilan yang ketiga...

13 Julai 2012
Buat urine pregnancy test (UPT) sendiri di rumah. Seperti yang dijangka, keputusan positif. Jelas kelihatan double lines. Alhamdulillah, betul-betul seminggu sebelum Ramadhan dapat tahu yang saya hamil buat kali ketiga. Itu pun suami yang 'desak' saya buat UPT. 5 hari sebelum tu keluar sedikit darah yang saya sangka adalah darah haid. Anehnya, darah yang keluar hanya sedikit. Hari keesokannya, tiada lagi darah yang keluar.

Saya dah mula syak yang saya mengandung. Dalam hati sedikit risau memandangkan saya tak pernah ada pengalaman keluar darah (spotting) di awal tempoh kehamilan. Cuma, masa mengandungkan Shakir, keluar sedikit darah ketika usia kandungan mencecah 13 minggu. Ingat nak buat UPT senyap-senyap tanpa pengetahuan suami tapi tak ada stok home-pregnancy test di rumah. Dalam pada tu saya cari maklumat di internet. Rupanya, spotting adalah salah satu tanda awal kehamilan. Sedikit kelegaan di situ.


Bermulanya Ramadhan 1433H
Dua kali kehamilan sebelum ni Allah izin saya dapat berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bagi kehamilan ketiga ini juga saya mengharapkan saya dapat berpuasa penuh tapi baru 1 Ramadhan, saya hampir tewas. Badan rasa tak berdaya sangat pagi tu. Saya hanya lebih banyak berbaring. Alhamdulillah, melepasi tengahari, saya rasa sedikit bertenaga dan mampu untuk meneruskan ibadah puasa.

Beberapa hari selepas tu, saya mula demam di waktu pagi. Bermula jam 10 pagi, mula rasa tak sedap badan tapi selepas jam 2 atau 3 petang, badan saya kembali normal. Keadaan ni berterusan sehingga pertengahan Ramadhan. Dalam tempoh tu, setiap hari jam 10 pagi saya akan berselimut di atas katil sehingga tengahari. Demam pun ada timing :p. Awal Ramadhan ni juga saya mula tak boleh gosok gigi di awal pagi, rasa nak muntah; sama halnya macam mengandungkan Safiyyah dulu.

23 Ramadhan, balik dari majlis graduasi Fatin dan Irfan, saya rasa sangat tak berdaya. Terbaring je dalam bilik. Suami saya pula terus pergi ladang (field work). Mujur juga tetamu yang ada di rumah waktu tu turut sama keletihan dan berehat dalam bilik. Saya tak masak pun untuk berbuka. Kebetulan pula tetamu dapat jemputan berbuka di tempat lain. Saya dan anak-anak, suami bawa makan di luar.

Pada 28 Ramadhan pula, badan saya tiba-tiba rasa lemah, menggigil dan berpeluh. Tanda-tanda kekurangan gula dalam darah. Setiap kali keadaan ni berlaku, saya cepat-cepat makan makanan manis (kebiasaannya coklat) dan beberapa minit selepas tu badan saya pulih seperti sediakala. Saya cuba untuk bertahan. Rasa sayang pula nak berbuka. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi Ramadhan berbaki. Saya baring dan tenangkan diri. Alhamdulillah, tak lama lepas tu hilang rasa menggigil dan saya dapat berpuasa penuh untuk hari tu.

Puasa dalam keadaan diri berbadan dua kali ni benar-benar menguji diri. Namun, alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa penuh sebulan Ramadhan 1433H.


4 September 2012
Prenatal check up untuk kali pertama. Kalau sewaktu mengandungkan Shakir dulu, check up dibuat di People's Health Center, kali ni dibuat di Heart and Hands Womancare. Kandungan sudah berusia 11 minggu. Sengaja tunggu Ramadhan berakhir baru buat check up. Lagi pun, memang kena tunggu sehingga kandungan 8 minggu baru boleh mendaftar untuk prenatal check up. Untuk kali pertama ni, midwife Jearlyn yang in-charged.

Sebelum masuk ke bilik pemeriksaan, berat ditimbang; 94.6 lbs (42.9 kg). Seperti biasa, check up kali pertama hanya banyak bersoal jawab sahaja. Mula-mula, nurse yang masuk dulu; ambil dan rekod segala maklumat yang diperlukan. Kemudian, masuk pula student di bawah seliaan Jearlyn. Juga bersoal jawab. Ada juga soalan-soalan yang sama ditanyakan nurse, ditanya sekali lagi. Letih nak menjawab! Akhir sekali, barulah Jearlyn masuk. Bersembang serba sedikit dan degupan jantung bayi dikesan menggunakan Doppler fetal monitor. Suatu kelegaan dapat mendengar degupan jantung si kecil. Alhamdulillah, si kecil dalam keadaan baik kata Jearlyn.



Nota:
Gaza diserang lagi oleh tentera Zionis. Sama-sama doakan saudara-saudara seIslam kita di sana. Bagi yang ada Facebook, boleh ikuti perkembangan yang berlaku di Gaza di page Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)


Thursday, October 4, 2012

Diari Ramadhan 1433H

Baru berkesempatan nak mencatat aktiviti kami di bulan Ramadhan lepas. Bukan setakat Ramadhan, Syawal pun dah berakhir baru dapat dibuat catatan ni. Secebis kenangan di rantau orang :).


11 Ramadhan 1433H (30 Julai 2012)
Iftar MSA pertama

Muslim Student Association (MSA) menganjurkan potluck iftar buat kali pertama bagi Ramadhan 1433H. Ramai yang hadir termasuk beberapa orang non-Muslim. Makanan pun meriah! Majlis dimulakan dengan ceramah berkaitan Ramadhan oleh salah seorang jemputan. Selepas berbuka dengan kurma, kami solat Maghrib berjemaah. Usai solat barulah kami menikmati hidangan yang tersedia.




18 Ramadhan 1433H (6 Ogos 2012)
Iftar MSA kedua

Seminggu berikutnya, MSA sekali lagi menganjurkan potluck iftar. Kali ni tak ramai yang hadir. Kalau potluck iftar pertama dibuat di dewan kuliah, yang kedua ni dibuat dalam kelas sahaja. Kali ni juga tiada ceramah. Berbuka ringkas, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah dan kemudian menjamu selera.




22 Ramadhan 1433H (10 Ogos 2012)
Iftar jama'ie di rumah

Tercapai juga hasrat untuk mengadakan iftar jama'ie di rumah sendiri. Turut hadir, tetamu-tetamu dari Malaysia, juga 2 buah keluarga Muslim (berasal dari Saudi dan Syria) merangkap jiran-jiran kami. Ini pun dibuat secara potluck juga. Seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai begini.



Alang-alang dibuat majlis berbuka, kami raikan sekali adik-adik yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Ogos. Juga meraikan adik-adik yang bakal bergraduasi keesokan harinya.

Toasted butter pecan cake yang sarat dengan tulisan bagi meraikan kesemua mereka. Mulanya saya bercadang nak buat dua jenis kek. Satu kek khas untuk yang bakal bergraduasi, satu lagi untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos tapi saya tak sempat nak buat sejenis lagi kek. Hanya itu yang termampu.


Adik-adik yang diraikan. 2 orang lagi tak dapat hadir.



23 Ramadhan 1433H (11 Ogos 2012)
Majlis graduasi Fatin dan Irfan

Setelah dua tahun berhempas-pulas, akhirnya Fatin dan Irfan berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang Actuarial Science. Tahniah Fatin! Tahniah Irfan!

Di tengah itu adalah kakak sulung Irfan; Rifhan namanya.


Atas: Saya sekeluarga bersama Fatin dan Irfan.
Bawah: Bergambar beramai-ramai sesama Melayu Lincoln.



25 Ramadhan 1433H (13 Ogos 2012)
Iftar MSA terakhir

Buat kali yang ketiganya, MSA menganjurkan potluck iftar. Juga merupakan potluck iftar MSA yang terakhir bagi Ramadhan tahun ini. Kali ni pun tak ramai juga. Jumlah kehadiran lebih kurang sama dengan potluck iftar yang kedua.


Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum beredar. Tiada dalam gambar; suami saya merangkap jurugambar dan Safiyyah yang sememangnya susah untuk diajak bergambar.


Jamuan di rumah Fatin

Selepas berakhirnya potluck iftar, kami singgah sebentar ke rumah Fatin. Fatin dan teman-teman serumahnya; Ain dan Firyal mengadakan jamuan perpisahan sebelum Fatin berangkat pulang ke Malaysia 2 hari berikutnya.

Sempat bergambar dengan Fatin dan anak-anak dara yang lainnya. Inilah gambar kenangan terakhir bersama Fatin sebelum Fatin pulang ke Malaysia.



27 Ramadhan 1433H (15 Ogos 2012)
Fatin pulang ke tanahair

Sampai juga saatnya Fatin pulang ke Malaysia setelah 2 tahun berada di bumi Lincoln. Tak dapatlah Fatin beraya dengan kami tahun ni. Dia pun memang tak sabar dah nak balik dan beraya Malaysia. Seperti biasa, saya tak dapat turut sama menghantar Fatin ke lapangan terbang memandangkan flight seawal jam 6 pagi.

InsyaAllah, ketemu lagi suatu hari nanti Fatin!
Semoga Fatin terus cemerlang dan berjaya dunia akhirat, ameen..



30 Ramadhan 1433H (18 Ogos 2012)
Iftar terakhir

Lepas Zohor di hari terakhir Ramadhan, saya mula buat persiapan memerap satay. Beberapa orang adik-adik undergrads turut datang membantu. Tugas utama mereka...potong ayam ^_^. Alhamdulillah, adanya bantuan mereka, cepat je kerja memotong ayam selesai. Lepas kerja-kerja memerap satay siap, terus mula memasak untuk berbuka sambil dibantu oleh Fizah dan Hasanah.

Wajah-wajah pembantu yang berdedikasi ^_^.
Terima kasih Fizah, Hasanah dan Fido. Juga terima kasih buat Alif Sophian yang tolong ke kedai. Jazakumullahu khairan kathira.


Alhamdulillah, berpeluang buat kali terakhir berbuka puasa beramai-ramai. Kali ni tak seramai sebelum ni, hanya beberapa orang sahaja diajak terutama yang menghulurkan bantuan disebabkan lewat petang baru dibuat keputusan untuk berbuka puasa secara berjemaah.



Sekadar itu catatan ringkas aktiviti-aktiviti kami di bulan Ramadhan tahun ini. Mudah-mudahan diizin Allah untuk bertemu dan melalui Ramadhan tahun depan..ameen.

Saturday, August 18, 2012

30 Ramadhan dan Aidilfitri 1433H

Ramadhan akhirnya tiba ke penghujungnya. Kalau di Malaysia dan beberapa negara lain sudah mula takbir raya, di US masih ada beberapa jam lagi sebelum Ramadhan benar-benar melabuhkan tirainya. Dengan izin Allah, kami di sini dikurniakan 30 hari genap Ramadhan. Allah beri peluang pada kami sehari lagi untuk terus merebut tawaran hebat yang hanya datang setahun sekali. Semoga keluarnya kami dari bulan Ramadhan ini, kami beroleh keampunan daripada Allah SWT. Janganlah hendaknya kami tergolong sebagai golongan celaka yang tidak mendapat keampunan Allah sebelum Ramadhan berakhir. Na'uzubillahi min zalik.

Mudah-mudahan Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir buat saya. Semoga Allah izinkan saya bertemu dan melalui Ramadhan yang akan datang. Doakan saya ye. InsyaAllah, doa yang sama juga saya pohon untuk kalian.

InsyaAllah, tahun ini tahun keempat saya sekeluarga beraya di perantauan. Cukup untuk membuatkan kami terlalu rindukan suasana berhari raya di Malaysia. Rindu kemeriahannya. Walaupun raya di sini boleh dikatakan meriah, tetap tak sama dengan kemeriahan Aidilfitri di tanahair tercinta. Rindu juga dengan suasana takbir dari rumah ke rumah. Rindu aktiviti ziarah dari rumah ke rumah yang bermula seusai menunaikan solat sunat Aidilfitri. Oh, rindunya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat terutama pembaca blog ini. Andainya ada di antara tulisan saya mengguris hati kalian, maafkan saya. Mohon maaf atas segala khilaf dan salah silap kami sekeluarga. Taqabballahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kamu..ameen. Semoga Aidilfitri tahun ni memberi seribu makna buat kita semua, insyaAllah.




Wednesday, August 15, 2012

Tak bersedia

Tak bersedia rasanya untuk saya berhari raya. Lagi tak bersedia untuk menerima kenyataan yang Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dalam masa 3-4 hari sahaja lagi :(. Sungguh, saya tak bersedia. Terlalu pantas Ramadhan tahun ini berlalu. Saya terbayangkan Ramadhan masih berbaki 2 minggu lagi tapi hakikatnya, Ramadhan sudah sampai ke penghujung.

Malah, tidak layak rasanya untuk saya berhari raya. Aidilfitri hakikatnya adalah perayaan fitrah. Apakah dengan amalan yang sedikit cuma mampu untuk menyucikan diri ini daripada segala dosa dan noda? Apakah ia mampu untuk mengembalikan diri ini kepada fitrah? :(

Sekali lagi saya telah mensia-siakan Ramadhan :(.

Ya Allah...ampunilah hambaMu ini...izinkan aku untuk bertemu dan melalui Ramadhan sekali lagi Ya Allah...ameen ya Rabb..


Nota:
Mudah-mudahan puasa saya dan amalan saya yang tak seberapa diterima Allah. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa saya. Doakan saya ye...


Wednesday, August 8, 2012

Pemburuan bermula

Ya Allah, Ramadhan dah masuk ke fasa terakhir dah. Pantasnya masa berlalu. Entah apa je yang saya dah buat dalam 20 hari Ramadhan yang lalu :(. Semoga Allah beri kekuatan untuk memperbaiki mutu Ramadhan dan menghidupkan 10 malam terakhir ni.




Jom kita buru malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Semoga Allah redha.


Nota: Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya yang menggunung tinggi.......


Thursday, July 26, 2012

Motivasi berpuasa di musim panas

Membaca tulisan Ustaz Hasrizal dalam entri blognya yang bertajuk Puasa Zama' al-Hawajir dan Olimpik 2012!, secara tak langsung menyuntik motivasi dalam mengharungi puasa di musim panas ni. Seperti tahun lepas, Ramadhan di US kali ni juga jatuh pada musim panas. Lebih mencabar, siang di musim panas adalah panjang waktunya

Cumanya, saya kira kami sedikit bertuah kerana hanya perlu berpuasa selama 16 jam lebih jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Eropah yang berpuasa di antara tempoh 18-20 jam. 20 jam! Tak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya berpuasa dalam tempoh sepanjang itu. Pasti mereka yang terpilih untuk melalui puasa dalam tempoh yang panjang begitu bukan calang-calang orang. Mereka pasti manusia hebat yang dipilih Allah!



Kalau nak diikutkan, saya tak terasa sangat cabaran berpuasa di musim panas sebab saya hanya duduk di rumah sahaja. Rasa panas sikit, pasang penghawa dingin. Aduhai, rendahnya tahap kesabaran saya menghadapi cuaca panas dalam keadaan berpuasa.

Buat teman-teman yang juga turut berpuasa di musim panas termasuk suami saya sendiri yang terpaksa berpanas di ladang demi research, semoga terus tabah meneruskan ibadah puasa sehingga ke akhir Ramadhan. InsyaAllah, kalian adalah manusia hebat dan luar biasa pilihan Allah. Saya sarankan kalian baca sendiri tulisan Ustaz Hasrizal yang berkenaan.

Saya akhiri dengan petikan ayat yang saya ambil dari blog Ustaz Hasrizal...


Abu Darda’ sendiri pernah berpesan:

صوموا يوما شديدا حره لحر يوم النشور وصلوا ركعتين في ظلمة الليل لظلمة القبور

Berpuasalah kamu pada hari yang panas, pada memikirkan panasnya Mahsyar itu nanti. Dirikanlah solat dua rakaat pada malam yang gelap, dek memikirkan gelapnya liang lahad di alam kubur nanti



Nota: Sekejap je seminggu Ramadhan berlalu.

Tuesday, July 24, 2012

Bersederhanalah



Tak salah nak ke bazar Ramadhan.
Tak salah juga nak makan makanan yang sedap.




Cuma...
Berpada-padalah.
Bersederhanalah.

Jangan diturut sangat hawa nafsu yang menggoda :).

Sama-sama kita kenangkan nasib orang susah yang tak cukup makan. Juga nasib saudara-saudara seIslam kita di Palestin, Syria dan Myammar. Entah apa yang mereka makan sewaktu berbuka agaknya ye?


Pejuang pembebasan Syria hanya berbuka dengan kurma dan air kosong sahaja.
Kita yang tak perlu berjuang sebegitu, berusahalah untuk berjuang mengawal/melawan nafsu sendiri.


Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata: "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."
--> Imam Malik rasa amalannya sedikit. Amalan sendiri apatah lagi :(.


Friday, July 20, 2012

Countdown

Wednesday, July 18, 2012

Biggest event: Are you going to win?


InsyaAllah, Ramadhan bakal tiba dalam sehari dua sahaja lagi. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan! Selamat datang wahai Ramadhan! Sama-sama kita berusaha untuk menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik buat kita. Jadikan bulan Ramadhan sebagai pesta ibadah, bukan pesta makanan :). Selamat melangkah ke madrasah Ramadhan semua!




...Are you going to WIN?



Nota:
  1. InsyaAllah kami di sini akan mula berpuasa pada hari Jumaat. Doakan kami tabah harungi puasa selama lebih kurang 16 jam setiap hari.
  2. Maafkan saya andai ada di antara coretan saya di blog ini mengguris hati sesiapa. Mohon maaf juga atas segala kekhilafan diri. Salam Ramadhan 1433 H daripada kami sekeluarga :).

Wednesday, July 11, 2012

WW: Warming-up Ramadhan


.: Peringatan untuk diri sendiri khususnya :.

Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri 1432 H

InsyaAllah hanya tinggal 2-3 hari sahaja sebelum Ramadhan berlalu pergi. Tak bersedia rasanya nak menyambut raya. Terlalu pantas Ramadhan berlalu tahun ni. Rasanya Ramadhan baru je tiba...rupanya dah di penghujung pun. Entah berpeluang lagi entahkan tidak untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..

Aku lihat Ramadan dari kejauhan....lalu ku sapa ia, "Hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata, "Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba.".
Ku lihat Ramadan pergi...jauh........ 'Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?'
[disalin dari FB kakak senior]

Suka juga saya memetik kata-kata Ustaz Hasrizal...

"Ramadan itu tinggi nilainya kerana ia hanya sebulan dalam setahun. Allah Maha Mengetahui betapa manusia mudah mensesiakan sesuatu yang banyak, mudah, sentiasa ada, seperti nikmat 'biasa-biasa' pada 11 bulan yang berbaki"

Sungguh benar bagai yang dikata. Kita banyak mensia-siakan baki 11 bulan yang lain. Aduhai...


Di kesempatan yang ada, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Mohon maaf andai ada yang terguris dengan kata-kata saya sepanjang saya berblog. Maaf juga selama sebulan ini saya menyepikan diri dari dunia blog. InsyaAllah nanti saya kembali aktif semula :)





Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat!
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan anda semua..
Mohon maaf zahir dan batin.



Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan dan pesanan Shakir

InsyaAllah Ramadhan bakal tiba 2-3 hari sahaja lagi. Moga kita diizin Allah untuk bertemu dan melalui bulan Ramadhan tahun ini. Mudah-mudahan juga hendaknya Ramadhan tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan kali ni insyaAllah..

Suka saya dengan kata-kata ni:

"Universiti Tarbiah Ramadhan telah menghantar surat tawaran untuk semua muslimin dan muslimat. Moga ijazah ketaqwaan jadi milik kita bersama"
[diambil dari FB seorang senior]





Sempena kedatangan bulan Ramadhan, mari dengarkan pesanan Shakir ni...

Sila terjemah sendiri ye kata-kata Shakir ^_^


Buat semua muslimin dan muslimat...

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!



Sunday, August 15, 2010

Berbuka puasa bersama tetamu dari Laramie

Ni aktiviti kami Jumaat lepas. Ku Ila sekeluarga dari Laramie, Wyoming saje datang ke sini menghabiskan cuti musim panas yang masih berbaki beberapa hari lagi. Ini la kali pertama saya kenal (bersua muka) dengan Ku Ila sekeluarga. Suami saya kenal diorang di Kedutaan Amerika masa nak ambil visa kat Malaysia dulu.

Gambar tak banyak. Tak ingat nak ambil gambar. Yang ada ni pun Muzammil yang tolong ambilkan.


Bertudung pink tu la Ku Ila. Yang berbaju biru di belakang suami saya tu Isa, suami Ku Ila dengan anak kecik diorang. Anak yang sulung takde pulak dalam gambar


Meriah sungguh makanan hari tu! Saya buat nasi beriani, daging beriani, acar timun (suami saya buat) dan karipap pusing (request daripada Ku Ila). Hafiz/Izza buat ayam BBQ, ikan bakar, jagung bakar dan daging bumbu. Muzammil pulak buat brownies. Mana la tak jadi banyak! Tapi takpe, sahur tak payah masak dah..hehe..



p/s: angin M saya datang lagi! Nak update blog sendiri jadi tak rajin, nak blogwalking pun sama tak rajin. Nak suruh berehat dari aktiviti blogging bulan Ramadhan ni agaknya. Terima kasih pada semua yang masih sudi jengah ke sini walaupun saya tak berbalas kunjungan. InsyaAllah nanti saya kembali aktif ye..tunggu nafsu berblogging datang dulu :p

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan 1431 H

Salam Ramadhan buat semua! Maafkan segala salah silap saya sepanjang saya berblogging. Moga Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Selamat berpuasa!




Oppss...jangan lupa niat puasa ye ^_^


Friday, September 18, 2009

28 Ramadhan 1430H

Sedar tak sedar hanya tinggal sehari je lagi kita akan berpuasa. Rasa cepat sangat masa berlalu. Saya rasa macam baru beberapa hari je kita mula berpuasa. Tengok-tengok Ramadhan dah nak berlalu pergi. Tahun depan entahkan berpeluang bertemu Ramadhan lagi entahkan tidak. Mudah-mudahan kita diizin Allah untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang...

Raya? Sehingga saat ni saya masih belum ada perasaan nak beraya. Saya rasa Syawal lambat lagi nak menjelma. Entahlah...mungkin sebab saya berada di negara yang tak menyambut hari raya kot. Dah namanya negara uncle Sam...mana la ada raya-raya ni jelir. Kalau di negara-negara lain yang ada sambutan raya, mungkin lain pula suasananya...mungkin feel raya tu ada juga la walaupun tak seseronok beraya di kampung halaman. Tapi kat sini memang takde feel langsung.. sigh

Malam tadi lak dalam duk sembang-sembang dengan suami tiba-tiba suami kata pada saya, "Abang rindu la nak beraya kat Malaysia..."

Sayu aje bunyinya...

"Tu la...sape suruh dengar lagu raya tu? Pastu sedih-sedih lak," jawapan balas saya pada suami. Memang tak patut saya cakap macam tu. Tapi disebabkan tak nak turut sama bersedih, saya pun cakap la macam tu. Memang masa tu suami saya duk layan lagu-lagu raya. Saya buat-buat pekak je konon-konon tak dengar la lagu raya tu..nanti tak pasal-pasal saya pun sebak! sedih

Tadi masa saya buka Facebook, tak semena-mena rasa nak menitis air mata ni. Semuanya duk ucap "Selamat Hari Raya", "Drive elok-elok...semoga selamat sampai di kampung", "Nice holidays...I'm at home now!", "Dah berada di kampung, aman rasanya..." dan banyak lagi la yang seangkatan dengannya.

Sebelum ni pun ada je yang tulis macam tu tapi saya tak rasa apa-apa pun. Tadi agaknya baru tersedar dekat sangat dah nak raya. Kat Malaysia sekarang ni mesti orang duk sibuk-sibuk buat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan Syawal. Saya lak masih 'lepak-lepak' depan laptop ni jelir.

Hmm...sabarkan ajelah diri...4 tahun bukannya lama pun...teringat pula kata-kata kakak senior tempoh hari bila saya katakan padanya yang saya takde feel nak beraya...

"Takpe la...itu la pengorbanan untuk suami...sabar ye..."

Wahai hati...sabar ye...!

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan: Di Sini dan Kenangan Lalu

"Macam mana puasa kat sana?"

"Cerita la pengalaman berpuasa kat sana."

Itu antara pertanyaan dan permintaan daripada kawan-kawan saya. Termenung juga saya dibuatnya. Tak tahu nak jawab macam mana. Ayat ini juga ada saya terima:

"Best tak puasa kat sana? Mesti takde pasar Ramadhan, kan? Hehe.."

"Ada," jawab saya.

"......dalam mimpi je la..." saya menyambung sengihnampakgigi.

Sebetulnya saya tak tahu nak jawab apa bila ditanya soalan begitu. Selalunya saya hanya jawab "Biasa-biasa aje puasa kat sini."

Cumanya kat sini dapat la merasa puasa selama 14-15 jam senyumkenyit. Tapi alhamdulillah la Ramadhan tahun ni bermula di penghujung musim summer. Sekarang ni pun dah masuk musim autumn...dah mula sejuk dah sekarang ni. Suhu paling tinggi pun 22 darjah celcius (paling rendah setakat ni 7 darjah celcius...sejuuuukkkk)...jadinya tak terasa sangat la waktu puasa tu panjang. Lagipun sekarang ni Subuh pun dah lewat sikit (5.39 berbanding masa summer dulu Subuh pukul 4.30 pagi) dan Maghrib masuk waktu pukul 7.56 malam (musim summer pukul 9 malam).

Waktu saya dan suami bersahur, Safiyyah pun sibuk nak bersahur juga sengihnampakgigi. Dah seminggu puasa baru dia bangun awal-awal pagi time kami tengah bersahur. Seminggu mula puasa takde pulak dia terjaga. Mujur la dia tak meragam bila bangun pagi-pagi tu. Dapatlah ummi dan papanya makan dengan aman. Hopefully berterusan la macam tu sampai akhir Ramadhan senyum.


Setiap kali Ramadhan mesti saya teringat kembali memori Ramadhan tahun-tahun sudah. Sejak saya 2nd year lagi saya akan berbuka di masjid USM. Masa 1st year tu malu-malu kucing lagi malu. Memang setiap tahun diadakan juadah berbuka di masjid tu dan saya antara yang tak ketinggalan. Seronok! Makan ramai-ramai pastu boleh terus solat Maghrib berlanjutan hingga tarawikh dan tadarus di masjid di samping menjimatkan duit sekali kenyit. Kadang-kadang makan dalam pinggan, kadang-kadang makan dalam talam/dulang. Bila makan dalam talam tu...antara aktiviti kami suap-menyuap la. Sape-sape yang tak biasa memang akan rasa malu-malu (macam saya dulu la..ehe..) tapi lepas tu rasa seronok pulak.

Masa saya 2nd year (ke 3rd year...gitu la..lupa lak), saya start tolong menghidang juadah berbuka kat masjid USM. Sejak tu saya terus jatuh hati nak menyibuk time menghidang love. Entah kenapa rasa enjoy pulak. Part yang paling saya suka menyenduk nasi la! Adik-adik junior tahu sangat dah perangai saya yang satu ni. Saya pernah tolong sendukkan lauk, sayur dan kurma tapi menyenduk nasi jugak yang saya berkenan. Ada yang kata saya pilih nasi sebab tak nak tudung/baju kena percikan kuah tapi diorang tak tahu acapkali juga la tudung saya dihiasi dengan tompokan-tompokan minyak walaupun sekadar menyenduk nasi. Dan ramai juga tak tahu part menyenduk nasi tu la yang paling meletihkan. Sampai sakit-sakit tangan duk 'menggembur' nasi! Anehnya, saya tetap juga nak senduk nasi. Entahlah, saya rasa satu kepuasan di situ.


Sempat berposing lak sengihnampakgigi



Merewang pulak boleh dibilang berapa kali je saya tolong. Rewang start dalam waktu tengahari kat dapur masjid. Selalunya staf dan ahli kariah masjid yang free la yang duk tolong rewang. Kalau saya free dan ada teman, saya pergi la tolong. Kalau tak, segan sikit sebab takde yang saya kenal kat situ (ini la yang dinamakan malu tak bertempat..huhu).

Itu la rutin saya setiap tahun di USM bila Ramadhan datang menjengah sampai la saya dah habis degree dan bekerja dengan Dr. Nasri. Tapi tahun lepas saya dah tak tolong dah. Berbuka di rumah je lagipun masa tu saya dah kahwin dan tengah mengandungkan Safiyyah...memang tak larat la nak menolong senyum.

Rindunya zaman-zaman tu... rindu

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan 1430 H..

Dapat kad dari kak Love..


Thank you so much for those beautiful cards! kenyit


Di kesempatan ni saya pun nak ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh barakah pada semua teman-teman yang beragama Islam. (Takde kad la nak bagi...). Kalau ada tersalah silap, maafkan saya ye! Moga Ramadhan kali ni memberi sepenuh pengertian pada kita semua...


Sebelum tu...meh tengok gambar Safiyyah bawah ni:


Hehe...pagi tadi saya dengar Safiyyah menangis. Saya pun gi tengok la. Ingatkan kenapa..rupanya dia tak boleh lepaskan badan dia dari comforter tu! Duk balut badan sendiri dengan comforter tu reti pulak! jelir

Entah macam mana entah dia boleh gulungkan badan dia camtu. Sedar pun sebab dia menangis pastu tak semena-mena saya terketawa. Tengok saya ketawa, Safiyyah pun berhenti menangis dan ikut ketawa jugak gelakguling! Kelakar la Safiyyah ni sengihnampakgigi


Ok la...selamat berpuasa ye semua!

p/s: jelesnya dengan Yatie Chomeyl yang dapat berpuasa kat Malaysia...huhu...nak balik Malaysia jugak..! nangih