Antara dialog suami isteri pagi tadi:
Suami: Hari ni Daylight Saving...jam kat komputer tu betul dah tu..
Isteri:

. Apa bang? Day apa?
Suami: Daylight Saving...hari ni jadi lambat sejam...
Dengan muka blur, si isteri bertanya lagi: Hah?? Apa tu? Kenapa hari ni lambat sejam lak?
Suami: Kenapa?? La...dah peraturan dia camtu la...
Isteri: *bertambah-tambah blur* tapi sempat berkata dalam hati, "Eleh...entah-entah abang pun tak tahu...kalau tak tahu cakap je la tak tahu

."

Dek kerana tak puas hati dengan jawapan yang diberikan suami ditambah dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, si isteri pun mencari maklumat di internet...
Akhirnya...
baru la si isteri dapat jawapan yang sebenar!

Saya pun baru je tahu pasal Daylight Saving Time (DST) pagi tadi macam si isteri di atas tu

. Masa on laptop ni tengok jam lewat sejam lak. Ingatkan laptop ni 'buat hal' lagi macam hari tu...rupanya jam tu memang betul dah! Mujur saya tak 'betulkan' masa kat laptop ni tadi.
Menurut
En.Wikipedia:
Daylight saving time (DST; also summer time in British English) is the practice of advancing clocks so that afternoonshave more daylight and mornings have less. Typically clocks are adjusted forward one hour nesr the start of spring and are adjusted backward in autumn. Modern DST was first proposed in 1895 by George Vernon Hudson, a New Zealand entomologist. Many countries have used it since then, details vary by location and change occasionally......
...and bla..bla..bla...nak baca lanjut, klik link kat atas tu ye

.
Boleh juga baca
di sini (kes malas nak cerita balik/copy paste le ni

).
Oh ye, DST di US ni bermula pada jam 2 pagi hari Ahad ke-2 bulan Mac dan berakhir pada jam 2 pagi hari Ahad pertama bulan November (di negara-negara Western Europe lak bermula pada jam 1 AM hari Ahad terakhir bulan Mac dan berakhir pada jam 1 AM hari terakhir Ahad bulan Oktober). Maksudnya hari ni la berakhirnya DST tu. Start hari ni masa dah kembali ke standard time. Isy, faham ke tak ayat saya ni ye...? Baca kat link yang saya bagi rasanya lebih mudah faham kot...
Bawah ni pula menunjukkan negara-negara yang masih menggunakan DST, yang dah tak lagi menggunakan DST, dan yang tak pernah ada DST: