Showing posts with label Pie. Show all posts
Showing posts with label Pie. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Paratha Apple Pie

Salam sejahtera...selamat petang...eh malam eks...ya laaa..selagi x tidur lgk, kira petang la kan...nak tido baru wish selamat malam...heheee.. Meh la sementara ada kesempatan ni nak share jek menu berabuk yang dah jadi habuk2 baja... Buat ni dah minggu sudah2 dah rasanya....masa anak2 dara ada kat rumah, diaorg tapau bawak pergi mengecat bilik diaorg di rumah baru sana dengan abahnya....adeeeii, macam nak pindah sangat dah jek eh.... Najwa duk sebut nak makan apple pie..tp maknya ni bz macam2 kat rumah ni...malas nak adun doh...so akak tepek je la paratha puff ni kat loyang...hahahhaa...senang kijeeee... asalkan intinya sedap kan...

Ni kalau ada tetamu datang tergempar, boleh la buat...sekejap jek....kalau dia komen x sedap, tapau kan dia bawak balik, mesti dia kata sedap....dia malu nak makan kat rumah kita tu sebenarnyaa....wakakakakaa...

Nak kena bagi resepi jugak ke...??? Senang sangat nih...ok, ok...akak tepek jek laaa...sbb senang, sesenang membuatnya...hahahhaaa...semudah 1, 2, 3, 4.....sampai 7...hehehe

PARATHA APPLE PIE
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran 2 biji pie):-
  • 4 keping paratha puff jenama Kawan
  • 2 biji epal hijau - dikupas dan didadu kecil
  • 3 sudu besar gula perang
  • secubit serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • 3 sudu besar air * (bahan * dibancuh bersama)
  • 1 biji kuning telor - untuk sapuan
Cara Membuat:-
  1. Campurkan epal, gula perang, dan serbuk kayu manis dalam caserol dan panaskan di atas api sederhana. Kacau hingga epal lembut dan airnya berkurangan.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata sebentar hingga nampak pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar pada suhu bilik.
  3. Sementara itu, lembutkan sikit paratha puff yang dikeluarkan dari peti ais. Canai sikit dengan roller.
  4. Letakkan sekeping paratha ke dalam acuan/loyang pie, tekan2 sikit, potong lebihan bahagian tepi jika perlu, dan cucuk dasarnya dengan garfu.
  5. Letakkan inti epal dan tutup dengan sekeping lagi dan klim dan kemaskan bahagian tepinya. Cucuk2 sikit permukaannya dengan garfu. Buat hingga habis - 2 keping digunakan untuk setiap pie..
  6. Sapukan dengan kuning telor dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C (suhu terpulang pd oven masing-masing) selama lebih kurang 25 minit/hingga masak keperangan.
  7. Angkat dan sejukkan di atas redai.....siaaappp!!

Saturday, January 7, 2012

Tuna Puff

ASSALAMUALAIKUM....Hari yang sibuk jek kalau tiba hari Sabtu....aktiviti masak2 tak banyak sangat sebab duk mengemas-ngemas sikit laaa...dengan kain yang al maklumlah kan... Lagi pun tinggal bertiga jek dah ni lepas anak2 balik sekejap masa study week hari tu... Masak sempoi bebenor...main taraaamm jek kata org... Jamu mata dulu la eh.. Entry minggu lepas2 gak nih..buat masa family adik datang tidor kat rumah masa berurusan pasal rumah diaorg kat sini... Layaaannn...
Akak malas dah nak taip resepi....dah banyak kali dan banyak versi gak cara buat puff ni... Ada yang pernah menggunakan pastry puff 4x4 jenama Kawan tu...Ada yang mengguna paratha or flakey puff bulat jenama Kawan jgk.... Yang ni menggunakan paratha puff. Frankly telling you, i like paratha or flakey puff most!... x hancur berderai nak makan dan lebih sedap.

Untuk resepi dan cara membuat sila rujuk Sini, Sini dan guna pastry puff di Sini la yeaa...Boleh jugak search kat side bar atas tu dgn menaip Puff or Paf jgk..

Monday, October 31, 2011

Shepherd's Pie

Assalamualaikum....Salam hari Isnin....

Dah lama bercuti ni mood nak pi kerja pun malas jek...hehee, sonok lak duk rumah rehat2kan otak, bila la nak cukup belanja eh...boleh cepat berenti kerja...hahahhaha...

Ni menu ntah bila punya....berderet menanti...Macam mana la nak slow down eh...makin slow, makin banyak duk que tu ha.... Ni rasanya breakfast akak hari sabtu lepas sebelum bercuti ke KL. Kebetulan abanglong pun ada balik bercuti sempena Deepavali, so menu western mmg kegemaran dia laaa...ringkas tp mengenyangkan... Lagi pun senang nak buat...i liiiikkkkeee...hehehee. Abanglong x ikut ke KL, banyak assignment dia nak kena siapkan...so dia "home alone" la 3 4 hari...

Jom layaaannnn resepi dari buku Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi yang sedang meletup2 di pasaran ni....dah berapa kali terbit dah kata kak Liza...dassaattt nooo...Rasa dulu akak dah penah buat, tp x igt pulak resepi sape...apapun, thanks kak Liza cayangggg eh..sedaaappp weeeyyy!


SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  • Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....
Anyone????

Ini aksi Aiman yang menghabiskan 2 ramkin sekaligus...dasssaaattt tak...adeeeiii

Saturday, October 1, 2011

Paratha Paf Daging

Assalamulaikum.... Selamat berhujung minggu... Mesti semua suri rumah pun sibuk kan...Akak pun nak pergi kenduri rumah imam masjid kat sini....geng hb, wifenya pun ada kena mengena persaudaraan dengan hb. So akak x masak eh...hehee... Layaaannn

Aiman mmg suka sangat paf camni...selalu akak buat sebenarnya, mcm2 jenis inti akak taram dalam tu...sardin, tuna, daging, ayam, sayur2an...sume dah penah buat untuk bekal sekolah dia...Aiman ni walaupun dah naik sekolah menengah setakat ni, mmg x pernah beli makanan waktu rehat, mmg dia sebut nak bawak bekal....x pernah kasi duit pun... Jam 5.15 pagi bangun setiap hari...malam naik mengong kepala fikirkan menu bekal dia....hehehe... Apapun, puashati, dia x pernah komplen, melainkan blk tengok tupperware transformer dia yg akak beli kat Sogo zaman sekolah rendah dulu tu licin jee...hehehe..

Okaayy untuk resepi sila click kat Triangle Tuna, Daging Samosa, Baked Onion Spicy Tuna, bole tengok juga cara mengelim dan mempelbagaikan cara membuatnya ya.....adjust inti ikut suka k... Pada akak, lebih sedap menggunakan Plain Paratha or Flakey Paratha Puff ni dari Pastry Puff tuh...x lah ringan dan hancur berderai sangat....lebih kenyang...hehe

Adioossss!!! ^___^

Tuesday, June 28, 2011

Pai Pisang Badam

Assalamualaikum....Sorilah lambat bersiaran dengan entry baru....ntah apasai la akak ni rasa malas jek 2 3 hari ni, nak update punyalah liat tau....mata ni pulak macam kelayuan x sudah-sudah....malam lepas Isyak jek kalau baring kat depan tv tuh....sah-sah terlelap punya...terlebih makan ke, kurang rehat ke, atau sindrom M dah menyerang nih? Nak je cuti panjang rasanya dari berblogging...boleh kot eh...

Ni pun just nak masukkan entry lama sebenarnya ni. Asalnya nak KIV untuk satu projek, tp macam malas pulak...Resepi ni saja-saja try n error jek....aleh-aleh sedap la pulak...filling badam yang padat dan lemak gitu...ditambah rasa pisang di atasnya tuh... So jom layan jek eh....jangan mintak2...memang dah habis...tengok dan ambik bau jek laaa...boleh bau x...xleh kan..tengok je laaa...hehehehe..

Pastry pai ni memang sangat rapuh dan sedap...akak suka pulak.... Okeh, jom salin resepi..SELAMAT MENCUBA...



PAI PISANG BADAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Doh:-

125 gm mentega tanpa garam
75 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
2 biji telor gred C

Bahan Untuk Filling:-

175 gm mentega

100 gm gula kastor
100 gm badam kisar/serbuk
50 gm tepung gandum
3 biji telor gred B
pisang secukupnya - dihiris nipis menyerong


Cara-Cara (Untuk Doh) :-
  1. Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor dan pukul hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telor satu persatu dan pukul lagi.
  3. Seterusnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
  4. Uli biar jadi doh yang lembut dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan canai doh kira-kira setebal 5 mm.
  6. Angkat doh dan masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan pai dan tekan-tekan biar kemas. Cucuk-cucuk sikit permukaan doh dengan garfu baru dituang filling.
Untuk Filling :-
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Masukkan ula badam hancur tadi dan gaul rata dan sebati.
  5. Tuangkan filling ke dalam doh pai tadi, ratakan.
  6. Atur hirisan pisang ikut cara sendiri dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit/masak sepenuhnya hingga berwarna kuning keemasan.
  7. Hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang...Enaaaakkk bangeett!



Saturday, April 23, 2011

Dried Strawberry and Apple Pie - Jom Undi Mereka...!!


Assalamualaikum....selamat malam....waaaaaah letihnya hari ni....banyak agenda nak dipenuhi....agenda rumahtangga la kan.... Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjengah blog akak nih....kadang-kadang rasa kesian pulak kalau xda entry apa2...tp tu lah, akak akan buat setakat yang terdaya dan termampu termasuk kemampuan masa jugak kena ambil kira mana dulu kepentingannya kan...Kadang2 mmg rasa xnak terbeban dengan rasa camtu, sebab nawaitu asal berblog hanyalah berkongsi setakat terdaya, bukan sampai memaksa diri kan...kan...sapa suruh? Hehehe...

Tapi sebab kadang2 dapat rasa bahawa kalian yang masuk sini nak tengok menu baru jek kan....akak cuba jugak lah sedaya upaya...bukanlah selalunya masak yang pelik2 pun...kadang2 menu biasa jek...letak jugak laaa... Selagi terdaya dan punya masa akak cuba laahh... Now lagi sibuk bila setiap ahad dah sekerat hari mmg dah x duk rumah...kena berkursus pulak...so kalau nak masak or experiment beriya pun hari Sabtu la kot...tu pun kalau x ke mana2 or balik kampung jengah orang tua tercinta...yang tu mmg keutamaan akak sekurang-kurangnya balik sebulan sekali... Sejuk hati bila menatap wajah keduanya...selagi ada umur mereka dan akak sendiri, insyaAllah....kalau berborak dengan mak abah, mmg boleh melupakan akak kepada blog nih...bahagia sangat rasanya...

Okaylah xnak melalut panjang, nnt ada lak yang sedih...kan..Okay jom layan Dried Strawberry and Apple Pie akak nih..buat petang semalam....dah bagi kat family adik separuh...Hasil ceduk dari dapur adinda Mat Gebu yang tengah top tuh, tp akak tukar sikit bahan ikut stok yg ada yea Mat...Siapa yang belum lagi mengundi Sifu kesayangan ramai ni untuk "TOP MAKAN2 EXPERT"..silalah tengok Sini....dan boleh lah undi jugak untuk Ben jiran sepagarnya dan geng2 lain dengan ikhlasnya yeaaa, no paksa-paksa....Mat, Ben, Ady dan geng yang lain...moga kalian suksessss...!!!


DRIED STRAWBERRY AND APPLE PIE
Sumber: Mat Gebu @ DTS

BAHAN PASTRI :-)
  • 200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
  • 80 g mentega @ margerine
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-)
  • 2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
  • 1/4 cawan dried cranberries, contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis) (*akak guna dried strawberry)
  • 1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
  • 1 camca besar mentega
  • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
  • 3/4 camca besar tepung jagung
  • 1 kuning telur, untuk disapu atas pie


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
  3. UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

Friday, April 22, 2011

Meat Paratha Puff - Yang Senang dan Laku


Assalamualaikum...

Semoga hari jumaat yang barakah ni membawa seribu rahmat kepada semua dengan kesihatan yang baik, hidup yang tenang, ceria dan penuh kemuliaan. Okay la pagi ni nak tayang paratha puff daging yang penah dah akak letak dulu, click Sini untuk intinya.

Menu camni mmg senang sangat lah nak buat dan mengenyangkan....anak-anak n cik abang pun suka makan dan bawak bekal...letak daging banyak2...haaaa, sumbat masuk moloott tuh...senyap x terkata apa la nanti...hehehee...Okaaayy xyah letak resepi la eh...jamu mata jek...cara nak buat ke boleh ikut suka hati je laaa...akak guna Flakey Paratha jenama Kawan tuh...rasanya lebih sedap dari pastry puff yang terlalu berderai-derai sangat tuh...susah nak makan...yg ni best...rangup jek dan enak...terpulanglah nak guna yang mana eh..then lipat or klim la suka hati...hehehee...Moga ceria selalu..

Thursday, February 10, 2011

Sardine Puff

Okay la petang ni just nak kongsikan sardine puff jek..wat minum petang ok la kan...nak buat sangat senang kan...masak je la intin apa2 pun...yang ni akak buat inti sardin jek..Xda mood ni...kenangkan kakngah x sihat kat Arau sana...demam panas...huhuu..sian anakku...moga dia cepat sembuh dan boleh gi kuliah semula...sian tau..memandu sorang2 pi klinik...geng rumah sume pi kuliah...pastu sampai jek doc xda....balik pulak...pergi semula...kata doc lambat lak masuk...hampeeehhh...last2 dia malas dah pergi...walaupun smlm pergi doc kata x baik gak demam kena drip...eeemmhhh...moga kak ngah tabah...kalau teruk, mak ke sana la kot wiken nih...huhuu...Sambil tatap puff ni, doakan anak akak yea...

SARDINE PUFF
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 paket pastry puff (4x4 in) jenama Kawan
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
Bahan Inti:-
  • 1 tin kecil sardin - buangkan sosnya
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 tangkai cili merah - dicincang halus
  • 1 cm halia - tumbuk halus
  • 1/3 batang lobak merah - dipotong/sagat halus memanjang
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sedikit gula (0ptional)
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • sedikit minyak untuk tumis
Cara-Cara:-
  1. Keluarkan pastry puff dan biarkan ia lembut dulu.
  2. Hancur-hancurkan sardin dan ketepikan. (nak hancurkan masa memasak pun ok)
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili dan halia hingga naik bau.
  4. Masukkan sardin dan kacau sambil dihancur-hancurkan.
  5. Masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
  6. Masukkan lobak dan perahan jus limau. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
  7. Tutup api dan sejukkan sebentar.
  8. Canaikan sedikit puff pastry dan letak inti. Tutup dan tekankan dengan hujung garfu hingga rapat.
  9. Kelarkan puff dan sapu telor. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C (ikut oven masing2 dan biar panas betul) selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan di atas redai dan bolehlah minum petang ke pagi ke..hehe
nampak rangup tak lapisan puff tuh? hehee...

Tuesday, December 14, 2010

Triangle Tuna Paratha Puff

Waaaaaa....dengar nama macam best jek kan..hehee....Tp macam puff yang duk selalu akak buat jugak....inti tuna ke apa ke...tibai je laaa...cuma kali ni akak wrap lain sikit laa...selalu tu paratha puff bulat tu, akak belah dua dan lipat dua...kali ni belah dua dan pusing or lipat tiga jadi kecil sikit seginya...so nampak isi lebih kembungssss kan..hehee...xda apa yg pelik pun...makan je laaa...hehe

TRIANGLE TUNA PARATHA PUFF
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (16 biji)
  • 8 keping roti paratha (jenama Kawan)
  • 1 1/2 tin Tuna (Ayam brand)
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu besar cili sos - nak pedas leh tambah
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis
  • 1 biji kuning telor - untuk sapuan
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dalam pan, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, sos dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan tuna dan gaul rata-rata biar sebati.
  4. Masukkan jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan toskan minyaknya...biar sejuk sebentar.
  5. Ambil sekeping paratha puff yang telah dikeluarkan lebih kurang 15 minit dr fridge agar lembut sedikit.
  6. Belah dua bahagian, letakkan 1 1/2 sudu besar inti dan lipat 3 paratha puff.
  7. Tekan bahagian bawah dan tepi puff dengan garfu kecil agar tertutup rapat.
  8. Kelarkan kepada 3 cabang seperti gambar puff di atas dan alihkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas. Buat hingga habis.
  9. Sapukan dengan kuning telor dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180 C selama 12 minit atau kuning keemasan. Keluarkan dan sejukkan di atas jaringan.
Bessttt wooo....kan kan..budak2 mmg suka nih!

Tuesday, November 30, 2010

Baked Onion Puff With Spicy Tuna

Sarapan ringkas nih....layan je la yeaa...ala-ala malas pun ada sbb nak setel keje rumah yg x abis2....tengahari akak masak nasi ayam....So terimalah Baked Onion Puff With Spicy Tuna ni eh...nama ongputih la kononnya sebab ala2 minah saleh punya dish kan...hehee..tp sungguhlah sedap tekak ni menelannya...anak2 mmg laju je la makan...Resepi campak2 dan taram2 akak je nih..heheee...layaaannn....tp sungguh x mengecewakan...kalau x buat mmg kecewa...hahahahha..sebab senang banget! Sedap dan rangup dimakan suam-suam..

BAKED ONION PUFF WITH SPICY TUNA

Bahan:-
  • 1 paket (5 keping) onion paratha jenama Kawan
  • 1 biji kuning telor
Bahan Inti:
  • 1 tin tuna (hot n spicy)
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil2
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang halus
  • sedikit daun sup n daun bawang - dihiris halus
  • 1 biji limau kasturi - diperah jusnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan tuna dan kacau sekejap dengan api perlahan.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  4. Perahkan jus limau kasturi, kacau sebati.
  5. Tutup api, dan biar sejuk sedikit.
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang, gaul rata. Ketepikan.
  7. Ambil sekeping paratha dan belah dua (biarkan beralas dengan plastiknya)
  8. Letakkan 1 sudu besar inti tuna tadi pada setiap bahagian (kedua-dua) paratha tadi.
  9. Angkat dengan plastik paratha dan lipatkan dua bahagian tersebut. Buat ke atas kepingan lain juga sehingga siap...(*5 keping paratha dibelah dua, akan menghasilkan sepuluh biji puff.)
  10. Tekankan bahagian yg terbuka dengan garfu kecil. Kelar sedikit bahagian atasnya dengan pisau tajam dan alihkan ke atas dulang non-stick atau dulang biasa yg telah digris dan dialas baking sheet.
  11. Sapukan dengan kuning telor dan bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit sehingga nampak kuning keemasan. Sejukkan di atas redai. Sedap dimakan ketika suam2...rangup!! Selamat mencuba..!!

Monday, November 1, 2010

Black Pepper Sausage Puff Pastry

Kudap-kudapan petang ahad semalam dan juga kes nak mengabiskan stok puff pastry jenama Kawan yang agak lama terperuk dlam esbok tu ha....so tinjau2 kat dapur Rinn, nampak dia buat blackpepper sausage puff nih.....Malas nak celoteh panjang....layan je la yeaaa...Thanks to Rinn, akak C n P kat sini tuk share eh...Aiman kata sedap sesangat filling tu...besar2 gedabak tu, pekena satu, tersandar..tp lepas kelar lupa pulak nak buka sikit puff tu...so x nampak la isi dalamnya...tp sedap jek..heheh...Nak tengok step-by-step leh pergi FP Rinn eh..

ni akak kerat sikit nak tunjuk filling kat u all eh..hehehe


BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

BAHAN-BAHAN:

INTINYA :

6 batang sosej
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 12 keping puff pastry jenama "kawan"

CARA-CARA:

1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.

Tuesday, January 26, 2010

Lasagna/Lasagne

Hidangan ringkas tengahari sabtu, hubby dah makan kenduri, akak tinggal bertiga dengan abanglong dan Aiman...pastu lepas zohor Najiha balik pulak....so kitaorang tibai ni je lerr untuk lunch merangkap minum petang...hehee..malam hubby belanja makan kat luar sekali dengan family adik akak...nnt akak letak entry tu eh...So ni dia resepi lasagna dari dapur Za Journal Rasa yang telah lama tersimpan, baru ni nak buat...tu pun akak x dpt byk lapisan sebab guna bekas lebar dan besar, dpt 3 lapisan je dah habis bahan..hehe...tp itu small matter, yg penting sedap la eh..Thanks Za, ringkas dan sedap..! Akak mintak izin CnP je yaa...

Bahan-bahan:-
5-7 keping lasagna (akak guna jenama San Remo)
#Bahan Sos tomato:-
  • 2 ulas bawang putih-ketuk
  • 1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
  • 4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu
  • 100 gram tomato puree
  • 200 gram daging cincang
  • ½ biji lobak merah-disagat halus
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sudu teh italian herbs
  • ½ sudu besar garam
    1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula

# Bahan Sos Putih:-

  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit serbuk lada hitam

Untuk topping:-

  • Keju mozzarella secukupnya
Cara-cara:-

Untuk sos tomato:-
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.
  2. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.
  3. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.

Untuk sos putih:-

  1. Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.
  2. Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.

Cara menyediakan:-

  1. Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
  2. Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
  3. Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
  4. Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.

# Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre-cooking required (tidak perlu direbus terlebih dahulu). Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. - (akak basahkan sedikit lasagna dengan merendam sebentar di dalam air panas)

Thursday, January 14, 2010

Baked Curry Puff

Meh bekfes dengan karipap bakar...hehe..Ni hasil ronda2 kat dapur Jun terasa sedap je kalau dapat makan ni...Nampak pastrinya cukup rapuh...rupanya memangpun...tersangatlah rapuh dan lembut, tengok ajelah rupa puff tuh...boleh agak kan, pegang sikit je mcam nk berderai tau...bila dibakar hampir merekah je...bkn apam eh..! Akak pun merajinkan diri..mmg sedap dengan inti karipap yang akak adjust/modify dari resepi Mat Gebu pulak ikut bahan yg ada, akak x letak tuna, tp letak daging kisar...hehe...sori ya Mat, boleh eh?? Thanks Jun n Mat ya..
Bahan (Puff):- (8 - 10 biji)
  • 150 gm tepung gandum
  • 40 gm butter
  • 40 gm shortening
  • 1 biji telor dipukul sikit + 1 sudu besar air
  • 1/4 sudu teh garam

Cara:-

  1. Campurkan garam ke dalam tepung, masukkan butter dan shortening. Gaul rata jadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan pula telor sikit2 dan gaul jadi doh, (jangan uli macam doh karipap biasa tu, just gaul sekadar jadi doh aje, sudah..dan x perlu habiskan telor jika sudah elok jadi doh, lebihan boleh diguna untuk sapu atas karipap sebelum dibakar nanti).
  3. Masukkan ke dalam fridge selama 30 minit (akak wrap doh seblm dimasukkan dlm fridge).
  4. Keluarkan doh dan ambil sedikit2 untuk dicanai nipis seperti membuat karipap biasa.
  5. Masukkan inti, tutup doh dan tekan sekelilingnya dengan garfu.
  6. Sapur telor pada permukaan karipap dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit/hingga kekuningan. (*akak bakar 25 - 30 minit untuk sedikit garing)

Bahan Inti Karipap ala CMG:-

  • 300 gm kentang - cuci dan didadu kecil2 dan rendam.
  • 1 tin ikan tuna - toskan airnya (*akak guna 300 gm daging kisar)
  • 1 biji bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1/2 inci halia - tumbuk
  • 1 camca besar sos tiram
  • 5 - 6 helai daun kari - dihiris halus
  • 2 camca besar rempah kari (*akak guna rempah kari daging)
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sedikit gula
  • kicap cair secukup rasa
  • 1 cawan air/secukupnya

Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum.
  2. Masukkan sos tiram, sedikit air dan rempah kari. Gaul rata dan tumis hingga garing. (*akak masukkan daging dulu dan biar masak, baru dimasukkan kentang.)
  3. Masukkan tuna dan kentang dan masak biar kentang empuk.
  4. Tambahkan sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering.
  5. Alihkan ke dalam bekas dan biar sejuk sebelum diletakkan dalam doh.