Pages

Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

Tiba-tiba

Bismillah

Tadi masa on da way balik dari amik Aidi kat sekolah, tiba-tiba je aku teringat masa mula-mula jejakkan kaki di bumi Kuching ni.

Aidi kat KLIA 2006 - time comei loteii... hehhe


Gambar pertama di KCH, baru sampai hotel


"Masa tu Aidi baru 1 thn 7 bln. Kami menatang bagai minyak yg penuh, yelah, anak baru sorang. Ke hulur ke hilir mesti bawa dia. Merengek, banyak ragam - semua kami hadapi dengan sabar. Pertama kali juga aku dan Aidi naik kapal terbang (abang dah biasa naik). Mula-mula sampai sini rasa macam pelancong tapi kena set dlm pala yang aku nak duduk gumbira kat sini. Tengok kereta semua plat Q blah blah. Tiada Carrefour, tiada Tesco, tiada Giant, tiada Gardenia - arghhh, rindu. Tiada mak dan abah juga. Dalam hati, nanti Aidi sekolah kat sini ke? Boleh ke adapt dengan persekitaran bahasa yang amat berlainan dgn bahasa ibundanya? Walaupun dalam Malaysia, tapi kerana terpisah dengan laut china selatan tu, jadi jauh kurasakan."




Aidi tidur di rumah KCH, rumah pertama kami di sini.


Alhamdulillah, kini Aidi dah 5 thn lbh. Dah jadi abang kepada Najlaa & Sara. Dah bersekolah di taski. Aku jadi bangga dengan pencapaiannya setakat ini.

Aidi kini - smart dgn baju melayu, ada jamuan hari raya di sekolah.

Read more...

Tuesday, October 27, 2009

Jus Kurma Susu Strawberi

Assalamualaikum,

alhamdulillah, masih bernafas di bumi Illahi ini. Ada perkhabaran kurang enak didengar - esok Kang Hubby akan berangkat ke bumi metropolitan KL, ada kursus sukan di sana. Aku dan anak-anak enggak ikut. Aidi lagi sekolah.

Yang benernya, aku akan kangen banget ama Kang Hubby. My Other Half. My Soul. My Precious.

Oh ya, maok beloya tentang Jus Kurma Susu Strawberi yang menjadi kegilaan kamek nek tok. Bagus untuk ibu-ibu yang menyusukan. Selain mengenyangkan, memperbanyakkan ASI, ianya juga dapat menjaga struktur badan supaya menten menawan. ecehh... :)




Bahan-bahannya:

10-12 biji kurma
1 cawan air masak
500 ml susu strawberi
ais

Cara-caranya:
1) Rendam kurma dengan air masak selama 15 minit
2) Usai 15 min, buang biji kurma dan blend isi kurma dengan air masak rendaman tadi hingga halus (mok kasar boleh juak, nya boleh kunyah-kunyah kelak)
3) Masukkan susu strawberi + ais dan blend sekali lagi hingga betul-betul sebati.
4) Sedia dihidang. Mok ngkah ais boleh juak, nyaman bah.





--------------------------------------------

Bahasa Jakarta:
i) Kang - Abang
ii) ASI - Air Susu Ibu

Bahasa Sarawak:
i) maok/mok - mahu
ii) beloya - bercakap
iii) kamek - saya
iv) Nek tok (Kinek tok) - sekarang
v) Juak - juga
vi) Ngkah - letak
vii) Nyaman - sedap

Read more...

Wednesday, March 22, 2006

Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)

Urusan di imigresen sudah selesai. Aku, abang dan Aidi masing-masing dah ada DPT (Dokumen Perjalanan Terhad) untuk ke Sabah & Sarawak selama 5 tahun. Asalnya kitorang buat hari isnin dan boleh siap dalam 2-3 jam je tapi disebabkan tak ambil gambar passport Aidi dan masa tu dia tidur, jadi kenalah ambil hari ni. Hari ni masa ambil gambar, betul-betul masa dia baru bangun tidur. Nasib baik boleh senyum sket... :)

Selesai urusan di sana, settlekan pulak pertukaran alamat Celcom, streamyx, TM dan lain-lain. Petang ni ingat nak ke Cash Converter pulak, nak hantar barang2 elektrik yang nak dijual. Dah takde orang nak belikan... condition masih elok, nanti dapatlah duit sikit. heheh.
ni DPT Aidi... :)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...