Tempat kejadian dari FAMA ke Upwell
Friday, November 12, 2010
Accident di pagi Jumaat
Saturday, January 23, 2010
Jenazah Sultan Iskandar selamat disemadikan
Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Seri Mohd Nooh Gadot.
Terdahulu, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum, termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim bersama-sama menimbus tanah dalam liang lahad makam baginda.
Istiadat itu disaksikan Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail, Sultanah Zarith Sofiah, Sultanah Zanariah serta anakanda dan cucunda selain anggota kerabat diraja Johor yang lain.
Turut berangkat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah, Sultan Perak Sultan Azlah Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Muhriz, dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang turut menghadiri upacara pemakaman itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Osman serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, turut hadir.
Sebelum itu, semasa upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja.
Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Selain itu, sebanyak 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya.
Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.
Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri di sini pada 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana gering. - Bernama
Friday, July 10, 2009
Buzy like a beeee
sihat tak hari ni? Aku dah 3 hari batuk selesema, sib baik tak demam, jangkit dari anak-anaklah ni. Asalnya Aidi batuk selesema dulu... rasanya dia dapat kat sekolah kot. Pastu turun ke Najlaa, pastu turun ke Sara. Aku pulak dok cium-cium Sara, sampailah dapat virusnya tu. Budak-budak ni dah nak baik, aku je tak abis-abis lagi batuknya. Abang sorang je yang imune takat ni. hehhee...
Huhhh... sibuk betul aku 2-3 minggu ni. Apa taknya, sekali dapat upah buat blog 4 biji sekaligus. Pastu selang sehari, tambah lagi 2 blog. Pastu tambah lagi 3 blog untuk update... pastu ada orang nak banner 3 bijik! fuhhh.... mana tak sakit aku. Ada kawan komen, "takpe-takpe, banyak masyuk... sakit pun takpe... hehhe"... kalo dah sakit, cemane nak buat kerja, ye tak?
Dalam tempoh aku tak update blog ni, banyak benda berlaku. Antaranya hadiah tak collect lagi. Kawan banyak kerja. Tunggu dia free baru pegi collect. Lama menunggu ni. Pastu ada 2 orang kawan kat sini dapat pindah balik semenanjung terus. Dua-dua dah 4 tahun lebih kat sini, Cikju dan Kak Azwa.
Kisah Cikju ni betul-betul menyayat hati. Aku kenal dia dari semenanjung lagi, kawan-kawan 1 forum yang dah jumpalah. Selang setahun dia duduk kat Kuching ni, kami pulak pindah ke sini. Dia cikgu j-Qaf. So maybe dalam 3 tahun pertama tu tak boleh balik semenanjung. Setahun lepas tu, dia kawen. Husband dia tinggal kat sem, dia kat sini. Selang sebulan mereka bergilir-gilir jumpa. Bulan ni dia balik kampung, bulan depan hubby dia datang ke sini dan berikutnya. Dan alhamdulillah, tak lama lepas tu dia preknen. Dipendekkan cerita, due nak bersalin pun dah tak lama. Lagi 2-3 hari macam tu. Tup-tup aku dapat mesej dari kawan serumah dia, "baby cikju dah takde, ni kat hospital nak bersalin gak"... lebih kurang macam tulah. Babynya dah sehari tak gerak, bila cek denyut jantung dah takde. Terkedu aku dengar. Hanya kawan dan ibunya sahaja yang menjadi teman sepanjang di hospital. Suaminya masih lagi di dalam kapal terbang dari semenanjung dan tiba di sini untuk melihat arwah anaknya, solatkan dan terus kebumikan. Dekat sebulan jugak nak recover dari kesedihan tu menurut cikju. Namun Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Lepas 3 bulan dia bersalin, dia mengandung lagi. Sesungguhnya Allah Maha Adil.
Kali ni memang dia jaga sungguh-sungguh kandungannya. Tak drive sangat, tak aktif sangat. Suaminya pun concern sangat-sangat. Masih jarak jauh lagi dengan suaminya ni. Dipendekkan cerita, duenya lagi sebulan, dia dah pulang ke kampung. Amik cuti tanpa gaji rasanya. Yelah, anak yang ditunggu-tunggu selama ni, kenalah bagi perhatian lebih sikitkan. Akhirnya keluar juga permata hati mereka secara ceaserean sebab baby besar. Lelaki kali ni, yang arwah dulu tu perempuan. Suami, mak mertua, pak mertua, mak dia semua ada kat hospital. Alhamdulillah, ada suami yang mengazan dan mengiqamatkan baby. Dah selesai azan semua, pulanglah suami, mak mertua dan pak mertua ke rumah sebab nak solat subuh sebab cikju beranak awal pagi. Maka berita yang tak disangka-sangka, suami, mak mertua dan pak mertua menemui ajal pagi itu. Kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori dan meninggal serta merta kalau tak silap. Dia pada masa tu yang tak boleh bergerak (operate, mmg susah nk gerak), hanya dimaklumkan lewat petangnya. Doktor menasihatkannya kalau nak melihat arwah, risiko sakit kat bahagian jahit tu kena tanggung sendirilah. Maka dia pun meredhakan pemergian suami tercinta. 2 bulan setengah lepas tu barulah dia pergi melawat kubur arwah dan berita perkhabaran untuk pulang selamanya ke semenanjung adalah satu lagi menunjukkan Allah betul-betul Maha Adil. Semoga Cikju dan Fathi gembira dan tenang di kampung.
Kisah kawan lagi sorang ni takde sedih sangat. Dia ni baru kawen Gawai baru ni (akhir bulan 5). Suami kat semenanjung, dia kat sini. Mintak pindah dari tahun lepas lagi tak dapat-dapat. Majlis resepsi 1/8 ni pulak tu. Pastu last month keluar list transfer (satu ofis ngan mr hubby aku). Tengok-tengok nama dia takde. Frustlah kawan tu. Esoknya listnya sambung lagi, alhamdulillah nama dia naik. Kiranya hadiah perkahwinan gaklah ni, dia dapat transfer balik di sisi suaminya tercheenta. Malam khamis semalam ni, kami meraikan rakan-rakan yang akan pindah terus ke semenanjung (ada 3 orang semuanya) di The Banquet, sedap gak makanannya dalam pada aku tengah batuk-batuk tak sihat ni. Hehhe. Paling berasap adalah shark fin yang pedas dan panas, tak penah lagi aku makan sebab selalunya tak pedas.
Thursday, April 30, 2009
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia
29 April 2009, KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia pada 3.45 petang ini akibat kanser di kediaman mereka, Demak Jaya di sini.
Laila, 68, meninggalkan suami, empat orang anak, termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman, dan 15 cucu.
Mengesahkan berita itu, Setiausaha Akhbar Taib, Amin Sahmat, berkata upacara pengkebumian akan diadakan di perkuburan Islam Demak di sini pagi esok.
Antara kenamaan yang berkunjung awal memberi penghormatan terakhir di Demak Jaya petang ini ialah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak, dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Laila, kelahiran Poland, dan Taib berkahwin di Adelaide, Australia pada 13 Januari 1959 ketika Taib sedang mengikuti pengajian untuk ijazah undang-undang.
Laila tiba di Sarawak pada 1962. Nama remajanya ialah Lejla Chaleck.
Beliau adalah juga Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) (Pengerusi Jawatankuasa Wanita). Penubuhan Tabung Amal Kanser Laila Taib adalah satu daripada beberapa bukti tentang minatnya untuk membantu pesakit yang memerlukan dan menentukan aktiviti penyelidikan dapat dijalankan demi faedah rakyat. - Bernama
------------------------------------------------------------
Arwah sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak, Kuching jam 12 tengahari tadi. Al-Fatihah.